Sunday, April 14, 2013

Operation Labuan


Kali ini untuk pertama kalinya aku pergi laut untuk kampeni baru ni. Tugas pertama aku kali ni ialah ke sebuah drilling rig yang berada di perairan Labuan. Malas? Iye. Tapi kalo malas, serupa takyah keje. Bila ingat balik duit ada bape ringgit je tinggal, terus bersemangat kemas bag dan pegi airport.


Cam biasa la, perjalanan KL – Labuan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampainya aku di airport Labuan, ada orang sana dah menunggu untuk menjemput aku. Duduk staff house je,haih. Takpe la, asal aku boleh guling-guling dulu malam tu untuk tido. Not bad la staff house dia, rumah banglo besar yang ada beberapa bilik. Maka terlelap la aku sambil memikirkan camne la aku nak keje nanti ni, dengan orang tak kenal, dengan equipment yang aku ingat-ingat lupa nak operate, dengan report camne.


Esoknya aku bersiap-siap dan menunggu untuk dihantar ke airport oleh pekerja di sana. Dorang akan balik dari office dorang jap dan hantar aku ke helibase. Sambil aku menunggu kat rumah tu, aku tengok seorang yang ditugaskan untuk membersihkan rumah tu tengok drama. Dia seorang perempuan berumur awal 40an mungkin. Tengok drama Filipina tanpa ada subtitle. Hebat. Aku pun tanya la dia, paham ke tengok cite ni takde tulisan bawah. “ Saya memang orang Filpin”, jawab beliau. Owh….ok.


Di airport, cam biasa la dengar video chopper safety briefing dulu. Kalo video briefing di Kerteh muziknya ala-ala rock dan rancak, di Labuan ni, muzik backgroundnya lebh kepada misteri dan macam menakutkan. Apa yang ditunjukkan pula ialah cara memakai safety vest model lama. Model kecik kurus yang takde alat bantuan pernafasan. Aku pun pelik, tak pernah-pernah aku tengok safety vest lama ni. Then bila nak naik chopper, baru la aku tau reality. Memang dorang kat sini pakai safety vest lama. Safety belt kat chopper dia pun model lama, macam kita naik kapal terbang. Biasanya safety belt chopper cover pinggang dan bahu, ada 4 point yang disambungkan kepada kepala tali pinggang yang kalo nak cabut, just twist kepala tali pinggang tu. Nasib baik perjalanan kejap je, hihi. Adalah dalam 10 minit camtu. So mendarat la aku kat rig pada laut kedalaman 22meter dan lebih kurang 20km dari darat.


Aku dapat bekerja dengan seorang senior ni dari Labuan yang berumur 40an. Dia banyak mengajr aku itu dan ini. Memang dia ni aku suka bekerja , dan memang seorang guru yang bagus. Lagipun dulu dia cerita dia dah dapat peluang sambung degree di UK, tapi disebabkan waktu tu zaman gawat maka tak dapat la dia pegi. Time aku bekerja, hampir setiap malam ada nelayan dengan bot-bot sampan kecik yang tangkap ikan kat area rig tu. Besar-besar gak ikan area situ. Kadang-kadang dolphin pun muncul gak lompat-lompat sambil kejar ikan.


Sambil aku bekerja, sambil itu jugalah aku berfikir. Dulu aku dah malas nak buat kerja-kerja macam ni. Dulu aku dah ada perasaan malas ke laut. Tapi aku pergi jugak. Bila tiba kat sini, konflik perasaan masih muncul lagi. Aku paksakan diri juga untuk buka hati terima rezeki sekarang ini. Ah, makin jauh pula aku fikir itu ini. Aku rasa aku pun tak lama untuk kerja ini, mungkin paling lama pun dalam 2 taun. Itu hanya kata hati, tak tahu apa pula perancangan Tuhan. Sambil itu, terfikir juga aku pada masalah peribadi di mana ada orang sekeliling yang kadangkala salah sangka dan pandang serong pada aku. Adakah aku terlalu menghormati orang-orang itu sehingga aku berfikir begini? Ah, biarkan mereka Tajul. Yang pasti, aku tidak ada berbuat salah dengan sengaja. Biarlah mereka itu dengan sikap mereka. Kadang-kadang, aku lupa yang aku ada kawan-kawan, individu dan keluarga yang rapat dan baik dengan aku. Apalah sangat kalo seorang-dua yang membuatkan aku rasa diri aku ni tidak cukup bagus.


Melihat matahari terbenam mungkin membuatkan rama yang teruja. Bagi aku, itu adalah berakhirnya satu hari yang penuh cabaran dan hari yang datang akan membawa kegembiraan baru dengan izin Tuhan :)

No I won't be afraid,
No I won't be afraid
Just as long as you stand,
Stand by me…

19 comments:

  1. Come on tajul...ko bley buat punye...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang penat la,pait.marilah bersama kita berjaya.

