Tuesday, May 19, 2015

Oil & Gas Vacancy





Hai, I'm back. 
Setelah hampir dua tahun, kini aku membuat comeback seperti mana Amalina dangdut. Phuiiiii. Malas la nak tulis ayat pasal blog bersawang la, berhabuk la, di mana realitinya ialah bilik aku yang berhabuk kat area bawah katil ni. Kat syiling bilik aku tu sawang leh tahan gak. Boleh tersangkut burung helang agaknya kalo dia lalu.

Anyway, sila baca petikan gambar di atas. Buat sesiapa yang malas membaca, meh aku bagi kesimpulan. Artikel tu pada hujung April 2015, menulis yang Halliburton dah buang 9000 pekerja seluruh dunia. Schlumberger pulak akan buang 11000 pekerja seluruh dunia. Kawan-kawan yang aku kenal, kawan atas kawan, ataupun yang tak kenal langsung turut terlibat. Bukan saja yang kerja field (offshore), tapi yang kerja opis pun kena. Dan bukan sahaja company besar ni je, banyak company local pun dah banyak buang orang. Ini cerita benar, sebab dorang ni adalah kenalan aku sendiri. Cuma nak cakap, keadaan industri Oil & Gas sekarang agak teruk, atau maybe sangat teruk. Sesiapa yang nak mencari kerja dalam Oil & Gas tu, jangan la demand atau memilih sangat terutama yang Fresh Graduate sebab kadang-kadang gaji mintak tinggi la, hape la. Diharap juga kawan-kawan (adik-adik) Fresh Graduate jangan hanya memilih Oil & Gas sahaja buat masa ni. Cari saja pape kerja, asalkan korang bekerja. Okay? Takpe, leh try bawah ni kalau ada rezeki.



1) Project Application, Executive

Sime Darby Offshore Engineering (PJ)

*Ni iklan dalam surat khabar.

Requirement:
Degree in Mechanical or Chemical
Minimum three years experience in Oil & Gas compression equipment.

Send you resume to: hrsdoe@simedarby.com

Tarikh tutup: 13 June 2015





2) Project & Application Engineer

Nationwide Oil & Gas Sdn Bhd (PJ)

Requirement:
Diploma/Degree in relevant discipline
Minimum 2 years of related working experience
Computer literate & proficient in using Microsoft Office

Send you resume to: career@nog.com.my

Tarikh tutup: 31 May 2015




3) Cost Control Engineer

Esteem Energy Engineering Sdn Bhd (Kemaman)

Requirement:
Have degree in Eletrical/Instrument
Knowledge in AUTOCAD

Send your resume to: admin@esteem.com.my




4) Chemist

Process-3 Services Solution Sdn Bhd

Requirement:
Degree in Chemistry, Microbiology or Biochemistry
Minimum 5 years experience

Send your resume to career@process-3.com



*Aku kerja mana? Dalam masa hampir dua tahun tak tulis blog ni, aku dah kerja kat 2 kompeni. Awal bulan 6 ni InsyaAllah masuk kampeni lain, kerja opis. Main business bukan oil & gas, tapi department aku ialah department untuk oil & gas. Tak paham? Takyah paham. Lol.

Ni pun taktau bape lama akan menulis blog atau berehat semula, sebab dah tak pergi laut. Hihi.
Chow!