Monday, April 16, 2012
Terlepas Flight, Tengok Dolphin dan Bertumbuk
Kali ni aku ditawarkan lagi offer untuk bekerja kat rig aritu, so aku pun apa lagi kan. Setelah menerima tawaran, scan itu, send ini, emel itu, dapat ini sume, maka bersedia la aku untuk kerja freelance lagi. Walau dah malas,tapi teruskan juga. Detail flight ke Kuala Terengganu yang aku dapat telah aku print dan letak kat meja. Yela, time tu lagi 3 hari lagi nak gerak.
Dah puas berguling atas katil, aku pun bersiap-siap nak ke airport pada hari kejadian. Tiket tu kata kol 8.30 camtu la, tapi aku sampai awal dalam kol 7.00pm. cemerlang katanya, tu yang sampai awal. Hikhik. Cam biasa aku pun pegi la daftar online kat kiosk yang disediakan. Kene masukkan detail pasal flight sebelum kiosk tu leh print tiket kita. Tapi aku try masuk info sume, kiosk tu tulis tak boleh/tak valid. Ni memang kes tekan-tekan tak dapat ni. Disebabkan bengang, aku pegi kat kaunter mintak pakcik tu uruskan sambil gitau masalah. Sekali pakcik tu cakap, “ Eh, ni flight pagi tadi ni. Memang la tak dapat nak check in kat kiosk tu”. Aku dah mula cam nak pitam. Camne aku boleh tak perasan benda-benda camni.
Selalunya flight aku nak ke offshore ialah waktu malam, tak pernah aku dapat hari siang. Tapi aku salah tengok. Kat flight detail tu tulis 0830hrs, so maknanya 8.30am. kalo dia tulis 2030hrs, tu baru la 8.30pm! Sambil gelabah, sambil cari idea. Nak kejar flight malam tu ke Kuala Terengganu, dah terlepas lak. Tapi setelah amik oksigen yang banyak untuk berfikir, timbul idea bernas. Naik flight ke Kuantan malam itu dan ambik teksi ke Kuala Terengganu. Yay, strategi itu berjaya. Flight ke Kuantan pukul 10pm, so sempat la aku main game kat airport ( kononnya hati dah tenang) tapi aku terpaksa bayar rm100 lebih untuk penalty dan tukar flight. Dan aku juga terpaksa naik teksi selama 3 jam dari Kuantan ke Kuala Terengganu dengan harga RM300. Takpe, boleh claim. Hikhik.
Dah sampai ke laut tu, keje la cam biasa. Takde masalah pada awalnya. Time sedang standby, laut pun tenang coz takde angin. Tapi tu petanda nak ujan/angin kuat pada 2-3 hari selepas itu. Sednag lepak-lepak boring, kitorang ternampak banyak ikan besar melompat riang. Haih, ikan ape lak ni kan. Selalu takde nye ikan ni nak show off. Rupa-rupanya ada sekumpulan dolphin. Hehe, best gak tengok dolphin liar ni secara live. Ada yang saje memain lompat-lompat, ade yang kejar-kejar ikan lain. Tapi disebabkan aku ni dok atas mende alah yang tinggi ni, so nampak dari jauh je la.
Bila start operation, cam biasa la kene keje. Waktu tukar shift kitorang biasanya kol 6.00, tak kisah la pagi ke petang. Satu hari tu, dah kol 6 dah tapi pengganti kitorang tak masuk lagi. Selalunya dia datang cepat. Haih, mendidih sikit gak darah aku. Yela, aku nak mandi lagi, asar lagi, makan lagi. Eh,aku ke yang bertumbuk nanti? Hehe, sabar dulu. Sambung cite. Pastu pakcik Thailand yang keje dengan aku ni nak pegi tengok la kan ape jadi, so dia balik bilik dulu. Jam pulak dah 6.30pm, mane pulak yang nak gantikan aku ni. So datang la mamat cina ni. “ tajul,sori ye saya lambat. Tadi ada hal sikit. Saya sama orang Thailand itu bertumbuk”. Haih, gara-gara salah paham ( dan memang susah nak paham ) dan panas baran, akhirnya jadi camni. Aku pun malas nak komen lebih. Nasib baik la orang Thailand tu memang balik pada keesokkan harinya, so takde la rase tegang sangat keadaan ni. Bila balik bilik, aku tengok lampu kat tepi dinding yang rendah tu punya cover plastik dah pecah. Bilik pulak dah tunggang langgang. Ni memang gaduh cam bergusti ni. Haih...
