Sunday, March 28, 2010

Cerita Jodoh




Disebabkan tak dapat signoff (balik umah) dari kapal ni pada tarikh yang ditetapkan, mula la perangai pun da jadi cam gila sikit. Bak kata dorang kat laut ni, “ kepala dah masuk air ”. tu belum ada gf atau dah kawin tu. Kalo da kawin ,tah camne lak kan.

Tapi bila borak pasal pasangan ni, ada yang mudah je dapat. Sembang-sembang dengan sorang krew kat sini, sumenye mudah je jodoh dia. Kenal melalui sepupu, pas 3 bulan kenal terus tunang, pas 3 bulan terus kawin. Sekarang da hepi da hidup, ada anak sorang. Katanya takyah pikir sangat soal jodoh ni, just go with the flow. Tapikan, kalo takde flow camne ek. Nak kene berendam dalam sungai ke? Maunye lemas aku yang tak geti berenang ni.

Friday, March 5, 2010

Tidak Tabah



Aku dah ada kat laut lagi.
Apa yang aku boleh cakap,aku tak kuat lagi.
Bukan tak kuat bekerja,tapi tak kuat nak teruskan hidup
asyik terkenang arwah ayah.

perlu ke aku tukar kerja...

Tuesday, February 9, 2010

Cerita Offshore: Aku Punya Kerja


Ni nak cite ape yang aku buat kat laut sebenarnye. Ramai gak tanya ape ‘jenis kerja’ yang aku buat, ade gak yang tanya camne aku buat. Kat sini aku cite secara kasar la mende sume tu. Ni pun untuk pengetahuan am gak la kepada sape yang ingin menimba ilmu. Chewah. Bagai perigi mencari timba, hehe. Mane leh pakai peribahasa tu. Ape salahnye kalo pompuan yang approach lelaki. Tapi ni pehal lak kan aku cite hal lain takde kaitan dengan oil & gas ni.


Okay,nak cite. Selepas operation (drilling) dan sebelum production ( penyaliran minyak/gas), sebenarnye terdapat proses dinamakan well testing. Kirenye well testing ni diantara drilling & operational senang cite. Aku pun baru je tau pasal well testing ni, aku tak tau pun mende alah ni wujud sebelum ni. Sesungguhnya aku agak jahil & memang tak tau ape. Rupe takde, kereta takde, gf pun takde. Hehe,luahan jiwa la pulak kan.


Yang aku keje ni ialah kat well testing vessel, kirenya well testing ni buat kat atas kapal. Sebelum ni sume barang-barang & operasi well testing tu dijalankan kat atas jack-up atau platform itu sendiri. Guna kapal la senang, boleh gerak sana sini. Pas abes platform sini, bole pegi platform sana lak. Tapi dapat time ombak kuat, muntah hijau la sume. Kapal kitorang ni pun ada burner boom dan flare. Alaa… yang macam kat platform tu la, yang ada mende alah panjang & kuar api tu. Jangan ingat kapal aku keje ni tak kuarkan api, kire berisiko gak la keje kitorang ni.


Modus operandinye ialah menyambungkan hos (macam paip getah besar tapi besi boleh lentur), disambungkan ke platform (kat wellhead), pastu salurkan minyak/gas yang nak diuji tu, masuk kat tangki & tempat proses ape sume, amik sampel dan minyak/gas berlebihan tu akan dibakar. Sampel yang diambik tu akan direkodkan setiap 15 minit. Macam senang, kan? Gila babas letih. Sume piping besi dengan flange tu sume kitorang kene pasang,. Da la banyak, berat lak tu. Pakai hammer pun yang gedabak punye. Memang letihla keje tu,tapi takpe la kan. Kita nak cari pengalaman. Untung-untung bole letak sume tu dalam resume. Lalala…

Friday, January 22, 2010

Catatan Hidup: Perginya Abah Selamanya

Malam tu kat kapal aku telefon Ateh aku tanya keadaan Abah. "Abah dah ok dah,dah boleh bercakap sume. Ko jangan risau la. Lagipun kitorang semua ada kat sini", kata Ateh.

Dorang cakap bende yang betul, Abah dah ok & siap bleh bergurau dengan anak-anak buah dia yang dah besar tu datang melawat. Doktor pun dah cabut saluran air yang disambungkan kat badan, siap cakap boleh keluar hospital selasa ni (3 hari lagi). Lagipun semua orang lega coz X-ray, badan & kandungan gula semua ok kata doktor. Kirenya takde ape yang sakit la lagi. Aku da cakap kat kawan aku, kalo condition ayah aku ok malam tu aku kuar dengan dorang kat Songkhla. Tapi aku stay gak kat kapal, rasa tak sedap ati.

Lepas tengok Chelsea vs Sunderland kat kapal malam tu, aku terus masuk tidur walaupun takde mood. Tapi terlelap jugak. Alarm henset aku tiba-tiba berbunyi, tapi lagu dia macam ringtone aku lak. Aku yang mamai terus offkan alarm tu. Lagi sejam alarm henset aku bunyi lagi,pehal lak lagu ringtone kuar. Sambil tangan nak offkan 'alarm' tu, aku tertekan loudspeaker & terdengar suara Angah "Jo, Abah dah meninggal". Eh, apa ni. Ngarut semua ni. Tapi aku check sms, Ateh ada bagi sms yang ringkas tapi pedih bagi aku "Salam.Tajul,abah dah meninggal". Aku terus turun katil cari telefon kapal ni & call Angah. Waktu tu dah pukul 4am, baru aku tau Abah dah tak ada. Terkejut tapi aku tak boleh wat apa. Selepas bagitau Kapten untuk mintak balik, aku turun ke surau & baca Yassin. Aku baca Yassin tah berapa kali sampai masuk Subuh. Lepas solat, aku mandi & sambung lagi baca Yassin. Air mata ada sikit, tapi tak menitis.

Pagi tu Kapten cakap agen yang nak bawak aku keluar dari Thai ni akan sampai pukul 9am. Aku tak boleh keluar sesuka hati, agen akan uruskan segala dokumen & passport. Sementara tunggu agen sampai, aku keluar dari kapal untuk amik udara segar. Setapak demi setapak aku berjalan, semakin banyak juga air mata aku tiba-tiba menitis. Aku pegi ke hujung port tu dalam 150 meter dari kapal aku & menangis pagi tu. Semua kenangan keluar. Pagi yang cantik kat port kali ni sangat wat aku sedih.

Aku naik kapal untuk kemaskan barang. Tiket flight dari Kedah ke KLIA pukul 3.20pm, memang tak sempat nak sampai kampung untuk pengebumian yang dirancang sebelum Zohor. Aku tak boleh naik flight dari Thai terus ke KLIA, nanti akan ada masalah imigresen. Dari Songkhla ke Alor Star, aku dibawa naik kereta. Tah apa yang agent tu nak cerita, aku tak boleh nak tumpu hal-hal yang takda kaitan dengan aku sekarang. Sepanjang perjalanan aku baca Al-Fatihah sambil menyesal.

Dipendekkan cerita, aku sampai ke kampung aku lewat malam tu, terima kasih kat saudara-saudara aku yang jemput aku kat KLIA. Semua orang dah tidur malam tu, letih seharian tak tidur dan semua bende yang dorang tempuh seharian ni. Lagipun malam tu dah start tahlil pertama. Mak & abang tak tidur lagi, tunggu aku. Sambil menangis, mak peluk aku “Dik, abah dah tak ada”. Aku kene tabah dalam keadaan macam ni.
Tapi selepas Abah menghembuskan nafas terakhir, banyak cerita yang aku dengar buat aku gembira. Jenazah sampai pukul 6.30am dari KL, mudah dapat van jenazah. Sangat ramai yang datang menziarah, seperti kenduri kawin. Sangat ramai yang solat jenazah. Ramai yang nampak jenazah seperti tersenyum. Bak kata abang aku, cam abah selalu senyum kalo tengok Hindustan tu, takpun cam ada orang geletek dia. Kulit Abah selepas dimandikan pun cerah sedikit dari kulit asal. Majlis pengebumian pun berjalan dengan lancar. Aku hanya dapat datang pada keesokkan harinya, doakan Abah bahagia di sana. Sokongan dari ramai pihak memang aku perlukan ketika itu. Time ni baru tau siapa sedara & kawan sebenar. Takpe la kalo dorang dah tak kisah sangat dengan aku. Ada yang dulu baik dengan aku pun takde support aku time-time kritikal camni. Some are good frens, some are just a piece of shit.

