Sunday, August 14, 2011

Cerita Offshore: New Life, but How Long?


“ Lu muka macam sekolah tinggi,mau buat ini kerja macam kerbau ka?” Ayat ni hinggap di muka aku ketika baru pertama kali jumpa supervisor cina yang ada kat rig kat Sarawak ni. Aku baru menjejak kaki ke satu rig ini untuk pekerjaan baru dengan company baru. Ayat yang dikatakan tadi terus membuat aku berfikir panjang.
Pertama kali ke offshore ( atau biasanya dipanggil first hitch ) dengan company baru ni pada mulanya menggembirakan hati. Ye la, dah lama tak ke laut. Tapi setelah melihat tempat kerja yang ada atas rig, aku mula sedar takda beza aku dan ahli pasukan lain walaupun berbeza kelayakan dan study background yang aku ada kalo nak buat kerja ni. Cuma basic dorang lagi tinggi sebab dorang kontrak dan aku pulak staff permanent dari opis.

Nak pasang equipment tu sangat la meletihkan. Nak sambungkan beberapa longkang besi yang besar dan yang ada skru penggerak besar panjang dalam setiap longkang tu memang cabaran baru. Nak pasang bolt & nut lagi, welding lagi, gantung dengan chainblock lagi, angkat skit guna kren lagi, guna sling wire, pasang hos kecik dan besar, adjust sebab tak boleh masuk, etc. Mungkin bunyinya mudah, tapi sangat tidak. Aku pun banyak kali kene sound dan kene marah sebab kadang-kadang asyik buat benda takda safety or tak paham. Aku bukan dari golongan korang yang biasa kerja ni, harap paham. Tapi malam tu poyo gak kata time keje je ganas. Emo lebih memasing.
Akhirnya habis jugak derita 10 hari pasang semua kelengkapan tu. Asyik delay sebab tah pape punya perancangan dan rig tu pulak asyik skid ( bergerak ) untuk cari position untuk drilling. Kulit yang dah memang gelap ni jadi makin gelap. Baju yang asalnya warna merah pun dah jadi warna merah kehitaman walaupun dah banyak kali basuh. Sekarang perlu “run” je machine tu sume dan check sana sini, tapi kalo ada maintenance still sangat penat. Krew pun dah banyak bertukar ganti. Hari malam, aku ditugaskan buat daily report hantar ke client.

Sudah hampir 28 hari, memang waktu untuk balik. Aku dijangka pulang pada hari Rabu, jadi aku hantar emel ke ofis pada hari isnin pagi kepada 2 – 3 orang staff, nak memberitahu la katanya. Kang lupa lak. Hmmm... takde reply, jadi aku hantar lagi emel bertanya pulak prosedur nak balik. Takde reply gak. Aku try call satu no tu, engaged pulak. Salah aku gak sebab tak telefon direct, tapi aku takmau kacau kot-kot dorang meeting. Lagipun emel aku takkan sorang pun tak balas. Dan bila periksa, nama aku takda dalam list balik Rabu. Hari Jumaat pun takda nama!

Aku sudah tak ada mood. Dalam bulan puasa ni, kesabaran teruji. Memang banyak yang kata dulu dorang pun ade je kene kerja sampai 35 hari atau 45 hari. Tapi masalahnya sekarang, bagitau la kalo ye pun. Aku pun tak tau status aku. Dah emel pun sorang pun tak reply. Walaupun majority kat sini atas rig ni ialah masyarakat Iban dalam 70%, tapi ramai yang member sokongan. Tak kisah la kenal selalu borak ke, or just tegur-tegur camtu. Mungkin sebab aku selalu senyum or ringan mulut nak menyapa sesapa saja yang aku selisih. Tapi sangat gembira dengan sokongan mereka. Antara cadangan ialah jumpa Companyman Petronas atas rig sebab katanya polisi Petronas tak mahu seseorang pekerja ada lebih 28 hari di laut.

Dah ramai sangat cakap camtu, aku mengambil langkah sendu bercakap dengan Companyman. Dia bersetuju dan cakap akan telefon opis atau bagitau sorang staff opis yang buat site visit 2 hari je Rabu tu nanti. Ya, terus terpacul ada pulak nama aku untuk list balik Jumaat. Bersedia untuk pulang.

Aku mahu membuat kerja yang aku suka dan happy. Happy ke aku? Ah, konflik perasaan. Dengan tak semena-mena, aku terus update resume.


11 comments:

  1. da lama menyepi... rupanya ke offshore.. aik , tak hepi ker?? awal2 jer kot.. sabo yer..

    ReplyDelete
  2. tu la,baru turun.minggu ni pergi lagi sebulan.beraya kat sana.hmmm....tak hepi ni untuk jangka panjang kot.kimi pun tak dapat jumpa lagi :(

    ReplyDelete
  3. adoi...dah dapt keje offshore pon x hepi ke bro, saya ni dah lama cri peluang xdpat2 lagi....kalo dapat, sya x lepas dah...hihihih

    ReplyDelete
  4. bila dah dapat,u will search for a better job.trust me :)

    ReplyDelete
  5. Bro! sy ni ada experience 2 thn as FS di MNC oilfield service and 1 year ++ as supervisor utk mining nya company..bole recomend company mne2 x?? rindu nak ke laut semula la...

    ReplyDelete
  6. alo bro..lama tak update,rupe nye ke laut..mmbe ak dlu ckp die pnah keluar air mata gak la mse 1st takbir raya atas rig..sedih woo..huhu

    ReplyDelete
  7. anonymous: bro,rasenye leh cuba scomi oiltools or bj oil. kalo scomi,try send ke recruitment@my.scomioiltools.com tapi kalo bj oil tu aritu tanya dorang kata kalo ada cabel baru senang masuk.

    lil less: ke laut,bro.ni pun pegi lagi ujung minggu ni.beraya lagi la kat atas rig nampaknya.

    ReplyDelete
  8. bro, kalo xnk keje offshore, cri kan la sya satu...teringin sgt ni~~~btol....

    ReplyDelete
  9. aku paham niat ko tu,tapi kalo aku berenti keje ni pun aku nak kene cari keje lain untuk diri sendiri gak.so sekarang kita masing2 cari keje untuk diri sendiri dulu yek :)

    ReplyDelete
  10. Banyakkan bersabar Bro..At the same time, update resume jangan tak update..hehe

    ReplyDelete