Friday, April 27, 2012

Oil & Gas Vacancy

.
.
.
Ni je hasil yang dapat, maap la. Kalo nak, korang cari sendirik yek. Aku tidak bertanggungjawap mengenai syarikat atau pekerjaan ini. Harap maklong.
.
.
.
.

Innowac Asia Pacific is a Malaysian company, was incorporated by a group of professional engineers and chemists in 2007. management. Since its inception, Innowac Asia Pacific has grown to encompass a full spectrum of solutions for oil and gas productions, pipelines, refineries, power and energy locally and internationally.
.
.
.
.

Position:
- Field Chemist
- Field Technician
.
.
Requirement:
- Takde tulis...
.
.
Send your resume to:
info@innowacapac.com
.
.

Monday, April 16, 2012

Terlepas Flight, Tengok Dolphin dan Bertumbuk


Kali ni aku ditawarkan lagi offer untuk bekerja kat rig aritu, so aku pun apa lagi kan. Setelah menerima tawaran, scan itu, send ini, emel itu, dapat ini sume, maka bersedia la aku untuk kerja freelance lagi. Walau dah malas,tapi teruskan juga. Detail flight ke Kuala Terengganu yang aku dapat telah aku print dan letak kat meja. Yela, time tu lagi 3 hari lagi nak gerak.


Dah puas berguling atas katil, aku pun bersiap-siap nak ke airport pada hari kejadian. Tiket tu kata kol 8.30 camtu la, tapi aku sampai awal dalam kol 7.00pm. cemerlang katanya, tu yang sampai awal. Hikhik. Cam biasa aku pun pegi la daftar online kat kiosk yang disediakan. Kene masukkan detail pasal flight sebelum kiosk tu leh print tiket kita. Tapi aku try masuk info sume, kiosk tu tulis tak boleh/tak valid. Ni memang kes tekan-tekan tak dapat ni. Disebabkan bengang, aku pegi kat kaunter mintak pakcik tu uruskan sambil gitau masalah. Sekali pakcik tu cakap, “ Eh, ni flight pagi tadi ni. Memang la tak dapat nak check in kat kiosk tu”. Aku dah mula cam nak pitam. Camne aku boleh tak perasan benda-benda camni.


Selalunya flight aku nak ke offshore ialah waktu malam, tak pernah aku dapat hari siang. Tapi aku salah tengok. Kat flight detail tu tulis 0830hrs, so maknanya 8.30am. kalo dia tulis 2030hrs, tu baru la 8.30pm! Sambil gelabah, sambil cari idea. Nak kejar flight malam tu ke Kuala Terengganu, dah terlepas lak. Tapi setelah amik oksigen yang banyak untuk berfikir, timbul idea bernas. Naik flight ke Kuantan malam itu dan ambik teksi ke Kuala Terengganu. Yay, strategi itu berjaya. Flight ke Kuantan pukul 10pm, so sempat la aku main game kat airport ( kononnya hati dah tenang) tapi aku terpaksa bayar rm100 lebih untuk penalty dan tukar flight. Dan aku juga terpaksa naik teksi selama 3 jam dari Kuantan ke Kuala Terengganu dengan harga RM300. Takpe, boleh claim. Hikhik.


Dah sampai ke laut tu, keje la cam biasa. Takde masalah pada awalnya. Time sedang standby, laut pun tenang coz takde angin. Tapi tu petanda nak ujan/angin kuat pada 2-3 hari selepas itu. Sednag lepak-lepak boring, kitorang ternampak banyak ikan besar melompat riang. Haih, ikan ape lak ni kan. Selalu takde nye ikan ni nak show off. Rupa-rupanya ada sekumpulan dolphin. Hehe, best gak tengok dolphin liar ni secara live. Ada yang saje memain lompat-lompat, ade yang kejar-kejar ikan lain. Tapi disebabkan aku ni dok atas mende alah yang tinggi ni, so nampak dari jauh je la.


Bila start operation, cam biasa la kene keje. Waktu tukar shift kitorang biasanya kol 6.00, tak kisah la pagi ke petang. Satu hari tu, dah kol 6 dah tapi pengganti kitorang tak masuk lagi. Selalunya dia datang cepat. Haih, mendidih sikit gak darah aku. Yela, aku nak mandi lagi, asar lagi, makan lagi. Eh,aku ke yang bertumbuk nanti? Hehe, sabar dulu. Sambung cite. Pastu pakcik Thailand yang keje dengan aku ni nak pegi tengok la kan ape jadi, so dia balik bilik dulu. Jam pulak dah 6.30pm, mane pulak yang nak gantikan aku ni. So datang la mamat cina ni. “ tajul,sori ye saya lambat. Tadi ada hal sikit. Saya sama orang Thailand itu bertumbuk”. Haih, gara-gara salah paham ( dan memang susah nak paham ) dan panas baran, akhirnya jadi camni. Aku pun malas nak komen lebih. Nasib baik la orang Thailand tu memang balik pada keesokkan harinya, so takde la rase tegang sangat keadaan ni. Bila balik bilik, aku tengok lampu kat tepi dinding yang rendah tu punya cover plastik dah pecah. Bilik pulak dah tunggang langgang. Ni memang gaduh cam bergusti ni. Haih...


