Wednesday, May 27, 2009

Perempuan dan Rokok



Kali ni aku nak cite pasal tajuk kat atas ni la. Kat bawah ni aku ada tepek beberapa petikan dari internet pasal hal ni:

Bukan lah nak cakap ape, kalau lelaki merokok tu ok lagi la, tapi kalau perempuan merokok tu agak asing lagi kat Malaysia ni. Walaupon ada perempuan yang merokok di Malaysia, namun jumlahnya hanya kecil sahaja.
Husband ngan wife hisap rokok, nanti anak-anak bolehlah dapat hadiah kanser paru-paru. He Hee.

http://www.skycrewz.net/blog/afdlin-shauki-dan-isteri-merokok/

Kalau merokok sia rasa macam sia pun inda berapa suka especially kalau perempuan. Macam sia rasa ada yang tidak bagus pada perempuan itu .. Kira first impression saja bah...
Tapi kalau sudah kenal, dan kalau dia bagus sia tidak judge itu orang sudah. Itu hal dia lah inda mau jaga kesihatan. :lol: :lol:
Ini pendapat peribadi saja.. no offence ya.

http://www.sabahforum.com/forum/viewtopic.php?f=55&t=392

Salam Aliya...
Minggu ni saya kurang sihat ke sekolah kerana selsema dan keje bertimbun... Last week saya tangkap pelajar lelaki pelbagai bangsa kerana merokok dalam kawasan sekolah...2 india, 1 cina & 1 malay...
Tapi minggu ni hati saya sedih & menangis....semalam seorang ustazah menangkap 4 orang pelajar perempuan Melayu merokok di dalam surau...
aduh... sedih saya.. sebagai guru disiplin jiwa lebih tersiksa bila pelajar perempuan MEROKOK... dah le ditangkap kerana merokok lepas tu menipu pulak kata bapa keje di Ibu Pejabat Polis daerah.

http://pukullima.blogspot.com/2009/02/relief.html

1)hurm?
apsal kalu orang pompuan merokok...orang pandang serong..
kalu laki merokok..some says it macho la...ape la..
hurm... gender bias?
2)aku kalau nak seksi ke, minum ke, aku ok lagi...
tapi, kalau pompuan melayu merokok, hilang rasa hormat aku kat dia..
dan, aku sendiri pon tak isap rokok... wink.gif
--->kalo minum lagi xleh blah,bro
http://ittutor.net/forums/lofiversion/index.php/t23951.html

1)tak manis di pandang orang. katalah perangai dia memang baik tapi seorang perokok, orang lain akan memandang serong dan beranggapan negatif juga mengenai dia. lagipun merokok ni membahayakan kesihatan.. kepada perempuan..ianya boleh menjadi punca kepada "Breast Cancer" dan juga Cancer Rahim. elakkanlah merokok..banyak buruk tak ada baiknya.
2)pompan merokok? takde masalah bagi aku..
member2 pompan aku pon banyak isap rokok..
tapi pangai dorang ngn aku yg tak merokok ni sama je..
takdelah jahat mane..

http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?1.0000000181

diskriminasi jantina btol korang.
laki ke pompuan ke sama je.
duit derang, bior la.
asa; pompuan je xbole itu, xbole ini.
kalo laki? sumer normal, sumer ok.
laki ke pompuan ke sumer ade sbb masing2 nk isap rokok.
ako ex-smoker, so ako tau nape derang nk isap rokok.
ala, korang kalo lelaki smoker jumpe plak ngan aawek cun melecun yg smoker gak lebih2 lg isap rokok brand sama, xde de nk jeling2 bwat muke xske.
mate korang tu yg juling, ye la.. dlm ati da ckp "Jimat duit ako kalo dia jadi awek ako, bleh cutting rokok"
so, jgn diskriminasi pls.
sumer manusia yg sama tahap je.
---->ni forum remaja,so jawapan pun camni la:)
http://youthsays.com/answers/3012

Kalo komen dari aku, dulu memang aku tak suka perempuan yang merokok. Tak kisah la sape dorang. Aku bukan gender bias tapi they should know what & why they do it. Kat Arab pun haram merokok(kalo ikutkan,kat sini pun sama). Tapi sekarang mungkin tanggapan aku sedikit berubah. Mungkin aku boleh terima sebahagian daripada mereka, tapi still ada rasa kecewa. Asalkan dorang tak wat bende-bende teruk cam hubungan bebas & minum, rasanya boleh terima lagi. Tapi solat tu jangan la malas, kan? Tapi kalo takyah merokok kan bagus.
Nape aku post tajuk ni? Err...saje je.wink

Friday, May 22, 2009

Oil & Gas Vacancy

Haa...ni vacancy untuk sume degree engineering. Tak kisah la mechanical ke, electrical ke, civil ke.


