Sunday, September 11, 2011
Kerja dan Raya
Sapa la yang gigih nak kerja time raya puasa. Eh,ada je. Sape? Orang-orang yang bukan Islam la. Tapi aku ni beragama Islam, berpuasa penuh di bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya. Sepatutnya la aku menyambut Raya dengan gembira, tapi kena kerja.
Bulan puasa pun kerja cam kerbau, kerja siang lak tu. Cuti balik rumah pun dalam seminggu pastu kene naik offshore balik. Time dekat-dekat nak raya, otak aku automatic sendiri je ada playlist lagu-lagu raya dan lagu tu play sendiri time aku kerja. Kadang-kadang tak cukup dengan tu, lagu tu keluar pulak kat speaker. Speaker mana lagi, kat mulut aku la. Yang paling buat spoil tentu la petang nak Raya dan pada Hari Raya itu sendiri.
Pagi tu masa tukar shift, bro yang shift malam kata ada Solat Raya dalam pukul 8.30am. Pagi tu memang lemau la aku keje. Keje dengan non-Muslim, dorang ok la takde hal. Ada yang nak provoke memain dengan aku pun ada gak. Dia berjaya la buat aku geram , tapi aku bukan geram sebab provocation dia tapi geram sebab provoke tah pape. Nak provoke pasal aku tak dapat beraya tapi nyanyi lagu Balik Kampung. Hello, tu bukan lagu Raya hokay.
Dah nak 8.30am, aku bergegas la pegi bersiap dan menuju ke surau. Pergh…pakcik tu dah baca kutbah raya. Punya la cepat dia buat solat raya. Tunggu la 8.30am betul-betul dulu ke.kat tv pun siaran langsung solat raya tak start lagi. Masa aku sampai tu, semua pandang. Tak tau la pandang sebab aku lambat ke atau sebab aku je yang lengkap berbaju melayu dan berkain pelikat. Hehe. Bila dah setel, semua pegi ke tempat makan ramai-ramai. Ada la jamuan sikit-sikit. Sambil makan, sambil tengok rancangan Raya kat tv3. Entah kenapa bila dah buat aktiviti camni ramai-ramai dengan dorang yang tak dapat balik beraya gak ni, hati pun jadi cam lega. Takde la nak fefeeling rasa sedih ke apa. Mungkin sebab ada gak la sambutan tu dibuat. Hmmm… tapi pastu bila naik atas rig, mula la mood aku hilang balik. Adeh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment