Tuesday, May 21, 2013

Catatan Hidup : Menolak Tawaran Kerja


Ya, aku dapat tawaran kerja dari kampeni lain dan aku tolak. Itu je? Semudah itu? Tak, ianya tidak mudah. Dan sejujurnya ia adalah antara keputusan yang sukar aku nak buat sepanjang kerjaya aku. Untuk memberi keputusan ini sahaja telah mengambil masa satu minggu (kalo ikutkan dalam 2-3 minggu gak). Itulah sebabnya ada entry aku buat medical check-up di bawah, kerana itu adalah keperluan sebelum aku boleh ditawarkan kerja secara rasmi.

Untuk menjawab persoalan yang mungkin akan ditanya, aku gitau awal-awal. Nanti kang kata aku kedekut pulak, tapi aku pun ada beberapa perkara aku nak kene jaga cam privasi aku dan hubungan aku dengan orang-orang dari kampeni lain di luar sana.
Aku dapat offer dari kampeni apa? Sori aku takleh gitau. Privacy aku dan blog ini.
Nanti kalo ko tak gtau, camne kitorang nak apply? Apply sendiri kat website kampeni tu. Pandai- pandai la gugel top 10 Oil & Gas service kampeni in the world, bukak website dorang dan apply la ape korang nak.
Kampeni sekarang dengan kampeni yang offer tu mana lagi best? Kampeni aku keje sekarang ni berada di dalam group kampeni yang kedudukannya dalam top 10 itu. Dan kampeni yang offer aku kerja baru ni pun sama gak, dalam lingkungan top 10 itu.

Tapi kenapa dah apply tapi bila dah dapat offer, taknak terima pulak? Hmm… sejujurnya aku tak apply pun. Camni, aku apply kat web dorang tu job lain iaitu job yang aku tak ada experience tapi aku berminat nak try masuk. Pastu recruiter dorang pun call aku kata job yang aku apply tu susah sikit aku nak dapat sebab takde experience, tapi dia tanya nak try tak ada satu job ni yang mana sama je lebih kurang kerja dia dengan apa aku buat sekarang. Aku pun on je la alang-alang aku sedang off ni. Saje la konon nak amik interview punya experience, mane la tau kot-kot kampeni besar panggil aku. Hihi. Aku siap cakap dalam hati lagi yang kalo aku dapat job baru ni pun, aku tak terima. Phuuiii…sekarang aku ludah balik kat diri sendiri.


Dan paginya itu gigih la aku merempit naik Honda cub-chai kesayangan aku tu pegi office dorang untuk interview. Gelabah? Tak, sebab aku dah tanamkam dalam hati ni pegi for fun je isi masa lapang. Bila time interview, yang interview itu adalah manager yang berbangsa Thailand. Maka bermula la interview. Dia tanya aku jawab la campur sembang lebat sikit. Hihi. Tapi aku takde la menipu (sangat) time tu. Lagipun aku jujur je la cakap yang apa jenis job aku pernah atau tak pernah buat, apa yang aku mahir dan tak mahir. Setel interview, salam tangan, balik umah. Petang tu dapat call dari recruiter, aku dapat keje tu!

Tapi time tu rileks je, takde pape pun rase. Cam kelakar pun ada. Ada gak pikir dorang desperate ke nak orang. Tapi pikir-pikir balik, ramai lagi candidate lain yang dia akan interview. Adakah aku mempunyai karisma tersendiri? Wah, cam longkang perangai bajet diri sendiri best. Dush!
Ok, tiba la waktu serius. Recruiter tu kata minggu depan orang HR akan telefon. Memang betul la pun ada yang tipon. Saat goyang mula tiba. Dia berbincang soal bayaran dengan aku. Aku diberi kenaikan gaji beberapa ratus dan elaun offshore aku sehari naik dalam 30% ke 40%. Hati mula berbelah bahagi. Aku diberi Conditional Offer Letter, iaitu tak rasmi lagi. Aku kene buat medical check-up dan ada background check dulu dalam seminggu, kemudian baru la aku akan diberi surat tawaran kerja yang rasmi. Lebih kurang 10 hari, maka dapat lah aku tawaran rasmi dengan position dia sekali.

