Saturday, August 29, 2009
Dugaan Puasa di Miri
Bulan Ramadhan datang lagi. Ramai yang tunggu bulan ni samada betul-betul ikhlas nak beribadat, nak diet, nak tunggu raya & macam-macam niat lagi. Bulan ni juga dikatakan bulan penuh dugaan. Aku pergi ke Miri pada awal bulan posa pagi ahad. Dugaan yang timbul pun dah lama ada, bermula dengan member kensel tengok movie [aku tak marah la :)], tayar motor pancit, berbuka sorang-sorang 1st day puasa, pegi LCCT sendiri, tido kat airport atas kerusi & terkebil-kebil sorang-sorang naik flight ke Miri. Tapi minggu dugaan tu aku tetap jaga tarawih aku, sampai solat kat surau Jusco, kat LCCT, kat hotel & kat airport Miri.
Aku ke Miri untuk kursus H2S, hydrogen sulfat emergency training. Tibanye aku kat Miri yang asing bagi aku tu, aku terus naik teksi ke Hotel Mega. Hotel ni taraf 4 bintang, so kire ok la. Dah la datang sorang-sorang, haruslah aku taktau nak wat ape. Sedang berguling-guling atas katil nak legakan badan yang sakit ni, terpandang lak satu calendar kecik. Tapi bukan calendar, dia ialah iklah perkhidmatan urut. Kita boleh call no itu & dia akan datang ke bilik. Urut biasa ialah RM100 tapi kalo lebih-lebih, boleh mencapai RM300. Tak usah la nak soh aku cite lebih-lebih tu ape, kang kene cencored pulak blog aku. Hari siang bulan puasa tu terasa lama je bile aku tengok iklan urut tu, hikhik. Disebabkan boring yang amat, pas solat jamak aku terus keluar sorang-sorang berjalan ke Miri tu naik kaki. Letih gak la. Sempat la aku masuk ke Imperial Mall sane. Leh tahan gak gadis-gadis Miri ni. Pakaian pun bergaya dan berjaya. Owh, haruslah pasrah dengan keadan sekeliling.
Dah letih, balik hotel tengok tv. Petang tu nak berbuka kat mana lak kat sane. Takkan nak berbuka kat kedai makan, tak feel la kan. Aku nekad gak nak cari pasar ramadhan. Dorang cakap kat stadium. Dengan gagah, aku berjalan kaki main terjah je (tapi kene tanya arah gak la) ke bazaar tu. Maunye 1km-2km aku berjalan nak ke sana. Da sampai sane, aku da pancit. Cam biase ramai yang datang ke bazaar ni pakai macam tak puasa, da rasa cam kat KL lak. Masa nak balik tu, terserempak dengan group remaja local lelaki & perempuan da start makan & minum. Eh, aku baru je beli makanan. Takkan dah berbuka. Rupenye aku tak alert rantai dorang pakai tu & lambang kat rantai tu. ‘Ok,noted’ kata aku kat diri aku balik. Malam tu still erbuka sorang-sorang lagi. Sahur lak terlajak perahu coz malam tu tido lambat. Maklum la,tak biase waktu sane yang awal dari semenanjung. Subuh pun terlajak. Ingat nak Subuh pukul 6.45am tapi bila bukak langsir, dah terang gile. Weh tajul, ko kat Sarawak la. Ramai da start masuk keje waktu camni.
*kita ingin mencari kekuatan,lantas ingin berbicara, tapi kekuatan itu tidak dapat dihubungi. Bila kekuatan berjaya dicapai, hati jadi gembira. Tapi bila pada ketika lain kekuatan mula mempersoalkan perihal kita, kita akan hilang minat pada kekuatan itu. Pada jangka ketika kekuatan mencari kita dalam keadaan lemah, kita ingin membantu kekuatan itu bertenaga semula. Entah kenapa selepas beberapa ketika, kekuatan tu seperti tidak memerlukan kita lagi. Harap tuhan beri kekuatan yang sebetul-betulnya pada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko kne try nasik lalapan bro!
ReplyDeleteaku da try dah :)
ReplyDeletelayan je
Salam Tajul..nanti Blog mung pun meletup macam Eddyra.net. sebenarnye aku jmpa add blog mung dlm blog dia laa..per..terwih..tak tinggal la.
ReplyDeleteowh,blog bro eddy.aku selalu je baca blog dia tu.tapi tak ingat lak aku,aku ade letak ke tak link aku kat situ.tapi blog dia lagi mantap pasal oil & gas,aku campur2 je ni ha :)
ReplyDeletetakper..nati-nati orang kenal la..ada Blogger letak add ko kt sana, berkenaan Vacancy dlm bidang ko ler..
ReplyDeleteowh.aku pun da lame tak letak vacancy coz tak jumpe lagi dah.thanks coz visit my blog :)
ReplyDeletesalam tajul..blog mung byk ge info ..mung keja mana bro..tanjung ka?
ReplyDeletesalam bro
ReplyDeleteyup,keje tanjung :)
tapi keje peringkat bawahan la camtu.
duduk kat sarawak terasa mcm duduk dekat oversea. kan kan :D pagi2 lagi dah terang. cheh.
ReplyDeletesalam bro,,
ReplyDeleteposition kamu skang sama ker ngan aper kos yang kamu belajar?
just tanya jer...hehe
hidayah: tu yang sampai terlajak subuh tu :)
ReplyDeletebotak: dia lebey kurang la kot:) asal ade amik engineering or sains punye background,it should be ok.kalo tak same,leh jump company lain pas ade pengalaman.hehe.
wlpn post ni dah lama tp saya nak comment gak. saya asal miri. woa. awk jalan kaki dr mega hotel ke stadium?? dah tu dr stadium balik ke mega hotel?? *kagum!*
ReplyDeletehehe.masu tu saya 1st time datang miri pastu tak tau nak makan ape untuk berbuka.bila tanye orang yang saya jumpe,sume tunjuk2 je arah stadium.saya redah je la kan,tau2 dah sampai.balik pun coz nak saving duit n banyak masa,saya jalan kaki lagi :)
ReplyDeletehahahah!! dr mega hotel dah tu pg imperial mall dah tu pg stadium ye? impressive.. bulan puasa lak tu. hehehe. patut kurus je saya tgk awak ni. hahaha..
ReplyDeletep.s. saya tak kenal awak, tp saya assume lelaki yg tinggi + agak kurus dlm gmbr2 kat blog ni awak la ye. hehe. btw, nice posts + selamat bkenalan. (^__^)
yup,dari situ la :)
ReplyDeleteala,baru hari 2nd puasa,tu yg larat tu + takut tak berbuka lak nanti,hehe.
betul la tu,kurus n tinggi
selamat berkenalan :)