Sunday, March 18, 2012

Langsung ke Langkawi (Simple Guide)


Disebabkan bosan, aku pun plan dan menerjah ke Langkawi. Ok la tu Langkawi. Gila kau, takkan nak pegi Hawaii. Kat Langkawi tengok laut gak kan, so same gak. Yang lain dia, aku leh mandi laut la kali ni. Celah mana lak kan aku nak mandi laut time keje.

Kali terakhir aku singgah di Langkawi ialah tahun 2009, diikuti sebelum itu pada tahun 2007. So plan kali ni ialah pergi 3 hari 2 malam dan takde aktiviti laut yang banyak sangat, pergi bersantai je. Flight aku petang, so sampainye aku kat airport tu terus la aku cari teksi dan pergi ke Amzar motel. Bilik yang aku amik ni bilik cam hotel la kirenya, harganya RM95 satu malam. Ni aku pergi time cuti sekolah baru start, so taktau la harga efek ke tak. Kalo nak pegi laut, kene cross jalan. Tapi tak la jauh mane. Kalo dah malas tu, tido je la kat bilik. Tapi aku rajin, so aku pegi mandi laut. Malam tu aku makan kat Haji Ramli Seafood. Antara lauk yang aku amik ialah ikan pari bakar, ikan siakap, kalian ikan masin dan udang goring sebanyak 6 ketul. Ambik kau, kene bayar RM95!

Hari kedua tu pulak pas bangun pagi, aku check out dari situ dan check in kat Chenang Resort. Ni harga dia RM100 dan dekat dengan pantai, memang kat tepi pantai. Kalo guling-guling dari bilik pun dah boleh terus masuk ke laut. Disebabkan kali ni nak pegi bersantai, aku sewa je la motor. Kat Pantai Chenang ni banyak je tempat orang sewa motor. Tengok la gambar tu nanti berapa harga motor, ikut jenis. Dah ada motor tu, aku redah tempat standard je. Aku pegi Cable Car (RM15) dan pergi Underwater World (RM28). Sempat la gak aku usha harga coklat kat situ, hehe.


Petang tu aku singgah Laksa Power yang terletak kat tepi jalan kat tepi airport. Nak la rase kan, power sangat ke. Aku bukan peminat laksa, so aku takleh komen lebih. Bagi aku takde la best gila, tapi takde la tak sedap pun. Worth to try. Harga laksa ialah RM3 dan laksanya besar serta kuahnya pedas-pedas laksa dan pekat. Best la hirup. Mungkin yang penyedapnya ialah adik yang letakkan mee laksa dalam mangkuk aku makan tu tak pakai sarung tangan. Erk…
Malam tu aku try la makan Western kat Boutique Café. Saje je la mengada-ngada. Sini harga leh tahan la menangis, jangan harap nak dapat harga cam kat foodcourt. Kat sini chicken chop dia RM22 tapi puas hati la sebab besar. Aku try rib eye stik dengan harga RM45 dimana aku sangat berpuas hati. Dimasak empuk dan sempurna, stik ini turut disertakan dengan mee pasta.

Hari ketiga yakni hari last kat sini dah tentu la kan nak beli coklat. So cargas la aku ke pecan Kuah dengan menaiki motor. Sah-sah Langkawi panas time ni, so aku jadi kurang cerah setelah naik motor lama-lama. Tempat shopping pinggan mangkuk dan coklat yang femes kat Kuah ni mesti lah tempat pak Haji tu kan. So dalam hati nak beli coklat kat sana. Masa semalam, aku check harga coklat Daim kat Underwater World ialah RM14.50. bila aku tengok kat tempat pak haji tu, harga Daim ialah RM15.80! Dan rata-rata aku pusing pecan kuah pun semua coklat Daim harga camtu. So coklat lain pun cam mahal sikit. Cargas aku running balik pegi Underwater World cari coklat. Kat sini pun harga naik gak! Tapi tak semahal kat kuah la, Daim kat sini RM14.90. Baru aku perasan nape harga naik mendadak, mungkin disebabkan cuti sekolah baru bermula. Korang kalo nak beli coklat, jangan datang time cuti sekolah.

Dah beli tu, aku try la pulak Jom Ikan Bakar untuk lunch. Dah kat forum & internet orang kata best dan murah tempat ni, aku pun saje la terpengaruh. Ni perut la ni, sume nak telan. Kat internet, orang kata dekat dengan parking Beras Terbakar. Ye la dekat, aku gigih la parking motor kat situ dan berjalan kaki cari merata tempat. Dah berpeluh ketiak aku, rajin la aku tanya sorang mamat ni kat mana.


Ni nak gitau tempat dia. Kalo korang dalam arah keluar dari tempat Beras Terbakar tu, korang belok kiri dan jalan terus sampai jumpa 2 traffic light. Pastu jalan terus dan usha kiri. Kalo Nampak asap tu, tu la tempat dia. Ikan dia best cam ayam percik pun ada. Kat sebelah dia tu pulak ada bakery yang best namanya Leena Bakery. Roti dia leh tahan sedap dan pilihan kek pulak dah macam Secret Recipe lak. Dah agak-agak perut dah bulat kenyang, aku pun prepare balik. Pas pulangkan motor kat pantai Chenang, aku cari teksi dan pegi ke airport, RM18 caj. Sampai kat airport, aku pun pikir apa la yang aku nak buat nak bagi kulit aku ni cerah sikit (T_T)

4 comments:

  1. hahaha..

    pakai la fair & lovely. konfem putih. ;p

    ReplyDelete
  2. dah beli Garnier, bajet nak cerah cam pahrin :p
    tapi ni dah kat offshore,kene keje shift siang. so memang harapan la... (T_T)

    ReplyDelete
  3. apa kata try berendam dalam bathtub pakai clorox...
    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. hehehe

    ReplyDelete
  4. cait.. (T_T)
    tu dengan kulit2 sekali tanggal,huhu.

    ReplyDelete