Aku harus berfikir secara dalam. Tawaran yang diberi itu ialah untuk level yang tinggi sedikit. Bukan la manager or supervisor, tapi hirarki dia tinggi sikit di mana aku rasa untuk position dan level itu, orang itu patut ada banyak pengalaman dan pengetahuan dimana aku rasa aku belum berada di tahap itu lagi. Dia lebih kurang macam senior la gak kot. Mungkin akan ada yang kata amik je la, nanti belajar la tanye orang. Ya, tapi kalo untuk position itu aku rasa aku yang perlu guide orang lain dan mampu bekerja seorang diri.
Kalo kampeni sekarang, aku maybe dapat rotation sebulan kerja sebulan cuti. Kampeni baru ni tak pasti, mungkin cutinya dua minggu atau kurang katanya. Aku tak mengejar duit sangat sampai nak sentiasa kerja selalu, tapi aku nak balance in life.
Konflik hati mula mengganggu. Antara kewangan, masa , kemampuan dan kesedaran diri. Solat istikharah telah pun dibuat selalu tapi masih belum nampak apa-apa petunjuk lagi. Dah bertanya juga pada rakan-rakan, ramai yang menyuruh untuk pergi. Kalo tanya pendapat orang opis sekarang, dah tentu la dorang suruh stay jangan pindah. Argh, serabut kepala ni!

Setelah seminggu aku mencari penyelesaian, akhirnya masih tidak terpilih lagi. Tapi aku nekad. Aku rasa memang aku belum layak lagi untuk itu. Aku perlu tambah lagi pengalaman aku. Aku tak mahu menjadi beban kepada kampeni itu yang bayar aku untuk buat itu ini, tapi aku tak mahir. Aku taknak menyusahkan team yang akan aku bekerja bersama nanti. Jika position itu ialah trainee, aku rasa itu tak jadi masalah. Aku harus sedar kemampuan aku dan apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka yang membayar gaji dan memberi position seperti itu pada aku. Maybe I not that good, not this time.

Aku tahu apa pun keputusan yang aku pilih, akan ada pro dan kontra dia. Pada hari dateline memberi jawapan itu, aku telah hantar email untuk menolak atau decline job offer itu. Dan juga aku tau, apabila aku telah memilih apa pun keputusan, aku akan tetap juga ada sedikit rasa menyesal. Ok, mungkin banyak. Dan inilah yang berlaku sekarang.

Sambil makan puding mangga bersaiz besar untuk menyejukkan badan, sambil itu jugalah aku berfikir lagi……adakah keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang betul?


26 comments:

  1. tak apa..ada hikmahnya... kadang- kadang belum tentu gaji best suasana seronok pula... k0t2x pressure pula kan..hu2x... Apapun ada yang lbih baik tu, truskan usaha :)... syukur

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)
      saya pun berdoa dan berharap akan ada rezeki lain lagi.moga kita sama-sama dapat kemudahan dan kesenangan pada kerjaya masing-masing :)

      Delete
    2. salam,

      kalo ade rzeki x kemana brO..mybe ni petunjuk tuk bRO berkarya dulu di tmpat lama dalam mencari sberapa bnyk knowledge tuk wat brO lebih expert sblOM ke position lebih tggi kot...x gtu??..hehehe..br nak tnye bRo soklan2 cepu emas ckit..tp bro tgh sdih skrg..ilek dulu la ke guane..hahah..:-)

      Delete
    3. salam.
      terima kasih.itulah,harapnya ini keputusan yang betul supaya ada rezeki lain yang akan datang.rezeki itu datang dari tuhan.
      soalan apa,hihi.kalo tanya kampeni apa dan buat kerja apa,memang tak leh gtau :)

      Delete
  2. hahaha..

    xla bro..sbnrnye dh tau bro keje mane..snyp2 dh la kan..lalala..nak tnye..br ni dpat offer, tp kene train dl kat instep br leh naik offshore..so life kat instep time train tu bro ade tau2 cite x??..kwn2 ke?..teman ni sorng2 je..xde kwn2 pnah train sane..se ag kalo bro ade knal blogger2 lain yg wat posting psl kije offshore ni kongsi2 le..hehehehehe..nk cr ilmu ckit ni sblom ke laut nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.
      alamak,life kat sane taktau la.tapi kalo tgk frenlist kat fb ni ade je skulmet pompuan keje sana.jadi apa taktau.ada gak kawan skulmet ni (tak rapat) kat frenlist ni tulis dia kat instep study.skrg dia tulis dia keje halliburton,sampling ke apa tah.hihi.

      lain tu kalo ade pun http://www.poweroilandgas.com/ kot.

      nanti kalo turun kl, pegi la pameran Oil & Gas Asia (OGA) kat klcc 5 jun - 7 jun ni.

