Wednesday, May 4, 2011

Oil & Gas Vacancy

Aku rasa dorang memang cari orang kot sebab website dorang dah update coz ada logo OGA dan vacancy dorang ada position untuk crane operator. Dulu tak silap ada pembaca blog ni yang tanya pasal position crane operator gak, so boleh try. Opis dorang kat Ampang, aku penah pegi sekali. Hehe.


1
Petro Equips is one of the major Contractor & Service Provider for the Oil & Gas industry in Malaysia. In line with our expansion, we are seeking highly motivated, dynamic and proactive individuals to join us in the following positions :-

A) Wireline Assistant

- Min 2 years experience in wireline operation
- Good knowledge in wireline tools, fishing tools and pressure control equipments
- Able to communicate in English.

B) Crane Operator
- Must posses valid license and API RP 2D Standard Level 2 certificate
- Able to communicate in English.

Please email detailed resume to hr@petro-equips.com


2
Yang ni pulak emel dari manpower supply punya company, tak pasti position ni untuk kompeni apa.

Graduate Field Engineer
Position: Field Engineer
Status : 1 year renewal contract
Location : Sri Kembangan Selangor
Qualification : Bachelor Degree in Mechanical / Civil, with good academic result.
Experience : 0 - 2 years working experience in Oil & Gas Industry.

Interested candidate, please email your CV to atiqah.jamailudin@nesglobal.com


3

Yang ni aku tak pasti pegi offshore ke tak, tapi company ni memang company offshore yang aku penah posting dulu yang cari service engineer baru-baru ni.

Antamahir Sdn Bhd, a supplier of products to the Oil and Gas industry needs
skilled workers in the manufacturing sector.

Requires:
- Man (Malay)
- Minimum SPM Qualification
- Graduate ILP / IKM (priority)

Place: Bandar Baru Bangi, Seksyen 10
If interested, please contact Ms Tina at: 03-42703442 and send your resume to tina.asb@gmail.com

Sunday, April 24, 2011

Catatan Hidup: Masa Untuk Berhijrah



Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat sekarang, rasanya telah tiba masanya untuk aku pergi. Bukan kerana membenci sesiapa, bukan jua kerana adanya masalah di syarikat sekarang tapi peluang yang datang harus diambil. Syarikat yang sekarang ni bagus dan tiada masalah, cuma samada malas atau rajin bekerja sahaja. Perancangan dan cita-cita masa depan perlu diusahakan oleh kita sendiri, jadi langkah yang terbaik perlu diambil.

Aku tak boleh bagitau syarikat apa yang akan aku bekerja nanti mahupun memberitahu jawatan apa (eleh,ada ke orang nak tanya aku.hikhik) tapi cukuplah sekadar memberitahu ini juga merupakan syarikat tempatan. Tapi bukanlah klien cam Petronas ke hape. Hehe.

Surat meletak jawatan telah dihantar dan notis satu bulan sedang bermula. Yang agak gementar sedikit ialah bagaimana suasana di tempat baru. Yela, tempat baru kan. Makin jauh lak tu dari rumah aku. Kalo dulu kol 8.45am baru tegedik-gedik nak start enjin motor sebab dekat dan start keje kol 9am, selepas ni mungkin 7.45am aku dah kene gerak sebab makin jauh dan office hour start 8.30am.

Apapun kepada sesiapa yang mencari kerja di luar sana, jangan berputus asa untuk mencuba bersungguh-sungguh. Tidak rugi untuk mencuba. Dan bagi sesiapa yang setia bekerja di syarikat masing-masing tapi takut untuk bersuara jika terlihat kelemahan atau kepincangan pihak lain yang dikesan mahupun ketika menghadapi tindasan, jangan takut untuk bersuara. Ingatlah bahawa bukan syarikat itu yang memberi rezeki kepada kita, tapi Tuhan jualah yang memberi. Rezeki ada di mana-mana, carilah rezeki yang halal. Updatelah resume anda :)

Monday, April 18, 2011

Oil & Gas Vacancy



Sebenarnya aku dah lama nampak pasal ni,tapi saje tak post. Tapi tadi kawan aku dok cerita, jadi aku becadang nak letak kat sini. Kawan aku tu keje kat tempat ni la. Gaji dia dah besar sekarang dan dia pun antara pembaca blog aku (bukan sebab blog aku best,tapi sebab dia boring kat atas rig tu.adeh) . Try le, fresh pun dorang nak try pakai.

