Sunday, January 9, 2011

Perancangan Kerja 2011



Dah masuk tahun baru dah. Kemajuan keje?tah la.masih kat tempat duduk yang sama dan meja yang sama. Apa yang berubah cuma kandungan makanan dalam laci kat meja aku tu yang dimana akan diupdate apabila bekalan habis. Yela, lapar kot…

Cuma mungkin awal-awal ni busy sikit. Walaupun aku tak memainkan peranan utama macam kawan-kawan atau opismet yang lain, tapi kerja yang dibuat pada waktu-waktu ni agak padat. Mana tak padatnya, time wat keje nak tengok berita pasal bola la, forum la, baca suratkabar online la. Adeh.
Yang disibukkan mungkin berkaitan syarikat cengkerang di kepulauan borneo tu yang tak kompem pasal projek lagi, juga mungkin pasal berkaitan aktiviti selepas salah satu platform terbakar yang masuk tv aritu, dan juga mungkin kursus-kursus yang mahu dianjurkan atau mahu disertai oleh diri ni untuk peningkatan diri.

Tapi untuk korang yang macam baru fresh graduate kea tau belum dapat keje tapi nak keje dalam oil and gas dan tak memilih kerja, cuba korang tengok program ni. Aku tak tau program ni masih berjalan ke tak, tapi sekurang-kurangnya leh jadi rujukan kat korang. Cuba bukak www.sage.com.my dan tengok pasal training untuk oil rig workers tu. Aku taktau valid lagi ke tak tapi ni initiative korang sendiri la nak contact dan tanya. Lagipun bende ni berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia tak salah aku. Ade je kot kursus ni ditulis kat dalam pdf kat website tak salah aku. training pun dapat, elaun pun dapat. Takyah keluar duit, experience dapat dan mungkin dapat kerja. Jadi, try la korang.



Kalo dah bosan sangat wat kerja tu, belilah bahan bacaan ringan. Komik tempatan pun ok ape. Aku cadangkan korang baca la komik kat atas ni, leh la hiburkan hati.

2 comments: