Thursday, January 27, 2011
Semangat 1Malaysia di Mahkamah
Teka sape dia? Haaa…. mesti la korang tak kenal. Aku pun tak kenal. Maksud aku kalo korang tengok je dia ni tanpa mengenali dia, korang agak-agak apa diskripsi yang korang bagi? Cepat, fikir dulu macam – macam, teka dia ni manusia apa sume.
Ok, cukup. Bagi korang yang malas tengok berita atau baca suratkabar, dia ni nama dia Hau Yuan Tyng. Dia ni akan dipenjarakan sebab mencederakan pembantu rumah warga Indonesia. Motip berkelakuan ganas, haruslah ke penjara terima hukuman. Err… apa yang 1Malaysia nye? Beliau mengenakan pakaian baju kurung dan bertudung, wau! Macam masuk mahkamah syariah pulak. Jadi adakah dia melayu? Hmmm… tengok nama takde la cam melayu. Adakah dia bukan Melayu dan memeluk Islam? Tah la, nama tu still guna nama bukan Islam je. Jadi apakah motif beliau berpakaian seperti seorang Melayu/Islam? Haaa…. ni yang dikatakan semangat 1Malaysia. Kita hendaklah menyokong gagasan 1Malaysia ni walau dimanapun kita berada supaya orang akan cakap rakyat kita ni semua seragam, pakai pakaian kebangsaan dan tudung lagi. Sebelum ni dalam tahun lepas, beliau ni pakai camni gak ke mahkamah. Memang tinggi semangat 1Malaysia beliau.
Owh, beliau akan dipenjarakan kerana mencederakan pembantu rumah. Selama ni kita jarang/tak pernah dengar lagi orang Melayu Islam kita mendera pembantu rumah. Kalo dorang jadi mangsa curi atau kene larikan anak, ada la. Sian orang melayu, selalu kene buli. Diharapkan masyarakat terutamanya orang negara Indonesia atau negara luar tahu dan paham bahawa orang Melayu yang betul-betul kaum Melayu yang bukan menyamar adalah tak penah/jarang mencederakan pembantu rumah mereka. Harap tak salah paham.
Anyway, cantiknya Hau Yuan Tyng pakai baju kurung dan tudung. Macam wanita melayu terakhir, cantiknya! Mesti ramai keliru…
Sunday, January 23, 2011
Berhantukah Genting?
Genting ni leh je nampak dari area aku tinggal ni. Kalo hari malam cantik gak la dengan lampu-lampu bagai tapi rasanya yang cantik kalo hari siang yang cerah dan takde awan, sampai leh nampak warna hotel 1st world dia. Tapi ada gak cerita misteri yang “kedengaran”. Kalo nak kata “kebacaan” leh tak? Aku bukan dengar dari orang tapi baca kat tenet.
Ada yang kata sesapa nak bawak ‘belaan’ dia untuk naik atas tu untuk bantu menang judi, takkan lepas sebab ada ‘belaan’ lain yang lagi power yang halang. Dan disebabkan itu jugak banyak je belaan kene tinggal kat sini tak bertuan. Ada lak yang tulis kata kat penjuru-penjuru area ni ada diletakkan “makhluk” tertentu. Selain tu, dikatakan ada gak kes-kes dalaman yang melibatkan beberapa pengunjung dan pekerja. Terdapat juga mengatakan yang ada kes bunuh diri sebab tak dapat bayar hutang. Ni sume bukan cite dari pengalaman aku atau kawan-kawan aku yek, ni sume dari dunia tanpa sempadan.
Tapi sepanjang aku dan kawan-kawan pergi, Alhamdulillah takde pape kejadian aneh berlaku. Dan aku tengok ramai je dating dan tido sini dengan enjoy dan hepi. Cuma ada beberapa hantu je la yang memang kompem ada kat sini. Salah satunya Hantu Judi yang gigih berjudi kat sini tak kira tua atau muda. Kaum pun tak kira, Satu Malaysia la katakan. Hantu Kaki Pompuan pun ada gak, ramai lelaki yang amik yang bermata sepet berkulit putih nampak cam import mali la kot. Hehe. Kat situ ada gak Hantu Arak yang kekadangnye mabuk sampai bising-bising kat luar ketuk pintu bilik dorang pastu cakap tah pape. Adeh, pening main game kat Genting sampai rasa nak hantu-k kepala kat dinding….
Thursday, January 13, 2011
Platform Lilin? - Pertama di Dunia Mungkin...