Tak dinafikan aku masih dalam keadaan terkejut lagi. Aku rasa semua ni mimpi, semua ni penipuan. Tengok pakaian Abah yang ada kat rumah ni pun dah wat aku sedih. Nak simpan peluru senapang dalam almari dia pun wat aku menitis air mata. Aku tak sekuat mana. Tapi sebagai anak lelaki, aku ada tanggungjawab untuk keluarga ni. Walopun kehidupan selepas ni akan berubah, aku harap aku boleh teruskan hidup ni dengan gembira. Abah, maafkan sebab tak dapat ada dari waktu sakit, hembus nafas terakhir dan ke kubur.
Al-Fatihah.

Saturday, January 16, 2010

Diri yang Sombong & Keluarga


Kita kerja, kita bergembira, kita keluarkan duit, kita enjoy.
Aku pun camtu, sama macam semua orang
Aku ingatkan aku pentingkan diri sendiri
Tapi bila tiba-tiba ada masalah keluarga,aku jadi lain
Bila ayah tiba-tiba sakit 4 hari lepas & masuk hospital, aku hilang semua mood
Setelah dilaporkan stabil,aku lega. Mood pun datang balik.
Segala duit yang aku ada (walaupun tak banyak mana) dah aku set untuk spend untuk keluarga
Segala perancangan nak membazir & membeli bende-benda mahal aku abaikan
Sekurang-kurangnya aku sedar aku tak pentingkan diri sendiri
Tengah hari tadi waktu call adik –beradik,tiba-tiba dia tak boleh keluarkan suara
Hari-hari sebelum ni boleh
Petang tadi bila telefon, dorang kata dah stabil & jangan risau
Walaupun keadaan ayah dah stabil & boleh bercakap,aku masih tak senang hati
Lebih-lebih lagi bila aku kat tempat yang agak jauh
Walaupun kapal dah ada kat port, aku tak terasa nak enjoy macam hari-hari sebelum
Biarpun ada kegembiraan kat luar tu yang menunggu, aku dah tak lalu

Dalam diam-diam, lepas solat aku duduk lama kat surau berseorangan
Kitab suci yang jarang aku baca waktu kerja kat offshore ni aku pegang semula, selak & baca.
Harap keadaan pulih macam dulu.


* abah menghembuskan nafas terakhir pada 2.45am pagi itu

Sunday, January 3, 2010

Cerita Offshore: Video Aku Kat Youtube

Akhirnya aku ada gak posting video aku kat Youtube. First time ni, rasa cam besh lak. Hehe. Ni video aku rakam sendiri. Masa ni kitorang takleh keje coz cuaca camni. Ombak kuat menghempas kapal sampai terpaksa jauhkan kapal sikit dari platform tu, takut terlanggar time begoyang. Ada yang cakap ombka tak tinggi mana pun, kapal je yang hempas ombak. Cuba ko try naik time ni nak tengok camne, ombak 5 meter & kapal begegar kene hempas kat laut. Baru tau camne,kuar segala bahan mentah kat mulut. Anyway,kalo korang nak tengok, kuatkan la volume tu. Leh dengar bunyi hempasan ombak tu, dan bunyi aku membebel

Wednesday, December 23, 2009

Kembar 3 kat Seoul Garden









Aritu kitorang pegi makan kat Seoul Garden, kitorang yang geng offshore ni la belanja kengkawan opis. Aku suruh la member aku ni bawak anak dia yang kembar tiga tu pegi sekali. Memula cam susah gak la kan coz isteri dia kata nanti takut anak meragam. Last-last dorang bawak gak. Yay,aku la yang hepi coz aku suka budak kecik. Aku tak ingat sangat la nama kembar ni. Fahmi,fariz & farid kot. Hehe,memandai je aku. Tapi yang betul nama dorang ni sume memang start dengan huruf F walopun aku tak tau nape. Nama ayah dia Z lak. Takpe la, belasah je asal ada nama. Nak lagi best Abdul Wahab, Abdul Wahib, Abdul Wahub. Hehe, tu dah abes klasik dah tu.

Memula sume baby ni ok je tapi agaknye dorang nak tido, so da meragam sikit. Kiorang yang lain ni belasah je makanan kat situ. Susah nak jaga kalo kembar tiga ni, memang tak cukup tangan. Terlebih sorang la katakan. Mak pegang sorang, ayah pegang sorang. Yang lagi satu sape lak nak pegang? Aku gak le yang nyibuk pegang,hehe. Pas dorang balik, kitorang yang bujang lagi ni pegi karaoke. Sambil melalak tu tiba-tiba terpikir gak “bila la nak ada anak sendiri”. Pastu tiba-tiba aku terpikir lagi “anak ke hapenye, gf pun takde lagi”. Lambat lak aku nak sedar kenyataan dunia ni. Dunia yang kejam ke or aku yang kejam. Tapi Israel lagi kejam. Lantas terus aku nyanyi lagu-lagu pembakar semangat nak idup solo malam tu.