Tapi bila krew bertukar ganti, ingatkan takde masalah pada operation. Sekarang krew untuk operation kitorang ialah 1 Malaysia. Dalam 4 orang tu ada melayu, cina, india dan iban. Tapi entah macam mana, equipment kitorang ada yang rosak, ada cubaan untuk repair yang mengambil masa tapi tak berjaya, ada yang tak pandai nak wat keputusan, ada yang takleh lead, ada yang cakap besar dan macam bagus. Dan akhirnya keadaan menjadi tak seronok. Time aku keje ada dalam satu hari tu, macam-macam la benda terjadi sampai aku rasa nak nangis coz taktau nak buat apa dah, cam dah takde penyelesaian. Tapi aku pikir dan buat something jugak la hingga keadaan terkawal, tapi terpaksa bergelut dalam masa 12 jam bekerja tu. Tangan aku pulak terkena bahan kimia Base Oil, so menyebabkan dia jadi gatal-gatal dan mengelupas. Akhirnya aku dibenarkan pulang awal. Dalam keadaan tak tentu hala waktu operation ni, dah tentu aku nak sangat balik awal. Helicopter penuh, so malam tu aku dan 7 orang yang lain terpaksa balik naik kapal supply yang mengambil masa 16 jam! Ah, tak kisah la. Asalkan aku dapat balik umah.

Thursday, April 5, 2012

Oil & Gas Vacancy

Aku tak pasti camne,tapi boleh la try yek.


1)Engineer - Electrical, Instrument
- recognized degree in engineering
- candidates working in plant maintenance or related field with sound technical knowledge will also be considered
- fresh graduate are encaurage to apply for junior engineer position

send your resume to : tmanimuthu@tarponenergy.com



2) Senior mechanical Service Engineer
- you are accountable for the professional and on time delivery of the project and will be stationed on the job for projects in the oil & gas and offshore industries.
- minimum diploma in mechanical engineering
- minimum of 5 years of experience
- good communication in english and mandarin

send your resume to hr.emea@doejins.nl ---> opis kat PJ, Selangor

Sunday, March 18, 2012

Langsung ke Langkawi (Simple Guide)


Disebabkan bosan, aku pun plan dan menerjah ke Langkawi. Ok la tu Langkawi. Gila kau, takkan nak pegi Hawaii. Kat Langkawi tengok laut gak kan, so same gak. Yang lain dia, aku leh mandi laut la kali ni. Celah mana lak kan aku nak mandi laut time keje.

Kali terakhir aku singgah di Langkawi ialah tahun 2009, diikuti sebelum itu pada tahun 2007. So plan kali ni ialah pergi 3 hari 2 malam dan takde aktiviti laut yang banyak sangat, pergi bersantai je. Flight aku petang, so sampainye aku kat airport tu terus la aku cari teksi dan pergi ke Amzar motel. Bilik yang aku amik ni bilik cam hotel la kirenya, harganya RM95 satu malam. Ni aku pergi time cuti sekolah baru start, so taktau la harga efek ke tak. Kalo nak pegi laut, kene cross jalan. Tapi tak la jauh mane. Kalo dah malas tu, tido je la kat bilik. Tapi aku rajin, so aku pegi mandi laut. Malam tu aku makan kat Haji Ramli Seafood. Antara lauk yang aku amik ialah ikan pari bakar, ikan siakap, kalian ikan masin dan udang goring sebanyak 6 ketul. Ambik kau, kene bayar RM95!

Hari kedua tu pulak pas bangun pagi, aku check out dari situ dan check in kat Chenang Resort. Ni harga dia RM100 dan dekat dengan pantai, memang kat tepi pantai. Kalo guling-guling dari bilik pun dah boleh terus masuk ke laut. Disebabkan kali ni nak pegi bersantai, aku sewa je la motor. Kat Pantai Chenang ni banyak je tempat orang sewa motor. Tengok la gambar tu nanti berapa harga motor, ikut jenis. Dah ada motor tu, aku redah tempat standard je. Aku pegi Cable Car (RM15) dan pergi Underwater World (RM28). Sempat la gak aku usha harga coklat kat situ, hehe.


Petang tu aku singgah Laksa Power yang terletak kat tepi jalan kat tepi airport. Nak la rase kan, power sangat ke. Aku bukan peminat laksa, so aku takleh komen lebih. Bagi aku takde la best gila, tapi takde la tak sedap pun. Worth to try. Harga laksa ialah RM3 dan laksanya besar serta kuahnya pedas-pedas laksa dan pekat. Best la hirup. Mungkin yang penyedapnya ialah adik yang letakkan mee laksa dalam mangkuk aku makan tu tak pakai sarung tangan. Erk…
Malam tu aku try la makan Western kat Boutique Café. Saje je la mengada-ngada. Sini harga leh tahan la menangis, jangan harap nak dapat harga cam kat foodcourt. Kat sini chicken chop dia RM22 tapi puas hati la sebab besar. Aku try rib eye stik dengan harga RM45 dimana aku sangat berpuas hati. Dimasak empuk dan sempurna, stik ini turut disertakan dengan mee pasta.

