Sunday, August 21, 2011

Catatan Hidup : Raya yang Hilang

gambar ni aku cilok dari facebook kawan aku.hehe,sori bro.

Seperti biasa macam tiap-tiap tahun, aku akan ke Jalan TAR ketika musim perayaan akan tiba. Tak kisah la ada nak beli barang ke tau sekadar nak tengok orang, aktiviti ni dah jadi macam aktiviti tahunan menjelang raya. Nak amik mood raya katanya. Tahun ni cam biasa aku pergi lagi tanpa hala tuju yang jelas merempuh manusia-manusia yang pelbagai jenis yang mencari baju raya dijual sana-sini. Dah lama aku plan nak beli baju melayu (buat pertama kali sejak lebih 5-6 tahun tak pernah beli baju melayu baru) tapi tak jadi beli. Buat apa nak beli, aku tak dapat sambut raya kali ni.

Pekerjaan baru yang tak menentu ni turut membuatkan hidup aku tak menentu. Takde rotation “1 bulan kerja,1 bulan cuti”. Rotation yang ada hanyalah “1 bulan lebih sikit keje, dok rileks cuti tak sampai 2 minggu ko keje balik”. Raya tahun ni? Aku rasa mindset aku dah bertarung awal-awal untuk raya jauh dari keluarga dan kampung. Bukan tu je, kene keje waktu raya. Orang-orang lama atau otai yang dah selalu ke laut ni mungkin dah biasa la, tapi aku ni baru setahun jagung. Ok,jagung aku dah berusia 3 tahun compare dengan budak-budak yang baru masuk or baru nak naik. Tapi rasanya raya ni aku perlu sangat beraya di darat.

Tahun ni tahun ke-2 kami sekeluarga beraya tanpa abah. Aku rasa waktu camni keluarga kene perlu ada sama-sama dalam musim perayaan ni untuk support each other. Mereka yang masih ada ibu bapa atau yang tabah mungkin tak berapa paham keadaan ni. Raya terakhir yang abah masih ada lagi waktu aku pertama kali beraya di laut. Waktu tu dah tentu aku tak dapat balik beraya. Ada la sikit sedih waktu tu tapi cam takde masalah sangat.

Setelah difikirkan, raya kali ni bukan pasal aku nak bercuti sebab nak pergi beraya bersuka ria di kampung halaman bersama keluarga, tapi lebih kepada nak support keluarga dalam keadaan camni dan juga ketidakseronokkan aku dalam pekerjaan baru ni. Jika aku seronok,mungkin kurang sikit masalah. Mak jugak dah cakap, buat la Solat Dhuha mintak dapat kerja baru. Aku buat la, tapi kene sound balik sebab buat sekali je, Adeh. Selain itu, usaha dari aku juga perlu ada. Seperti ayat yang biasa kita dengar, Usaha Tangga Kejayaan. Bertabahlah Tajul. Selamat Hari Raya semua.

Sunday, August 14, 2011

Cerita Offshore: New Life, but How Long?


“ Lu muka macam sekolah tinggi,mau buat ini kerja macam kerbau ka?” Ayat ni hinggap di muka aku ketika baru pertama kali jumpa supervisor cina yang ada kat rig kat Sarawak ni. Aku baru menjejak kaki ke satu rig ini untuk pekerjaan baru dengan company baru. Ayat yang dikatakan tadi terus membuat aku berfikir panjang.
Pertama kali ke offshore ( atau biasanya dipanggil first hitch ) dengan company baru ni pada mulanya menggembirakan hati. Ye la, dah lama tak ke laut. Tapi setelah melihat tempat kerja yang ada atas rig, aku mula sedar takda beza aku dan ahli pasukan lain walaupun berbeza kelayakan dan study background yang aku ada kalo nak buat kerja ni. Cuma basic dorang lagi tinggi sebab dorang kontrak dan aku pulak staff permanent dari opis.

Nak pasang equipment tu sangat la meletihkan. Nak sambungkan beberapa longkang besi yang besar dan yang ada skru penggerak besar panjang dalam setiap longkang tu memang cabaran baru. Nak pasang bolt & nut lagi, welding lagi, gantung dengan chainblock lagi, angkat skit guna kren lagi, guna sling wire, pasang hos kecik dan besar, adjust sebab tak boleh masuk, etc. Mungkin bunyinya mudah, tapi sangat tidak. Aku pun banyak kali kene sound dan kene marah sebab kadang-kadang asyik buat benda takda safety or tak paham. Aku bukan dari golongan korang yang biasa kerja ni, harap paham. Tapi malam tu poyo gak kata time keje je ganas. Emo lebih memasing.
Akhirnya habis jugak derita 10 hari pasang semua kelengkapan tu. Asyik delay sebab tah pape punya perancangan dan rig tu pulak asyik skid ( bergerak ) untuk cari position untuk drilling. Kulit yang dah memang gelap ni jadi makin gelap. Baju yang asalnya warna merah pun dah jadi warna merah kehitaman walaupun dah banyak kali basuh. Sekarang perlu “run” je machine tu sume dan check sana sini, tapi kalo ada maintenance still sangat penat. Krew pun dah banyak bertukar ganti. Hari malam, aku ditugaskan buat daily report hantar ke client.

Sudah hampir 28 hari, memang waktu untuk balik. Aku dijangka pulang pada hari Rabu, jadi aku hantar emel ke ofis pada hari isnin pagi kepada 2 – 3 orang staff, nak memberitahu la katanya. Kang lupa lak. Hmmm... takde reply, jadi aku hantar lagi emel bertanya pulak prosedur nak balik. Takde reply gak. Aku try call satu no tu, engaged pulak. Salah aku gak sebab tak telefon direct, tapi aku takmau kacau kot-kot dorang meeting. Lagipun emel aku takkan sorang pun tak balas. Dan bila periksa, nama aku takda dalam list balik Rabu. Hari Jumaat pun takda nama!

Aku sudah tak ada mood. Dalam bulan puasa ni, kesabaran teruji. Memang banyak yang kata dulu dorang pun ade je kene kerja sampai 35 hari atau 45 hari. Tapi masalahnya sekarang, bagitau la kalo ye pun. Aku pun tak tau status aku. Dah emel pun sorang pun tak reply. Walaupun majority kat sini atas rig ni ialah masyarakat Iban dalam 70%, tapi ramai yang member sokongan. Tak kisah la kenal selalu borak ke, or just tegur-tegur camtu. Mungkin sebab aku selalu senyum or ringan mulut nak menyapa sesapa saja yang aku selisih. Tapi sangat gembira dengan sokongan mereka. Antara cadangan ialah jumpa Companyman Petronas atas rig sebab katanya polisi Petronas tak mahu seseorang pekerja ada lebih 28 hari di laut.

Dah ramai sangat cakap camtu, aku mengambil langkah sendu bercakap dengan Companyman. Dia bersetuju dan cakap akan telefon opis atau bagitau sorang staff opis yang buat site visit 2 hari je Rabu tu nanti. Ya, terus terpacul ada pulak nama aku untuk list balik Jumaat. Bersedia untuk pulang.

Aku mahu membuat kerja yang aku suka dan happy. Happy ke aku? Ah, konflik perasaan. Dengan tak semena-mena, aku terus update resume.