Friday, August 7, 2009
Berhabis Duit di Langkawi
Bulan lepas, aku & kawan-kawan aku ke Langkawi. Kitorang pegi naik AirAsia. Tiket da lame beli, tu sebab cam tak mahal sangat tapi still sakit gak la bayar duit tiket. Kitorang pergi 4 orang. Ada 1 pasangan tunang & aku dan lagi sorang ni nak cukupkan ahli je la, leh share bilik 2 orang 1 bilik. So bayar murah skit la kan.
Flight kitorang malam sabtu & sampai sana pun dalam 11pm. Pas check in kat Motel (ni je mampau ), kitorang lepak kat pantai Chenang yang dekat dengan tempat tinggal kitorang tu. Malam-malam tu pun ramai gile orang lepak. Kitorang pun lepak sampai lebam dalam kol 2am kot.
Hari pertamanya, kitorang pergi Island Hoping. Ni ialah acara naik bot pergi ke pulau-pulau. Kitorang share la dengan orang lain dalam 10 orang 1 bot. Memula pergi Tasik Dayang Bunting. Kat situ tak wat ape pun, nak mandi kat tasik tu,ramai lak orang lain mandi. Kitorang just main paddle boat je la & rendam kaki soh ikan keli gigit-gigit manja,hikhik. Then bot tu bawak kitorang pergi Pulau Beras Putih kot, ke Beras Basah. Tah la, lupe dah. Kat situ mandi la laut sampai gelap. Ramai gile gak mandi kat situ. Aku pun guna la time ni nak belaja berenang, nanti nak wat BOSET. Berjaya la berenang 2 meter, hoho. Sebabkan kitorang jarang jumpe laut,sampai tak sedar masa da abes sampaikan bot yang kitorang naik tu datang jemput kitorang kat tempat kitorang mandi. Hehe,segan kawan.
Balik dengan keadaan kulit gelap, kitorang mandi & solat then petang tu berjalan-jalan. Memula pergi tempat air terjun mane tah, biase je pun situ. Petang tu banyak spend masa kat Wildlife Park. Nak masuk kene bayor rm12 tapi berbaloi la. Malam tu makan seafood. Jenuh nak cari tempat best & murah tapi jumpe gak. Kitorang makan kat Restoren Nelayan ape tah name dia, tempat cam terpencil tapi ramai gile lak makan situ. Dibuka dari 8pm – 11pm, ke dari kol 9pm tapi camtu la. Untuk 4 orang, harga dalam rm80++ je. Ok la untuk seafood, tu pun perut da kembang makan sume tu. Jalan pun dah tak betul.
Hari seterusnya,kitorang pegi naik Cabel Car yang dekat gunung Matchinchang kot. Hoh,lemah geografi tul aku. Bejalan la dekat jambatan gantung dia tu. Memula dorang tutup coz cuaca buruk ada awan hitam. Tapi kitorang tunggu gak sampai langit cerah dengan pasrah, last-last dorang bukak. Petang tu lak
memula nak pegi tempat air panas, dorang sedang renovate lak. Air tak panas lak tu, cam panas sebab matahari je. Pastu nak pegi taman reptilia, rupenye dah lame tutup terus dah. Pastu pegi pulak tengok Pantai Pasir Hitam. Memang hitam la pasir dia, korang takkan lalu nak mandi punye.
Cam biasa, sesi beli coklat la petang tu. Abes duit aku kerana tamak & taknak kalah. Setelah berbual seketika dengan dompet aku, aku pun beli sikit je. Hoho. Malam tu dok Dataran Lang & get ready nak balik. Flight leh la tunda dari kol 10 lebey sampai kol 12.30. Mau tak pancit tunggu. Time ni aku da start lain macam dah badan, rasa sejuk. Sampai kat LLCT, kitorang just tido atas kerusi & mulalah hikayat demam kat aku. Time takleh tido , macam-macam bende aku pikir sampai nak kuar air mata lak. Esok pagi balik naik bas ke KL then sambung tido kat umah. Next day tu pegi klinik coz demam sambil pikir camne nak cerahkan kulit yang dah gelap ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nak gambo dr kamera ko... nak2!!
ReplyDeletenanti bebila kita jumpa,aku bagi :)
ReplyDeletesgt best vacation a.tajul.. :)
ReplyDeletetapi kulit saya jadi gelap,mimi :(
ReplyDeletehehe. ala, kulit jd gelap blh diputihkan kembali. :)
ReplyDelete