Service / Field Engineer

Antamahir Sdn Bhd

Responsible for overall operation including planning, organizing, installation and maintenance of company equipment (mud cooler).

Requirements :

1. Degree / Diploma in Mechanical, Electrical Engineering or equivalent.

2. 3-5 years experienced as a Service / Field Engineer is advantage.

3. Good communication in English and Bahasa Malaysia.

4. Proactive, self-starter, and a team player.

5. Fresh Graduates are encourages to apply.

You can send your resume to: rozaidi@antamahir.com.my


*aku da penat dok kat opis. keje kat situ pun bukannya aku boleh wat dengan sempurna sangat pun. mungkin sebab minat yang kurang,atau mungkin diri aku yang semakin lembab sekarang. adakah aku akan terus hidup camni, membesarkan perut, beli nasi bungkus,beli komik sin chan dan tido kerana letih berada di opis? mungkin aku harus cuba juga mengetuk pintu lain. yela, pintu kapal ke, pintu rig ke. moga dunia sekeliling air kembali muncul dalam hidup...

Monday, April 11, 2011

Oil & Gas Vacancy

Lupa la ada gtau ke tak sebelum ni. Belasah je try, tapi yang ni kat Singapore la. Kot-kot dorang nak amik korang ke,kan. lagipun tak silapnya dorang ada JV ngan Malaysia punya kampeni. Mane la tau resume korang dorang simpan untuk waktu-waktu tertentu. Hehe.


Graduate Field Engineer

Swiber Offshore Construction Pte Ltd

Requirements:
- Minimum Degree in Mechanical/Civil/Marine Engineering, specializing in Offshore Oil & Gas/ Petrochemical is preferred
- Possess good organizational and strong communication skills
- Good interpersonal skills and able to work well with others in a fast-paced working
environment
- Fresh Graduates are preferred
- Work Location: Jurong East
- Require to work offshore

send your resume to hr@swiber.com

Monday, April 4, 2011

Bukit Broga


Nak pegi Broga ke? Boleh tahan jugak tempat ni. Kalo tengok sunrise memang menarik la. Tapi kalo rasa diri tu tak fit dan jarang bersenam, jangan la main terjah je. Hehe, medical checkup aku kata aku fit untuk kerje kat offshore, so boleh pakai la gak fit naik bukit. Hoho.


Kalo boleh, datang la awal. Kereta dah banyak. Naik motor la senang. Aku yang datang sebelum subuh ni dalam kol 6am pun susah nak cari parking dalam kelapa sawit ni time sabtu. Ade je ruang tapi nanti parking tak best la or mengganggu kereta lain nak kuar awal.


Surau takde kat kawasan berhampiran. Ada la masjid or petronas tapi kene kuar balik la dalam beberapa kilometer gak. Cam aku ngan kawan aku ni terjah je tunaikan tanggungjawab kat atas tanah yang diyakini bersih. Jangan lupa bawak air mineral untuk wuduk.


Kalo start pas Subuh, memang gelap. So kalo rasa nak bergerak awal cam sebelum subuh ke atau sesudah subuh, bawak la lampu suluh. Kalo gerak dalam dekat nak kol 7am tu dah boleh nampak jalan dah.


Bersedia la untuk penat dan bertemu ramai orang. Bagi yang selalu bersukan ni aku rase takde masalah, boleh je terus one shoot naik atas takde rehat-rehat. Kalo pancit, lepak-lepak la dulu. Tapi tu la, kalo rasa tak cargas bawak-bawak la bersenam sebelum naik Broga.


Dah tiba di atas, bolehlah berehat sambil mengambil gambar dan melihat pemandangan indah untuk memulihkan semangat. Hikhik.

