Sunday, September 27, 2009

Cerita Offshore: 1st Timer vs Oldtimer



Kali ni 1st time nak ke offshore, so segala persiapan aku da stanby awal-awal. Sume ade,sampai penuh 2 beg aku. Akak aku cakap cukup ke banyak ni je nak dok untuk sebulan. Heh,kalo dah pompuan tu macam-macam la korang nak bawak. Aku ni beg besar pun bawak ape je, coverall, boot & helmet bagai sume tu yang buat beg besar tu. Memula nak pegi tu, aku naik flight dari KLIA ke Alor Star. Kat sana dah ada ejen yang bawak kitorang masuk Songhkla. Time tu bulan pose, so kitorang beli siap-siap makanan kat area Changlun, Kedah. Kitorang berbuka dalam van je, time kat sana pun awal sejam dari Malaysia. So sebenarnye kira main redah gak la time berbuka tu. Malam tu kitorang stay kat Beach Hotel & Resort kat Songkhla kat tepi pantai.


Esoknye kitorang dah bersiap nak naik helicopter. Ni pun 1st time gak aku naik mende alah ni. Sebelum naik ade la tengok video & taklimat ringkas dari pilot tu, orang Thai gak. Time aku naik, ade 3 orang je penumpang coz aku ni 2nd trip. Aku cakap la kat pilot tu “can I sit near the window?, this is the 1st time im on a helicopter”. Terus Pilot tu bagi aku duduk belakang dia. Bukannye ape, ni untuk safety incase kao jadi pape. Pintu exit aku kat pilot depan so senang la aku nak kuar kalo jadi pape. Perjalanan amik masa selama sejam & kitorang mendarat kat T6, drilling barge Seadrill or Tioman Drilling punya.


Sampai kat situ, kitorang naik Kapal Posh Voyager. Ada gak yang bukak puasa time tu, aku tahan lagi la kan. Then dorang anta aku & krew well testing kat Kapal Posh Bali. Kapal ni ok la gak. Kat bilik tv dia yang ada tv LCD besar tut ah ade orang mane tah tengok cite xxx. Leh tahan dorang ni. Aku dok situ dalam 1-2 hari gak la. Then dorang anta aku ke Tanjung Gelang, kapal untuk well testing ni. Sekarang dah 2 minggu aku dok sini. Musim monsoon pun dah start, ombak pun da besar naik 3 meter. Dah 3-4 hari aku mabuk laut ni. Perut rasa mual, kepala rasa pening, cam nak demam & takleh tidor malam. Berpasrahan la aku kat sini. Harap nanti bila aku balik darat, ada la yang nak kuar tengok movie dengan aku.


*kata orang kalo pegi laut ni boring. Tapi kalo ada prob kat darat, ok je kita lari ke laut. Cam simbolik kita larikan diri dari probs. Lagipun sape la yang nak amik tau sangat pasal kita,kan?kan?kan? huh,anything can happen in 3 months.

Sunday, September 13, 2009

Persiapan ke Offshore & Berhari Raya


Aku pun tak sangka aku sempat gak nak menaip malam-malam buta ni campur penat lelah aku jalan-jalan siang tadi. Ni aku da kemas-kemas sikit barang ni. Coverall atau baju pelindung penuh ada 2 pasang. Sarung tangan aku beli sendiri,taknak share dengan orang lain.

PSP pun dibawak agar tak lebam boring atas sana. Kuih raya mak aku da siap-siap bagi bekal wat aku. Yang tinggal? Samada aku tabah ke or lemah time kat sana nanti, terutama time hari raya. Tapi harini pun aku da dapat feel raya. Pegi jalan masjid india.

Hari jumaat sebelum tu pun da terasa nak raya. Aku pegi cari sume orang & salam-salam. Dorang pun ucap selamat hari raya n wish gudlak. Siap aku pegi cari director lagi nak gitau aku pegi & salam dia. Feel raya tu memang kuat,aku pun tak berapa dapat nak tahan. Tapi jangan dilayan sangat rasa tu, nanti wat lemah je. Selemah kaki aku yang bejalan sampai tak hingat tengok orang ramai shopping siang tadi. Haip, jangan speku pape aku dengan minah tu ek. Dia tu kawan aku.





*hargailah mereka yang menghargai kita tu dari sibuk nak wat baik dengan mereka yang belagak bagus & laris di pasaran.