Hari ketiga yakni hari last kat sini dah tentu la kan nak beli coklat. So cargas la aku ke pecan Kuah dengan menaiki motor. Sah-sah Langkawi panas time ni, so aku jadi kurang cerah setelah naik motor lama-lama. Tempat shopping pinggan mangkuk dan coklat yang femes kat Kuah ni mesti lah tempat pak Haji tu kan. So dalam hati nak beli coklat kat sana. Masa semalam, aku check harga coklat Daim kat Underwater World ialah RM14.50. bila aku tengok kat tempat pak haji tu, harga Daim ialah RM15.80! Dan rata-rata aku pusing pecan kuah pun semua coklat Daim harga camtu. So coklat lain pun cam mahal sikit. Cargas aku running balik pegi Underwater World cari coklat. Kat sini pun harga naik gak! Tapi tak semahal kat kuah la, Daim kat sini RM14.90. Baru aku perasan nape harga naik mendadak, mungkin disebabkan cuti sekolah baru bermula. Korang kalo nak beli coklat, jangan datang time cuti sekolah.

Dah beli tu, aku try la pulak Jom Ikan Bakar untuk lunch. Dah kat forum & internet orang kata best dan murah tempat ni, aku pun saje la terpengaruh. Ni perut la ni, sume nak telan. Kat internet, orang kata dekat dengan parking Beras Terbakar. Ye la dekat, aku gigih la parking motor kat situ dan berjalan kaki cari merata tempat. Dah berpeluh ketiak aku, rajin la aku tanya sorang mamat ni kat mana.


Ni nak gitau tempat dia. Kalo korang dalam arah keluar dari tempat Beras Terbakar tu, korang belok kiri dan jalan terus sampai jumpa 2 traffic light. Pastu jalan terus dan usha kiri. Kalo Nampak asap tu, tu la tempat dia. Ikan dia best cam ayam percik pun ada. Kat sebelah dia tu pulak ada bakery yang best namanya Leena Bakery. Roti dia leh tahan sedap dan pilihan kek pulak dah macam Secret Recipe lak. Dah agak-agak perut dah bulat kenyang, aku pun prepare balik. Pas pulangkan motor kat pantai Chenang, aku cari teksi dan pegi ke airport, RM18 caj. Sampai kat airport, aku pun pikir apa la yang aku nak buat nak bagi kulit aku ni cerah sikit (T_T)

Tuesday, March 13, 2012

Pergi Laut Dari Kuala Terengganu



Hah, apa yang pelik? Kira lain la sebab sebelum ni kalo pegi offshore, mesti dari Kertih ataupun dari Kota Bharu. Dah tu, kenapa pergi dari Kuala Terengganu lak? Haa… ni nak cite.
Sekarang ni Petrofac dah mula pindah operasi dorang dari airport Kota Bharu ke Kuala Terengganu. Nak lagi jimat kos agaknya, sebab mungkin jarak lagi dekat. Dengarnya baru je ni dalam bulan December 2011 dorang pindah. Tu pun masih banyak belum siap lagi seperti hangar untuk helicopter. Kat sini leh bawak henpon pegi laut, tak macam kat Kertih. Elok la tu, aku pun tertinggal kamera ni nak amik gambar. Guna camera phone je la.


Ni pulak 1st time la bekerja as a freelance ataupun consultant. Ceh, bunyi nak sedap je. Padahal sebenarnya nama dia keje kontrak je. Hehe. Kali ni dapat la merasa duduk hotel best sikit. Ye la, sebelum ni dok hotel (or motel) yang sekangkang kera je. Nak kata sekangkang aku pun leh gak coz takde ruang langsung dalam bilik. Nak solat pun atas katil. Yang hotel sekarang ni puas la aku guling-guling kat lantai sampai penat.


Cam biasa, pas taklimat sume akan tunggu chopper dan bergerak ke laut. Kali ni aku bekerja kat sebuah jackup yang berusia 30 tahun. Besi buruk ni berdiri di atas laut yang sedalam 42 meter. Geram je aku nak jual besi ni kat tokey-tokey besi buruk kat luar sana. Tempat tido usah cakap la, dah macam keranda aku rasa. Tidur pun penuh keinsafan. Bilik aku share 4 orang, pastu bilik air kat luar. Aku keje shift malam dengan sorang brother melayu ni. Yang shift siang, geng-geng pakcik Thailand. Bila bro melayu ni balik, datang pakcik Thailand lak ganti dia. Lebam la aku kat bilik tu coz aku sorang je dari Malaysia dan lagi 3 orang dari Thailand. Sep baik dorang ok, hehe. Kat sini satu je platform untuk digerudikan. Kat area rig ni ada pipelay barge yang besar dah ready nak buat kerja. Dengarnya nak buat piling untuk FPSO yang akan masuk stay kat field ni.