Tuesday, March 29, 2011

Penempatan Semula




Ini bukan penempatan semula penduduk atau apa tapi ialah perubahan pekerja dari department lain ke department lain. Mungkin boleh dikatakan re-shuffle ataupun re-organization. Tak pasti yang mana satu, tapi yang pasti ialah mungkin terkena kesan ini. Apa yang jadi dengan department sekarang pun masih tak pasti. Harap semuanya berjalan lancar, ataupun kembali seperti dulu. Diharap juga kapal yang sudah lama tersadai itu akan bergerak. Biodata pekerjaan diri pun telah lama dikemaskini tapi tiada yang sudi.
Owh, ini cuma luahan hidup. Mari bertabah dan mengharap rezeki yang lebih.

Wednesday, March 16, 2011

Jangan Ditipu Kompeni Oil & Gas yang Pelik




Aku tak tau korang segembira mana kalo mendapat tawaran interview kerja ataupun kadar kesungguhan korang untuk mencari kerja. Tapi yang penting ialah sejauh mana tawaran itu betul. Ni ada satu info yang aku cari di mana aku juga pernah kena dan jadi ragu-ragu. Jadi setelah membuat kajian di internet, maka ini adalah penipuan ataupun SCAM. Berikut aku tepek sedikit info dari internet.

Nigerian Job Scams I Found
________________________________________
Brass_Co Oil Drilling Co.
310 Akali Street Etegwe
Yenegoa Bayelsa State Nigeria
Fax/Tel: 234-809-785-9348
P.M.B Box 2048
Engineer Fredrick Usman
Senior Project Supervisor
E-mail: bc.engineers@bcogdev.com
Date: 08-03-201

And here they go again, same SCAM, just a new webbsite.
http://bcdrilling.com/default.aspx


Jadi awas ye semua, jangan berghairahan menerima sesuatu yang diluar pengetahuan kita tanpa membuat penyelidikan. Kalo nak cari pasangan hidup pun kene selidik dulu, hikhik.

Tuesday, March 8, 2011

Ke Kemaman Lagi



Gigih je pergi sana,ada projek ke? Haha, mestilah takde. Kononnya menjadi wakil dari office KL untuk projek ni. Dah dapat ke? Mana ada dapat lagi, klien sedang usha-usha je la.


Gambar aku takde pun dalam ni, ni gambar dorang sedang menilai kritiria yang tertentu sebelum membuat pilihan. Kali ni pasal wellhead pe sume mende tu. Walaupun pernah pegang 'pokok krismas' dan bende-bende ni sume masa kat atas platform, tapi masih banyak lagi yang aku tak tau. Tu belum campur bende yang aku lupa lagi tu dengan benda yang aku malas nak study.

Jadi disebabkan ini, termuncul la niat aku seperti terasa mahu duduk berguru di Kemaman ni untuk mendalami ilmu hands-on terhadap "pokok-pokok" ini. Lagipun gadis-gadis kat tempat makan Telaga Simpul tu pun cung-cung gak. Hikhik.

Monday, February 28, 2011

Oil & Gas Vacancy




Sila mencuba. Anggap ianya sebagai panduan,harap masih valid.


1) Engineer
- Solar Alert

- Diploma/Degree holder in Mechanical Engineering preferred or equivalent.
- Knowledge of Wellhead and Christmas Tree is an added advantage.
- Good communication skills.
- Able to write and speak in English language.
- Strong problem management skills.
- Ability to work independently, under-pressure and tight deadlines.
- Ability to communicate confidently to customer and support personnel.

email your resume to: hr@solaralert.com.my



2) Instrument Engineer
- Esteem Energy Engineering

- Must possess at least a Bachelor's Degree Electrical / Instrument Engineering
- At least 1 -2 years working experience
- Able to start work immediately will be an add advantage
- Advantage on those with Chemical and Oil & Gas Environment experience
- Possess own transport

email your resume to: admin@esteem.com.my



3) Project Engineer - Valser

- Obtain a Degree in any engineering courses
- Have around 1 -2 years working experience
- Fresh graduate are also invited to apply

email your resume to: career@valser.com.my

Monday, February 21, 2011

Seharian di Pangkor


Yup, begitulah ceritanya seperti tajuk kat atas. Kerana bosan ngan aktiviti kehidupan akhir-akhir ni, aku telah merancang hendak ke Pangkor. Tetapi setelah melihat pada dompet, maka dapat berjalan ke sana sehari je la. Hehe.


