Tajuk bunyi cam power, tapi pada hakikatnye tidak. Serabut? Yup, itu betul. Aku ibarat bola yang ditendang oleh mereka yang kaki bangku, melantun ke sana sini tanpa hala tuju dan hantaran yang kurang tepat. Eh, aku pun bukan reti sangat main bola. Hihi.
Memula cam biasa la, aku pegi offshore ni ke location yang lepas. Naik dari airport Kota Bharu. Yela, kene keje coz dah nak start operation. Team? Dah kurang best coz bukan team masa hitch lepas dan ada la yang tak best. Tapi sape la aku dan pekerja-pekerja ni nak pilih-pilih mau keje dengan sape sume. Sedar diri tu, Tajul. Ko tu kuli je. Owh my….
Time operation, ada la problem kat equipment kitorang ni. Bukan jarang-jarang, tapi selalu-selalu. Oleh sebab aku ni buat keje hands-on tak bape mahir, so terpaksa la rajin-rajin gak wat itu ini. So bila equipment ada problem, maka akan perlu la kitorang ni bersihkan apa-apa bahan solid, mud atau liquid yang leaking (bocor), overflow (melimpah) dan sebagainya. Dan oleh sebab itu juga la tangan aku kene contact (bersentuhan) dalam jangka yang panjang dengan bahan-bahan berkaitan operation ni yang mengakibatkan tangan aku gatal-gatal dan seterusnya membengkak dan mengelupas.
Time bengkak ni dah tak bape leh wat keje coz nak genggam pun tak boleh. Jari-jari, tapak tangan dan lengan aku ni mengelembung cam ada cecair lak kat dalam ni. Untuk pengetahuan, aku dah penah kene camni awal taun 2012. Time tu pun kene hantar balik. Kali ni pun dapat gak dihantar balik. Hihi. Aku pun dah naik menyampah dok situ sebenarnya.
Bila balik, pegi la klinik wat rawatan. Dapat la sedas kene cucuk kat tangan. Pegi kat opis anta claim sambil mintak simpati. Harapan. 2 hari pastu aku dihantar ke Labuan, keje kat darat kat area warehouse. Kat Labuan ni ada Asian Supply Base (ASB) yang lebih kurang cam Kemaman Supply Base (KSB). Aku diminta untuk kerja kat dalam Labuan Mud Plant (LMP), ada keje sikit kat situ. Keje darat je, tapi layan je la. tapi the best partnye ialah aku dok Hotel Tiara kat situ. Apa yang bestnye? Aku duduk suites. Bukan bilik, tapi suites. Agak jakun sikit sebenarnye coz 1st time aku duduk suites. Tersenyum lebar aku, sepanjang aku kat Labuan hari-hari aku dok situ. Makan ke, laundry ke, sume caj kat bilik a.k.a. company. Hihi, padan muka.
Tapi kegembiraan aku kat Labuan tak lama. Dah dekat nak seminggu kat situ,aku disuruh pulak ke location offshore kat area sempadan Thailand dan negara kita. Ala..yang cam kat cover photo blog aku ni. Kirenye aku pegi balik la tempat dulu. Bergegas aku kemas kejar flight Labuan-KL-Kota Bharu, muka dah macam lembu dah coz serabut sikit.
Layan sahaja, sebab aku tau aku takkan lama naik kat location tu. Sebab apa? Haa….ade la, tapi memang takkan lama dan takleh lama. Aku pun dah plan nak cuti puasa dan raya ni. Sampai je location, hari tu jugak ombak dan angin kuat. Aku ni lak duduk atas tender (barge/tongkang), so bila angin dan ombak kuat, mende alah ni pun sama la bergoyang. Hari pertama je aku muntah 5 kali. Hari kedua pulak dalam 3 kali. Ada peningkatan la, hihi. Kalo nak naik ke platform time ni, memang cari nahas la coz tangga dia dah la cerun, yang tender barge ni begoyang-goyang lagi. Kat tender barge ni pulak kalo keje kat luar umpama dah nak jatuh atas laut dah, nampak je laut bawah tu. Selang beberapa hari, cuaca pun makin baik. Aku pun semakin sampai hari nak balik. Yeah! Bila nak balik dan timbang, 4kg turun. Faktor muntah dan bulan puasa mungkin. Nak kata aku keje berat dan bersungguh-sungguh sampai berat turun, hamjadah sangat. Kat sini aku rasa aku banyak masa online je, hihi.
Sambil terbang atas helikopter dan tengok-tengok platform lain kat bawah (gambar: FSO Puteri Cakerawala), hati aku mula gembira. Gembira sebab nak balik je la. Bila terpikir masa depan, mula la dahi aku berkerut balik. Hmm.... nak kene tengok Jobstreet dan The Star ni.....
Permudahkanlah.