Tapi cam biasa la, kat mana-mana offshore pun ada je golongan kerek dan berlagak ni. Yang tak tahan tu orang Malaysia sendiri gak tu. Ade la 2-3 orang kan. Pangkat tak besar mana, kampeni pun cikai je. Tapi kerek taknak kalah. Ade tu cam dah tak geti nak respek orang lain dah, bajet elaun kau besar sangat ke. Ringan je tangan aku nak tolak ko dalam laut. Tapi cam berat je mamat ni, tak larat kot aku tolak. Tapi biarlah, asalkan aku layan orang lain baik-baik. Perangai korang cam ayam, tak bermakna aku nak kene jadi cam korang.


Trip kali ni aku jumpa macam-macam orang gak. Ade tu pakcik ni dari Bali, Indonesia. Dia tengok aku pakai tshirt Bali pastu dia cite la yang dia dari sana. Dia ni dulu beach boy kat Bali. Dia kata asal dia keje ni pun coz dia ajar omputih main luncur air kat Bali. Pastu omputih tu offer dia keje offshore. Yang tak tahan tu dia cite life dia jadi gigolo masa jadi beach boy tu coz nak cari duit lebih. Haha, aku tergelak je dengar pengalaman dia.
Pastu ada brother ni lak naik kejap atas rig ni. Dia ni surveyor. Aku borak-borak la ngan dia pas makan. Yela, aku kan peramah.hehe. dia kata dulu dia penah keje kapal. Gaji last yang dia berenti ialah USD14,000 sebulan. Aku dengar je la. Then dia tanye aku punya career target camne. Aku kata la aku nak keje field dulu then baru masuk management, supaya aku jadi orang atasan yang bagus yang paham masalah dan situasi kerja/pekerja. Pastu dia kata ni pemikiran orang 10 tahun dulu. Dia kata aku patut amik je jawatan atas. Nanti ade la orang yang ajar. Haih, masalahnye bro aku dah selalu je jumpa management yang cam hampas kelapa. Dan mamat ni pun satu. Tadi awal-awal masa berborak ngan aku tadi, dia cite ada manager schlumberger from Indonesia yang taktau pape bila dia tanya macam-macam soalan. Dah tu ko nak aku jadi cam orang tu ke? Adoi la…


Sepanjang 5 minggu aku kat atas ni, dah 15 majlis kawin aku terlepas. Tapi trip kali ni membuka mata aku pasal offshore ni. Dulu aku rasa dah malas dah. Tiba-tiba aku jadi seronok balik. Time ada sorang pakcik Thailand yang keje shift aku tu nak balik, dia siap bagi aku tshirt dari Thailand lagi, tshirt baru. Dia cakap dia takde pape nak bagi, tshirt ni je dia ada. Aku pun terharu gak. Best sangat ke aku ni, hikhik. Ya, aku mahu terus bekerja di laut dan bersikap mulia lagi tidak sombong.
Tapi masalahnye ada ke kampeni yang nak amik aku kerja permanent…..

Wednesday, February 15, 2012

Move On



Bunyinya agak mudah, nak menyebut pun senang. Nak membuatnya? Tak semudah mengoreng telur. Tapi depends la kalo korang jenis payah nak ke dapur, memang susah la jadinya. Kalo telur tu tak melekat-lekat kat kuali, takpun nak pecahkan telur tak jadi. So, ada apa dengan move on? Berpindah rumah ke atau meletak sesuatu kat atas? Direct translate katanya…

Ok,mari kita berserius.

Dalam hidup kita, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dan apa yang kita mintak atau telah dapat tak semestinya benda itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kita focus dengan apa yang kita mintak dan mahu ni. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tapi dalam kebanyakkan kes kita tak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada dan berdiam diri sahaja. Pekerjaan, kewangan, pengetahuan, semua ni harus ditingkatkan lagi.

Bagaimana dalam pekerjaan?
Kalo dapat kerja tapi tak berpuas hati, move on. Do something. Tingkatkan usaha mencari kerja. Guna pelbagai cara lain lagi untuk mencari kerja. Jangan harapkan kerja tu cari kita atau orang lain carikan kita kerja. Eh, aku bukan nak katakan aku yang cari keje ni untuk korang. Hehe. Cam aku ni takpe la,leh la tolong korang cari keje sikit-sikit. Masalahnya aku pun nak cari kerja yang lain gak. Nangis.