Perjalanan ke sana ialah dengan menaiki bas. Tiket leh tahan gak harga dia. Perjalanan ni mengambil masa lebih kurang 4 jam dari stesen Bukit Jalil, termasuk berhenti lama sikit kat Hentian Duta. Setelah sakit belakang dan tengkuk, akhirnya sampai la ke stesen bas kat Lumut tu. Jalan sikit je dah boleh jumpa jeti untuk feri tu dah.


Dalam berjalan nak ke feri tu, kalo ada orang tanya korang nak ke mana tu korang layan je la. Memula ingatkan dorang nak tolong cakapkan nak beli tiket kat mane ke, nak tolong tunjukkan jalan ke. Yela, peramah semacam. Ropenye nak offer hotel/motel/resort dorang. Tapi layan je la kata dah ada ke, hape ke. Korang takyah la sombong kat tempat orang, hehe. Dengan membeli tiket sebanyak RM10, korang akan dapat perjalanan untuk pergi dan balik. So jangan nak mengada buang tiket tu. Perjalanan feri yang macam feri langakawi ni mengambil masa lebih kurang 25 minit ke 35 minit.


Dah sampai kat situ, cara terbaik nak bergerak ialah menyewa motor. Mana nak cari? Alaa… sampai-sampai je situ,ade la yang offer kereta atau motor. Sewa dia ok la, RM30 untuk sehari atau 24 jam. Minyak isi sendiri la, RM4 pun da cukup nak pusing satu pulau. Omputih pun ramai yang sewa motor, so leh la nak fefeeling rase cam omputih gak, hoho. Aku dok kat Ombak Inn rasenye nama tempat tu. Kira ok la, cam chalet/rumah kayu. Satu malam dalam RM80, ada dua katil, tandas dan tv kecik yang hanya ada satu chanel je ikut apa yang tuan chalet tu bukak (T_T)


So dah petang ni. Apa nak wat? Capai motor merayau le tengok-tengok pulau, kang esok sure malas punya nak keluar. Singgah jap gerai-gerai tepi pantai tu, sambil isi perut sambil tengok orang-orang yang bercuti kat sini. Hikhik. Petang tu aku layan char kuey toew basah (betul ke eja camni), memang best la. Tambah pulak dengan pisang tanduk goreng ngan nangka goreng. Memang sedap makan sambil tengok laut. Tau-tau perut dah kembang.




Dah kenyang tu, aku pegi merayau lagi kat pulau tu. Memandangkan senja dah dekat, so boleh la bersiap nak tengok matahari terbenam. Bila dah pilih satu port ni, aku nampak pakcik ni cam tangkap mende kat tepi pantai tu. “Tangkap ketam kecik tu kot”, kata aku dalam hati. Tapi sebab tak berpuas hati dan memang saje mengada-ngada, aku pun pegi la kat pakcik tu tanya. Rupanya dia tangkap Yat-Yat. Ape mende tu? Tah, aku pun taktau. Kalo Yatt tu aku kenal la. Ok gak dia belakon. Tapi Yat-Yat ni memang pertama kali la. Pakcik ni cakap dia rase cam udang, sedap kalo goreng. Bila letak kat tangan aku, comel je la mende ni dok diam. Dah letak dalam botol berisi air, bukan main ligat lagi bergerak.


Yay, matahari pun dah nak turun. So dengan kamera digital biasa ni pun, aku gigih la amik gambar ni untuk tatapan peminat matahari terbenam dan juga peminat Agnes Monica (motip?).


