Sunday, April 24, 2011

Catatan Hidup: Masa Untuk Berhijrah



Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat sekarang, rasanya telah tiba masanya untuk aku pergi. Bukan kerana membenci sesiapa, bukan jua kerana adanya masalah di syarikat sekarang tapi peluang yang datang harus diambil. Syarikat yang sekarang ni bagus dan tiada masalah, cuma samada malas atau rajin bekerja sahaja. Perancangan dan cita-cita masa depan perlu diusahakan oleh kita sendiri, jadi langkah yang terbaik perlu diambil.

Aku tak boleh bagitau syarikat apa yang akan aku bekerja nanti mahupun memberitahu jawatan apa (eleh,ada ke orang nak tanya aku.hikhik) tapi cukuplah sekadar memberitahu ini juga merupakan syarikat tempatan. Tapi bukanlah klien cam Petronas ke hape. Hehe.

Surat meletak jawatan telah dihantar dan notis satu bulan sedang bermula. Yang agak gementar sedikit ialah bagaimana suasana di tempat baru. Yela, tempat baru kan. Makin jauh lak tu dari rumah aku. Kalo dulu kol 8.45am baru tegedik-gedik nak start enjin motor sebab dekat dan start keje kol 9am, selepas ni mungkin 7.45am aku dah kene gerak sebab makin jauh dan office hour start 8.30am.

Apapun kepada sesiapa yang mencari kerja di luar sana, jangan berputus asa untuk mencuba bersungguh-sungguh. Tidak rugi untuk mencuba. Dan bagi sesiapa yang setia bekerja di syarikat masing-masing tapi takut untuk bersuara jika terlihat kelemahan atau kepincangan pihak lain yang dikesan mahupun ketika menghadapi tindasan, jangan takut untuk bersuara. Ingatlah bahawa bukan syarikat itu yang memberi rezeki kepada kita, tapi Tuhan jualah yang memberi. Rezeki ada di mana-mana, carilah rezeki yang halal. Updatelah resume anda :)

Monday, April 18, 2011

Oil & Gas Vacancy



Sebenarnya aku dah lama nampak pasal ni,tapi saje tak post. Tapi tadi kawan aku dok cerita, jadi aku becadang nak letak kat sini. Kawan aku tu keje kat tempat ni la. Gaji dia dah besar sekarang dan dia pun antara pembaca blog aku (bukan sebab blog aku best,tapi sebab dia boring kat atas rig tu.adeh) . Try le, fresh pun dorang nak try pakai.

Service / Field Engineer

Antamahir Sdn Bhd

Responsible for overall operation including planning, organizing, installation and maintenance of company equipment (mud cooler).

Requirements :

1. Degree / Diploma in Mechanical, Electrical Engineering or equivalent.

2. 3-5 years experienced as a Service / Field Engineer is advantage.

3. Good communication in English and Bahasa Malaysia.

4. Proactive, self-starter, and a team player.

5. Fresh Graduates are encourages to apply.

You can send your resume to: rozaidi@antamahir.com.my


*aku da penat dok kat opis. keje kat situ pun bukannya aku boleh wat dengan sempurna sangat pun. mungkin sebab minat yang kurang,atau mungkin diri aku yang semakin lembab sekarang. adakah aku akan terus hidup camni, membesarkan perut, beli nasi bungkus,beli komik sin chan dan tido kerana letih berada di opis? mungkin aku harus cuba juga mengetuk pintu lain. yela, pintu kapal ke, pintu rig ke. moga dunia sekeliling air kembali muncul dalam hidup...

Monday, April 11, 2011

Oil & Gas Vacancy

Lupa la ada gtau ke tak sebelum ni. Belasah je try, tapi yang ni kat Singapore la. Kot-kot dorang nak amik korang ke,kan. lagipun tak silapnya dorang ada JV ngan Malaysia punya kampeni. Mane la tau resume korang dorang simpan untuk waktu-waktu tertentu. Hehe.


Graduate Field Engineer

Swiber Offshore Construction Pte Ltd

Requirements:
- Minimum Degree in Mechanical/Civil/Marine Engineering, specializing in Offshore Oil & Gas/ Petrochemical is preferred
- Possess good organizational and strong communication skills
- Good interpersonal skills and able to work well with others in a fast-paced working
environment
- Fresh Graduates are preferred
- Work Location: Jurong East
- Require to work offshore

send your resume to hr@swiber.com

Monday, April 4, 2011

Bukit Broga


Nak pegi Broga ke? Boleh tahan jugak tempat ni. Kalo tengok sunrise memang menarik la. Tapi kalo rasa diri tu tak fit dan jarang bersenam, jangan la main terjah je. Hehe, medical checkup aku kata aku fit untuk kerje kat offshore, so boleh pakai la gak fit naik bukit. Hoho.


Kalo boleh, datang la awal. Kereta dah banyak. Naik motor la senang. Aku yang datang sebelum subuh ni dalam kol 6am pun susah nak cari parking dalam kelapa sawit ni time sabtu. Ade je ruang tapi nanti parking tak best la or mengganggu kereta lain nak kuar awal.


Surau takde kat kawasan berhampiran. Ada la masjid or petronas tapi kene kuar balik la dalam beberapa kilometer gak. Cam aku ngan kawan aku ni terjah je tunaikan tanggungjawab kat atas tanah yang diyakini bersih. Jangan lupa bawak air mineral untuk wuduk.


Kalo start pas Subuh, memang gelap. So kalo rasa nak bergerak awal cam sebelum subuh ke atau sesudah subuh, bawak la lampu suluh. Kalo gerak dalam dekat nak kol 7am tu dah boleh nampak jalan dah.


Bersedia la untuk penat dan bertemu ramai orang. Bagi yang selalu bersukan ni aku rase takde masalah, boleh je terus one shoot naik atas takde rehat-rehat. Kalo pancit, lepak-lepak la dulu. Tapi tu la, kalo rasa tak cargas bawak-bawak la bersenam sebelum naik Broga.


Dah tiba di atas, bolehlah berehat sambil mengambil gambar dan melihat pemandangan indah untuk memulihkan semangat. Hikhik.