Thursday, October 29, 2009

Oil & Gas Vacancy

Dah lama tak posting pasal vacancy.sori la,aku agak bz sikit.hehe. Sebagai menebus salah (chewah), aku post 4 vacancy. sori la kalo korang dah tau. Tarikh tutup dia aku tak sure tapi masa aku letak ni,dia still fresh lagi la cam segar dari ladang. Sila la mencuba.



Graduate Engineer (Electrical & Instrumentation Engineer)
•Applicants must possess a Bachelor's Degree or Master's Degree in Electrical Engineering, majoring in Instrumentation.
•Applicants must have an excellent academic track record with at least a Second Class Upper Honours or minimum graduating CGPA of 3.00.
•Applicants must have experience in leadership positions in co-curricular activities.
•Applicants must have a strong command of written and spoken in English.
•Applicants should have less than 2 years working experience.
•Applicants be willing to relocate in any branch/subsidiary of the Bumi Armada Group.


Graduate Engineer (Marine Engineer)
•Applicants must possess a Bachelor's Degree or Master's Degree in Marine Engineering or Naval Architecture.
•Applicants should not exceed 26 years.
•Applicants must have an excellent academic track record with at least a Second Class Upper Honours or minimum graduating CGPA of 3.00.
•Applicants must have experience in leadership positions in co-curricular activities.
•Applicants must have a strong command of written and spoken in English.
•Applicants should have less than 2 years working experience.
•Applicants be willing to relocate in any branch/subsidiary of the Bumi Armada Group.

You can send your resume to: onshorerecruitment@bumiarmada.com



Field Technicians
Min Dip in Civil/Mech Eng.Min 1 year exp in hydraulic pump,Polyurethane equip,metering,mixing heads or chemical dispensing machines.Able to repair & service electrical/hydraulic pump & equiv.Onshore/offshore/overseas job.Good in English(written & spoken.Sarawak and Sabah Bumi(Pribumi) encouraged to apply.
Also, looking for Philippines, Indonesian, Thai, ASEAN personnel.

Engineers
Deg in Civil/Mech.Min 1 year exp.Fresh grads encouraged to apply.Good skills in Eng/Mandarin (written & spoken).Job scope:preparation of tender/proposal,project presentations,procurement, technical specification for bidding process & dealing with client.Sarawak and Sabah Bumi (Pribumi) encouraged to apply.
Also, looking for Philippines, Indonesian, Thai, ASEAN personnel.

You can send your resume to: hr@oag-group.com



Company aku keje sekarang ni sedang freeze any intake dengarnye. Yang pekerja kat opis ni pun ada yang dorang pindah2 department. Bertabah la sume.

Monday, October 26, 2009

Suka Sebab Duit?




Ni aku nak tepek balik apa yang aku dah post kat satu forum yang aku join. Aku pun tak paham perangai beliau ni. Korang baca je la ek SMS ni.



Beliau: oo.. skrg ni ngah cuti ke?awk x nk kapel dgn sy?


aku: yup,sedang cuti.


Beliau: x nk kapel dgn sy?ke sy x layak?


aku:
awk da clash dgn bf ke?ke da boring dgn dia?


Beliau: mmg dh xda nk wt cm ne.awk mmg x nk sy ke?


aku:dulu slalu cite pasal bf la,kwn2 bf puji la,bf bz la,makan dgn bf la.saya tak kisah kalo awak ada bf,siyes tak kisah tapi jgn menipu.sy x suka org tipu sy.


Beliau: ok,sy minta maaf sgt2. Tlg la maafkan sy k?sy btl2 ske kn awk.


aku:
so tell me bout ur bf.nape dgn dia,dia x lyn awk ke,x bg duit ke,dia x syg awk ke,etc.


Beliau: dia mana pnh bg sy duit. Ada yg x serasi jd baik x go on.btl x?awk x nk sy ek?


aku:
nape awk x suka bf awk tu?


Beliau: Ada la.xkn nk cite kn?sy x ske la ckp tntg ni.awk x nk sy,ckp awal2.jgn tna lg tntg 2.


aku: just tell me,then br sy leh terima awak.awk dah la tipu sy,pastu xnk ngaku.skrg lak xnk cite nape clash,bukannye awk nak tebus pun salah menipu awak tu.saya tak Nampak pun usaha awak nk dptkan kepercayaan sy.