Tuesday, December 15, 2009

Oil & Gas Vacancy

DPS is a multi-discipline engineering company working in the worldwide upstream oil and gas industry. DPS completes engineering works from the concept, through FEED and to completion of detail engineering. Our present team has successfully completed the engineering of four FPSO contracts, including the Ruby FPSO for Vietnam. DPS is a Umbrella Contractor for Engineering Design and Engineering Services for Petronas Carigali Sdn Bhd.

Due to our order back log we are expanding our engineering office in Kuala Lumpur and moving to new larger, purpose built offices in January 2010. In line with our expansion plan, we urgently require to employ engineers of all disciplines and grades to be part of our vision and growth.

For those who are willing to give their best and share our vision, we offer rewarding experience, excellent career growth, challenging environment and comparative pay. We invite suitable qualified candidates to join our expanding and elite corporation.

ENGINEERS (PROCESS, MECHANICAL, ELECTRICAL, INSTRUMENT, STRUCTURAL)

• Bachelor Degree
• 3 years of relevant experience in the offshore oil & gas production and processing industry

Only shortlisted candidates will be notified. All applicant details will be treated with confidentiality.


Email: hr@dps-malaysia.com


Tarikh tutup: 31/12/09

Friday, December 4, 2009

Cerita Offshore: Aku, Ombak & ...








Gambar kat atas ni rentetan ombak besar yang menggoyangkan kapal kitorang & juga turut menggoyangkan perut penghuni kapal tu. Dah 4 – 5 hari camni,mana tahan. Aku pun dah 5 kali muntah daripada kuah kacang, buah epal, nasi sampai la ke muntah hijau. Nak lari kat mana pun taktau. Yela,dah satu kapal yang gegar. Pegi mana-mana sudut pun still gegar gak. Takkan nak melompat-lompat, kononnye berada kat udara la so takyah kene gegar-gegar. Gitu la ek? Cam haram je,hehe.

Kapal ni setiap kali kene hentam ombak, dia akan bergegar. Setiap kali gegar, dia kan maik masa 3-6 saat untuk berhenti gegar. Ombak lak kadang-kadang datang 6 – 7 kali seminit waktu puncak. Ni bukan ombak tahap anak itik boleh berenang, ni dah tahap tengiling dah. Ramai yang atas kapal ni bukan ‘orang kapal’. Banyak je ‘orang platform’ macam aku ni kat atas kapal tu, maknenye kitorang ni bukannye biasa dok belayar sume atas kapal tu macam seafarer. Tapi kitorang ni dilayan macam pelaut. Aku no komen. Perut aku da berkocak-kocak dah, 24 jam kene ombah hari-hari. Nak tido malam pun susah, badan pun sakit. Mental? Lagi skit lagi boleh bersaing dengan dorang kat hospital jiwa.

Al-kisahnya keranan tak tahan, ada sorang supervisor pak arab ni naik kat atas ‘bridge’ (tempat control kapal) tu untuk jumpa kapten. Dia marah kapten kenapa tak balik port coz keadaan ni berbahaya. Aku yang dok lepak kat situ pelahan-lahan cari tempat lain, tapi tak jauh coz nak dengar pe dorang gaduh. Then, kapten tu pun sound pak arab tu balik marah-marah. Dia cakap dia tak boleh wat apa, company man tak cakap pape. Lepas marah-marah, pastu berdamai balik sambil tengok ombak yang makin ganas. Chewah,ayat aku tak leh blah. Aku pun tak tau nak join side mana. Ada yang kata kapten memang kene ikut cakap companyman klien, ada yang kata kapten berkuasa penuh & boleh bawak kapal dari situ terus kalo bahaya. Isu lain ialah takde bot nak cabut anchor (sauh) kitorang yang sebanyak 4 buah ni. Kalo nak belah dari laut tu, terpaksa ‘emergency release’. Nak bagi korang paham, rentetan salah menyalah tu macam kat bawah ni:

1. Kitorang krew biasa & engineer yang keje kat platform ni tak tahan dengan ombak besar 5 meter & harap kapal balik port.

