Tuesday, July 12, 2011

Oil & Gas Vacancy




Sape nak keje kat Labuan? Hehe, gigih la korang nak dok sana. Tapi sana best, hikhik. AKu pun tak penah sampai, dengar cite je la best. Anyway, ni kat shipyard. So cam takde la sangat ke offshore, tapi kalo nak exposure apa salahnya mencuba :)

EXECUTIVE, ESTIMATING
- Bachelor Degree in Marine Engineering, Naval Architecture, Mechanical, E & I or any relevant discipline.
- At least 3 years in similar capacity either in marine or oil & gas industry
- Fresh graduates with lesser experience are also encouraged to apply.

hantar resume ke career@labuanship.com





* barang-barang kelengkapan aku dah dapat, masa untuk ke laut semula :)

Tuesday, July 5, 2011

Fire Drill




Best ke fire drill? Ntah la,tak best la kot tapi bagus untuk keselamatan. Dulu masa kat opis lama,rileks je turun dari bangunan yang design cam rumah kedai 3 tingkat tu turun berkumpul dan gelak-gelak. Bila pindah opis baru,amik kau. Kene turun dari tingkat 19 guna tangga dengan kampeni-kampeni lain yang ada kat bangunan tu. Bergegar lutut.Camne la yek kalo aku keje KLCC yang opis kat belah atas-atas tu time firedrill (T_T)

Friday, June 24, 2011

Swiss Knife


Ape bende Swiss Knife ni? Bagi yanng kurang pasti, Swiss Knife ni pisau lipat yang tebal tu, yang kat dalam dia bukan ade pisau je tapi macam-macam alat lagi yang boleh dilipat. Biasanya yang pakai ni orang yang selalu ke hutan ataupun askar komando la kot.

Aku dapat gak aritu satu, kampeni bagi. Yang dapat ni geng-geng yang pegi laut. Walopun aku tak pegi laut lagi, tapi dorang bagi la siap-siap. Kat sini ada cop nama/logo company sekali kat pisau ni. Kat satu bahagian tu ada pisau, skrew driver dan beberapa bende tajam lagi la. Kat satu bahagian lagi tu ada lampu suluh kecik. Kalo bukak dua-dua bahagian ni,jadilah cam playar penyepit tu.

Disebabkan bende ni menarik, aku tak pasti samada aku akan bawak ke offshore atau tidak nanti. Takut tak lepas naik flight je. Kalo lepas pun, jadi prob lak naik chopper takleh bawak. Dulu-dulu aku kene tinggalkan gunting aku masa nak naik chopper. Dorang tak nak orang conteng kat tiang platform "i was here" kot. Hehe.

Sunday, June 19, 2011

Meniti Usia



Yup,aku sudah meningkat naik umur. Maka akan gunakan diri yang masih boleh dikatakan muda lagi untuk mencari pengalaman dan pengatahuan untuk kemudahan dan kesenangan masa depan.
Pada yang muda, hargai usia muda anda. Dan pada yang boleh dikatakan berusia sedikit, kongsilah ilmu bermanfaat dengan anak-anak muda yang tercari-cari panduan.

*gambar di atas bukan parent aku,itu adalah parent kepada seorang sahabat.

Thursday, June 2, 2011

Oil & Gas Vacancy (dan sedikit pasal OGA 2011)



Hello. Ye, aku nak bagi lagi vacancy. Taktau la korang suka ke tak. Kalo nak hantar, toksah la demand tinggi-tinggi sangat yek kalo takde experience, kang dorang tak panggil langsung kang. Hehe.


Scomi Oiltools:


1) Service Engineer (chemical)
2) Account Executive

Requirement:
Sori, aku tak pasti apa yang diperlukan. Dan aku juga tak pasti yang dorang nak budak chemical ke atau kene buat kerja untuk department or berkaitan chemical. So cam biasa la, try je hantar. Tak rugi pun. Yang position account tu pun same. Saje aku letak kot-kot ada kawan korang yang lain nak try ke.
Boleh hantar resume ke: recruitment@my.scomioiltools.com

Kalo korang kene panggil interview,bagitau aku yek. Aku bukan nak mintak kene belanja, just nak tau je.