Wednesday, September 9, 2009

Catatan Hidup: Aku, 09/09/09 & Panggilan Laut



Tarikh ni dikira tarikh menarik. Mesti ramai try nak kawin hari ni. So far, tarikh ni tak bagi pape kesan pun kat aku tapi apa yang dah jadi sehingga 09/09/09 ni banyak bagi kesan kat diri aku. Diri aku sebenarnye tak bersedia nak hadapi minggu ni, beban macam berat. Bermula lepas balik bercuti dari Cameron Highland, aku pegi ke majlis berbuka anjuran forum yang aku join. Terus terang aku cakap, aku kalo boleh taknak jumpa dorang sebenarnye tapi dalam masa yang sama aku nak sangat berjumpa dengan dorang. Last-last,aku pegi juga ke KGPA tu, buffet Ramadhan dalam rm46.50 tapi aku rase value yang aku makan macam rm10 je. Makanan dorang sedap-sedap tapi aku tak lalu makan. Nak je aku bungkus tiap-tiap makanan yang dorang masak tu,panaskan balik & jual balik kat bazar petang esok.

Tah camne, balik dari majlis tu aku dah mereng sikit. Tapi takpe, aku kuatkan semangat gak. Pasrah itu gagah. Patut la zaman dulu suka wat jahat yang ikhlas, bukan jahat yang menunjuk-nunjuk or tarik perhatian. Hati rasa puas,tapi otak rasa bodoh. Terpikir lak aku kene assist department lain untuk 1 projek. Masuk keje hari isnin, kene setelkan upload data yang asyik ada error. Excel boleh salah kira auto sum. Terpaksa aku cari tang mana salahnya satu-satu. Maunye tak lebam camtu. Akhirnya dapat gak. Hari rabu lak 1st time aku present untuk deparment aku depan department-department lain. Anak ikan cam aku mana la tau sangat nak menjawab soalan, terpaksa goreng-goreng gak walaupun ada jawapan yang macam tak menjawab soalan. Habis saja present, beban aku dah hilang banyak. Sekarang nak fikir pasal masa depan pulak.

Apa yang masa depannye tu? Tiket flight company dah setelkan. Ahad ni aku akan ke Alor Star & ada ejen yang akan bawak aku masuk ke Songkhla, Thailand. Ya,aku akan kerja kat offshore Thailand selama sebulan, bermakna aku turut sambut raya kat atas kapal 60 meter tu. Sedih? Takde la pulak. Maybe mindset aku dah ready sebulan awal sebelum ni, where aku da lama bajet bende ni tapi just nak betul-betul confirm and maybe coz aku rase aku takde pape sangat kat darat ni kecuali family aku & motor kapchai buruk aku tu. Jadi sebelum tu aku nak try gak jalan ke Masjid India atau Jalan TAR sabtu ni sebagai nak teruskan tradisi raya aku walopun takde sape yang nak ajak aku pegi sana. Apapun, aku memang bertabah dari dulu lagi. Moh dengar lagu raya.



*sepanjang 1-2 bulan ni ada beberapa nasihat yang aku dapat & aku suka yang kadang-kadang aku ingat dan kaitkan dengan benda yang terjadi:

- “mesti ada sebab sume bende ni terjadi. Kenapa dia boleh cerita bende ni kat u, kenapa u boleh berkawan dengan dia, kenapa boleh kantoi emel dia. Tuhan dah rancang bende ni samada mungkin nak u mengubah sesuatu keadaan atau nak sedarkan yang u dah kene tipu.”

- “kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walopun niat kita tu baik.”

- “mungkin sebab Tuhan tak bagi kita sesuatu tu sekarang coz taknak kita lalai, or mungkin sebab Tuhan nak bagi sesuatu tu yang lebih baik lagi dari yang kita idamkan sekarang”


- "and jaga hati tajul jgn bagi luka.."

Saturday, August 29, 2009

Dugaan Puasa di Miri



Bulan Ramadhan datang lagi. Ramai yang tunggu bulan ni samada betul-betul ikhlas nak beribadat, nak diet, nak tunggu raya & macam-macam niat lagi. Bulan ni juga dikatakan bulan penuh dugaan. Aku pergi ke Miri pada awal bulan posa pagi ahad. Dugaan yang timbul pun dah lama ada, bermula dengan member kensel tengok movie [aku tak marah la :)], tayar motor pancit, berbuka sorang-sorang 1st day puasa, pegi LCCT sendiri, tido kat airport atas kerusi & terkebil-kebil sorang-sorang naik flight ke Miri. Tapi minggu dugaan tu aku tetap jaga tarawih aku, sampai solat kat surau Jusco, kat LCCT, kat hotel & kat airport Miri.