2. Kapten lak cakap dia takleh wat apa sebab companyman tak bagi arahan.

3. Companyman yang atas kapal ni cakap dia takleh wat apa coz opis KL tak cakap pape lagi.

4. Opis KL tak cakap pape lagi la cam dia cakap.

Nak dijadikan cerita, waktu pertukaran krew dah sampai termasuk kapten tu harus balik. Hepi la kan, sape tak hepi balik umah daripada dok kapal ni. Ombak malam tu dah reda sikit tapi dijangka mengganas balik esok. Reda pun, still sakit gak & tak sedap badan. Kapten masih tetap dengan pendirian dia nak biarkan kapal kat situ dihempas ombak. Jadi maknanye kalo dia jadi balik esok, kitorang ni terkapai-kapai la mabuk halal kat kapal. Kalo semua berjalan lancer, pukul 5am kapten & krew lain akan balik, ada bot lain akan jemput bawak ke tempat helicopter kapal T6. Aku malam tu berdoa supaya ombak kuat, biar bot tak dapat datang jemput dorang.

Esoknya pukul 8am aku pegi atas. Eh, kapten & krew-krew lain ade. Tak jadi balik ke?hehe. Tiba-tiba dengar yang kapal kitorang akan balik ke port & wat “emergency release anchor”, seperti yang diimpikan ramai pihak. Aku pun terpikir "memula kapten taknak kapal balik kat port,tapi bila dia tak jadi balik..... ".

Thursday, November 26, 2009

Hukum Karma



Apakah karma? Entahlah, Karam Singh aku tau la. Tapi katanya apa yang kita buat tu akan dibalas balik, bak kata orang ramai. Orang putih cakap “what goes around comes around”. Orang hitam yang dok kat negeri omputih cakap “yo,what goes around yo,will goes around,yo!”. Ceh, cam siot je. Dulu-dulu aku penah kawan dengan sorang budak Medic ni, tapi dia suka kat aku. Aku lak suka cam kawan je kat dia tapi aku layan dia dengan baik la. Tapi bila aku rimas, aku cakap terus terang la kan yang aku taknak kat dia coz dia da macam salah paham. Then tah la, nangis ke hap eke aku pun tak tau la. Bila aku cite mende ni kat housemet aku, aku ingat lagi ada sorang cakap “ko wat la camtu, nanti kene hukum karma nanti ko lak kene tinggal” kata beliau sambil ketawa. Aku pun tak kisah la kan sambil ketawa tak tentu pasal.

Adakah aku akan kena hokum karma? Aku pun tak sure. Zaman dulu-dulu gak pas aku dengan budak Medic ni, aku ada suka kat sorang budak ni zaman student time degree dulu. Dia pun suka kat aku so aku pun tak tau. Hehe, bercintakah aku? Tapi dah lama bersama, tiba-tiba hubungan tak ke mana. Dia pegi balik kat ex-bf dia. Tinggal la aku terkontang-kanting. Dah lama-lama,baru aku fikir, karma ke ni. Tapi bila fikir balik, samada tak ada jodoh or aku ni jahat/baik untuk dia. Kan ada surah yang mengatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,vice versa. Tapi kan,bila piker lama-lama lagi, aku dulu tu couple ke sebenarnye? Takpe, tak best pun ada gf. Hoho.


*Dulu suka dengar lagu indon Karma dari kumpulan Coklat.

Saturday, November 7, 2009

Cerita Offshore: Songkhla Port


Bila laut dah macam hape keadaannya time ribut, kapal pun dah tak boleh tahan. Akhirnya masa ombak naik 6 meter, kapal kitorang dapat arahan untuk tinggalkan platform. Apa taknye,da macam naik roller-coster pun ada. Dah naik lebam, baru la nak gerak. Hoho. Perjalanan dari CPOC field ke Songkhla mengambil masa dalam 18 jam. Yela, kapal tu maksimum speed pun dalam 20km/j ke 22km/j je, ape la sangat nak sampai cepat-cepat. Kalo naik bas, mau sakit punggung tapi disebabkan naik kapal,bole lah guling-guling atas katil. Dok kat port dalam seminggu camtu.
Bila dah sampai port sebenarnye, tak banyak keje sangat. Tapi still ade la, banyak maintenance peralatan kene buat. Aku pelik gak kenapa nak buat bende-bende ni hari siang. Dah la panas, pastu letih lagi. Buat malam kan best. Sejuk pun sejuk, terang lampu spotlight pun ade. Tapi lama-lama baru aku nampak. Sape je nak keluar kat area macam Songkhla ni siang-siang hari. Kehidupan & kemeriahan kat sini start hari malam, bak kata dorang la. Kemeriahan apa? Haaaa……………………

