Sunday, August 21, 2011

Catatan Hidup : Raya yang Hilang

gambar ni aku cilok dari facebook kawan aku.hehe,sori bro.

Seperti biasa macam tiap-tiap tahun, aku akan ke Jalan TAR ketika musim perayaan akan tiba. Tak kisah la ada nak beli barang ke tau sekadar nak tengok orang, aktiviti ni dah jadi macam aktiviti tahunan menjelang raya. Nak amik mood raya katanya. Tahun ni cam biasa aku pergi lagi tanpa hala tuju yang jelas merempuh manusia-manusia yang pelbagai jenis yang mencari baju raya dijual sana-sini. Dah lama aku plan nak beli baju melayu (buat pertama kali sejak lebih 5-6 tahun tak pernah beli baju melayu baru) tapi tak jadi beli. Buat apa nak beli, aku tak dapat sambut raya kali ni.

Pekerjaan baru yang tak menentu ni turut membuatkan hidup aku tak menentu. Takde rotation “1 bulan kerja,1 bulan cuti”. Rotation yang ada hanyalah “1 bulan lebih sikit keje, dok rileks cuti tak sampai 2 minggu ko keje balik”. Raya tahun ni? Aku rasa mindset aku dah bertarung awal-awal untuk raya jauh dari keluarga dan kampung. Bukan tu je, kene keje waktu raya. Orang-orang lama atau otai yang dah selalu ke laut ni mungkin dah biasa la, tapi aku ni baru setahun jagung. Ok,jagung aku dah berusia 3 tahun compare dengan budak-budak yang baru masuk or baru nak naik. Tapi rasanya raya ni aku perlu sangat beraya di darat.

Tahun ni tahun ke-2 kami sekeluarga beraya tanpa abah. Aku rasa waktu camni keluarga kene perlu ada sama-sama dalam musim perayaan ni untuk support each other. Mereka yang masih ada ibu bapa atau yang tabah mungkin tak berapa paham keadaan ni. Raya terakhir yang abah masih ada lagi waktu aku pertama kali beraya di laut. Waktu tu dah tentu aku tak dapat balik beraya. Ada la sikit sedih waktu tu tapi cam takde masalah sangat.

Setelah difikirkan, raya kali ni bukan pasal aku nak bercuti sebab nak pergi beraya bersuka ria di kampung halaman bersama keluarga, tapi lebih kepada nak support keluarga dalam keadaan camni dan juga ketidakseronokkan aku dalam pekerjaan baru ni. Jika aku seronok,mungkin kurang sikit masalah. Mak jugak dah cakap, buat la Solat Dhuha mintak dapat kerja baru. Aku buat la, tapi kene sound balik sebab buat sekali je, Adeh. Selain itu, usaha dari aku juga perlu ada. Seperti ayat yang biasa kita dengar, Usaha Tangga Kejayaan. Bertabahlah Tajul. Selamat Hari Raya semua.

6 comments:

  1. bro,boleh bg contact ko x? or contact number ke, emel hr cmpany ko ke..igt nk try la..frsh grad lg ni, oil & gas susah nk amek

    ReplyDelete
  2. bro,try scomi.aku dengar atas platform masa tu ramai nak amik org.try recruitment@my.scomioiltools.com.
    Kampeni aku skrg keje ni ko takyah apply la bro.

    ReplyDelete
  3. Adik saya thn ni 1st time beraya atas rig. :)

    Ex saya ayah dia meninggal wkt dia offshore..tapi dia tersilap pilih jln hidup gi resign. Sbb dia down sgt. :(

    Neway, selamat hari raya tajul!

    -forumer-

    ReplyDelete
  4. kakak forumer,maybe saya juga akan resign bila turun nanti,kemungkinan besar.

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  5. solat sunat dhuha? bukan solat sunat istikharah ker?? hehe

    ReplyDelete
  6. dhuha,sebab nak minta untuk dapat sesuatu.tak wat istikharah sebab bukan cari petunjuk jawapan :)

    ReplyDelete