Thursday, November 26, 2009

Hukum Karma



Apakah karma? Entahlah, Karam Singh aku tau la. Tapi katanya apa yang kita buat tu akan dibalas balik, bak kata orang ramai. Orang putih cakap “what goes around comes around”. Orang hitam yang dok kat negeri omputih cakap “yo,what goes around yo,will goes around,yo!”. Ceh, cam siot je. Dulu-dulu aku penah kawan dengan sorang budak Medic ni, tapi dia suka kat aku. Aku lak suka cam kawan je kat dia tapi aku layan dia dengan baik la. Tapi bila aku rimas, aku cakap terus terang la kan yang aku taknak kat dia coz dia da macam salah paham. Then tah la, nangis ke hap eke aku pun tak tau la. Bila aku cite mende ni kat housemet aku, aku ingat lagi ada sorang cakap “ko wat la camtu, nanti kene hukum karma nanti ko lak kene tinggal” kata beliau sambil ketawa. Aku pun tak kisah la kan sambil ketawa tak tentu pasal.

Adakah aku akan kena hokum karma? Aku pun tak sure. Zaman dulu-dulu gak pas aku dengan budak Medic ni, aku ada suka kat sorang budak ni zaman student time degree dulu. Dia pun suka kat aku so aku pun tak tau. Hehe, bercintakah aku? Tapi dah lama bersama, tiba-tiba hubungan tak ke mana. Dia pegi balik kat ex-bf dia. Tinggal la aku terkontang-kanting. Dah lama-lama,baru aku fikir, karma ke ni. Tapi bila fikir balik, samada tak ada jodoh or aku ni jahat/baik untuk dia. Kan ada surah yang mengatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,vice versa. Tapi kan,bila piker lama-lama lagi, aku dulu tu couple ke sebenarnye? Takpe, tak best pun ada gf. Hoho.


*Dulu suka dengar lagu indon Karma dari kumpulan Coklat.

Saturday, November 7, 2009

Cerita Offshore: Songkhla Port


Bila laut dah macam hape keadaannya time ribut, kapal pun dah tak boleh tahan. Akhirnya masa ombak naik 6 meter, kapal kitorang dapat arahan untuk tinggalkan platform. Apa taknye,da macam naik roller-coster pun ada. Dah naik lebam, baru la nak gerak. Hoho. Perjalanan dari CPOC field ke Songkhla mengambil masa dalam 18 jam. Yela, kapal tu maksimum speed pun dalam 20km/j ke 22km/j je, ape la sangat nak sampai cepat-cepat. Kalo naik bas, mau sakit punggung tapi disebabkan naik kapal,bole lah guling-guling atas katil. Dok kat port dalam seminggu camtu.
Bila dah sampai port sebenarnye, tak banyak keje sangat. Tapi still ade la, banyak maintenance peralatan kene buat. Aku pelik gak kenapa nak buat bende-bende ni hari siang. Dah la panas, pastu letih lagi. Buat malam kan best. Sejuk pun sejuk, terang lampu spotlight pun ade. Tapi lama-lama baru aku nampak. Sape je nak keluar kat area macam Songkhla ni siang-siang hari. Kehidupan & kemeriahan kat sini start hari malam, bak kata dorang la. Kemeriahan apa? Haaaa……………………

Songkhla ni ialah kat Thailand (aku tau korang tau,hehe) dan Thailand ni pulak banyak ‘ayam’ dan kat sini pulak takde sesapa nak rush. Rumah urut & bar-bar pun banyak kat sini. Kalo boring kat Songkhla, bole pergi Hatyaai lak. Takde la jauh mana dari Songkhla & life pun lebih kurang sama je. Dorang suka le mende-mende ni (bukan semua). Untuk aku yang boleh dikatakan baik ni, aku biasa-biasa je. Aku takkan wat jahat yang sampai cross the line tapi aku ni suka merayau-rayau, terutama kat tempat baru. Jadi bila ada yang ajak aku kuar (hampir setiap hari), aku pun on je la.

Port atau kawasan yang kitorang duduk ni kalo nak ke Bandar Songkhla tu kenelah merentasi laut/sungai sepanjang lebih kurang 600 meter tak silap aku. So kalo nak cepat, naik cam feri yang akan bawak kereta & motor ke sana. Kene bayar la sikit,bape posen tah. Kalo feri da tutup or mengada-ngada nak saving duit,bole je ikut jalan darat tapi amik masa dalam 30 minit la kene pusing. Untuk keluar ke bandar, kita boleh samada sewa Hilux dengan driver, sewa motor dengan tukang bawak atau sewa motor sahaja dari guard-guard kat Port tu.

Kat area Songkhla ni, merata-rata je boleh cari ‘ayam’. Ada yang macam ada premis sendiri, ada yang dekat open bar, ade yang kat rumah terbuka (bukan hari raya tu) dan ada gak yang jenis kat tepi jalan tu. Muka ‘ayam’ ni pun variasi gak daripada yang cantik sampai la yang muka macam ayam hutan. Harga jangan tanya aku la, aku tak penah lak tanye. Kat sini memang ‘syurga’ la bagi dorang yang jenis kaki pompuan & kaki minum. Tapi ada gak penghuni Songkhla ni muslim. Ada jugak masjid kat sini. Makanan islam pun banyak dijual kat sini. Kalo setakat nak minum, boleh je pegi bar tu. Tapi jangan la order air bukan-bukan lak, minum coke sudah.

Aku harap sangat dorang yang wat kejahatan ni berubah. Yang mana dah kawin tu pun beragak-agak la kan. Isteri setia kat umah, dorang yang jauh ni wat macam-macam lak. Yang kaki minum tu pun same gak, tak pasal-pasal mengalir ke anak dorang nanti. Semoga takde musibah melanda kapal kitorang pasni. Wei, aku taknak kapal ni tebalik tengah laut tu nanti. Aku ni tak pandai berenang!


*aku suka minum sirap limau ais yang halalan toyyibah