
Ya, aku dapat tawaran kerja dari kampeni lain dan aku tolak. Itu je? Semudah itu? Tak, ianya tidak mudah. Dan sejujurnya ia adalah antara keputusan yang sukar aku nak buat sepanjang kerjaya aku. Untuk memberi keputusan ini sahaja telah mengambil masa satu minggu (kalo ikutkan dalam 2-3 minggu gak). Itulah sebabnya ada entry aku buat medical check-up di bawah, kerana itu adalah keperluan sebelum aku boleh ditawarkan kerja secara rasmi.
Untuk menjawab persoalan yang mungkin akan ditanya, aku gitau awal-awal. Nanti kang kata aku kedekut pulak, tapi aku pun ada beberapa perkara aku nak kene jaga cam privasi aku dan hubungan aku dengan orang-orang dari kampeni lain di luar sana.
Aku dapat offer dari kampeni apa? Sori aku takleh gitau. Privacy aku dan blog ini.
Nanti kalo ko tak gtau, camne kitorang nak apply? Apply sendiri kat website kampeni tu. Pandai- pandai la gugel top 10 Oil & Gas service kampeni in the world, bukak website dorang dan apply la ape korang nak.
Kampeni sekarang dengan kampeni yang offer tu mana lagi best? Kampeni aku keje sekarang ni berada di dalam group kampeni yang kedudukannya dalam top 10 itu. Dan kampeni yang offer aku kerja baru ni pun sama gak, dalam lingkungan top 10 itu.
Tapi kenapa dah apply tapi bila dah dapat offer, taknak terima pulak? Hmm… sejujurnya aku tak apply pun. Camni, aku apply kat web dorang tu job lain iaitu job yang aku tak ada experience tapi aku berminat nak try masuk. Pastu recruiter dorang pun call aku kata job yang aku apply tu susah sikit aku nak dapat sebab takde experience, tapi dia tanya nak try tak ada satu job ni yang mana sama je lebih kurang kerja dia dengan apa aku buat sekarang. Aku pun on je la alang-alang aku sedang off ni. Saje la konon nak amik interview punya experience, mane la tau kot-kot kampeni besar panggil aku. Hihi. Aku siap cakap dalam hati lagi yang kalo aku dapat job baru ni pun, aku tak terima. Phuuiii…sekarang aku ludah balik kat diri sendiri.

Dan paginya itu gigih la aku merempit naik Honda cub-chai kesayangan aku tu pegi office dorang untuk interview. Gelabah? Tak, sebab aku dah tanamkam dalam hati ni pegi for fun je isi masa lapang. Bila time interview, yang interview itu adalah manager yang berbangsa Thailand. Maka bermula la interview. Dia tanya aku jawab la campur sembang lebat sikit. Hihi. Tapi aku takde la menipu (sangat) time tu. Lagipun aku jujur je la cakap yang apa jenis job aku pernah atau tak pernah buat, apa yang aku mahir dan tak mahir. Setel interview, salam tangan, balik umah. Petang tu dapat call dari recruiter, aku dapat keje tu!
Tapi time tu rileks je, takde pape pun rase. Cam kelakar pun ada. Ada gak pikir dorang desperate ke nak orang. Tapi pikir-pikir balik, ramai lagi candidate lain yang dia akan interview. Adakah aku mempunyai karisma tersendiri? Wah, cam longkang perangai bajet diri sendiri best. Dush!
Ok, tiba la waktu serius. Recruiter tu kata minggu depan orang HR akan telefon. Memang betul la pun ada yang tipon. Saat goyang mula tiba. Dia berbincang soal bayaran dengan aku. Aku diberi kenaikan gaji beberapa ratus dan elaun offshore aku sehari naik dalam 30% ke 40%. Hati mula berbelah bahagi. Aku diberi Conditional Offer Letter, iaitu tak rasmi lagi. Aku kene buat medical check-up dan ada background check dulu dalam seminggu, kemudian baru la aku akan diberi surat tawaran kerja yang rasmi. Lebih kurang 10 hari, maka dapat lah aku tawaran rasmi dengan position dia sekali.
Aku harus berfikir secara dalam. Tawaran yang diberi itu ialah untuk level yang tinggi sedikit. Bukan la manager or supervisor, tapi hirarki dia tinggi sikit di mana aku rasa untuk position dan level itu, orang itu patut ada banyak pengalaman dan pengetahuan dimana aku rasa aku belum berada di tahap itu lagi. Dia lebih kurang macam senior la gak kot. Mungkin akan ada yang kata amik je la, nanti belajar la tanye orang. Ya, tapi kalo untuk position itu aku rasa aku yang perlu guide orang lain dan mampu bekerja seorang diri.
Kalo kampeni sekarang, aku maybe dapat rotation sebulan kerja sebulan cuti. Kampeni baru ni tak pasti, mungkin cutinya dua minggu atau kurang katanya. Aku tak mengejar duit sangat sampai nak sentiasa kerja selalu, tapi aku nak balance in life.
Konflik hati mula mengganggu. Antara kewangan, masa , kemampuan dan kesedaran diri. Solat istikharah telah pun dibuat selalu tapi masih belum nampak apa-apa petunjuk lagi. Dah bertanya juga pada rakan-rakan, ramai yang menyuruh untuk pergi. Kalo tanya pendapat orang opis sekarang, dah tentu la dorang suruh stay jangan pindah. Argh, serabut kepala ni!
Setelah seminggu aku mencari penyelesaian, akhirnya masih tidak terpilih lagi. Tapi aku nekad. Aku rasa memang aku belum layak lagi untuk itu. Aku perlu tambah lagi pengalaman aku. Aku tak mahu menjadi beban kepada kampeni itu yang bayar aku untuk buat itu ini, tapi aku tak mahir. Aku taknak menyusahkan team yang akan aku bekerja bersama nanti. Jika position itu ialah trainee, aku rasa itu tak jadi masalah. Aku harus sedar kemampuan aku dan apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka yang membayar gaji dan memberi position seperti itu pada aku. Maybe I not that good, not this time.
Aku tahu apa pun keputusan yang aku pilih, akan ada pro dan kontra dia. Pada hari dateline memberi jawapan itu, aku telah hantar email untuk menolak atau decline job offer itu. Dan juga aku tau, apabila aku telah memilih apa pun keputusan, aku akan tetap juga ada sedikit rasa menyesal. Ok, mungkin banyak. Dan inilah yang berlaku sekarang.
Sambil makan puding mangga bersaiz besar untuk menyejukkan badan, sambil itu jugalah aku berfikir lagi……adakah keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang betul?