Songkhla ni ialah kat Thailand (aku tau korang tau,hehe) dan Thailand ni pulak banyak ‘ayam’ dan kat sini pulak takde sesapa nak rush. Rumah urut & bar-bar pun banyak kat sini. Kalo boring kat Songkhla, bole pergi Hatyaai lak. Takde la jauh mana dari Songkhla & life pun lebih kurang sama je. Dorang suka le mende-mende ni (bukan semua). Untuk aku yang boleh dikatakan baik ni, aku biasa-biasa je. Aku takkan wat jahat yang sampai cross the line tapi aku ni suka merayau-rayau, terutama kat tempat baru. Jadi bila ada yang ajak aku kuar (hampir setiap hari), aku pun on je la.

Port atau kawasan yang kitorang duduk ni kalo nak ke Bandar Songkhla tu kenelah merentasi laut/sungai sepanjang lebih kurang 600 meter tak silap aku. So kalo nak cepat, naik cam feri yang akan bawak kereta & motor ke sana. Kene bayar la sikit,bape posen tah. Kalo feri da tutup or mengada-ngada nak saving duit,bole je ikut jalan darat tapi amik masa dalam 30 minit la kene pusing. Untuk keluar ke bandar, kita boleh samada sewa Hilux dengan driver, sewa motor dengan tukang bawak atau sewa motor sahaja dari guard-guard kat Port tu.

Kat area Songkhla ni, merata-rata je boleh cari ‘ayam’. Ada yang macam ada premis sendiri, ada yang dekat open bar, ade yang kat rumah terbuka (bukan hari raya tu) dan ada gak yang jenis kat tepi jalan tu. Muka ‘ayam’ ni pun variasi gak daripada yang cantik sampai la yang muka macam ayam hutan. Harga jangan tanya aku la, aku tak penah lak tanye. Kat sini memang ‘syurga’ la bagi dorang yang jenis kaki pompuan & kaki minum. Tapi ada gak penghuni Songkhla ni muslim. Ada jugak masjid kat sini. Makanan islam pun banyak dijual kat sini. Kalo setakat nak minum, boleh je pegi bar tu. Tapi jangan la order air bukan-bukan lak, minum coke sudah.

Aku harap sangat dorang yang wat kejahatan ni berubah. Yang mana dah kawin tu pun beragak-agak la kan. Isteri setia kat umah, dorang yang jauh ni wat macam-macam lak. Yang kaki minum tu pun same gak, tak pasal-pasal mengalir ke anak dorang nanti. Semoga takde musibah melanda kapal kitorang pasni. Wei, aku taknak kapal ni tebalik tengah laut tu nanti. Aku ni tak pandai berenang!


*aku suka minum sirap limau ais yang halalan toyyibah

Thursday, October 29, 2009

Oil & Gas Vacancy

Dah lama tak posting pasal vacancy.sori la,aku agak bz sikit.hehe. Sebagai menebus salah (chewah), aku post 4 vacancy. sori la kalo korang dah tau. Tarikh tutup dia aku tak sure tapi masa aku letak ni,dia still fresh lagi la cam segar dari ladang. Sila la mencuba.



Graduate Engineer (Electrical & Instrumentation Engineer)
•Applicants must possess a Bachelor's Degree or Master's Degree in Electrical Engineering, majoring in Instrumentation.
•Applicants must have an excellent academic track record with at least a Second Class Upper Honours or minimum graduating CGPA of 3.00.
•Applicants must have experience in leadership positions in co-curricular activities.
•Applicants must have a strong command of written and spoken in English.
•Applicants should have less than 2 years working experience.
•Applicants be willing to relocate in any branch/subsidiary of the Bumi Armada Group.


Graduate Engineer (Marine Engineer)
•Applicants must possess a Bachelor's Degree or Master's Degree in Marine Engineering or Naval Architecture.
•Applicants should not exceed 26 years.
•Applicants must have an excellent academic track record with at least a Second Class Upper Honours or minimum graduating CGPA of 3.00.
•Applicants must have experience in leadership positions in co-curricular activities.
•Applicants must have a strong command of written and spoken in English.
•Applicants should have less than 2 years working experience.
•Applicants be willing to relocate in any branch/subsidiary of the Bumi Armada Group.