Malam pulak nak wat apa kat pulau ni? Makan la, gila ape taknak makan. Kat sini kira hidup gak la pulau ni. Kat tepi-tepi tu ade je gerai-gerai jual cenderamata dan barang-barang lain. Gerai makanan pun banyak je tepi pantai tu. Pepandai la pilih dan terjah.


Sedang aku makan ni, ada la 3 orang ni menyanyi dari gerai ke gerai. Sorang ni melayu, yang lagi 2 orang ni Finland katanya. Dah sudah nyanyi 2 - 3 lagu, dorang pun mintak la sumbangan kat sape yang nak bagi. Kira ade gak la hiburan dan kelainan. Kalo korang dah boring, usha je gadis-gadis yang makan. Sure hilang boring. Hikhik.


Makanan aku ni bernilai RM60, memang sedang elok la untuk 3 – 4 orang punya makan. Takyah nak tamak-tamak,nanti tak abis. Sebenarnye harga dia RM64, tapi aku mintak kurang sambil wat muka comel agaknya, dia bagi la RM60. Hoho. Dah makan tu agak-agak mata tu dah kuyu dan dah malas tu, bawak-bawak le berehat pegi tidur.


Pagi esoknya lepas check-out, aku jenjalan lagi kat pulau tu pegi pusing-pusing. Air pun sedang surut. Kalo bangun awal sikit dan rajin, leh la pegi kat satu tempat ni yang korang boleh jalan kaki je pegi pulau kecik kat sebelah sana sebab air dah surut. Kalo air pasang, cam tengelam gak kot nak ke sana.


Pastu kononnya nak pegi tengok jambatan gantung. Masuk la jalan nak ke situ, ada jalan kecik yang katanya 1KM lagi nak ke situ. Tapi tengok 3 – 4 motor pusing balik, rupanya ada pokok tumbang. Ceh, takde la gigih aku nak berjalan kaki lak kan. So hantar balik motor kat tepi jeti dan pastu berangkat la balik.


Seronok bercuti dalam Malaysia ni. Korang try la, harga pun cam ok je. Takyah pegi lama-lama pun takpe, asalkan pengisian tu banyak. Melanconglah ke dalam negara. Tourism Malaysia sila beri aku duit dan percutian percuma sebab aku promote bercuti dalam negara. Hehe.

Sunday, February 6, 2011

Oil & Gas Vacancy




Kali ni ada keje kosong, boleh cuba try dan cuba abaikan experience kalo dia mintak. Hehe . Sume keje ni base kat Bintulu, Miri dan Labuan. Kerja ni takde kaitan dengan gambar kasut kat atas yek.
~ walopun aku dah takde mood nak bekerja lately, aku akan tetap cuba membantu semua ~


Oceancare Corporation Sdn Bhd


Operation

1) Engineering Inspector
- Min SPN/Equivalent
- 1 -3 years experience in related oil and gas.
- Knowledge in ASME Boiler & pressure vessel code, ASME B31 Services, AWS D1.1, API 1104, ASTM, NACC painting specs, Mechanical catalogues general assembly (GA), P&ID and other relating drawings and all equipment associated with welding fabrication.

2) Corrosion Technician Level 1
- Minimum SPM/Equivalent
- Must possess professional certificate in ASNT Level II in UT, PT, MT (
- At least 1-3 years experienced in related fields and in oil & gas industries.


Operational Support

1) Technical Assistant
- STPM, Diploma or equivalent.
- National Institute of Technical Education Certificate.
- Minimum 2 years working experience in oil & gas environment
- Mature and able to handle suppliers

2) Material Coordinator
- STPM, Diploma or equivalent
- Minimum 2 years working experience in manufacturing environment
- Mature and able to handle suppliers
- Independent self-starter, able to interact with all levels of personnel

3) Technician
- Candidate must possess at least a Diploma/ Certificate in Electrical/Electronic or equivalent
- Have 1 or 2 years related experience in related field.
- Fresh graduate also encourage to apply


Engineering Construction and Commissioning

1) Maintenance Engineer

- Diploma or Degree in Engineering field or equivalent.
- BSME or similar technical degree required.
- Computer skills - basic Microsoft software skills (Word, Excel, Access,
PowerPoint, Project)
- CHAMPS maintenance data software skills, J.D. Edwards for Requisitioning, MES for production and downtime reporting
- Emerson Computational Systems Inc. (CSI) - vibration program hardware
and software, Ultrasonic devices (for air and steam leak detection), Thermography - infrared camera technology, Oil analysis (outside services).

