Saturday, November 7, 2009

Cerita Offshore: Songkhla Port


Bila laut dah macam hape keadaannya time ribut, kapal pun dah tak boleh tahan. Akhirnya masa ombak naik 6 meter, kapal kitorang dapat arahan untuk tinggalkan platform. Apa taknye,da macam naik roller-coster pun ada. Dah naik lebam, baru la nak gerak. Hoho. Perjalanan dari CPOC field ke Songkhla mengambil masa dalam 18 jam. Yela, kapal tu maksimum speed pun dalam 20km/j ke 22km/j je, ape la sangat nak sampai cepat-cepat. Kalo naik bas, mau sakit punggung tapi disebabkan naik kapal,bole lah guling-guling atas katil. Dok kat port dalam seminggu camtu.
Bila dah sampai port sebenarnye, tak banyak keje sangat. Tapi still ade la, banyak maintenance peralatan kene buat. Aku pelik gak kenapa nak buat bende-bende ni hari siang. Dah la panas, pastu letih lagi. Buat malam kan best. Sejuk pun sejuk, terang lampu spotlight pun ade. Tapi lama-lama baru aku nampak. Sape je nak keluar kat area macam Songkhla ni siang-siang hari. Kehidupan & kemeriahan kat sini start hari malam, bak kata dorang la. Kemeriahan apa? Haaaa……………………

Songkhla ni ialah kat Thailand (aku tau korang tau,hehe) dan Thailand ni pulak banyak ‘ayam’ dan kat sini pulak takde sesapa nak rush. Rumah urut & bar-bar pun banyak kat sini. Kalo boring kat Songkhla, bole pergi Hatyaai lak. Takde la jauh mana dari Songkhla & life pun lebih kurang sama je. Dorang suka le mende-mende ni (bukan semua). Untuk aku yang boleh dikatakan baik ni, aku biasa-biasa je. Aku takkan wat jahat yang sampai cross the line tapi aku ni suka merayau-rayau, terutama kat tempat baru. Jadi bila ada yang ajak aku kuar (hampir setiap hari), aku pun on je la.

Port atau kawasan yang kitorang duduk ni kalo nak ke Bandar Songkhla tu kenelah merentasi laut/sungai sepanjang lebih kurang 600 meter tak silap aku. So kalo nak cepat, naik cam feri yang akan bawak kereta & motor ke sana. Kene bayar la sikit,bape posen tah. Kalo feri da tutup or mengada-ngada nak saving duit,bole je ikut jalan darat tapi amik masa dalam 30 minit la kene pusing. Untuk keluar ke bandar, kita boleh samada sewa Hilux dengan driver, sewa motor dengan tukang bawak atau sewa motor sahaja dari guard-guard kat Port tu.

Kat area Songkhla ni, merata-rata je boleh cari ‘ayam’. Ada yang macam ada premis sendiri, ada yang dekat open bar, ade yang kat rumah terbuka (bukan hari raya tu) dan ada gak yang jenis kat tepi jalan tu. Muka ‘ayam’ ni pun variasi gak daripada yang cantik sampai la yang muka macam ayam hutan. Harga jangan tanya aku la, aku tak penah lak tanye. Kat sini memang ‘syurga’ la bagi dorang yang jenis kaki pompuan & kaki minum. Tapi ada gak penghuni Songkhla ni muslim. Ada jugak masjid kat sini. Makanan islam pun banyak dijual kat sini. Kalo setakat nak minum, boleh je pegi bar tu. Tapi jangan la order air bukan-bukan lak, minum coke sudah.

Aku harap sangat dorang yang wat kejahatan ni berubah. Yang mana dah kawin tu pun beragak-agak la kan. Isteri setia kat umah, dorang yang jauh ni wat macam-macam lak. Yang kaki minum tu pun same gak, tak pasal-pasal mengalir ke anak dorang nanti. Semoga takde musibah melanda kapal kitorang pasni. Wei, aku taknak kapal ni tebalik tengah laut tu nanti. Aku ni tak pandai berenang!


*aku suka minum sirap limau ais yang halalan toyyibah

12 comments:

  1. tak sempat la bro nak amik gambor ayam.lagipun cuak gak,hehe.

    ReplyDelete
  2. oit, jgn plak ko minum air kencing setan tu yerkk!! iman mesti kuat...

    ReplyDelete
  3. Saya doakan awk slamat pegi dan pulang... : ) insyaallah semuanyer akan selamat...

    ReplyDelete
  4. Syukur masih ada anak muda mcm adik ni. Memang sedih melihat ketua keluarga yg diharapkan keluar mencari rezeki,memalukan keluarga dalam kejauhan.Nak ditegur,bos sendiri.Haih.

    ReplyDelete
  5. poda: mekasih poda.aku akan try untuk menjadi suci & tidak minum.

    anonymous1: mekasih.minggu lepas baru pegi offshore balik :)

    anonymous2: saya pun tak berapa baik sangat,kak.tapi saya try takkan croos the line.banyak je eks saya tengok depan mata sendiri.sedih gak la,sian isteri n anak2 dorg.

    ReplyDelete
  6. he he he...rupanya bahasa melayu....salam kenal

    ReplyDelete
  7. salam kenal ya kamu :)
    saya gak bisa tulis in english,nanti ramai malas membacanya nanti.saya juga sukar menulis.
    salam kelautan.

    ReplyDelete
  8. salam bro..
    best x kje offshore?? ak tringin nk join..tp xtau cane..jenuh apply mne2 kompeni..snyap je smua..haha

    ko tau x, mne kompeni wt piping inspection..sbb ak de follow kursus ni..huu

    p/s: salam singgah..ak da follow blog ko

    ReplyDelete
  9. keje dok atas kapal,lebam gak la bro.hehe.
    pastu kompeni bayar ciput lak tu
    tu je la mende yg tak sedap.
    pasal paip tu takdok la
    kalo ade,aku letak kat sini
    sila la menyinggah :)

    ReplyDelete
  10. heh heh... leh caya ke ko ni Tajul?

    klau ko tak amik ayam tu aku leh percaya... klau ko tak minum pun aku leh percaya... tapi aku gerenti ko dah pergi tengok tiger show... lain la klau ko ni gay kan kih kih kih!!!

    ReplyDelete
  11. er..tiger show ek.hikhik,no komen :)

    ReplyDelete