OGA 2001:
OGA kali ni nampak cam menarik la. Kompeni dari luar negara dorang sekalikan satu hall dengan kampeni local. Pastu ada cabutan bertuah Iphone4 dan Ipad2 la, ada silap mata la, ada model-model lagi menarik la. Hehe.
Selain dari tengok teknologi baru dan meningkatkan pengetahuan, OGA ni sebenarye tempat berjumpa kawan-kawan lama. Yela, mungkin kawan-kawan belajar dulu dah keje kat situ sini. Kalo dah pindah kampeni,lagi seronok rasenye jumpa kawan-kawan lama cam aku. Dulu satu bumbung time kerja, sekarang bumbung dia lain lak & bumbung kita pun dah macam tak berbumbung. Masing-masing dah besar bawak haluan diri. So jangan limitkan diri kita kalo pegi exhibition, just tengok pameran tu je. Perbanyakkan lagi exploration kita. Kalo nak tengok model-model gadis tu, tu sampingan la :p

Thursday, May 26, 2011

OGA 2011: Vacancy in Oil & Gas?



Eh, OGA tu apa? Haa… OGA ni Oil,Gas & Petrochemical Engineering Exhibiton. Senang kata Oil & Gas Asia la. Mende ni ialah exhibition pasal oil & gas yang paling besar di Asia. Tahun ni akan diadakan pada 1hb hingga 3hb Jun 2011 di KLCC kat convention centre. Kampeni client jarang la masuk sini. Kalo ada pun just tunjuk technology baru atau tak menunjuk sangat barang-barang mahupun projek dorang. Kontraktor biasa banyak la kat sini,tapi yang besar-besar pun ada. Aku try mintak jaga booth tapi superior aku kata aku boleh je join duduk kat booth tapi dia tak mintak aku jaga permanent kat booth sebab aku baru keje dan takut takleh jawab soalan klien.

So, apa yang vacancy nye? Haa…. Kat sini banyak kampeni. So macam 2 tahun lepas (OGA ni 2 taun sekali), ada beberapa kompeni yang ada vacancy dan bagitau dorang ada kosong cam UMW Oil & Gas dan tak silap aku Technip. Cam kampeni lama aku dulu ada gak dorang bawak form nak apply keje dan boleh drop resume. Jadi, aku cadangkan korang datang kat sini time OGA ni, daftar sebagai pelawat/pelajar dan jangan lupa bawak 2-3 resume korang hardcopy. Kalo takde vacancy pun, atleast korang tau la nama-nama kampeni yang terlibat dalam oil & gas ni. So, takyah la aku postng pasal vacancy lagi. Hehe.

Jangan risau, orangnya sangat ramai yang hadir. Cuma kena berani bercakap dan bertanya la ada kosong ke tak. Rajin-rajin jugak merayau semua pameran tu. Bukan fresh grad je yang datang cari kerja, kadan-kadang orang yang jaga booth or pekerja kampeni lain pun amik peluang ni nak try market. Hehe. Kesimpulannya jom la pegi sini, kot-kot kita leh terlanggar bahu kat situ :)

Friday, May 20, 2011

Oil & Gas Vacancy

Hmmm... akhirnya update jugak vacancy untuk kampeni ni. Sebelum ni takde pulak tulis nak cari offshore punya personnel. Katanya ada hands-on kat offshore punya kerja. Pastu macam nak urgent je. Dorang nak muslim sahaja. Aku tak pasti sangat mengenai urusniaga atau bisnes yang dijalankan oleh syarikat ini tapi jika mahu mencuba, leh la try. Aku tak bertanggungjawab pape yek, pilihan di tangan anda. Err... tapi dorang nak budak baik je, korang baik tak? :p


Hablem Oil & Gas (M) Sdn Bhd

1. SALES & SERVICE ENGINEER

MUSLIM MALAY (MALE ONLY)

Responsibilities
-INTERESTED AND COMMITTED TO DO SALES
-INTERESTED TO DO HANDS ON (ONSHORE & OFFSHORE)
-Preparing the Technical & Commercial Proposal for Tender Bidding
-To assist an internal sales department in product sourcing as well as preparing enquiries & quotations to clients.
-Keep records for all job undertaken by engineering department.
-Responsible for the sourcing & stocking of the parts commonly used by engineering department.
-Explore ways to maintain existing customers and create new potential customers.
-To develop and implement marketing plan.
-Liase with client.