EJ Joint Venture Sdn Bhd


We are an oil and Gas Company seeking for a suitable candidate to join our construction team. Our onshore and offshore construction projects require personnel with the relevant qualifications and experiences for the following positions:

Trainee Engineer

Qualification:

* Bachelor's Degree in any Engineering


Experience Requirement:-

* Fresh Graduates

* Computer literate in Ms Office especially Ms Excel

* Good communication In English and reporting skill.

You can send your resume to:
EJ JOINT VENTURE SDN. BHD.
B-9-3 & B-9-4, Megan Avenue 1,
No. 189, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
.

or mail to rafiza@ejjv.com.my

Thursday, May 21, 2009

SMS dari seorang perempuan

Ni aku nak cite pasal diri aku ni. Kalo korang taknak baca pun takpe, hehe. Ni ialah apa yang aku tulis kat forum, jadi aku just copy paste kat sini je. Korang baca je la ek, yang soalan-soalan kat akhir-akhir tu takyah la korang jawab. Hehe.
------------------------------------------------------------------------------------

ada prob dengan forumer,nak mintak pendapat.

Assalamualaikum
Aku ada benda tak penting nak cerita tapi nak mintak pendapat korang semua.

Intro:
Aku ada kenal sorang former sini.kenal pun melalui forum,anta pm,berbalas2 pm,then bertukar2 no tipon.then selalu la kitorang msg biasa2 cam tanya wat pe,dah makan ke,n cite bende2 lain.dulu kadang2 kalo aku lambat reply pun dia akan tanya nape tak reply.dulu time wknd aku kuar tgkmovie pun dia msg2.minah ni dah ada bf,aku pun memang takde
niat nak mengurat beliau.kdg2 dia cakap bf dia xde masa nak layan dia.aku sebagai kawan pun bagi la semangat. dia tinggalkat pantai timur n kitorg x penah jumpa .selalu gak la dia mintak tolong topupkan,tapi dia bayar balik la melalui topup.

Tengah cerita:
Satu hari ni,aku msg2 dia,dia x reply.then aku kerap gakla msg dia dalam 1-2 minggu tu Tanya kabar walo dia x reply.even dalam forum pun aku anta pm,tapi dia x reply.seminggu sebelum tu,dia mintak aku topup rm10tapi lum bayar lagi.ok la kan kalo org mintak korg topup then dia x reply2 msg korg,mesti la korang atleast ada fikir sumthin.then coa aku asyik msg dia,diareply la cakap hp dia rosak.pastu aku Tanya la nape x reply,dia ckp aku tuduh dia macam2.bila aku ckp reason dia cam kat atas,dia ckp malas nak gaduh n soh lupakan.

Hamper penghujung cerita:
Aku msg jugak dia,kdg2 dia reply pendek.kdg2 x reply langsung.alasan latest,study,nak exam.tapi aku msg gak la kan tapi lain waktu.samela,kdg2 reply sikit,kdg2 x reply.dia lgsg takde start msg aku 1st.tapi aku tak kisah.

Kemuncak cerita:

Arini dia sms aku.
Dia: hai.ingat nk g sana cuti sem nnt.nk jmpe?
Aku: bole je
Dia: tp xda tmpt tgl.ingat nk duk hotel.tlg support cket bleh?
Aku: ok
Dia: btl ni bleh?kn klu nek bas dri trg akn trun terminal putra.hotel terdekat dgn c2,hotel legend.satu mlm 200+++.tp x sampai 300.byr bleh?
Aku: have u ask ur bf 2 pay 4 u?
Dia: dah.tp skrg dia pun bru tkar keje.gaji xdpt lg.bleh x?sy g pn utk g jalan2 je. [nota:bf dia software/komputer engineer]
Aku: its ok 4 me but u should ask him 1st 2 pay.where is his saving?xkn xda skit pn.utk gf pn xkn xde duit n nk brkira.
Dia: xnk la.lgpn dia ada financial problem la.awk xnk tlg ek?lgpn sy nk duk satu mlm je.
Aku: I¡¯ll think bout it,bcoz u have bf who should support u nyou r not my gf.
Dia: xleh xpe la
Aku: I said,I think bout it
Dia: sy perlu jwpn skrg gak sbb nk wt plan smua lg.
Aku: how much do u want?
Dia: utk byr hotel je.
Aku: how much
Dia: 250
Dia:tp nnt bwak gak sy g midvalley n sg wang k?
Dia: dah wat plan.24hb sy nk g sana.Bleh x bg 250?
Aku: can u tell me why I should give u money?
Dia: kasihan pd sorg kwn.lgpun nk jmpe gak awak. Bleh x 250?
Aku: I don't think so.sori.
Aku:don't 4get 2 pay back my rm10 topup

Tu je sms.sekarang adakah aku seorang yg pentingkan dirisendiri?atau adakah aku seorang yg teruk coz tak dapat tolong dia?atau korangada pendapat lain yg aku lupa sebut or saja xnk sebut?


*penat aku menaip sebelum ni,tu yang aku nak letak gak mende ni kat blog aku.hehe.

Friday, May 15, 2009

Kisah Engineer yang Berjaya



Ini adalah cerita engineer yang boleh dikatakan berjaya(dari segi kewangan & kerjaya la,takde la dia melampau hebat). Cite ni sesuai dibaca oleh semua pihak, tak kira korang kerja apa & amik course ape. Fresh grad pun digalakkan baca, hehe.
Ini bukan cite pasal aku, aku ni cabuk je. Ni ha aku nak cite pasal bro kat ofis aku ni, department dia kat bawah. Umur dia dalam lingkungan 30 la, muda belia lagi. Sekarang dia keje kat division painting & blasting, dia dengan kawan-kawan dia setup kan division tu under company yang aku keje ni.
Cite dia camni. Dia cakap dia grad UTM Skudai dulu, pointer rendah, 2.65 camtu je. Dia amik chemical engineering. Kerja pertama dia kat Corro Shield (dengar cite company ni dah takde, Petronas dah ban. Aku takleh cite nape, ni bro tu sendiri cite). Dia cakap dia nak jadi engineer ka situ tapi orang sana cakap dia kene start dari bawah. So dia jadi roughneck kat jack up rig. Sesape yg tak pasti roughneck ni ape, keje dia cam drill crew sume tu la, tolong itu ini atas deck tu. Memang kerja yang hands on la sampai berminyak baju & tangan. Bukan macam dorang yang dok tengok atau wat keje bersih-bersih atas rig tu. Lama-lama, dia cam naik la sikit-sikit. Dia keje jadi supervisor, pastu naik lagi keje kat office pastu selalu deal dengan Petronas & dia jumpa la member-member dia sekarang ni. Pastu dorang tubuh la division painting & blasting. Projek pun masyuk je dorang ni. Gaji sudah tentu la riban-riban.
Jadi kat sesapa kat luar sana yang tak puas hati dengan kerja korang sekarang, harap bersabar la ek. Sape yang tak puas hati dengan pointer korang pun sama. Yang penting, sabar & usaha. Doa jangan lupa. Bro ni pun jenis yang jaga solat. So jagalah sume bende kat diri kita & selamat berjaya. Yang dah berjaya awal-awal tu, tahniah la ek.

Monday, May 11, 2009

Berkahwinnya ex-Klasmet



Bila jodoh sudah ada, berlangsunglah ikatan atau perkahwinan. Perkahwinan menyatukan 2 jiwa untuk membentuk keluarga bahagia. Eleh,aku cakap banyak macam pandai je. Bulan 5 merupakan bulan perkahwinan aku rasa walopun cuti sekolah belum mula lagi. Mungkin ni strategi dorang untuk mengelakkan bertembungnya majlis perkahwinan sesama dorang.
Pertengahan bulan ni, sorang ex-klasmet aku masa kat Simpang Durian akan kawin. Hujung bulan pulak, ex-klasmet aku kat Taiping akan kawin di Shah Alam. Kedua-dua mereka adalah perempuan. Kirenya dorang ni adalah klasmet yang pertama atau antara yang pertama kawin. Rasa lain macam pun ada coz teringat lagi zaman budak-budak dulu, tau-tau sekarang ni nak kawin dah. Biasa la, kalo ada yang dah kawin , kawan-kawan pompuan lain yang takde couple mesti rasa tercabar. Walopun dorang tak baca & tak tau kewujudan blog aku ni, aku ucapkan selamat berbahgia. Aku tumpang hepi untuk korang. Cuma bila terkenang mengenai diri aku ni, aku tak tau apa yang bakal terjadi pada aku. Aku harap akan dapat jodoh yang baik & menarik. Aku bole je hidup single sekarang coz aku kuat.