Tapi bila krew bertukar ganti, ingatkan takde masalah pada operation. Sekarang krew untuk operation kitorang ialah 1 Malaysia. Dalam 4 orang tu ada melayu, cina, india dan iban. Tapi entah macam mana, equipment kitorang ada yang rosak, ada cubaan untuk repair yang mengambil masa tapi tak berjaya, ada yang tak pandai nak wat keputusan, ada yang takleh lead, ada yang cakap besar dan macam bagus. Dan akhirnya keadaan menjadi tak seronok. Time aku keje ada dalam satu hari tu, macam-macam la benda terjadi sampai aku rasa nak nangis coz taktau nak buat apa dah, cam dah takde penyelesaian. Tapi aku pikir dan buat something jugak la hingga keadaan terkawal, tapi terpaksa bergelut dalam masa 12 jam bekerja tu. Tangan aku pulak terkena bahan kimia Base Oil, so menyebabkan dia jadi gatal-gatal dan mengelupas. Akhirnya aku dibenarkan pulang awal. Dalam keadaan tak tentu hala waktu operation ni, dah tentu aku nak sangat balik awal. Helicopter penuh, so malam tu aku dan 7 orang yang lain terpaksa balik naik kapal supply yang mengambil masa 16 jam! Ah, tak kisah la. Asalkan aku dapat balik umah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cerita awk tergantung la en tajul...how I wish i cud b lelaki n go to offshore...haihsss
ReplyDeletesaje kot taknak cite detail :nanges: (T_T)
ReplyDeletehep,pompuan pun bole je pegi offshore :p
bro wut type of vessel tu..cm menarik je..huhu
ReplyDeletevessel ti dari kampeni CloughHelix.ada JV ngan sapuracrest kot,coz ada member dari sapuracrest sorang atas tu.dia ni diving & construction vessel.tu la,tengok pun cam power...
ReplyDeletetu la pasal..tgk dr pic cm panjang 80m pn ade..huhu..pastu siap menatang robot apa kt blkg tu..haha..owh kira vessel ni wt geology n survey ke? huhu
ReplyDeletearitu ade gugel detail dia,dalam 110meter gak la.dia ni diving untuk ROV,untuk survey pun boleh,untuk check pipeline pun boleh,untuk construction pun ok.
ReplyDelete110 panjang gak la..lepas la kalau usain bolt nak wt training 100m dia..hahaha..oo, robot blkg tu mesti utk turun/naikkan ROV tau robot trencher..lebih kurang cm davit la ni..huhu
ReplyDeletehaha,kita nak bejalan pun pancit.aritu ada nampak gak tangan robot tu bergerak,kira function cam kren gak la.
ReplyDeletea'ah la..bila klik pic bg besar bkn davit tu..mmg crane pn..igtkn davit skadar 5 ke 10T je..huhu..bru google vessel ni..besar gak la..siap boleh bwk flexible tau umbilical drum lg..huhu
ReplyDeletejackup tu sape nye plak?
kren tu,bro.leh bukak2 bagi panjang n gerak.jack up ni transocean punya, dah berkarat dah.hehe.
ReplyDeletehehe..google spec crane nye 250T tu..huhu..da karat? hurm standard la tu kn..selagi boleh pakai utk korek, pakai ye tak..haha..cm ak tgk de 1 jackup parking kt johorport ni, tgk karanye cm nk patah dah je kaki nye
ReplyDeletebro,banyak rig sume yang parking lame2 yang macam dah berkarat tu kebanyakkannye takde project.aritu ada surveyor datang naik rig,dia nak survey asbestos ke ape,sebab transocean nak lupuskan atau kual banyak rig lama yang dah takde project.
ReplyDeleteBro..sy bdk mechanical.nk bt industrial training 6 ni.bro ada contact x company oil n gas ni.sy dh dpt petronas carigali tp mcm xnk pergi.sbb kt klcc.mcm boring je
ReplyDeletealamak,takde la bro.tapi pegi je la.silap2 dapat pendedahan yang bagus cam project management dia.pastu tah2 leh pegi yard bagai.ade tu yang praktikal trainee carigali leh pulak dorang watkan BOSET.
ReplyDeletetapi kalo tak dapat pun sume tu,just pegi je.nanti maybe market keje untuk oil n gas pasni tinggi kot,katanya praktikal kat carigali,kan...