Requirements
-Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, -Professional Degree, Engineering (Mechanical) or equivalent.
-Preferably Junior Executives specializing in Engineering - Oil/Gas or equivalent.
-Required skill(s): AUTOCAD, MICROSOFT OFFICE, Microsoft Project
-Required language(s): Bahasa Malaysia, English
-Fluent in speaking & writing both in Malay & English
-At least 1 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
-Willing to travel and relocate.
-Applicants should be Malaysian citizens
-Must possess own transport with driving license.
-Good interpersonal & communication skills
-Good attitude / character
-Good in discipline & brain power
-Compulsory for Muslim Male Only and with Islamic way of life.
-Good decision maker / active / pro active /creative
-Able to create network with client (positive relationship)


2. SALES & SERVICE TECHNICIAN

MUSLIM MALAY (MALE ONLY)

Requirements
-Must possess own transports with driving license
-Committed & Willing to learn new things
-Good interpersonal and communication skills
-Fluent in English and Malay
-Writing skills in both Malay & English
-Good in discipline and attitude / character

Responsibilities
-To assist A & S engineers in servicing job at onshore and offshore
-Responsible in hands-on and off-hand job that been assigned by A & S engineers
-Report / brief to A & S engineers on daily work progress that been assigned
-Responsible in all service jobs conducted at workshop
-Responsible in own self and work place safety, equipment / tools conditions and housekeeping of service workshop
-Checking the spare parts / equipments / materials that need to be purchased in order to complete the service job
-To assist A & S engineers in inspecting and verifying on the compliance of equipment or products that company will send/ supply to customers


you can email to us at:
Human Resource Department - hr@hablem.com

AVAILABILITY : IMMEDIATELY

APPLICATION DEADLINE : AS SOON AS POSSIBLE




* kerja aku sekarang camne? tah,ok je kot. cuma tu la,kewangan prob skit. gaji same je dengan kampeni lama (padahal aku rase aku mintak lebih dulu), pastu takleh claim telepon cam kat tempat lama,makin jauh lak tu dari umah. Tapi kalo pegi offshore, ok la kot. Minggu depan wat medical checkup balik,ikut exxon package. nak kene naik platform exxon agaknye nanti. harap-harap la,amin.

Wednesday, May 11, 2011

Hari Akhir Di Situ



Yup, kene la ada hari last kan kalo dapat keje tempat baru. Hari last aku jatuh pada hari jumaat. Aku dah tau tu dalam hari khamis sebelumnya tapi aku tipu bagitau beberapa orang kat opis dan kawan aku yang hari last aku ialah selasa depannya. Hehe. Takpe la sesekali tipu, lagipun aku pun penah kene gak tipu. Lalala…


Sebenarnye hari jumaat yang aku last day tu pun aku dah half-day dah, kiranya aku boleh blah je pas solat jumaat kalo aku nak. Tapi takpe la,aku stay la sampai petang. Bukan rugi apa pun. Ari jumaat tu beli Domino Pizza dalam kol 4.30pm. Dia kata dalam 15 ke 20 minit leh siap. Sekali kol 5pm gak dia siap. Tak pasal-pasal aku geram. Yela, timing aku cantik kot. Ni hari jumaat dah la orang balik kol 5pm. Tapi dengan tindakan pantas kawan aku yang roger-roger budak lain soh stay dan tindakan aku sms beberapa orang, maka ramai la yang tunggu. Yela,makan free. Sape takmau. Ambik, pilih mende yang best, masuk mulut, kunyah, telan, salam-salam skit pas kenyang pastu blah. Eh, ni aku cakap orang lain yek bukan orang kat opis aku. Dorang sume bagus. Bagi aku, pengisian masa tu yang penting.


Dah sampai petang tu, ramai yang menanti. Dan petang tu gak aku gtau aku last day kat ramai orang. Hehe. Kiranya aku wat farewell untuk diri sendiri la, best pe. Dah sampai sesi sendawa dan bergambar sume, orang ramai pun pulang. Tinggal aku mengemas barang-barang sikit.


Sedang mengemas, terpikir lak aku. Ni adalah kampeni pertama aku bekerja. Tak dinafikan ada impak jugak la nak keluar tu. Yela, dah dua tahun lebih kat sini memang akan terasa sesuatu kalo nak tinggalkan, even aku tak membantu mana pun syarikat dalam tempoh aku bekerja tu. Tolong abeskan dakwat printer ade la. Aku tak tahu camna life dan kerja aku selepas ni tapi aku rasa bila aku sangat sibuk dan stress, aku pasti akan teringat balik zaman aku kat opis lama ni.