Aku ke Miri untuk kursus H2S, hydrogen sulfat emergency training. Tibanye aku kat Miri yang asing bagi aku tu, aku terus naik teksi ke Hotel Mega. Hotel ni taraf 4 bintang, so kire ok la. Dah la datang sorang-sorang, haruslah aku taktau nak wat ape. Sedang berguling-guling atas katil nak legakan badan yang sakit ni, terpandang lak satu calendar kecik. Tapi bukan calendar, dia ialah iklah perkhidmatan urut. Kita boleh call no itu & dia akan datang ke bilik. Urut biasa ialah RM100 tapi kalo lebih-lebih, boleh mencapai RM300. Tak usah la nak soh aku cite lebih-lebih tu ape, kang kene cencored pulak blog aku. Hari siang bulan puasa tu terasa lama je bile aku tengok iklan urut tu, hikhik. Disebabkan boring yang amat, pas solat jamak aku terus keluar sorang-sorang berjalan ke Miri tu naik kaki. Letih gak la. Sempat la aku masuk ke Imperial Mall sane. Leh tahan gak gadis-gadis Miri ni. Pakaian pun bergaya dan berjaya. Owh, haruslah pasrah dengan keadan sekeliling.


Dah letih, balik hotel tengok tv. Petang tu nak berbuka kat mana lak kat sane. Takkan nak berbuka kat kedai makan, tak feel la kan. Aku nekad gak nak cari pasar ramadhan. Dorang cakap kat stadium. Dengan gagah, aku berjalan kaki main terjah je (tapi kene tanya arah gak la) ke bazaar tu. Maunye 1km-2km aku berjalan nak ke sana. Da sampai sane, aku da pancit. Cam biase ramai yang datang ke bazaar ni pakai macam tak puasa, da rasa cam kat KL lak. Masa nak balik tu, terserempak dengan group remaja local lelaki & perempuan da start makan & minum. Eh, aku baru je beli makanan. Takkan dah berbuka. Rupenye aku tak alert rantai dorang pakai tu & lambang kat rantai tu. ‘Ok,noted’ kata aku kat diri aku balik. Malam tu still erbuka sorang-sorang lagi. Sahur lak terlajak perahu coz malam tu tido lambat. Maklum la,tak biase waktu sane yang awal dari semenanjung. Subuh pun terlajak. Ingat nak Subuh pukul 6.45am tapi bila bukak langsir, dah terang gile. Weh tajul, ko kat Sarawak la. Ramai da start masuk keje waktu camni.


*kita ingin mencari kekuatan,lantas ingin berbicara, tapi kekuatan itu tidak dapat dihubungi. Bila kekuatan berjaya dicapai, hati jadi gembira. Tapi bila pada ketika lain kekuatan mula mempersoalkan perihal kita, kita akan hilang minat pada kekuatan itu. Pada jangka ketika kekuatan mencari kita dalam keadaan lemah, kita ingin membantu kekuatan itu bertenaga semula. Entah kenapa selepas beberapa ketika, kekuatan tu seperti tidak memerlukan kita lagi. Harap tuhan beri kekuatan yang sebetul-betulnya pada kita.

Wednesday, August 12, 2009

Basic Offshore Safety Emergency ( BOSET)


Aritu aku ada wat BOSET kat CONSIST, kat Ulu Kelang. Dekat je tempat ni dengan zoo Negara, dalam 200m camtu la. Sebelum seseorang tu kerja kat tengah laut @ offshore, dia hendaklah mengambil kursus BOSET ni. Then barulah dia bole apply untuk passport offshore kalo nak naik platform or kalo naik kapal kecik-kecik ni, rasenye takyah BOSET pun takpe. Adakah aku akan ke offshore? Tah la, macam tak je.
Kursus ni berlangsung selama 3 hari. Masa aku punye kursus ni, dorang terpaksa rombak jadual coz banyak sangat kelas. Dia ada amali dalam kelas & praktikal kat dalam area kompleks CONSIST tu. Hari pertama belajar Sea Survival dalam kelas, pastu ada amali dia kene terjun 10ft (lebey kurang 3m) dari atas ke dalam kolam. Ada la cara nak terjun dengan betul sambil pakai life-jacket. Hari kedua lak belajar fire fighting. Ni belajar jenis-jenis api sume & belajar memadam api kat luar kelas. Ada gak yang masuk kat dalam confine space atau ruangan sempit dalam gelap & cuba keluar. Tapi yang aku training bomba aritu lagi gile mencabar dari ni. Pastu petangnye belajar CPR sume bende bagai tu.