Love?
Ya, sila move on. Sila move on jika anda dah kene tinggalkan atau budak tu taknak kat korang. Ayat-ayat klise selalu mengatakan “you deserve better”. Ayat dari kawan-kawan yang nak sedapkan hati biasanya. Tah, kadang-kadang propa je ayat. Tah-tah budak yang dump tu yang deserve better. Kalo bajet diri tu best memang tak ke mana la. But if he/she doesn’t want you anymore, boleh try lagik. Jangan bagi dia rimas dah la. Tapi kalo dia dah berpunya, jangan la kacau lagi. Kat sini la kene move on. Walaupun ada yang cakap “ala..laki bini bercerai, ni pulak couple”. Dah tu, korang takyah la jadi penjahat nak rosakkan hubungan orang. Kadang-kadang korang harus fikir, lebih baik korang putus sekarang daripada putus time dah ada ikatan. Dan juga, fikir lagi, kalo korang nak sangat kat dia pun, adakah keluarga dan ibu bapa kau akan redha dengan pilihan kau tu? Kalo parents tak redha, hidup kita juga susah.

Banyakkan berdoa pada tuhan, cari kekuatan. Let it be. Kalo sedih pun takyah la doakan mereka berpisah. Tapi taknak doakan dia pape langsung pun takpe la. Dia bukan keluarga korang pun yang korang sibuk-sibuk nak doakan ni. Dia tak amik port kat korang pun. Kalo sedih sangat, pegi je Port Dickson. Pantai pun cantik, awek dan jejaka pun ramai. Tabah dan redha. Biarkan ia berlalu. Dunia dan hidup ni masih banyak lagi untuk diteroka. Yang dah puas mungkin peneroka Felda atau Felcra, tapi korang masih muda lagi. Jangan sia-siakan hidup. Mulakan kehidupan baru, cari kegembiraan dalam kehidupan mendatang. Move on. Insya – Allah.



.....nukilan dari laut setelah melihat bulan terang di ufuk jauh laut menerangi lautan.


.

Monday, January 30, 2012

Waktu Solat dan BOSET


Eh, apa kaitan lak mende ni? Takde la kaitan sangat. Cuma kalo orang yang ada BOSET tu Islam, kene la solat. Harap ada kaitan. Sebenarnya cite pasal waktu solat tu nak balancekan cerita umpatan aku pasal BOSET tu nanti. Bagi yang tak tahu, BOSET ni ialah Basic Offshore Safety Training. Kalo buat BOSET ni, dapat sijil la menunjukkan kita dah buat dan boleh la pegi keje kat laut.

Memula nak bagi info yang boleh bagi aku pahala dulu. Ni kot sesapa nak check waktu solat kat KL, dia boleh la save no ni dan dail bila-bila masa. Nombornya ialah 01548406384, sila save! Kalo nak tau waktu solat, just dail no tu tapi takyah la dengar kat telinga, takde orang cakap pun. No yang didail tu akan call dan reject, pastu nanti ada sms pasal waktu solat. Ok,sila share. Sama-sama dapat pahala.


Beralih cerita BOSET lak, ni pasal sijil certificate dia. Ok, aku cite kat korang la. Aku dah berenti kerja sebenarnya, tak sampai sebulan pun lagi. Alhamdulillah, ada la kampeni manpower ni nak amik aku bekerja tapi contract je la. Belasah je. Isu dia sekarang pasal certificate BOSET aku. Aku buat BOSET ni time aku kat kampeni lama, HHHHHH iaitu pada tahun 2009. Kemudian aku masuk kampeni KKKKKK ni pada suku pertama 2011. Aku ingat lagi time interview, aku bawak sijil BOSET ni. Time dah keje, dorang nak simpan dan pegang BOSET aku tu. Ni pas resign, aku berbalas emel dengan orang kampeni KKKKKK, korang baca la sendiri:


(EMEL DARI AKU)
Dear Sir,

During my early days of employment with KKKKKK, I believe that I have give you guys my original certificate of BOSET.
I would like to have it back as I no longer working with KKKKKK.
I hope you can find it and I will take it later on.

Regards.




(EMEL DARI MEREKA) --> dibalas 3 hari kemudian, 30hb Jan
Hi,
If the BOSET training is paid by the Company, the cert is the Company's property.
We will need an official letter from you to request for the document and the reasons for your request for Management to consider.
I'm afraid we cannot accept email request.

Regards




(EMEL DARI AKU) --> dibalas serta merta, 30hb Jan
Dear Sir,

My BOSET training is not paid by KKKKKK and as you can see at the certificate, I've done my BOSET around 2009 where I just join KKKKKK on 2011.
I think I should have it then.

Regards.




(EMEL DARI MEREKA) --> dibalas serta merta, 30hb Jan
Dear Tajul,
We do not keep your BOSET cert.
Perhaps you should check with your previous employer.

Regards




(EMEL DARI AKU) --> dibalas serta merta sebab taknak kalah dan berani kerana benar.

Dear Sir,

I'm really sure about giving my BOSET certificates to KKKKKK during my employment.
( and I also bring it during my interview with KKKKKK)
I just can't remember who as it is for my offshore related documents/smartcard.
I hope if somehow you guys find it, you can give it back to me.

