Saturday, August 29, 2009

Dugaan Puasa di Miri



Bulan Ramadhan datang lagi. Ramai yang tunggu bulan ni samada betul-betul ikhlas nak beribadat, nak diet, nak tunggu raya & macam-macam niat lagi. Bulan ni juga dikatakan bulan penuh dugaan. Aku pergi ke Miri pada awal bulan posa pagi ahad. Dugaan yang timbul pun dah lama ada, bermula dengan member kensel tengok movie [aku tak marah la :)], tayar motor pancit, berbuka sorang-sorang 1st day puasa, pegi LCCT sendiri, tido kat airport atas kerusi & terkebil-kebil sorang-sorang naik flight ke Miri. Tapi minggu dugaan tu aku tetap jaga tarawih aku, sampai solat kat surau Jusco, kat LCCT, kat hotel & kat airport Miri.



Aku ke Miri untuk kursus H2S, hydrogen sulfat emergency training. Tibanye aku kat Miri yang asing bagi aku tu, aku terus naik teksi ke Hotel Mega. Hotel ni taraf 4 bintang, so kire ok la. Dah la datang sorang-sorang, haruslah aku taktau nak wat ape. Sedang berguling-guling atas katil nak legakan badan yang sakit ni, terpandang lak satu calendar kecik. Tapi bukan calendar, dia ialah iklah perkhidmatan urut. Kita boleh call no itu & dia akan datang ke bilik. Urut biasa ialah RM100 tapi kalo lebih-lebih, boleh mencapai RM300. Tak usah la nak soh aku cite lebih-lebih tu ape, kang kene cencored pulak blog aku. Hari siang bulan puasa tu terasa lama je bile aku tengok iklan urut tu, hikhik. Disebabkan boring yang amat, pas solat jamak aku terus keluar sorang-sorang berjalan ke Miri tu naik kaki. Letih gak la. Sempat la aku masuk ke Imperial Mall sane. Leh tahan gak gadis-gadis Miri ni. Pakaian pun bergaya dan berjaya. Owh, haruslah pasrah dengan keadan sekeliling.


Dah letih, balik hotel tengok tv. Petang tu nak berbuka kat mana lak kat sane. Takkan nak berbuka kat kedai makan, tak feel la kan. Aku nekad gak nak cari pasar ramadhan. Dorang cakap kat stadium. Dengan gagah, aku berjalan kaki main terjah je (tapi kene tanya arah gak la) ke bazaar tu. Maunye 1km-2km aku berjalan nak ke sana. Da sampai sane, aku da pancit. Cam biase ramai yang datang ke bazaar ni pakai macam tak puasa, da rasa cam kat KL lak. Masa nak balik tu, terserempak dengan group remaja local lelaki & perempuan da start makan & minum. Eh, aku baru je beli makanan. Takkan dah berbuka. Rupenye aku tak alert rantai dorang pakai tu & lambang kat rantai tu. ‘Ok,noted’ kata aku kat diri aku balik. Malam tu still erbuka sorang-sorang lagi. Sahur lak terlajak perahu coz malam tu tido lambat. Maklum la,tak biase waktu sane yang awal dari semenanjung. Subuh pun terlajak. Ingat nak Subuh pukul 6.45am tapi bila bukak langsir, dah terang gile. Weh tajul, ko kat Sarawak la. Ramai da start masuk keje waktu camni.


*kita ingin mencari kekuatan,lantas ingin berbicara, tapi kekuatan itu tidak dapat dihubungi. Bila kekuatan berjaya dicapai, hati jadi gembira. Tapi bila pada ketika lain kekuatan mula mempersoalkan perihal kita, kita akan hilang minat pada kekuatan itu. Pada jangka ketika kekuatan mencari kita dalam keadaan lemah, kita ingin membantu kekuatan itu bertenaga semula. Entah kenapa selepas beberapa ketika, kekuatan tu seperti tidak memerlukan kita lagi. Harap tuhan beri kekuatan yang sebetul-betulnya pada kita.

Wednesday, August 12, 2009

Basic Offshore Safety Emergency ( BOSET)


Aritu aku ada wat BOSET kat CONSIST, kat Ulu Kelang. Dekat je tempat ni dengan zoo Negara, dalam 200m camtu la. Sebelum seseorang tu kerja kat tengah laut @ offshore, dia hendaklah mengambil kursus BOSET ni. Then barulah dia bole apply untuk passport offshore kalo nak naik platform or kalo naik kapal kecik-kecik ni, rasenye takyah BOSET pun takpe. Adakah aku akan ke offshore? Tah la, macam tak je.
Kursus ni berlangsung selama 3 hari. Masa aku punye kursus ni, dorang terpaksa rombak jadual coz banyak sangat kelas. Dia ada amali dalam kelas & praktikal kat dalam area kompleks CONSIST tu. Hari pertama belajar Sea Survival dalam kelas, pastu ada amali dia kene terjun 10ft (lebey kurang 3m) dari atas ke dalam kolam. Ada la cara nak terjun dengan betul sambil pakai life-jacket. Hari kedua lak belajar fire fighting. Ni belajar jenis-jenis api sume & belajar memadam api kat luar kelas. Ada gak yang masuk kat dalam confine space atau ruangan sempit dalam gelap & cuba keluar. Tapi yang aku training bomba aritu lagi gile mencabar dari ni. Pastu petangnye belajar CPR sume bende bagai tu.