Hari ketiga ialah hari paling cuak dalam BOSET ni. Yela,aku ni taktau berenang. Latihan ni dipanggil HUET (Helicopter Underwater Escape Training). Ada sesi yang terjah camtu je, ada yang pakai re-breather. Yang dipanggil re-breather ni ialah alat bantuan pernafasan yang ada kat safety jacket tu yangmana kita kene hembus nafas sendiri sebelum lock udara tu & bernafas guna udara tu selama 30 – 40 saat je. Ada 5 kali sesi training HUET ni. Memula just dorang rendam je chopper tu dengan kitorang ada kat dalam, kene bukak sit belt dan kuar dari tingkap. Yang paling mencabar mesti la last sekali. Re-breather tu tiup awal-awal sebelum chopper dibenamkan & berpusing 180 darjah. Dalam keadaan terbalik tu, kita kene kuar dari chopper tu sambil bukak/cabut tingkap chopper tu sebelum leh kuar. Banyak gak la air aku telan, tu belum kira air masuk dari hidung lagi.
So far aku enjoy la kursus ni, ada pengalaman baru, makan free (hehe) & kenal ramai kawan baru tua or muda dari Petronas, Baker Hughes, DOSH, Ensco Drill, Maxwell dan lain-lain. Tapi kalo ada BOSET ni tapi tak pegi offshore , tak guna jugak kan. Kalo pegi offshore tapi gaji tak seberapa pun tak bape ok jugak,kan. Hehe, stay dulu. Cari pengalaman dulu. Then baru demand, hoho. Eh, 15hb ni baru da setaun keje kat sini.

Friday, August 7, 2009

Berhabis Duit di Langkawi


Bulan lepas, aku & kawan-kawan aku ke Langkawi. Kitorang pegi naik AirAsia. Tiket da lame beli, tu sebab cam tak mahal sangat tapi still sakit gak la bayar duit tiket. Kitorang pergi 4 orang. Ada 1 pasangan tunang & aku dan lagi sorang ni nak cukupkan ahli je la, leh share bilik 2 orang 1 bilik. So bayar murah skit la kan.

Flight kitorang malam sabtu & sampai sana pun dalam 11pm. Pas check in kat Motel (ni je mampau ), kitorang lepak kat pantai Chenang yang dekat dengan tempat tinggal kitorang tu. Malam-malam tu pun ramai gile orang lepak. Kitorang pun lepak sampai lebam dalam kol 2am kot.

Hari pertamanya, kitorang pergi Island Hoping. Ni ialah acara naik bot pergi ke pulau-pulau. Kitorang share la dengan orang lain dalam 10 orang 1 bot. Memula pergi Tasik Dayang Bunting. Kat situ tak wat ape pun, nak mandi kat tasik tu,ramai lak orang lain mandi. Kitorang just main paddle boat je la & rendam kaki soh ikan keli gigit-gigit manja,hikhik. Then bot tu bawak kitorang pergi Pulau Beras Putih kot, ke Beras Basah. Tah la, lupe dah. Kat situ mandi la laut sampai gelap. Ramai gile gak mandi kat situ. Aku pun guna la time ni nak belaja berenang, nanti nak wat BOSET. Berjaya la berenang 2 meter, hoho. Sebabkan kitorang jarang jumpe laut,sampai tak sedar masa da abes sampaikan bot yang kitorang naik tu datang jemput kitorang kat tempat kitorang mandi. Hehe,segan kawan.

Balik dengan keadaan kulit gelap, kitorang mandi & solat then petang tu berjalan-jalan. Memula pergi tempat air terjun mane tah, biase je pun situ. Petang tu banyak spend masa kat Wildlife Park. Nak masuk kene bayor rm12 tapi berbaloi la. Malam tu makan seafood. Jenuh nak cari tempat best & murah tapi jumpe gak. Kitorang makan kat Restoren Nelayan ape tah name dia, tempat cam terpencil tapi ramai gile lak makan situ. Dibuka dari 8pm – 11pm, ke dari kol 9pm tapi camtu la. Untuk 4 orang, harga dalam rm80++ je. Ok la untuk seafood, tu pun perut da kembang makan sume tu. Jalan pun dah tak betul.

Hari seterusnya,kitorang pegi naik Cabel Car yang dekat gunung Matchinchang kot. Hoh,lemah geografi tul aku. Bejalan la dekat jambatan gantung dia tu. Memula dorang tutup coz cuaca buruk ada awan hitam. Tapi kitorang tunggu gak sampai langit cerah dengan pasrah, last-last dorang bukak. Petang tu lak
memula nak pegi tempat air panas, dorang sedang renovate lak. Air tak panas lak tu, cam panas sebab matahari je. Pastu nak pegi taman reptilia, rupenye dah lame tutup terus dah. Pastu pegi pulak tengok Pantai Pasir Hitam. Memang hitam la pasir dia, korang takkan lalu nak mandi punye.

Cam biasa, sesi beli coklat la petang tu. Abes duit aku kerana tamak & taknak kalah. Setelah berbual seketika dengan dompet aku, aku pun beli sikit je. Hoho. Malam tu dok Dataran Lang & get ready nak balik. Flight leh la tunda dari kol 10 lebey sampai kol 12.30. Mau tak pancit tunggu. Time ni aku da start lain macam dah badan, rasa sejuk. Sampai kat LLCT, kitorang just tido atas kerusi & mulalah hikayat demam kat aku. Time takleh tido , macam-macam bende aku pikir sampai nak kuar air mata lak. Esok pagi balik naik bas ke KL then sambung tido kat umah. Next day tu pegi klinik coz demam sambil pikir camne nak cerahkan kulit yang dah gelap ni.


Wednesday, July 29, 2009

Oil & Gas Vacancy

Ni ha aku taktau la nak cakap position ape,tapi korang try je la. Dulu time menganggur or 1-2 bulan da kerja,aku ada apply kat agensi pekerjaan ni kot. Aku pun da lupe. Dia tipon aku semalam tanye aku minat nak tukar keje tak coz ada vacancy. Aku cakap la takmau lagi, nak stay sini dlu walopun gaji kecik,atleast utk taun ni. pastu did soh aku update resume aku untuk database dorg & cari sape2 yang nak keje lain. Dia cakap ade kosong kat johor kot, & ada gak vacancy project engineer untuk US-based co kat selangor. Papehal pun korang try la ek. Korang send resume kat emel tu or bole call dia tanye pape. Kalo send resume tu,kalo rajin gtau la korg dapat dari aku. Aku tak dapat komisyen pun,tapi just untuk dia punye update.

mandy@ingeniousjob.com
012-3425361

Wednesday, July 22, 2009

Memendam Rasa Sayang


Pernah tak korang memendam rasa? Pernah ek. Bukan rasa cinta je tau, banyak lagi perasaan yang boleh dipendam. Kalo tak tahan nak ke tandas tu,tak tau la jatuh kategori pendam yang mana. Hehe. Memendam rasa ialah berdiam diri bilakita mempunyai sesuatu perasaan tu. Contohnye kalo kita marah, kita tahan je la kan takde marah-marah. Takpun kita ni jenis kuat mencarut, tapi kita pendam coz ada family gf kat depan kita. Hehe,hipokrit betul.

Camne lak kalo pendam rase sayang (uwek!)? Bertabah je la korang kan. Camne rasenye hati yang memendam tu? Rase dia cam berat & sesak gak la kan, sampai selalu terpikir pasal hal tu, nak solat pun tak khusyuk, wat keje pun rase tak best, time kuar dengan kawan-kawan pun teringat beliau. Haha,sapekah beliau.

Ni nak cite pasal sorang kawan aku ni. Dia seorang lelaki, yang suka kat seorang perempuan. Normal la tu kan. Kalo tak, gay la pulak kekdah nye. Ok,sambung balik. Dia ni dah lame takde gf. Then tah camne, dia boleh suka kat sorang minah setelah berjumpe beberapa ketika. Dia rase rendah diri kat minah ni, kata dia tak bape nak kaya & bergaya. Aku rasa kawan aku ni ok je,aku pun tak tau nape. Ke pompuan sekarang ni memilih sangat. Hoi, memilih la korang! Hehe. So cam biase,aku ni dijadikan tempat luah perasaan oleh kawan aku tu. Takpe la, menyelami hati kengkawan. Esok kot-kot aku lak kene ke,kan.

Cam biase la, kawan aku ni dah bagi hint tapi feedback yang diterima ialah tak de pape. Bukan takde langsung, cuma tak memberangsangkan. Mulai dari tu, mamat tu just senyap je la kan. Pasrah setelah mencuba. Aku cakap la usaha la lagi (tapi kalo aku jadi dia pun,aku pasrah gak kot). Dia just senyap je.

Tapi ada baiknye jugak camtu. Lagipun perangai aku dengan kawan aku ni lebey kurang je. Kalo dah someone tu taknak kat kita, takyah la kita nak paksa-paksa kan. Nanti kalo dia tak selesa camne, kita gak yang susah hati. Ape yang penting ialah kita harap orang yang kita pendam rasa tu happy & selamat, dengan syarat kita kenelah pendam rasa dengan ikhlas, takde tunjuk-tunjuk kat dia atau orang lain. Kepuasan ikhlas tu akan datang kat diri kita balik. Tapi sampai bila kita boleh bertahan pendam rasa?

Wednesday, July 15, 2009

Kerjaya Baru : bomba



Akhirnya tercapai juga cita-cita nak jadi bomba walaupun tak pernah bercita-cita langsung sebenarnye. Apa pun pekerjaan, asalkan yang penting ialah halal. Walaupun aku merapik macam-macam, aku tetap bukan bomba. Ni nak cerita kitorang pegi latihan bomba selama 4 hari kat Balai Bomba Taman Desa, Petaling Jaya. Ramai lak kan yang kene tipu hidup-hidup bila aku letak gambar bomba aku ni kat pesbuk. Aku pun melayan. Orang tanya aku keje bomba ke , aku pun mengiyakan je. Hehe,lawak la korang ni. Err… ke aku yang lawak.
Macam aku cite, latihan ni kat Petaling Jaya. Aku malas sebenarnye nak pegi area-area situ, dapat-dapat lak kat Jalan Klang Lama. Lagi la aku pasrah nak ke sana. Bukan pasal jauh, tapi aku just taknak ke sana. Hehe,ngada-ngada lak aku.
Latihan dia memula dalam kelas, ada aircond bagai. Time tu leh la kan lelap-lelap mata ni kejap ke. Hari kedua & ketiga ialah kat luar, praktikal. Ada tu kene masuk terowong yang gelap gila babas sampai kitorang pun dok terbabas. Masuk terowong tu secara 4 orang sekumpulan yang kat dalam teromong tu ada halangan & belok-belok. Masa tu dah kene pakai uniform bomba lengkap. Ada tu kene masuk lubang kecik gelap secara berdua yang kat dalam lubang tu just samada kene merangkak atau meniarap je. Siap dorang bagi heater kat dalam tu, bagi asap, ada pintu kene bukak & audio budak-budak menjerit.
Yang paling best bila kitorang kene padam api betul-betul kat dalam rumah latihan. Aku orang ke-4 dalam pasukan aku,maknanye aku la penutup yang padamkan api. Rasa kacak je bila padamkan api. Punye la bajet aku ni power dapat padamkan api. Rupe-rupenye ada suis on off sume api kat dalam umah tu,ceh. Keje bomba bukannye mudah. Sekarang setiap kali berita kuar pasal bomba, tak pasal-pasal aku excited lak. Hehe.
Ni saje tepek gambar takde kaitan. Laptop opis aku dapat bateri baru. Tau la kan Made in China tapi takyah la sampai tulisan tu pun dah cukup menakutkan aku. “Made in Chian”, hehe.

Friday, July 10, 2009

Oil & Gas Vacancy

ProEight Offshore Engineering Sdn Bhd


Positions at our Headquarters, Jelatek (dekat dengan setiawangsa,KL)

Our headquarters and regional offices are constantly on the lookout for qualified and motivated people to be part of our corporate team.


Position(s) currently available:

1. Business Development Executive
2. Design Engineer
3. Draughtman
4. Procurement Executive
5. Purchasing Executive
6. Sales Executive
7. Customer Service


Positions at our Kota Kinabalu Sabah Service Centre, Miri Sarawak Service Centre & Labuan

Position(s) available:

1. Field / Service Engineer
2. Field / Service Technician
3. Sales Executive
4. Customer Service
5. QA/QC Executive
6. Draughtman
7. Machinist

Remuneration will commensurate with qualifications & experience. Interested candidates
are invited to e-mail a comprehensive resume detailing full particulars, contact telephone
number, work experience, current and expected salary to hr@proeight.com.my

*dorang tak cakap pun tarikh tutup bila,so bende ni continuously kot.try je la ek.

Tuesday, June 30, 2009

Cinta La Konon...


Jom kita berjiwa-jiwa kali ni. Hehe,ngarut la aku. Sepanjang aku hidup selama 24 taun ni (baru je 24 dua minggu lepas), dah banyak cerita pasal hati & perasaan aku dengar. Nak kata yang aku lalui,mana ada sangat pun. Pape pun,kalo libatkan hati & perasaan ni tak semuanya indah kan. Bak kata orang dulu-dulu, langit tak selalu cerah. Tu sebab aku asyik prepare baju hujan time nak pegi keje. Pekena milo panas cicah biskut kering 4 segi tu memang sedap time hujan,nyam nyam. Yela,aku stop melalut. Meh aku nak cite kat korang ape yang kawan-kawan aku dah merasa, samada negatif atau positif. Sori ek my frens,aku cedok sikit cite korang. Jangan risau,nama akan dirahsiakan. Hehe.