Thank you





Tiada balasan lagi.
Memula dorang cakap BOSET tu harta dorang sebab dorang bayarkan.
Bila aku gitau yang aku dah lama ada BOSET tu dan bukan dorang bayarkan,dan-dan je cakap dorang takde simpan.
Salah aku ke...
Aku sangat pasti sebab folder sijil aku ada ruang kosong untuk cert itu.


Thank you Allah, pemberi segala rezeki. Ya,aku golongan teraniaya.
Jadikanlah aku golongan yang bersyukur ,diberi rezeki melimpah ruah dan bakal ketua keluarga yang baik.Amin :)

Tuesday, January 17, 2012

Oil & Gas Vacancy




Cuba baca betul-betul untuk yang no (2), yang diploma mesti kene ada pengalaman bekerja selama 1 ke 2 tahun. Jadi rasenye kalo yang ada degree ni, fresh graduate boleh la apply kan?


(1) Slickline/Wireline Operator/Assistant

Ni dorang pun baru mengemaskini web dorang,dah jadi cantik. So rasenye memang nak cari orang la kot. Yang takde experience tu leh try untuk Assistant punya position yek,cuba try je.

Please send your resume to us at: info@amsito.com



(2) HSE Engineer/Executive
Job Requirements :

- Candidates must possess at least a Bachelor’s Degree in Engineering /Health and Safety
- Diploma holders must have 1-2 years working experience in Health and Safety Management.
- Knowledge in OHSAS 18001 and/or ISO 14001 is an advantage but not compulsory as intensive training will be provided to a successful candidate.
- Good written and spoken English.


Job Responsibilities :
- Assist HSE Manager to Plan and manage Health, Safety and Environmental Programs.
- Maintain procedures based on regulatory and HSE Management System
- Liaise with the Authorities: DOSH, DOE, BOMBA and the Local Government.
- Conduct HSE Induction for employees and contractors.
- Conduct Workplace Inspection and to provide recommendations for improvement.
- May include other assignments as required by the HSE Manager.

send your resume to: career@valser.com.my




(3) Yang ni tak cakap dorang nak kelayakkan ape dan camne...

A - Onshore career

- Operations personnel
Please email your: Full CV / résumé (Microsoft Word document), cover letter, starting availability and current & expected salary to: hr@amsbach.com.sg


B - Offshore career

- Engineers
Please fax your: Full CV / résumé (Microsoft Word document), starting availability and current & expected salary to: (65) 6732 2045 or email to: rahman@amsbach.com.sg




(4)Field Service Trainee (Malaysia)

- Good Bachelor’s Degree in Mechanical/Electrical/Automation/Thermal Engineering
- Interest / Knowledge in Rotating Equipment / Power Generation / Programmable Logic Controllers (PLC) with some hands-on work experience using hand tools and specialized equipment
- Willingness to travel and to work at Remote locations / Offshore / Onshore Oil and Gas production platforms and facilities
- Customer focused attitude with strong sense of urgency to handle multiple priorities and deadlines
- Excellent interpersonal and communication skills (strong verbal and written skills)
- Local candidates will be given strong preference.

Solar Turbines offers a competitive compensation and benefits package.

A series of training modules, mentoring and on-the-job training will be provided to enable the selected person to become independent within a reasonable time frame.

ok,yang ni aku tak pasti korang nak kene send resume kat mana. Tapi korang try je send resume kat sini, moga berhasil. Tak rugi pun kan? :p
Send your resume to: sg_recruit@solarturbines.com


Ok,jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain.



* korang kat luar sana ada keje kosong untuk aku tak? :p


.

Sunday, January 15, 2012

Nasihat Pemandu Teksi



Ketika aku aktif bekerja, pasti aku akan naik teksi nak bergerak dari airport ke hotel, dan hotel ke airport balik. Bergantung kepada jenis pemandu teksi, kadang-kadang banyak pulak dia bercakap dan berborak. Aku pun layan je lah. Dapat yang jenis senyap je tak suke bersembang, memang dengar bunyi cengkerik je la dalam teksi tu. Tapi antara trip-trip akhir tahun lepas, ada beberapa isi perbualan yang aku ambil kira.

Masa dari airport nak ke hotel di Kemaman, ada abang yang drive teksi ni rajin pulak bercerita macam-macam. Mostly pasal politik la. Camtu gak dengan pakcik yang hantar aku dari hotel nak ke Helibase, cerita campur aduk tapi mostly pasal agama. Tapi bila aku cerita sikit pasal masalah kerja ni, ungkapan dan kata-kata dorang membuat aku berfikir.

“Kenapa nak perlu takut? Rezeki tu Allah tentukan. Manusia ni bukannya penentu memberi rezeki, Allah yang tentukan”. Dan ada juga yang bercakap, “Kadang-kadang manusia ni nak rezeki banyak, dia dapat banyak duit. Tapi nikmat duit banyak tu dia tak dapat sebab dia takda masa nak guna duit tu, asyik bekerja je. Masa untuk diri sendiri pun tak ada.” Setelah mendengar kata-kata ni, aku terfikir adakah selama ni aku tak yakin kepada rezeki dan ketentuan tuhan? Memang kita perlu berusaha dan berdoa, tapi rezeki dan segala nikmat kurnia adalah dari tuhan. Dengan perancangan kewangan yang baik, pengumpulan wang yang awal dan tindakan susulan untuk mencari semula wang, maka rasanya tiada masalah untuk seseorang itu untuk mengambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa mendapat tawaran kerja lain.