You can send your resume to: onshorerecruitment@bumiarmada.com



Field Technicians
Min Dip in Civil/Mech Eng.Min 1 year exp in hydraulic pump,Polyurethane equip,metering,mixing heads or chemical dispensing machines.Able to repair & service electrical/hydraulic pump & equiv.Onshore/offshore/overseas job.Good in English(written & spoken.Sarawak and Sabah Bumi(Pribumi) encouraged to apply.
Also, looking for Philippines, Indonesian, Thai, ASEAN personnel.

Engineers
Deg in Civil/Mech.Min 1 year exp.Fresh grads encouraged to apply.Good skills in Eng/Mandarin (written & spoken).Job scope:preparation of tender/proposal,project presentations,procurement, technical specification for bidding process & dealing with client.Sarawak and Sabah Bumi (Pribumi) encouraged to apply.
Also, looking for Philippines, Indonesian, Thai, ASEAN personnel.

You can send your resume to: hr@oag-group.com



Company aku keje sekarang ni sedang freeze any intake dengarnye. Yang pekerja kat opis ni pun ada yang dorang pindah2 department. Bertabah la sume.

Monday, October 26, 2009

Suka Sebab Duit?




Ni aku nak tepek balik apa yang aku dah post kat satu forum yang aku join. Aku pun tak paham perangai beliau ni. Korang baca je la ek SMS ni.



Beliau: oo.. skrg ni ngah cuti ke?awk x nk kapel dgn sy?


aku: yup,sedang cuti.


Beliau: x nk kapel dgn sy?ke sy x layak?


aku:
awk da clash dgn bf ke?ke da boring dgn dia?


Beliau: mmg dh xda nk wt cm ne.awk mmg x nk sy ke?


aku:dulu slalu cite pasal bf la,kwn2 bf puji la,bf bz la,makan dgn bf la.saya tak kisah kalo awak ada bf,siyes tak kisah tapi jgn menipu.sy x suka org tipu sy.


Beliau: ok,sy minta maaf sgt2. Tlg la maafkan sy k?sy btl2 ske kn awk.


aku:
so tell me bout ur bf.nape dgn dia,dia x lyn awk ke,x bg duit ke,dia x syg awk ke,etc.


Beliau: dia mana pnh bg sy duit. Ada yg x serasi jd baik x go on.btl x?awk x nk sy ek?


aku:
nape awk x suka bf awk tu?


Beliau: Ada la.xkn nk cite kn?sy x ske la ckp tntg ni.awk x nk sy,ckp awal2.jgn tna lg tntg 2.


aku: just tell me,then br sy leh terima awak.awk dah la tipu sy,pastu xnk ngaku.skrg lak xnk cite nape clash,bukannye awk nak tebus pun salah menipu awak tu.saya tak Nampak pun usaha awak nk dptkan kepercayaan sy.


Beliau: x serasi k?lgpn sy kdg2 nk gak dia bg duit lanje utk bntu sy,kn sy stdnt tp dia x nk..


Beliau: nape diam?


aku: tido,ngantuk.


Beliau: awk briya2 nk sy cite.last2 cko tdo.skt ati ar.


Beliau: ikt la.xnk kapel sdh


aku: nite


aku tau sume ni sebab duit kot,coz aku lame gak la kenal dia walaupun tak penah jumpe. Ni pun ajak 'kapel' pas tengok pesbuk aku. what the hek.



*kalo ada gf nanti,aku tak kisah belanja gf aku :)