Hari ketiga ialah hari paling cuak dalam BOSET ni. Yela,aku ni taktau berenang. Latihan ni dipanggil HUET (Helicopter Underwater Escape Training). Ada sesi yang terjah camtu je, ada yang pakai re-breather. Yang dipanggil re-breather ni ialah alat bantuan pernafasan yang ada kat safety jacket tu yangmana kita kene hembus nafas sendiri sebelum lock udara tu & bernafas guna udara tu selama 30 – 40 saat je. Ada 5 kali sesi training HUET ni. Memula just dorang rendam je chopper tu dengan kitorang ada kat dalam, kene bukak sit belt dan kuar dari tingkap. Yang paling mencabar mesti la last sekali. Re-breather tu tiup awal-awal sebelum chopper dibenamkan & berpusing 180 darjah. Dalam keadaan terbalik tu, kita kene kuar dari chopper tu sambil bukak/cabut tingkap chopper tu sebelum leh kuar. Banyak gak la air aku telan, tu belum kira air masuk dari hidung lagi.
So far aku enjoy la kursus ni, ada pengalaman baru, makan free (hehe) & kenal ramai kawan baru tua or muda dari Petronas, Baker Hughes, DOSH, Ensco Drill, Maxwell dan lain-lain. Tapi kalo ada BOSET ni tapi tak pegi offshore , tak guna jugak kan. Kalo pegi offshore tapi gaji tak seberapa pun tak bape ok jugak,kan. Hehe, stay dulu. Cari pengalaman dulu. Then baru demand, hoho. Eh, 15hb ni baru da setaun keje kat sini.

Friday, August 7, 2009

Berhabis Duit di Langkawi


Bulan lepas, aku & kawan-kawan aku ke Langkawi. Kitorang pegi naik AirAsia. Tiket da lame beli, tu sebab cam tak mahal sangat tapi still sakit gak la bayar duit tiket. Kitorang pergi 4 orang. Ada 1 pasangan tunang & aku dan lagi sorang ni nak cukupkan ahli je la, leh share bilik 2 orang 1 bilik. So bayar murah skit la kan.

Flight kitorang malam sabtu & sampai sana pun dalam 11pm. Pas check in kat Motel (ni je mampau ), kitorang lepak kat pantai Chenang yang dekat dengan tempat tinggal kitorang tu. Malam-malam tu pun ramai gile orang lepak. Kitorang pun lepak sampai lebam dalam kol 2am kot.

Hari pertamanya, kitorang pergi Island Hoping. Ni ialah acara naik bot pergi ke pulau-pulau. Kitorang share la dengan orang lain dalam 10 orang 1 bot. Memula pergi Tasik Dayang Bunting. Kat situ tak wat ape pun, nak mandi kat tasik tu,ramai lak orang lain mandi. Kitorang just main paddle boat je la & rendam kaki soh ikan keli gigit-gigit manja,hikhik. Then bot tu bawak kitorang pergi Pulau Beras Putih kot, ke Beras Basah. Tah la, lupe dah. Kat situ mandi la laut sampai gelap. Ramai gile gak mandi kat situ. Aku pun guna la time ni nak belaja berenang, nanti nak wat BOSET. Berjaya la berenang 2 meter, hoho. Sebabkan kitorang jarang jumpe laut,sampai tak sedar masa da abes sampaikan bot yang kitorang naik tu datang jemput kitorang kat tempat kitorang mandi. Hehe,segan kawan.

Balik dengan keadaan kulit gelap, kitorang mandi & solat then petang tu berjalan-jalan. Memula pergi tempat air terjun mane tah, biase je pun situ. Petang tu banyak spend masa kat Wildlife Park. Nak masuk kene bayor rm12 tapi berbaloi la. Malam tu makan seafood. Jenuh nak cari tempat best & murah tapi jumpe gak. Kitorang makan kat Restoren Nelayan ape tah name dia, tempat cam terpencil tapi ramai gile lak makan situ. Dibuka dari 8pm – 11pm, ke dari kol 9pm tapi camtu la. Untuk 4 orang, harga dalam rm80++ je. Ok la untuk seafood, tu pun perut da kembang makan sume tu. Jalan pun dah tak betul.

Hari seterusnya,kitorang pegi naik Cabel Car yang dekat gunung Matchinchang kot. Hoh,lemah geografi tul aku. Bejalan la dekat jambatan gantung dia tu. Memula dorang tutup coz cuaca buruk ada awan hitam. Tapi kitorang tunggu gak sampai langit cerah dengan pasrah, last-last dorang bukak. Petang tu lak
memula nak pegi tempat air panas, dorang sedang renovate lak. Air tak panas lak tu, cam panas sebab matahari je. Pastu nak pegi taman reptilia, rupenye dah lame tutup terus dah. Pastu pegi pulak tengok Pantai Pasir Hitam. Memang hitam la pasir dia, korang takkan lalu nak mandi punye.

Cam biasa, sesi beli coklat la petang tu. Abes duit aku kerana tamak & taknak kalah. Setelah berbual seketika dengan dompet aku, aku pun beli sikit je. Hoho. Malam tu dok Dataran Lang & get ready nak balik. Flight leh la tunda dari kol 10 lebey sampai kol 12.30. Mau tak pancit tunggu. Time ni aku da start lain macam dah badan, rasa sejuk. Sampai kat LLCT, kitorang just tido atas kerusi & mulalah hikayat demam kat aku. Time takleh tido , macam-macam bende aku pikir sampai nak kuar air mata lak. Esok pagi balik naik bas ke KL then sambung tido kat umah. Next day tu pegi klinik coz demam sambil pikir camne nak cerahkan kulit yang dah gelap ni.