Eh, berhenti kerja?

.

Wednesday, January 11, 2012

Oil & Gas Vacancy



Pergh...tiba-tiba dorang nak pakai orang,kan. Ni peluang untuk mereka yang tak banyak pengalaman kerja ataupun fresh graduate. Jom try. Aku pun rase cam nak try :p


Transwater

1)Service Engineer, Accuflow division
-Diploma/Degree in Mechanical/Eletrical
-Fresh Graduate encourages to apply.

2)Process Engineer
-Degree in Process or Chemical Engineering
-2 to 4 years working experience

3)Service Engineer, Clamp on Siemens
-Diploma/Degree in Mechanical/Electrical
-Fresh Graduate encourages to apply

4)Sales Application Engineer, Mechanical division
-Degree in Mechanical/Instrument/Control
-Fresh Graduate encourages to apply


Send your resume to hr@transwater.com.my



gudlak bebeh...

Monday, January 9, 2012

Oil & Gas vacancy




Ni adalah position di kampeni ni yang mempunyai paling minimum qualification dari segi experience. Yang position lain tu sume nak 5 tahun la, 7 tahun la. Cuba la mencuba.



Structural Engineer

Work Location : Terengganu - Kerteh

Job description:

- To carry out platform assessment and structural maintenance program;
- To coordinate and undertake structural inspection and assessment;
- To plan, coordinate, supervise and perform all civil structural engineering work;
- To undertake any other duties or responsibilities that, from time to time, he/she may be called upon to perform by Lead Structural Engineer.


Requirements:

- Candidate must possess a degree in Civil / Structural Engineering from recognized University;
- Prefer a registered member of Board of Engineers Malaysia or Institute of Engineering Malaysia or similar institution at international level;
- Must be able to start within one (1) month after offer;
- Minimum 2years of experiences in Oil & Gas industries offshore / onshore facilities;
- Must be Malaysian with good command of English & Bahasa Malaysia both in writing and speaking;
- Willing to work at offshore;
- Able to develop structural model and analysis using SACS 5.3 program;
- This is a contract position.


Email your resume to careers@darztech.net

.

Wednesday, January 4, 2012

Menghargai dan Dihargai



Menang hadiah ke? Dapat kereta ke? Memang tak la kan. Ni cuma dapat hadiah mingguan kad terbaik je hasil dari hantar stopcard/hazard card time kat offshore. Mende alah ni lak memang wajib nak kene hantar hari – hari. Apa tu stop card?

Stop card atau hazard card ni ialah kad yang kita kene tulis dan hantar setiap hari dimana kad ni gunanya untuk menegur kesalahan atau bahaya yang kita nampak atau jumpa sewaktu bekerja. Nak buat luar waktu bekerja pun boleh gak tapi takleh la selalu. Sambil kene tulis bahaya yang kita Nampak, kita pun kene tulis gak apa tindakan kita atau cadangan kita untuk hindarkan perkara bahaya tu. Eh, korang paham ke? Belasah je la. Kat rig petronas mende ni wajib tapi cam gitu-gitu je la. Kalo kat Exxon ni sakit sikit la, dorang memang paksa buat. So jangan la marah kalo orang tipu dan main tulis je pape.


Tapi sekurang-kurangnya kat rig ni dapat la jugak sumbangan. Aku 2 trip naik, 2 kali gak la Berjaya. Ada la satu tu dapat t-shirt, satu lagi tu dapat bekas air panas tu. Pastu dorang tampal la gambar pemenang minggu tu selama seminggu. Sekurang-kurangnya ada la gak kan penghargaan, dapat gak la sesuatu. Tapi sebenarnya sebaik-baik penghargaan yang aku dapat ialah orang sekeliling yang macam saudara dan keluarga. Dorang cam tanya “ eh, tak balik lagi?”, “dah makan ke belum?”, “kesian ko yek kene dengan kampeni”, dll. Bagi aku, itu dah cukup menggembirakan aku.

Kampeni aku hargai aku tak? Mereka menghargai masa yang aku korbankan sampai kurang masa untuk diri sendiri, hargai degree aku yang dibuat cam tak nampak, hargai aku yang baru dan masih junior lagi dan tak kuat melawan, hargai aku duduk terlebih hari sampai “lupa” soh aku balik darat, hargai aku dengan kata aku dok darat lama-lama (ini pun isu ke?)

Jadi adakah kampeni aku menghargai aku? Er...nak log out dulu.



