Wednesday, February 15, 2012
Move On
Bunyinya agak mudah, nak menyebut pun senang. Nak membuatnya? Tak semudah mengoreng telur. Tapi depends la kalo korang jenis payah nak ke dapur, memang susah la jadinya. Kalo telur tu tak melekat-lekat kat kuali, takpun nak pecahkan telur tak jadi. So, ada apa dengan move on? Berpindah rumah ke atau meletak sesuatu kat atas? Direct translate katanya…
Ok,mari kita berserius.
Dalam hidup kita, tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dan apa yang kita mintak atau telah dapat tak semestinya benda itu adalah yang terbaik untuk kita. Tapi kita focus dengan apa yang kita mintak dan mahu ni. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, tapi dalam kebanyakkan kes kita tak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada dan berdiam diri sahaja. Pekerjaan, kewangan, pengetahuan, semua ni harus ditingkatkan lagi.
Bagaimana dalam pekerjaan?
Kalo dapat kerja tapi tak berpuas hati, move on. Do something. Tingkatkan usaha mencari kerja. Guna pelbagai cara lain lagi untuk mencari kerja. Jangan harapkan kerja tu cari kita atau orang lain carikan kita kerja. Eh, aku bukan nak katakan aku yang cari keje ni untuk korang. Hehe. Cam aku ni takpe la,leh la tolong korang cari keje sikit-sikit. Masalahnya aku pun nak cari kerja yang lain gak. Nangis.
Love?
Ya, sila move on. Sila move on jika anda dah kene tinggalkan atau budak tu taknak kat korang. Ayat-ayat klise selalu mengatakan “you deserve better”. Ayat dari kawan-kawan yang nak sedapkan hati biasanya. Tah, kadang-kadang propa je ayat. Tah-tah budak yang dump tu yang deserve better. Kalo bajet diri tu best memang tak ke mana la. But if he/she doesn’t want you anymore, boleh try lagik. Jangan bagi dia rimas dah la. Tapi kalo dia dah berpunya, jangan la kacau lagi. Kat sini la kene move on. Walaupun ada yang cakap “ala..laki bini bercerai, ni pulak couple”. Dah tu, korang takyah la jadi penjahat nak rosakkan hubungan orang. Kadang-kadang korang harus fikir, lebih baik korang putus sekarang daripada putus time dah ada ikatan. Dan juga, fikir lagi, kalo korang nak sangat kat dia pun, adakah keluarga dan ibu bapa kau akan redha dengan pilihan kau tu? Kalo parents tak redha, hidup kita juga susah.
Banyakkan berdoa pada tuhan, cari kekuatan. Let it be. Kalo sedih pun takyah la doakan mereka berpisah. Tapi taknak doakan dia pape langsung pun takpe la. Dia bukan keluarga korang pun yang korang sibuk-sibuk nak doakan ni. Dia tak amik port kat korang pun. Kalo sedih sangat, pegi je Port Dickson. Pantai pun cantik, awek dan jejaka pun ramai. Tabah dan redha. Biarkan ia berlalu. Dunia dan hidup ni masih banyak lagi untuk diteroka. Yang dah puas mungkin peneroka Felda atau Felcra, tapi korang masih muda lagi. Jangan sia-siakan hidup. Mulakan kehidupan baru, cari kegembiraan dalam kehidupan mendatang. Move on. Insya – Allah.
.....nukilan dari laut setelah melihat bulan terang di ufuk jauh laut menerangi lautan.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
layan perasaan nampak bro..keh3..ak pn skang tgh cari kerja yg leh wt otak berkembang sket..ni cm tak jln je otak ari2..hehe
ReplyDeletehehe.jom cari kerja sama2.dapat kerja kat brunei memang puas hati.haih,impian tu.
ReplyDeletesalam bro. tgh usha2 pluang keje OnG tersangkut lak blog ni..hehe..just nk tnya, ape yg bes sgt keje brunei sampi jd impian bro?
ReplyDeletehaa...mengikut kata kawan yang bekerja di kampeni ternama,kalo daily offshore allowance kat mesia seseorang tu dibayar rm200, kat brunei pun dibayar 200 gak, tapi 200 brunei dollar @ 200 sing dollar = rm450, kalo convert.
ReplyDeletelame xdtg sini..helo en tajul..anda sudah jd freelance ka??so rate anda da tuka ke USD ke??hee~
ReplyDeleteu r a field engineer so i guess the opportunity is wide for u..if nk stick with a comp y not go for Fugro or AsianGeos??stay la for up to 2years then u cabut la join client..btw, just so u know..exxon sdg byk kosong..;)
all the best kerja..kem slm kt bulan ya..;D
hehe,yup sudah freelance.bayar USD :p
ReplyDeletetapi tu la,takde gaji basic.nak cari keje tetap la pasni,nak setel down kot.
asiangeos dan exxon tak layan saya,dah apply.hehe.
thanks ya :)
Dengo brunei shell nak pakai orang bro..exxon tak layan laa...hahaha
ReplyDeletehaha,jom kita serang sana.
ReplyDeletebro.nk tnya sikit la.difference between m-boset dgn mis-boset. Boleh explain?
ReplyDeletem boset tu malaysia boset dan hanya diperakui kat malaysia je. mis boset ni kira dia upgrade sikit dan boleh pakai kat platform luar malaysia cam brunei dan lain-lain.ni apa yang aku paham la.dulu m boset laku 3 taun je,mis boset ni expired 4 taun.
ReplyDeleteBro.aku ni berminat nk join offshore.aku nk mintak nasihat sikit.aku engineer & langsung tak ada experience dalam oil n gas. berbaloi tak kalau aku buat sendiri mis boset & safety passport using my on expenses untuk beri aku extra advantage bila apply untuk kerja dalam field ni?
Deletehmmm...ni aku tak pasti la bro.kalo ko tanya aku,aku tak suggest kot.kot2 ko dah buat boset pe sume tu,then ko apply job pastu tak dapat.kang ko gak kecewa.lagipun aku rasa sama je kalo ko ada boset pun tapi takde experience offshore.bagi aku the best way ialah ko mintak je kampeni oil n gas kecik2,biasa2 even position tu ko tak pergi offshore.nanti lama2 atleast ko dah ada experience kerja dengan kampeni oil n gas even tak ke offshore.pastu resume ko baru boleh attract orang aku rasa.
Deletesalam bro, i will be graduating soon...jadi nak tanya sedikit sebanyak mengenai oil and gas companies in malaysia.
ReplyDeletein term of remuneration/pay -- company mana yang offer better pay scheme hehe ? asiangeos or fugro or TL geo-hydro ? EGS?
thank you in advance for your reply bro.
alamak,sori bro.tu bukan aku punya line,so tak berani nak komen.
ReplyDeletetapi nak gtau ada kawan kepada kawan yang keje TL pastu dia dapat sclumberger yang western geco tu.ada gak kengkawan yang grad utm beberapa orang yang masuk fugro,tapi maintain sampai sekarang.