Wednesday, May 11, 2011
Hari Akhir Di Situ
Yup, kene la ada hari last kan kalo dapat keje tempat baru. Hari last aku jatuh pada hari jumaat. Aku dah tau tu dalam hari khamis sebelumnya tapi aku tipu bagitau beberapa orang kat opis dan kawan aku yang hari last aku ialah selasa depannya. Hehe. Takpe la sesekali tipu, lagipun aku pun penah kene gak tipu. Lalala…
Sebenarnye hari jumaat yang aku last day tu pun aku dah half-day dah, kiranya aku boleh blah je pas solat jumaat kalo aku nak. Tapi takpe la,aku stay la sampai petang. Bukan rugi apa pun. Ari jumaat tu beli Domino Pizza dalam kol 4.30pm. Dia kata dalam 15 ke 20 minit leh siap. Sekali kol 5pm gak dia siap. Tak pasal-pasal aku geram. Yela, timing aku cantik kot. Ni hari jumaat dah la orang balik kol 5pm. Tapi dengan tindakan pantas kawan aku yang roger-roger budak lain soh stay dan tindakan aku sms beberapa orang, maka ramai la yang tunggu. Yela,makan free. Sape takmau. Ambik, pilih mende yang best, masuk mulut, kunyah, telan, salam-salam skit pas kenyang pastu blah. Eh, ni aku cakap orang lain yek bukan orang kat opis aku. Dorang sume bagus. Bagi aku, pengisian masa tu yang penting.
Dah sampai petang tu, ramai yang menanti. Dan petang tu gak aku gtau aku last day kat ramai orang. Hehe. Kiranya aku wat farewell untuk diri sendiri la, best pe. Dah sampai sesi sendawa dan bergambar sume, orang ramai pun pulang. Tinggal aku mengemas barang-barang sikit.
Sedang mengemas, terpikir lak aku. Ni adalah kampeni pertama aku bekerja. Tak dinafikan ada impak jugak la nak keluar tu. Yela, dah dua tahun lebih kat sini memang akan terasa sesuatu kalo nak tinggalkan, even aku tak membantu mana pun syarikat dalam tempoh aku bekerja tu. Tolong abeskan dakwat printer ade la. Aku tak tahu camna life dan kerja aku selepas ni tapi aku rasa bila aku sangat sibuk dan stress, aku pasti akan teringat balik zaman aku kat opis lama ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good luck di tempat baru nanti :)
ReplyDeletethanks,harap Mr P cepat panggil u bekerja :)
ReplyDeletepasni leh tarik ak plak masuk tmpt bru ko..hehe
ReplyDeletehaha,leh je.aku ni pun cuak pikir camne mggu depan nak start keje ni.
ReplyDeletebf i lg hensem ~lalala
ReplyDeleteowh,ok.congrats yek.
ReplyDelete