Wednesday, May 4, 2011

Oil & Gas Vacancy

Aku rasa dorang memang cari orang kot sebab website dorang dah update coz ada logo OGA dan vacancy dorang ada position untuk crane operator. Dulu tak silap ada pembaca blog ni yang tanya pasal position crane operator gak, so boleh try. Opis dorang kat Ampang, aku penah pegi sekali. Hehe.


1
Petro Equips is one of the major Contractor & Service Provider for the Oil & Gas industry in Malaysia. In line with our expansion, we are seeking highly motivated, dynamic and proactive individuals to join us in the following positions :-

A) Wireline Assistant

- Min 2 years experience in wireline operation
- Good knowledge in wireline tools, fishing tools and pressure control equipments
- Able to communicate in English.

B) Crane Operator
- Must posses valid license and API RP 2D Standard Level 2 certificate
- Able to communicate in English.

Please email detailed resume to hr@petro-equips.com


2
Yang ni pulak emel dari manpower supply punya company, tak pasti position ni untuk kompeni apa.

Graduate Field Engineer
Position: Field Engineer
Status : 1 year renewal contract
Location : Sri Kembangan Selangor
Qualification : Bachelor Degree in Mechanical / Civil, with good academic result.
Experience : 0 - 2 years working experience in Oil & Gas Industry.

Interested candidate, please email your CV to atiqah.jamailudin@nesglobal.com


3

Yang ni aku tak pasti pegi offshore ke tak, tapi company ni memang company offshore yang aku penah posting dulu yang cari service engineer baru-baru ni.

Antamahir Sdn Bhd, a supplier of products to the Oil and Gas industry needs
skilled workers in the manufacturing sector.

Requires:
- Man (Malay)
- Minimum SPM Qualification
- Graduate ILP / IKM (priority)

Place: Bandar Baru Bangi, Seksyen 10
If interested, please contact Ms Tina at: 03-42703442 and send your resume to tina.asb@gmail.com

Sunday, April 24, 2011

Catatan Hidup: Masa Untuk Berhijrah



Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat sekarang, rasanya telah tiba masanya untuk aku pergi. Bukan kerana membenci sesiapa, bukan jua kerana adanya masalah di syarikat sekarang tapi peluang yang datang harus diambil. Syarikat yang sekarang ni bagus dan tiada masalah, cuma samada malas atau rajin bekerja sahaja. Perancangan dan cita-cita masa depan perlu diusahakan oleh kita sendiri, jadi langkah yang terbaik perlu diambil.

Aku tak boleh bagitau syarikat apa yang akan aku bekerja nanti mahupun memberitahu jawatan apa (eleh,ada ke orang nak tanya aku.hikhik) tapi cukuplah sekadar memberitahu ini juga merupakan syarikat tempatan. Tapi bukanlah klien cam Petronas ke hape. Hehe.

Surat meletak jawatan telah dihantar dan notis satu bulan sedang bermula. Yang agak gementar sedikit ialah bagaimana suasana di tempat baru. Yela, tempat baru kan. Makin jauh lak tu dari rumah aku. Kalo dulu kol 8.45am baru tegedik-gedik nak start enjin motor sebab dekat dan start keje kol 9am, selepas ni mungkin 7.45am aku dah kene gerak sebab makin jauh dan office hour start 8.30am.

Apapun kepada sesiapa yang mencari kerja di luar sana, jangan berputus asa untuk mencuba bersungguh-sungguh. Tidak rugi untuk mencuba. Dan bagi sesiapa yang setia bekerja di syarikat masing-masing tapi takut untuk bersuara jika terlihat kelemahan atau kepincangan pihak lain yang dikesan mahupun ketika menghadapi tindasan, jangan takut untuk bersuara. Ingatlah bahawa bukan syarikat itu yang memberi rezeki kepada kita, tapi Tuhan jualah yang memberi. Rezeki ada di mana-mana, carilah rezeki yang halal. Updatelah resume anda :)

Monday, April 18, 2011

Oil & Gas Vacancy



Sebenarnya aku dah lama nampak pasal ni,tapi saje tak post. Tapi tadi kawan aku dok cerita, jadi aku becadang nak letak kat sini. Kawan aku tu keje kat tempat ni la. Gaji dia dah besar sekarang dan dia pun antara pembaca blog aku (bukan sebab blog aku best,tapi sebab dia boring kat atas rig tu.adeh) . Try le, fresh pun dorang nak try pakai.