      Delete
  2. Salam en tajul..sehat? Lama tak update blog..ada keje kosong? Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru balik laut,hihi.takde la setakat ni keje kosong :p

      Delete
    2. mencari keje kosong sekarang ni...kompeni goyah..ramai kena buang..takut2 contract tak sambung bulan 6 ni..alamatnye kena keje kat jusco la..hahaha..

      Delete
    3. nanti ade la ek rezeki tu,hope nanti bila banyak field baru bukak,banyak jugak kampeni nak pakai orang.

      Delete
    4. http://mystarjob.com/job/default.aspx?pid=36799&src=job

      Delete
  3. salam..bro tajul..tnye ckit..sy tgk, brO ni jnis rajin ckit jwb2 soalan ni..hehehehe..bru2 ni ade wat medical tuk kije offshire..mslh sy ni ade asthma..tp x kuat la..
    agk2 la kan..leh lepas ke g offshore..mane la tu brO tau selok belok mdical ni..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo asma tak sure la,bro.cam aku kalo ikutkan ada pasal gula dalam darah dengan kolestrol dalam badan,so medical dari dua tahin sepatutnya just jadi setahun je valid.tapi ada bro sorang tu ade sakit thyroid la, kencing manis la,lepas je dia.kalo asma ni tak pasti,sebab medical offshore ni nanti kalo lepas dia tulis "fit to work offshore".

      Delete
    2. Oooo...tq brO...Tula..isau gak..disbb lelah x seberapa musnah impian g offshore..hahaha...anyway..gudluck brO ngan kampeni bru..

      Delete
  4. Helo En Tajul!!

    going back to laut??niceee...wahh..entry kali ni sayu je??bored wif offshore life ke??hehe

    awk ni da mcm perempuan pula...normally it is us women yg always overthink n think of what other ppl talks..hehe!!
    Just do what you do best n what makes u happy ok!!

    Btw, awak lelaki....personal life wont matters..options itu di tgn anda..hee~

    Jg diri awk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi,hati rapuh la sekarang :p

      time kasih atas nasihat awak!as always,awak akan bagi semangat kat saya.sangat menghargai.

      mekasih tau,cik tihah :)

      Delete
  5. Salam Tajul,
    Nak tye pasal company yg pernah ko kje tu,coverall merah tu.Aku dapat offer kat citu sbg tech.nak tye work rotation aku dapat tu 6 minggu 3 minggu off,so 3 minggu tu mmg dapat off ke x?selama ko kje c2 biase nye bape lama tech dok kat laut?Kje drilling ni mmg banyak ke?

    Dari,
    Mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,aku rase ko salah teka kot kampeni mana time aku coverall merah tu.time tu aku takde fix rotation week off langsung.anyway aku rase aku tau ko maksudkan kampeni mana,dan aku penah freelance jap dengan yang kampeni ko dapat ni.
      kalo ko ade rotation camtu,maknenye ko off tu ko cuti terus la,memang off.kalo 6 minggu tu samada ko ke offshore atau ko masuk base.ni dari ape yang aku penah borak la dengan kawan pada kawan yang keje baju merah ko ni.
      keje technician aku tak sure,kadang2 kalo time equipment rosak je baru dorang gi laut.tapi depends la ko service technician ke or apa.kalo operator/service technician tu lain la,memang kene dok 4 mggu or sampai job selesai.
      drilling,banyak.kadang2 satu lubang pun amik masa sebulan coz banyak prob.dan banyak lagi drilling contract telah/akan diberi dalam taun ni dan taun depan.

      Delete
  6. Tq tajul,aku skrg dah kusut.sbb aku ni dah kawin.so aku takut gak kene duduk lama2 kat laut.aku pye departmnt logging..kje 2 mcm mne pon aku xtaw..mintak ko advice ckit pasal kje ni..dengan exprce wireline ni boleh ke apply kje dengan client?ade tak pekerja wireline dapat kerja ngan client.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh,logging.nanti ko masuk downhole tools ko dalam lubang dan dia akan amik reading condition dalam lubang tu.kadang2 kene buat beberapa run.kalo leh masuk pakai wireline dan sume smooth,ok la.kalo takleh masuk,kadang2 pakai drillpipe.so ko team up n prepare barang wireline n run tools.keje ni takde fix rotation,sume on call.maybe kalo gi offshore,amik masa dalam seminggu-dua.so aku rase kalo off 3 minggu tu,memang off la.banyak je client nak pakai org downhole,cam wellsite rep,wellsite supervisor, completion engineer.kalo dah keje n malas kat situ,leh try local service kampeni cam dimension bid or neural oilfield.

      Delete
  7. salam bro tajul...
    skrang d kekosongan o nk pakai org x mana2 company oil n gas nie....atau pon bro bg list company yg ad pg offshore...
    nk try mintak gak la dlm bidang nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde dengar lak mane2 kosong sekarang.leh try tgk list kampeni kat link ni.
      http://www.mogec.org.my/members.html

      Delete