Tuesday, March 29, 2011
Penempatan Semula
Ini bukan penempatan semula penduduk atau apa tapi ialah perubahan pekerja dari department lain ke department lain. Mungkin boleh dikatakan re-shuffle ataupun re-organization. Tak pasti yang mana satu, tapi yang pasti ialah mungkin terkena kesan ini. Apa yang jadi dengan department sekarang pun masih tak pasti. Harap semuanya berjalan lancar, ataupun kembali seperti dulu. Diharap juga kapal yang sudah lama tersadai itu akan bergerak. Biodata pekerjaan diri pun telah lama dikemaskini tapi tiada yang sudi.
Owh, ini cuma luahan hidup. Mari bertabah dan mengharap rezeki yang lebih.
Wednesday, March 16, 2011
Jangan Ditipu Kompeni Oil & Gas yang Pelik
Aku tak tau korang segembira mana kalo mendapat tawaran interview kerja ataupun kadar kesungguhan korang untuk mencari kerja. Tapi yang penting ialah sejauh mana tawaran itu betul. Ni ada satu info yang aku cari di mana aku juga pernah kena dan jadi ragu-ragu. Jadi setelah membuat kajian di internet, maka ini adalah penipuan ataupun SCAM. Berikut aku tepek sedikit info dari internet.
Nigerian Job Scams I Found
________________________________________
Brass_Co Oil Drilling Co.
310 Akali Street Etegwe
Yenegoa Bayelsa State Nigeria
Fax/Tel: 234-809-785-9348
P.M.B Box 2048
Engineer Fredrick Usman
Senior Project Supervisor
E-mail: bc.engineers@bcogdev.com
Date: 08-03-201
And here they go again, same SCAM, just a new webbsite.
http://bcdrilling.com/default.aspx
Jadi awas ye semua, jangan berghairahan menerima sesuatu yang diluar pengetahuan kita tanpa membuat penyelidikan. Kalo nak cari pasangan hidup pun kene selidik dulu, hikhik.
Tuesday, March 8, 2011
Ke Kemaman Lagi
Gigih je pergi sana,ada projek ke? Haha, mestilah takde. Kononnya menjadi wakil dari office KL untuk projek ni. Dah dapat ke? Mana ada dapat lagi, klien sedang usha-usha je la.
Gambar aku takde pun dalam ni, ni gambar dorang sedang menilai kritiria yang tertentu sebelum membuat pilihan. Kali ni pasal wellhead pe sume mende tu. Walaupun pernah pegang 'pokok krismas' dan bende-bende ni sume masa kat atas platform, tapi masih banyak lagi yang aku tak tau. Tu belum campur bende yang aku lupa lagi tu dengan benda yang aku malas nak study.
Jadi disebabkan ini, termuncul la niat aku seperti terasa mahu duduk berguru di Kemaman ni untuk mendalami ilmu hands-on terhadap "pokok-pokok" ini. Lagipun gadis-gadis kat tempat makan Telaga Simpul tu pun cung-cung gak. Hikhik.
Subscribe to:
Posts (Atom)