      Delete
  3. bukan rezeki kat situ.! :)

    tak semestinya setiap peluang yg datang kepada kita itu adalah yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope akan ada rezeki lain lagi.

      time kasih cik anissa :)

      Delete
  4. Salam bro kerja sekarang pun dah mantap, bro pun selesa so the rest let it come naturally tanpa paksaan.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      haha,tak mantap pun bro.tu sebab masih mencari peluang2 lain kalo ada.hihi.
      yup,berharap akan datang ada rezeki lain lagi untuk kita semua :)

      Delete
    2. Ai kalau bro kate kerja sekarang xmantap, apela aku nak kategorikan kerja aku nie..haha yelah semoga dipermudahkan kita semua dapat peluang yang lagi bagus..:)

      Delete
  5. salam bro..
    da lame jd silent reader..nak tya pndapat ko sikit la..aku baru hbs degree taun ni..smbil stdy dulu aku keje as technician..so skang ni aku dpt 2 offer, satu jd technician kat shell(gaji n benefit sedap) n satu lg as engineer (fresh grad scheme la)..so mane lg bagus dr segi long term ha?confuse la

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro.

      kalo ko tanye aku,memula aku compare dulu antara shell dengan kampeni yg offer ko jadi graduate scheme tu.sejujurnya kalo tanye kau,nak masuk shell ni susah.ko pun ada degree.so pilih duit dan benefit shell,dan nanti dah lama2 skit,cuba mintak naik jadi engineer.

      Delete
    2. tu la tu..aku pun rase camtu gak..compny satu lg tu biase je.bkn oil n gas comp..ok2..tq bro

      Delete
  6. Salam bro. API 570 bagus tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      alamak bro,mintak maap ye.
      aku tak tau la.hihi.

      Delete
  7. Hi Tajul!!
    I feel u...pernah juga in that situation...If pk gaji mmg pergi kn..but pk on xperience...xpelah...belum rezeki awk lg..mcm rmi commentators kt atas ckp..hee~

    One day, masa awk akan tiba...for now...let us learn byk2...mcm sy...tho mayb I can earn more outside but for now, biarlah sy belajar ssh dulu kn...rezeki itu ada insyaallah..;)

    alaaa...awk xpergi OGA yer...xpelah..sy go on behalf yer..jg diri di offshore nanti ok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik tihah,
      i feel u too,hihi.

      saya balik maybe ari last OGA tu kot.tak dapat la nak drop resume.hikhik.

      Delete
  8. da power sgt ni..pe kata ko amik ak keje ngn ko..hak3

    ReplyDelete
    Replies
    1. celah mana power,hihi.
      rezeki ade lebih sikit je ni,tu pun dah boring dah keje laut ni.adeh.

      Delete
  9. salam bro,
    sy skrg betul2 memerlukan kerja n minat dlm bidang drilling nie...leh tlg rekemen x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak bro,aku takleh nak tolong la.takde lubang.sori yek.

      Delete
  10. salam bro. kes saya lbh kurg mcm awak je sblm ni. dalam dilema memilih keje. sblm ni aku training kt instep setahun. abis instep aku dpt offer gov jdk pengajr tp Pet x offer lg time tu.aku dh kje dlm gov dh 7 bulan bru Pet pggl kje.time tu aku dh mls la nk msuk kje Pet sbb dh pggl lmbt pastu offer gji kecik. sebulan gk la aku pkir nk plih kje mne. last2 aku decline offer Pet n stay gov. skang aku rse menyesal yg amat sbb lpskn minat aku yg sbenarny iaitu kje dlm bidang oil n gas. sblm ni aku lbh kjrkn duit dari kebahgiaan dri sndri. aku silap buat keputusan. klu diberi peluang lg aku nk msuk blik cmpny tu. myb rzki aku msh di sini. bnyk aku dh blaja dri kesilapan aku dlu. skng masih mncri kje dlm industri oil n gas ni. Insyaa Allah ad rzki aku behnti kje gov skng n kjr impian aku. Insyaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam bro.
      aku pun camne ye, ada gak rasa menyesal dengan beberapa langkah aku amik. aku pun lama tak update blog. yang position kat atas tu aku tipon balik n amik position tu. tapi later on, dengan support from opis tak best, a few geng2 keje tak best, equipment lak problem, so aku resign sebab dapat offer lain. sekarang aku rasa tak seronok kerja sekarang n tak mahir. dan nak kata, aku pun masih juga job hunting. hope ko pun jangan give up dan teruskan usaha.

      Delete
  11. salam nak minta pendapat korang la..sy dapat 2 offer kerja kat medical center dan company besar. medical center tu sy dah tolak sebab nak kerja kat company satu tu tiba tiba company tu offer untuk contract je..medical center tu pula permenant dan sebelum ne sy kerja dekat medical center juga.ok tak sy call medical center tu untuk terima tawaran yg sy dah tolak? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.
      Camne ye, seeloknya bagus la call tapi yang penting reason tu kena kuat la kalau dorang tanya kenapa tolak. Kalau boleh jangan la cakap dulu tolak kerja tu sebab nak terima company besar tu.
      guna alasan yang strong ye. cakap la dulu ingat nak sambung belajar tapi tak jadi ke, ataupun ingatan family nak pindah jauh2 tapi cancel pindah ke.
      yang penting call juga la usaha, walaupun peluang sejujurnya 50 - 50 juga. Tapi jangan lambat2 ye call.

      Delete