2) System Analyst / Programmer
- At least Bachelor Degree in Information Technology or equivalent.
- Previous experience working as an Analyst Programmer in a professional
- Microsoft Windows environment;
- Expertise in Visual Basic with relational databases;
- Strong Access and SQL Server experience.

3) Architectural Designer
- Degree in architectural or any equivalent.
- Considerable knowledge of the basic principles of architecture.
- Considerable knowledge of modern building construction methods and materials and of the preparation of specifications.
- Considerable knowledge of the terminology, methods, practices, and techniques of architectural drafting.
- Some knowledge of the principles and methods of surveying and inspecting sites and buildings, preparatory to planning and designing

4) Mechanical Engineer
- Bachelor’s Degree in Mechanical Engineering
- Average 3 years prior experience
- Basic CAD skills typically desired
- Strong verbal and written communication skills
- Good mechanical aptitude and knowledge
- Advanced organizational skills, with the ability to prioritize and manage multiple tasks simultaneously.


Corporate

1) Data Analyst
- Degree in management or equivalent.
- Proficient in using analytical tools and instruments for instance Excel,
- Microsoft Access
- Ability to work with numbers
- Analytical mind which is able to process information logically
2) Data Assistant
- Diploma in management or equivalent.
- Handle the clerical work like data entry and others which are essential
for completion of the project.
- Proficiency in using computers to perform varied forms of analysis etc
of statistical data.
- Convert material into code data for computer entry.



Interested candidates should submit a detailed resume stating an expected salary, include copies of academic certificates, training certificates and latest medical check-up report, together with a passport-sized photograph not later than 31 MARCH 2011

to

hr@oceancare.com.my


* rezeki itu ditentukan Tuhan, yang penting kita berusaha. Run with me, gunakan kasut adidas.

Thursday, January 27, 2011

Semangat 1Malaysia di Mahkamah




Teka sape dia? Haaa…. mesti la korang tak kenal. Aku pun tak kenal. Maksud aku kalo korang tengok je dia ni tanpa mengenali dia, korang agak-agak apa diskripsi yang korang bagi? Cepat, fikir dulu macam – macam, teka dia ni manusia apa sume.

Ok, cukup. Bagi korang yang malas tengok berita atau baca suratkabar, dia ni nama dia Hau Yuan Tyng. Dia ni akan dipenjarakan sebab mencederakan pembantu rumah warga Indonesia. Motip berkelakuan ganas, haruslah ke penjara terima hukuman. Err… apa yang 1Malaysia nye? Beliau mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung, wau! Macam masuk mahkamah syariah pulak. Jadi adakah dia melayu? Hmmm… tengok nama takde la cam melayu. Adakah dia bukan Melayu dan memeluk Islam? Tah la, nama tu still guna nama bukan Islam je. Jadi apakah motif beliau berpakaian seperti seorang Melayu/Islam? Haaa…. ni yang dikatakan semangat 1Malaysia. Kita hendaklah menyokong gagasan 1Malaysia ni walau dimanapun kita berada supaya orang akan cakap rakyat kita ni semua seragam, pakai pakaian kebangsaan dan tudung lagi. Sebelum ni dalam tahun lepas, beliau ni pakai camni gak ke mahkamah. Memang tinggi semangat 1Malaysia beliau.