Wow,ada platform lilin? Diperbuat dari lilin ke camne? Kat mana dorang wat platform ni? Haaa.... jangan main-main, platform ni akan dibuat oleh Shell Malaysia. Ini akan mencatatkan sejarah di dunia ni. Korang patut rasa berbangga kerana keunikan ni akan didapat di negara kita. Camne la kan kalo panas-panas time dorang sedang production or flaring tu, tak ke terbakar platform lilin ni. Anyway, mana aku dapat info ni? Haaa... mesti la dari suratkabar yang hebat ni negara mesia ni. (harap korang tak lahar aku :nangis: )
Kat sotkabar bahasa melayu yang lain tulis mende tu sebagai loji. Kat bawah ni petikan yang lebih kurang sama dalam bahasa inggeris:
Another large player in this industry, Shell Malaysia, will also be investing
RM5.1billion in multiple projects to upgrade, expand or build facilities in upstream,
midstream and downstream activities across Malaysia. These include the expansion
of the Shell MDS wax plant in Bintulu, a new diesel processing unit at the Shell
Refinery in Port Dickson and the Gumusut deepwater development offshore Sabah.
Adakah apabila ditranslate, "plant" itu akan menjadi "pelantar"...
so lepas ni panggil oil plant la untuk pelantar minyak. Bye-bye "oil platform" (T_T)
Hidup Utusan!
Sunday, January 9, 2011
Perancangan Kerja 2011
Dah masuk tahun baru dah. Kemajuan keje?tah la.masih kat tempat duduk yang sama dan meja yang sama. Apa yang berubah cuma kandungan makanan dalam laci kat meja aku tu yang dimana akan diupdate apabila bekalan habis. Yela, lapar kot…
Cuma mungkin awal-awal ni busy sikit. Walaupun aku tak memainkan peranan utama macam kawan-kawan atau opismet yang lain, tapi kerja yang dibuat pada waktu-waktu ni agak padat. Mana tak padatnya, time wat keje nak tengok berita pasal bola la, forum la, baca suratkabar online la. Adeh.
Yang disibukkan mungkin berkaitan syarikat cengkerang di kepulauan borneo tu yang tak kompem pasal projek lagi, juga mungkin pasal berkaitan aktiviti selepas salah satu platform terbakar yang masuk tv aritu, dan juga mungkin kursus-kursus yang mahu dianjurkan atau mahu disertai oleh diri ni untuk peningkatan diri.
Tapi untuk korang yang macam baru fresh graduate kea tau belum dapat keje tapi nak keje dalam oil and gas dan tak memilih kerja, cuba korang tengok program ni. Aku tak tau program ni masih berjalan ke tak, tapi sekurang-kurangnya leh jadi rujukan kat korang. Cuba bukak www.sage.com.my dan tengok pasal training untuk oil rig workers tu. Aku taktau valid lagi ke tak tapi ni initiative korang sendiri la nak contact dan tanya. Lagipun bende ni berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia tak salah aku. Ade je kot kursus ni ditulis kat dalam pdf kat website tak salah aku. training pun dapat, elaun pun dapat. Takyah keluar duit, experience dapat dan mungkin dapat kerja. Jadi, try la korang.
Kalo dah bosan sangat wat kerja tu, belilah bahan bacaan ringan. Komik tempatan pun ok ape. Aku cadangkan korang baca la komik kat atas ni, leh la hiburkan hati.
Tuesday, January 4, 2011
Oil & Gas Vacancy
cuba try test kalo mahu...
Project Executive (Civil Engineer)
- Diploma/Degree in Civil Engineering.
- Minimum 2 years working experience preferably with Offshore/Subsea/ Marine operation.
- Office in Kelana Jaya.
you can email your resume to: fazlin.zaini@yahoo.com
*kalo kampeni kat kelana jaya,cam aku tau je kampeni nih.adekah tempat kawanku keje?hehe.
Project Executive (Civil Engineer)
- Diploma/Degree in Civil Engineering.
- Minimum 2 years working experience preferably with Offshore/Subsea/ Marine operation.
- Office in Kelana Jaya.
you can email your resume to: fazlin.zaini@yahoo.com
*kalo kampeni kat kelana jaya,cam aku tau je kampeni nih.adekah tempat kawanku keje?hehe.
Labels:
fresh graduate,
kerja kosong,
offshore,
oil n gas,
vacancy
Subscribe to:
Posts (Atom)