Cite sedih:
a) Kapel dari time matrik sampai la abes degree. Then time kerja, si pompuan beralih arah ke mamat yang sama tempat kerja dengan alasan cam kurang perhatian dari bf. Entahlah, tak berani nak komen sangat.
b) Kapel time study degree pastu tiba-tiba pompuan tu meragam dengan perangai tak matangnye mintak clash time lagi seminggu nak final exam, dengan alasan nak hidup single la,hape la. Tak sampai seminggu, minah tu kapel dengan ex-bf dia. Tapi cite ni aku cam biase dengar je, kan.
c) Ada gal ni minat kat sorang mamat ni, then gal dia cite kat kawan baik dia iaitu seorang perempuan gak. Rupenye dalam masa yang sama, kawan baik dia tu sebenarnye cuba gak ngurat mamat yang sama dalam diam-diam, padahal dah pasang banyak lelaki lain & dah ada bf.
d) Ada gak sorang gadis ni yang suka kat sorang mamat ni tapi mamat ni cakap dia ni cam jenis ada nafsu sikit (camne nak explain ek,korang pahamkan sendiri la). Then mamat tu cakap gadis ni terlalu baik untuk dia (eleh…lame excuse la bro). si gadis ni terus doakan mamt ni berubah.
e) Cite pasal si gf tumbuk muka bf pun ada,tapi still on lagi. Salah bf dia gak kot. Takleh cite lebih-lebih,kang aku lak yang kene tumbuk kang. Hehe.


Cite pelik:
a) Ada sorang mamat ni dia kira baik la,tak merokok n menjaga solat tapi dia suka kat minah yang merokok & tak penah dilihat solat. Pompuan tu lak cam taknak kat dia. Sian mamat tu, tak tau nak kata mamat tu yang pelik ke or minah tu.
b) Perasaan yang terhasil time kali ke-2 jumpe ketika 30 minit terakhir dalam cinema. Hepi ending? tak berapa.
c) Ada pompuan tu tersalah call mamat ni, then tah camne leh kapel. Hish,pelik la korang ni.


Tapi ada gak cite gembira:
a) Member yang kapel dari zaman sekolah dah kawin.
b) Member yang kapel dari zaman university dah bertunang.
c) Hubungan jarak jauh antara semenanjung & sabah yang masih berterusan.
d) Budak-budak yang serumah time university dulu, yang 4 dari 5 ahli rumah tu da ada kapel time abes study. Yela,aku ni yang sorang tu yang takde steady gf. Huhu.


Tapi pape pun, harap korang hidup dengan gembira dalam hidup korang. Jangan lupa banyakkan doa kat tuhan. Parent pun jangan korang lupa. Yang takde pasangan tu,rilek la. Watpe nak kapel cepat-cepat,kan.--> aku memang pandai pujuk diri sendiri

Thursday, June 25, 2009

Bulan Rejab dan Remaja Sekarang


Bulan Rejab dah tiba, jadi nak sentuh sikit pasal bulan Islam ni. Owh, bila sebut pasal agama je malas nak baca ek. Hehe. Takde la, ni aku cakap untuk diri aku sendiri. Lalala. Bulan Rejab ni dari segi makna bahasa ialah menghormati dan memuliakan. Dinamakan bulan Rejab ni sebab orang-orang jahiliyah dulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram iaitu sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Maksud haram kat sini ialah umat Islam diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut dan dicerobohi. Kirenya kita takleh mulakan perang dulu la dalam bulan ni. Sabda Nabi saw: " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Syaban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku".

Berbalik kat remaja zaman sekarang ni, sebahagian dari mereka (sebahagian je,bukan semua) memang tak sabar tunggu bulan Rejab ni walaupun dorang tah perasan tah tak bulan Rejab ni dah masuk. Bukan ape, tak sabar nak tunggu Raya. Ada tu dah sibuk dengan tema baju raya, siap kecewa lagi dengan tema taun ni (untuk family dorang la,family aku main redah je). Diingatkan lagi, ni pasal sebahagian remaja je. Bole jadi sebahagian kecil tapi yang pasti memang ada, lalala. Sibuk je nak Raya. Puasa tah dah habis ganti tah belum. Tak kisah la lelaki ke pompuan kan. Solat pun da abes ganti ke? Yela, time orang lain posa, dia pun same la puasa time bulan Ramadhan tapi solat tu buat ke. Bukan solat sunat tarawih tapi solat wajib 5 waktu. Pelik gak kan jenis yang tak solat ni. Solat malas, tapi time bulan puasa rajin lak dia puasa ek. Tang puasa je la, tang lain tu same je. Aku ni cakap orang je, diri aku sendiri pun solat tak betul. Bulan Rejab ni diharap pada dorang yang malas buat bende-benda wajib cam solat tu, diharap cuba la buat. Takkan nak enjoy 24/7 je kan pastu tau konon nak speak English, tang yang mencarut-mencarut tu la. Kecoh je,padahal overall English dorang taklah hebat mana. Keras gak lidah tu bila speaking. Akhirnya nampak cam poyo. Takpe, kita doa bersama supaya dorang ni mula wat benda wajib.
Melalut lak kan aku ni :)

Oil & Gas Vacancy

Swift Energy Sdn Bhd

rajin betul ek company ni bukak vacancy
sila rujuk kat bawah

Company Description
Swift Energy Sdn Bhd started in Malaysia at the turn of the new millennium, specialising in intelligent engineering solutions for the oil & gas, manufacturing and process controls industries.

Our Vision is to be the premier total electrical engineering and process control solutions provider for the oil & gas, marine, petrochemical and edible oils industries in the Asia Pacific region.

We are seeking for proactive person to fill the following position:


PROJECT ENGINEER

Job Descriptions:

* Project management including drawing approval and transmission process.

* Development of PLC Program.

* Development of HMI (Human Machine Interface) application.

* Ensure proper control of drawing including preparation, revision & obsolete drawing.

* Handle project management factory acceptance testing (FAT).

* Handle project management witness testing.

* Responsible for testing and commissioning of projects at outstation or overseas.



Job Requirements:

* Candidates must possess a Diploma/Bachelor's Degree in Engineering (Electrical/Electronic), Control Engineering or equivalent.

* Applicants with experience in PLC, HMI/SCADA, MES, Histronian or process control systems will be viewed favourably.

* Willing to travel when required and able to work under pressure and meet project deadline.

* Fresh graduates/Entry level applicants are encouraged to apply

Interested candidates please send the resume to hrd@senergy.com.my

Tuesday, June 16, 2009

Oil and Gas Asia Exhibition ( OGA 2009) KLCC








Minggu lepas, OGA telah kembali ke KLCC. Seperti biasa, banyak la company yang membuat pameran kat situ. Benda ni berlangsung selama 3 hari. Aku? Tiap-tiap hari aku datang, hehe. Gejala malas dok opis la ni. Walopun aku bukan exhibitor, tapi aku print gak pass untuk exhibitor coz aku tau nanti ramai orang beratur untuk dapatkan pass visitor. Banyak la kan syarikat yang ada terutama syarikat servis tempatan & antarabangsa. Antaranya ialah UMW oil, Shell (takde tunjuk teknologi ape pun), Exxon mobil (tunjuk mintak pelincir dia), GPS, Technip dan lain-lain. Majlis ni dirasmikan Tun Mahathir pada hari ke-2. Sempat gak la aku amik gambar dia masa dia kat Kenchana HL, anak dia Dato Mokhzani punya. Tapi yang pelik, Petronas takde. Ade sesapa bole jawab? Yang company dekat tower 2 KLCC pun rasanya 1 pun takde wat show. Company lain macam Schlumberger, Halliburton & Baker Hughes pun takde. Yang besar-besar dari Arab tu usah cakap la, memang takde. Gazprom dari Russia ade la. Walopun dorang syarikat minyak terbesar dunia, tapi tak bawak apa pun. Bawak minah-minah cun Russia je & sorang-dua mamat yang tak berapa fasih English. Bila tanya pasal projek kat Malaysia & Asia, dorang cakap takde. Booth punya la besar tapi rasanya cam dia wat umah dorang lepak-lepak & toilet je coz tertutup. Paling kuta pun , just boleh drop business card je. Takpe, OGA kali ni tetap meriah & ramai gila yang datang. Ada gak company wat stail PC fair, letak amoi-amoi sexy kat depan booth dorang. Layan saja, hehe. Ramai la yang datang termasuk student yang datang cari keje. Untuk pekerja lak yang ikhlas pegi booth lain cari projek ada satu bahagian, yang cari free gift satu bahagian. Lantak korang la kan, tapi aku kecewa gak la tak dapat pendrive percuma. Hehe.