Walopun aku rasa diri aku dah kuat, rupanya aku masih lemah. Nama yang dah lama aku set invisible kat YM & aku reject dari frenlist tiba-tiba muncul kat YM emel. Pejabat aku block YM, so sekarang just boleh YM melalui emel je la. Melihat nama yang tak disangka ni muncul, aku terus logout & jadi kaku. Mood pun turut hilang. Betapa lembiknya aku sekarang. Aku rasa sistem badan kau pun dah lemah. Tah camna, aku terbukak page pasal stress symptom. Jadi aku belajar sesuatu mengenai diri aku hari ni. Harap korang suma pun dapat pelajaran yang sama.

Effects of stress ...
On your body:
* Headache
* Back pain
* Chest pain
* Heart disease
* Heart palpitations
* High blood pressure
* Decreased immunity
* Stomach upset
* Sleep problems


On your thoughts and feelings:
* Anxiety
* Restlessness
* Worrying
* Irritability
* Depression
* Sadness
* Anger
* Feeling insecure
* Lack of focus
* Burnout
* Forgetfulness


On your behavior:
* Overeating
* Undereating
* Angry outbursts
* Drug or alcohol abuse
* Increased smoking
* Social withdrawal
* Crying spells
* Relatioship conflicts

Tuesday, May 5, 2009

Oil & Gas Vacancy

Mach3 Engineering Consultants Sdn. Bhd.

Address : No 19-A, Jalan Tiara 3, Taman Perindustrian Sime UEP,
47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel : +(603) 8023 5867
Fax : +(603) 8023 5967



* CORROSION ENGINEERING
* MATERIALS
* OTHER SERVICES
* OUR PROJECT EXPERIENCES

corrosion control:Petrochemical Plants & Refineries,Tank Farms (ex:klia petronas tank),Dolphin & Jetty Piles,Marine Vessels,Cross Country Pipeline,Pipe Riser
appraisal for small & large project:Sea Water Cooling Systems,Marine Piles,Offshore Platforms.

vacancy:
Mach3 is Hiring! We are looking for:
Corrosion Engineer (Entry level)
Practical Trainee / Trainee Engineer

send your resume to jobs@mach3engineering.com

*takde la disebut tarikh tutup, tapi u all just can try.

Monday, May 4, 2009

Chiling Fraser




Daripada tajuk kat atas, bukan aku nak sebut Fraser tu chill or sejuk dalam bahasa omputeh,tapi Chiling ialah sebuah sungai yang terletak on the way nak ke Bukit Fraser. Ni ialah cerita aku menyambut Hari Pekerja aku yang pertama sebagai pekerja tetap.
Memula dorang dah plan nak pegi Sungai Chiling pagi jumaat, tapi ada prob kat hp lak. So kitorang batalkan plan mandi sungai & pegi la Lowyat. Pastu sah-sah pegi Lowyat tu kejap je, so kitorang plan nak mandi sungai balik. Dengan menggunakan alasan musafir, tengah hari jumaat tu kitorang pegi beli seluar pendek kat Carrefour yang sangat ramai orang waktu tu. Aku tak penah escape solat jumaat tapi aku tengok punya la ramai lelaki malayu kat situ, siap dengan isteri yang bertudung lagi. Rasanye ramai lagi melayu dari kaum lain time tu, aku pun confuse. Maybe dorang pun musafir cam aku gak kot.
Lepas beli kfc, kitorang pun pegi la Sungai Chiling tu. Dia ni dekat dengan area Ulu Yam. Nak pegi, kene ikut jalan menghala Rawang. Sampai kat situ, kitorang nak naik ke arah air terjun. Kene la hiking sikit dalam 40 minit, tapi guard bawah tu tak bagi. Kitorang da lambat coz sume kene ada kat bawah tu pukul 5pm. Time tu pun dah kol 4pm, so kitorang mandi je sungai bawah-bawah tu sambil makan kfc & tembikai.
Time nak balik tu, ada yang sakit perut lak. So kitorang decide nak mencari toilet kat Bukit Fraser. Eleh, alasan nak jalan-jalan. Jalan nak ke atas tu kecik je, one way je. Kereta pun dilepaskan ikut time. Merasa la dorang buang air besar kat toilet masjid Bukit Fraser. Kitorang pun sempat la berjemaah Maghrib kat sana. Bukit Fraser biasa je, sejuk & takde aktiviti sangat nak buat. Kalo dah ada isteri, best la pegi. Hehe.
Malam tu balik pekena seafood kat area Rawang pastu tumpang tido umah member kat sana. Esok pagi balik umah & sambung tido, meraikan hujung minggu.