Owh, beliau akan dipenjarakan kerana mencederakan pembantu rumah. Selama ni kita jarang/tak pernah dengar lagi orang Melayu Islam kita mendera pembantu rumah. Kalo dorang jadi mangsa curi atau kene larikan anak, ada la. Sian orang melayu, selalu kene buli. Diharapkan masyarakat terutamanya orang negara Indonesia atau negara luar tahu dan paham bahawa orang Melayu yang betul-betul kaum Melayu yang bukan menyamar adalah tak penah/jarang mencederakan pembantu rumah mereka. Harap tak salah paham.

Anyway, cantiknya Hau Yuan Tyng pakai baju kurung dan tudung. Macam wanita melayu terakhir, cantiknya! Mesti ramai keliru…

Sunday, January 23, 2011

Berhantukah Genting?



Genting ni leh je nampak dari area aku tinggal ni. Kalo hari malam cantik gak la dengan lampu-lampu bagai tapi rasanya yang cantik kalo hari siang yang cerah dan takde awan, sampai leh nampak warna hotel 1st world dia. Tapi ada gak cerita misteri yang “kedengaran”. Kalo nak kata “kebacaan” leh tak? Aku bukan dengar dari orang tapi baca kat tenet.



Ada yang kata sesapa nak bawak ‘belaan’ dia untuk naik atas tu untuk bantu menang judi, takkan lepas sebab ada ‘belaan’ lain yang lagi power yang halang. Dan disebabkan itu jugak banyak je belaan kene tinggal kat sini tak bertuan. Ada lak yang tulis kata kat penjuru-penjuru area ni ada diletakkan “makhluk” tertentu. Selain tu, dikatakan ada gak kes-kes dalaman yang melibatkan beberapa pengunjung dan pekerja. Terdapat juga mengatakan yang ada kes bunuh diri sebab tak dapat bayar hutang. Ni sume bukan cite dari pengalaman aku atau kawan-kawan aku yek, ni sume dari dunia tanpa sempadan.

Tapi sepanjang aku dan kawan-kawan pergi, Alhamdulillah takde pape kejadian aneh berlaku. Dan aku tengok ramai je dating dan tido sini dengan enjoy dan hepi. Cuma ada beberapa hantu je la yang memang kompem ada kat sini. Salah satunya Hantu Judi yang gigih berjudi kat sini tak kira tua atau muda. Kaum pun tak kira, Satu Malaysia la katakan. Hantu Kaki Pompuan pun ada gak, ramai lelaki yang amik yang bermata sepet berkulit putih nampak cam import mali la kot. Hehe. Kat situ ada gak Hantu Arak yang kekadangnye mabuk sampai bising-bising kat luar ketuk pintu bilik dorang pastu cakap tah pape. Adeh, pening main game kat Genting sampai rasa nak hantu-k kepala kat dinding….

Thursday, January 13, 2011

Platform Lilin? - Pertama di Dunia Mungkin...




Wow,ada platform lilin? Diperbuat dari lilin ke camne? Kat mana dorang wat platform ni? Haaa.... jangan main-main, platform ni akan dibuat oleh Shell Malaysia. Ini akan mencatatkan sejarah di dunia ni. Korang patut rasa berbangga kerana keunikan ni akan didapat di negara kita. Camne la kan kalo panas-panas time dorang sedang production or flaring tu, tak ke terbakar platform lilin ni. Anyway, mana aku dapat info ni? Haaa... mesti la dari suratkabar yang hebat ni negara mesia ni. (harap korang tak lahar aku :nangis: )



Kat sotkabar bahasa melayu yang lain tulis mende tu sebagai loji. Kat bawah ni petikan yang lebih kurang sama dalam bahasa inggeris:

Another large player in this industry, Shell Malaysia, will also be investing
RM5.1billion in multiple projects to upgrade, expand or build facilities in upstream,
midstream and downstream activities across Malaysia. These include the expansion
of the Shell MDS wax plant in Bintulu, a new diesel processing unit at the Shell
Refinery in Port Dickson and the Gumusut deepwater development offshore Sabah.


Adakah apabila ditranslate, "plant" itu akan menjadi "pelantar"...
so lepas ni panggil oil plant la untuk pelantar minyak. Bye-bye "oil platform" (T_T)

Hidup Utusan!