Beliau: x serasi k?lgpn sy kdg2 nk gak dia bg duit lanje utk bntu sy,kn sy stdnt tp dia x nk..


Beliau: nape diam?


aku: tido,ngantuk.


Beliau: awk briya2 nk sy cite.last2 cko tdo.skt ati ar.


Beliau: ikt la.xnk kapel sdh


aku: nite


aku tau sume ni sebab duit kot,coz aku lame gak la kenal dia walaupun tak penah jumpe. Ni pun ajak 'kapel' pas tengok pesbuk aku. what the hek.



*kalo ada gf nanti,aku tak kisah belanja gf aku :)

Thursday, October 15, 2009

Cerita Offshore: Mabuk


Kalo tengok berita, ribut dah melanda Taiwan & Filipina. Rebut tu dijangka akan jadi angin Monsun kat Pantai Timur. Sebelum dia sampai situ,dia akan lalu kat kawasan laut yang aku keje ni coz sini kat laut Thailand yang area Pantai Timur,so memang akan terdedah la dengan ribut ni. Nanti kat area sini dia tak jadi angin kuat pun, Cuma ombak je tiba-tiba jadi naik & ganas. Aku pun tiba-tiba rasa cuak tunggu ombak besar ni jadi nanti.
Petang tu aku da rase lain macam dah. Langit kat luar tenang tapi ombak da semacam skit. Kapal pun da start goyang yang aku tak penah rasa. Lain betul goyang dia,sampai kadang-kadang kene pegang tepi dinding. Geng-geng yang memancing malam-malam pun dah tak duduk tepi dek kapal coz takut tercampak & air ombak leh naik deck sikit. Memancing kat bilik makan je la korang. Macam-macam ikan ade situ, ikan masin goreng pun ade.Laporan cuaca yang kitorang dapat,ombak akan naik 6 meter esok. Harini baru 2-3 meter je. Crew change sepatutnya petang tu. Sume krew yang dah turn dorang balik da kuar awal-awal pukul 6am naik kapal lain termasuk kapten & medic. So sekarang just tunggu krew-krew pengganti lak masuk,dijangka petang tu.
Ombak da makin ganas. Aku pun da rasa tempias,tak mampu aku bangun subuh. Aku tak boleh tidur langsung malam tu sampai kol 5am. Bila sedar je,kapal da goyang tahap ekstrem sampai kepala jadi sakit. Turun je aku jejak lantai katil pagi tu,tiba-tiba aku rasa pening. Perut menolak-nolak nak keluar. Aku lari pegi bilik air dan… muntah.
Aku tak sangka aku akan muntah gak,tewas gak aku ngan ombak ni. Muntah perut kosong tu berjaya mengeluarkan muntah hijau. Takde lak aku jadi Incredible Hulk pagi tu. Tak sangka aku dapat kuarkan kaler tu. Takde la hijau pekat pun. Harap-harap petronas amik aku bekerja,wah. Hari tu aku muntah 4 kali. Waktu lain aku muntah ialah time rakaat ke-3 solat (solat duduk,tak mampu bediri time ombak tu), time sedang menaip kat computer & time da standby depan sinki. Aku banyak spend masa baring kat katil. Aircond lak tiba-tiba bau cam chemical yang tak best yang lagi menambahkan loya perut ni. Aku bejalan pun tak betul. Ada yang cakap aku cam Robocop, ada yang cakap cam Terminator rosak. Walopun sakit,aku gagahkan gak pegi makan. Makanan paling sedap time sakit camtu ialah nasi, ikan bilis goreng & sardine. Aku pun taktau camne dia leh jadi sangat sedap.

