Sunday, April 24, 2011
Catatan Hidup: Masa Untuk Berhijrah
Setelah hampir 3 tahun bekerja di syarikat sekarang, rasanya telah tiba masanya untuk aku pergi. Bukan kerana membenci sesiapa, bukan jua kerana adanya masalah di syarikat sekarang tapi peluang yang datang harus diambil. Syarikat yang sekarang ni bagus dan tiada masalah, cuma samada malas atau rajin bekerja sahaja. Perancangan dan cita-cita masa depan perlu diusahakan oleh kita sendiri, jadi langkah yang terbaik perlu diambil.
Aku tak boleh bagitau syarikat apa yang akan aku bekerja nanti mahupun memberitahu jawatan apa (eleh,ada ke orang nak tanya aku.hikhik) tapi cukuplah sekadar memberitahu ini juga merupakan syarikat tempatan. Tapi bukanlah klien cam Petronas ke hape. Hehe.
Surat meletak jawatan telah dihantar dan notis satu bulan sedang bermula. Yang agak gementar sedikit ialah bagaimana suasana di tempat baru. Yela, tempat baru kan. Makin jauh lak tu dari rumah aku. Kalo dulu kol 8.45am baru tegedik-gedik nak start enjin motor sebab dekat dan start keje kol 9am, selepas ni mungkin 7.45am aku dah kene gerak sebab makin jauh dan office hour start 8.30am.
Apapun kepada sesiapa yang mencari kerja di luar sana, jangan berputus asa untuk mencuba bersungguh-sungguh. Tidak rugi untuk mencuba. Dan bagi sesiapa yang setia bekerja di syarikat masing-masing tapi takut untuk bersuara jika terlihat kelemahan atau kepincangan pihak lain yang dikesan mahupun ketika menghadapi tindasan, jangan takut untuk bersuara. Ingatlah bahawa bukan syarikat itu yang memberi rezeki kepada kita, tapi Tuhan jualah yang memberi. Rezeki ada di mana-mana, carilah rezeki yang halal. Updatelah resume anda :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bro keje tanjong offshore ke
ReplyDeletesori la takleh bagitau kampeni sekarang apa,tapi ada je kawan keje situ.
ReplyDeleteCongrats :)
ReplyDelete*ur silent reader (and not so silent anymore) :P
hai,
ReplyDeleteterima kasih ye :)
Abg berminat tak join kami.. jd affiliate utk program Score-A?
ReplyDeletemaaf la,takut tak berkesempatan. perlu ke kuala lumpur sentiasa dan login komputer selepas menangkap sample keadaan geografi di kawasan servis rig.
ReplyDeletewow tuka keje da..masih bermain kapal lg ke?
ReplyDeletehehe,ada rezeki lain.tak dok kapal dah,maybe kalo pegi offshore kat drilling rig kompeni2 lain.
ReplyDeleteooo..kalau tmpt bru tu nk cari jr eng ke, jgn lupa info kt ak..hehe
ReplyDeleteroger bro :)
ReplyDeletesalams...best bace blog bro..anyway..kalau ade vacancy lagi..update la lagi ek..blh saya info pade kawan2 yg lain jugak...(utk saya jugak..hehehe)...
ReplyDeleteok bro,takde hal punya.sharing is caring :)
ReplyDelete