* penghargaan yang terbaik ialah dari Tuhan

Tuesday, November 29, 2011

Musim Tengkujuh di Laut



Biasanya hujung tahun ialah musim tengkujuh. Apa ada pada musim tengkujuh atau monsoon ni? Biasanya ada angin yang kuat diikuti hujan lebat yang berlaku secara kerap. Time angin kuat tu yang kaya gila tak ingat boleh main kapal layar, yang tak bape kaya sangat leh main laying-layang. Kat laut ada gak ke monsoon ni? Iye, ada.


Tak tau la best ke tak kalo keje time ni. Kalo hari biasa, panas dia melampau sampai 2 atau 3 hari muka kita dah boleh sunburn. Tapi time tengkujuh ni, langit mendung tu best la. Yang kurang best kalo dia hujan, pastu beserta angin kencang, pastu lak keje hari malam. memang kompem sejuk. Awal pagi dalam kol 730am gitu cuaca cam nampak ok je. Pastu dalam 20 minit, tiba-tiba awan hitam datang bawak hujan. Orang kata sediakan payung sebelum hujan, tapi celah mana nak cari payung kat sini. Kalo ada pun, nanti payung tu dengan kita-kita sekali terbang kene tiup angin.


Kekadang aku terpaksa pakai baju hujan time keje. Yela, angin dia membawa hujan. Tak tau nak nyorok celah mana, mesti kene punya la.. Dah la tak boleh lari jauh sangat dari unit. Angin pulak kekadang sangat dasyat, sampai nak berjalan pun memang siyes susah. Aku boleh jamin kalo budak-budak kecik try berjalan, akan jatuh ke belakang. Peribahasa “ jangan meludah ke langit, nanti jatuh ke muka sendiri” memang takleh pakai la kat sini. Ludah atas,memang pegi tempat lain punya. Silap –silap pegi kat kepala orang lain pulak. Kat sini jenis yang kencing tepi platform pun kene pandai la. Kalo kencing lawan arah angin, memang naya la ko. Kalo nak naya member, boleh je gak. Hehe.


Tapi ada gak time-time dia menjadi cerah, pastu ombak pun reda. Cuaca pun jadi cantik balik. Aku pun leh sambung makan ice-cream baskin robbins atau hagen daz yang ada kat galley. Tapi biasa la, time rilek-rilek ni aku terpikir lagi konflik hidup ni. Sampai bila aku nak keje camni. Masa sangat jarang ada untuk digunakan nak spend dengan keluarga,kengkawan dan juga diri sendiri. Keje sekarang ni takde jadual yang fix. Trip ni pun kalo aku balik ari jumaat, dorang soh naik balik isnin. Tak ke ngarut tu. Ada gak time aku baru sampai KL isnin kol 1am sebab naik bas,ada yang call & sms soh naik tempat lain hari rabu. What the..., tapi opkos la aku tolak. Gila apa. Kadang-kadang dalam kebasahan monsoon tu, aku pun masih berharap peluang di tempat lain pabila habisnya musim ni nanti.

Wednesday, October 26, 2011

Hampir Berhenti...


Haritu aku ditugaskan untuk gantikan sorang ni yang sakit demam campak. Kalo tak, takde maknanya aku dapat naik Jack up Rig, balik-balik hantar aku naik Tender Rig je. Tau la kan aku baru. Tapi waktu aku pergi tu patutnya aku dah resign.

Camni, aku dapat offer keje kampeni construction. Memula aku cam taknak terima, tapi tetiba rasa cam nak pulak. Bukan sebab apa, tapi sebab aku tak enjoy kerja aku sekarang. Aku pergi interview tu pun saje je la nak test market dan cuba-cuba time career fair. Bila aku dapat keje tu dengan satu interview je, aku pun rasa cam best. Dan terus aku print resign letter dan pergi ke opis untuk hantar. Tapi hari aku hantar tu dorang dah tipon pagi tu kata ada job. Kat opis pulak ada akak ni nasihat aku jangan resign dulu, tunggu offer letter. Aku pun menurut kata beliau.

Dan bila offer letter dah diemelkan oleh aku, aku rasa cam tak best pulak keje kampeni construction ni. Terus aku decline melalui emel. Tapi aku masih lagi mencari kerja lain. Sebelum aku turun dari Jack Up ni haritu, ada je 2-3 orang cakap kerja ni tak sesuai dengan aku dan rugi kalo aku wat keje camni dengan kelulusan aku. Ye, itu yang dah lama bermain kat fikiran aku. Dan seperti biasa, aku dihantar lagi ke Tender Rig minggu ni walopun banyak lagi project atas Semi-sub ataupun Jack Up dan dengan ayat yang aku dah bosan dengar seperti "takde orang", "nak pakai orang", "tak cukup orang" dan lain-lain. Tak perlu tanya kampeni apa dan ada kosong ke tak sebab dorang tak amik orang dah pun. Takpe, dah tau pekerja tak ramai amik lak project banyak-banyak. Biar pekerja yang sikit ni sakit asalkan kampeni untung. Mereka gembira. Aku? Padan muka.