Service / Field Engineer

Antamahir Sdn Bhd

Responsible for overall operation including planning, organizing, installation and maintenance of company equipment (mud cooler).

Requirements :

1. Degree / Diploma in Mechanical, Electrical Engineering or equivalent.

2. 3-5 years experienced as a Service / Field Engineer is advantage.

3. Good communication in English and Bahasa Malaysia.

4. Proactive, self-starter, and a team player.

5. Fresh Graduates are encourages to apply.

You can send your resume to: rozaidi@antamahir.com.my


*aku da penat dok kat opis. keje kat situ pun bukannya aku boleh wat dengan sempurna sangat pun. mungkin sebab minat yang kurang,atau mungkin diri aku yang semakin lembab sekarang. adakah aku akan terus hidup camni, membesarkan perut, beli nasi bungkus,beli komik sin chan dan tido kerana letih berada di opis? mungkin aku harus cuba juga mengetuk pintu lain. yela, pintu kapal ke, pintu rig ke. moga dunia sekeliling air kembali muncul dalam hidup...

Monday, April 11, 2011

Oil & Gas Vacancy

Lupa la ada gtau ke tak sebelum ni. Belasah je try, tapi yang ni kat Singapore la. Kot-kot dorang nak amik korang ke,kan. lagipun tak silapnya dorang ada JV ngan Malaysia punya kampeni. Mane la tau resume korang dorang simpan untuk waktu-waktu tertentu. Hehe.


Graduate Field Engineer

Swiber Offshore Construction Pte Ltd

Requirements:
- Minimum Degree in Mechanical/Civil/Marine Engineering, specializing in Offshore Oil & Gas/ Petrochemical is preferred
- Possess good organizational and strong communication skills
- Good interpersonal skills and able to work well with others in a fast-paced working
environment
- Fresh Graduates are preferred
- Work Location: Jurong East
- Require to work offshore

send your resume to hr@swiber.com

Monday, April 4, 2011

Bukit Broga


Nak pegi Broga ke? Boleh tahan jugak tempat ni. Kalo tengok sunrise memang menarik la. Tapi kalo rasa diri tu tak fit dan jarang bersenam, jangan la main terjah je. Hehe, medical checkup aku kata aku fit untuk kerje kat offshore, so boleh pakai la gak fit naik bukit. Hoho.


Kalo boleh, datang la awal. Kereta dah banyak. Naik motor la senang. Aku yang datang sebelum subuh ni dalam kol 6am pun susah nak cari parking dalam kelapa sawit ni time sabtu. Ade je ruang tapi nanti parking tak best la or mengganggu kereta lain nak kuar awal.


Surau takde kat kawasan berhampiran. Ada la masjid or petronas tapi kene kuar balik la dalam beberapa kilometer gak. Cam aku ngan kawan aku ni terjah je tunaikan tanggungjawab kat atas tanah yang diyakini bersih. Jangan lupa bawak air mineral untuk wuduk.


Kalo start pas Subuh, memang gelap. So kalo rasa nak bergerak awal cam sebelum subuh ke atau sesudah subuh, bawak la lampu suluh. Kalo gerak dalam dekat nak kol 7am tu dah boleh nampak jalan dah.


Bersedia la untuk penat dan bertemu ramai orang. Bagi yang selalu bersukan ni aku rase takde masalah, boleh je terus one shoot naik atas takde rehat-rehat. Kalo pancit, lepak-lepak la dulu. Tapi tu la, kalo rasa tak cargas bawak-bawak la bersenam sebelum naik Broga.


Dah tiba di atas, bolehlah berehat sambil mengambil gambar dan melihat pemandangan indah untuk memulihkan semangat. Hikhik.

Tuesday, March 29, 2011

Penempatan Semula




Ini bukan penempatan semula penduduk atau apa tapi ialah perubahan pekerja dari department lain ke department lain. Mungkin boleh dikatakan re-shuffle ataupun re-organization. Tak pasti yang mana satu, tapi yang pasti ialah mungkin terkena kesan ini. Apa yang jadi dengan department sekarang pun masih tak pasti. Harap semuanya berjalan lancar, ataupun kembali seperti dulu. Diharap juga kapal yang sudah lama tersadai itu akan bergerak. Biodata pekerjaan diri pun telah lama dikemaskini tapi tiada yang sudi.
Owh, ini cuma luahan hidup. Mari bertabah dan mengharap rezeki yang lebih.