Sehari tu je la aku muntah. Ombak besar tu berterusan 4 hari. Kapal yang bawak krew-krew nak masuk pun takleh hantar krew dorang coz ombak tinggi, risiko time pemindahan krew. So kapal tu dok sebelah kitorang dalam jarak lebih kurang 1KM camtu. Merasa la kapal ni takde kapten & medic dalam 4 hari tu.
Susah nak cite camne teruknya kapal kitorang goyang. Dorang yang atas kapal sana cakap kapal ni cam cedok-cedok air bila tengok dari jauh. Time makan, mangkuk nasi aku & cawan jatuh sendiri kat arah aku coz goyang. Air-air botol dalam freezer tercampak sendiri. Ombak dah naik sampai ke deck. Langsir katil terbukak tertutup sendiri.Kapal kejap goyang kiri-kanan,kejap depan belakang.paling teruk dia cam wat goyangan dalam satu bulatan. Apa sangat la kapal 60meter ni yang dianchor 4 penjuru leh tahan ombak kuat 4 hari berterusan tu.

Akhirnya klien soh kitorang pergi dari situ coz bahaya. Yay,belabuh kat Port Songkhla. Ombak dah reda sikit, krew-krew lain pun dah dapat masuk. Tunggu kapal lain cabutkan anchor, then kitorang gerak dari situ. Masa sedang makan,kitorang borak 4-5 orang. Campboss( yang uruskan bekalan makanan & kebajikan makanan krew) cakap aku ni kuat gak. Masa ombak kuat 6 meter tu pun aku leh turun makan walopun sakit. Kalo dia atau orang lain, dah baring je dah. Aku senyum je la, tak tau nak senyum bangga coz dipuji or senyum malu coz disindir kuat makan. Hehe. Dorang kata mabuk laut lagi teruk rasenye dari mabuk darat (mabuk minum). Kalo camtu aku taknak la dua-dua. Mabuk minum tu dah tentunya haram & yang mabuk laut ni lak wat sakit otak aku je. Kalo mabuk cinta? Eerrr….


*masa kecik dulu kadang-kadang mabuk gak naik kereta

Monday, October 5, 2009

Melupakan Dia



Stop cite pasal offshore jap, arini nak cite mende lain. Tapi gambar atas ni aku amik masa kapal lepak kat Songkhla,hehe. Bende ni takde kaitan dengan aku. Kang ada yang perasan lak konon-konon aku ni ada kaitan dengan posting ni. Ni adalah untuk adik-adik yang dah dekat nak final exam samada kat UiTM, UKM, UTM Skudai atau kat mana-mana je la. Hehe, semoga tidak terasa. Bende ni biasanya terjadi kalau baru clash atau kene reject,takpun suka kat sorang tu tapi dia takmau kat kita. Adeh, pedih tul. Ni antara bende-bende yang korang boleh buat:

-Jangan bukak facebook or frenster dorang. Kalo boleh,delete je terus dari list. Kang kalo tengok muka dia lagi, lagi wat sakit ati je kan.

-Pastu jangan cuba-cuba lak nak bukak balik gambar dia yang kita ada tu. Nak contact dia balik pun takyah la. Banyak lagi gambor orang lain kita leh usha,hehe.

-Cite probs korang tu kat kengkawan. Maybe dorang takleh tolong tapi atlest kita tak simpan masalah tu sorang-sorang. Bila kita cerita masalah tu kat orang lain, sekurang-kurangnya beban tu hilang sikit.

-Kuar dengan kawan-kawan sama jantina. Dorang ni paham kalo bende ni jadi kat kaum sendiri. Dulu time aku ada prob skit pun dorang bawak pegi makan la,karaoke la,hape la. Jangan wat mende-mende bodoh dah la.

-Kuar dengan kawan lain jantina. Bole je kan,try to move on. Cuba la cari kengkawan baru. Tak rugi apa pun, untung-untung leh sangkut yang baru.

-Meh pegi keje offshore. Baru tau lebam kat sini camne.

-Yang penting sebenarnye banyakkan doa kat tuhan, tu paling penting.

Tapi kalo someone tu taknak kat kita coz dia suka kat orang lain yang baik, kita let go je la. Pendam je dalam hati. Asal dia happy,udah le. Kita kadang-kadang takyah la pentingkan diri sendiri sangat. But kita kene pikir balik, kita ni betul-betul suka kat dia ke or just suka biasa-biasa yang mana suka tu bole hilang bila kita jumpa orang lain.


*kalo boring-boring,layan la lagu "Peterpan - Jauh Mimpiku"