Thursday, October 15, 2009

Cerita Offshore: Mabuk


Kalo tengok berita, ribut dah melanda Taiwan & Filipina. Rebut tu dijangka akan jadi angin Monsun kat Pantai Timur. Sebelum dia sampai situ,dia akan lalu kat kawasan laut yang aku keje ni coz sini kat laut Thailand yang area Pantai Timur,so memang akan terdedah la dengan ribut ni. Nanti kat area sini dia tak jadi angin kuat pun, Cuma ombak je tiba-tiba jadi naik & ganas. Aku pun tiba-tiba rasa cuak tunggu ombak besar ni jadi nanti.
Petang tu aku da rase lain macam dah. Langit kat luar tenang tapi ombak da semacam skit. Kapal pun da start goyang yang aku tak penah rasa. Lain betul goyang dia,sampai kadang-kadang kene pegang tepi dinding. Geng-geng yang memancing malam-malam pun dah tak duduk tepi dek kapal coz takut tercampak & air ombak leh naik deck sikit. Memancing kat bilik makan je la korang. Macam-macam ikan ade situ, ikan masin goreng pun ade.Laporan cuaca yang kitorang dapat,ombak akan naik 6 meter esok. Harini baru 2-3 meter je. Crew change sepatutnya petang tu. Sume krew yang dah turn dorang balik da kuar awal-awal pukul 6am naik kapal lain termasuk kapten & medic. So sekarang just tunggu krew-krew pengganti lak masuk,dijangka petang tu.
Ombak da makin ganas. Aku pun da rasa tempias,tak mampu aku bangun subuh. Aku tak boleh tidur langsung malam tu sampai kol 5am. Bila sedar je,kapal da goyang tahap ekstrem sampai kepala jadi sakit. Turun je aku jejak lantai katil pagi tu,tiba-tiba aku rasa pening. Perut menolak-nolak nak keluar. Aku lari pegi bilik air dan… muntah.
Aku tak sangka aku akan muntah gak,tewas gak aku ngan ombak ni. Muntah perut kosong tu berjaya mengeluarkan muntah hijau. Takde lak aku jadi Incredible Hulk pagi tu. Tak sangka aku dapat kuarkan kaler tu. Takde la hijau pekat pun. Harap-harap petronas amik aku bekerja,wah. Hari tu aku muntah 4 kali. Waktu lain aku muntah ialah time rakaat ke-3 solat (solat duduk,tak mampu bediri time ombak tu), time sedang menaip kat computer & time da standby depan sinki. Aku banyak spend masa baring kat katil. Aircond lak tiba-tiba bau cam chemical yang tak best yang lagi menambahkan loya perut ni. Aku bejalan pun tak betul. Ada yang cakap aku cam Robocop, ada yang cakap cam Terminator rosak. Walopun sakit,aku gagahkan gak pegi makan. Makanan paling sedap time sakit camtu ialah nasi, ikan bilis goreng & sardine. Aku pun taktau camne dia leh jadi sangat sedap.

Sehari tu je la aku muntah. Ombak besar tu berterusan 4 hari. Kapal yang bawak krew-krew nak masuk pun takleh hantar krew dorang coz ombak tinggi, risiko time pemindahan krew. So kapal tu dok sebelah kitorang dalam jarak lebih kurang 1KM camtu. Merasa la kapal ni takde kapten & medic dalam 4 hari tu.
Susah nak cite camne teruknya kapal kitorang goyang. Dorang yang atas kapal sana cakap kapal ni cam cedok-cedok air bila tengok dari jauh. Time makan, mangkuk nasi aku & cawan jatuh sendiri kat arah aku coz goyang. Air-air botol dalam freezer tercampak sendiri. Ombak dah naik sampai ke deck. Langsir katil terbukak tertutup sendiri.Kapal kejap goyang kiri-kanan,kejap depan belakang.paling teruk dia cam wat goyangan dalam satu bulatan. Apa sangat la kapal 60meter ni yang dianchor 4 penjuru leh tahan ombak kuat 4 hari berterusan tu.

Akhirnya klien soh kitorang pergi dari situ coz bahaya. Yay,belabuh kat Port Songkhla. Ombak dah reda sikit, krew-krew lain pun dah dapat masuk. Tunggu kapal lain cabutkan anchor, then kitorang gerak dari situ. Masa sedang makan,kitorang borak 4-5 orang. Campboss( yang uruskan bekalan makanan & kebajikan makanan krew) cakap aku ni kuat gak. Masa ombak kuat 6 meter tu pun aku leh turun makan walopun sakit. Kalo dia atau orang lain, dah baring je dah. Aku senyum je la, tak tau nak senyum bangga coz dipuji or senyum malu coz disindir kuat makan. Hehe. Dorang kata mabuk laut lagi teruk rasenye dari mabuk darat (mabuk minum). Kalo camtu aku taknak la dua-dua. Mabuk minum tu dah tentunya haram & yang mabuk laut ni lak wat sakit otak aku je. Kalo mabuk cinta? Eerrr….


*masa kecik dulu kadang-kadang mabuk gak naik kereta