Friday, August 24, 2012

Catatan Hidup: Tentang Seseorang


(non-oil & gas story)
Kehidupan, seperti yang kita tahu kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Dan kita juga kadang-kadang dapat apa yang kita taknak. Bagaimana pula tentang perkara yang lebih serius lagi. Apa perkara yang serius dalam hidup kita yang boleh membuat hidup menjadi sukar? Salah membeli baju? Takpe, kalo salah size ke ape ke leh tukar or bagi orang lain. Salah makan? Kalo dah tesalah makan, pegi je la toilet untuk membuang. Kalo dah tesalah makan racun tu, campak diri sendiri je la dalam laut. Yang serius ialah salah memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup dan berkahwin.

Cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun cuti raya menjadi tarikh pilihan untuk yang nak berkawin. Ironinya, ramai pulak tu yang nak kawin. Pastu umur pun tak berapa nak tua sangat. Rileks la dulu kan,hehe. Dah jodoh dan berkemampuan, teruskan je la. Yang tak kawin lagi cam aku ni je biasanya akan ‘terasa’ sedikit di hati kalo ramai kawan-kawan yang kawin pastu cakap macam-macam, hihi. Berbalik pada topik asal, memang ramai saudara dan kawan-kawan yang akan berkawin dalam waktu terdekat ni. Itu adalah kerana meraka sudah pasti mengenai calon yang dipilih. Seseorang yang dipilih mereka itulah yang terbaik untuk mereka. Bagaimana pula mereka yang tak berjaya dalam alam percintaan dan alam perkahwinan?

Ramai yang putus cinta di pertengahan jalan. Ada yang sekali. Ada yang hebat sangat sampai 3 kali, ni memang kuat punya dugaan. Kelas kau, Maria. Kalo budak sekolah zaman sekarang ni usah tanya la. cinta monyet dorang tah bape banyak kali couple dan putus. Yang dengan mamat rambut kaler-kaler tak keje naik moto sana sini hisap gam dan dadah pun leh sangkut. Kadang-kadang, perangai pasangan tu dah macam monyet pun ada. Yang pelik, boleh lak ada yang minat tu. Adeh. Hensemkah monyet sebenarnya? Mungkin mereka lebih memilih “Tentang Monyet” berbanding “Tentang Seseorang”. Nanti bila dah kene pukul ke, kene mintak duit ke, atau dah termengandung, baru lah tau betapa salahnya pilihan mereka. Tu pun kalo sedar la. kalo tak sedar gak, pegi hantuk kepala kat dinding pastu tido. Takyah bangun-bangun.

Ada juga kawan-kawan yang putus cinta di tengah jalan, kecewa macam nak rak tapi mendapat yang lain yang lagi bagus. Dan seterusnya terus berkawin. Ada juga yang macam tak pernah belajar dari kesilapan dan terus terima balik bila dah terkena. Sepatutnya sesuatu yang terjadi sebelum berkawin ni seperti bergaduh besar, ada simpan pasangan lain, kaki dadah/gam dan pelbagai perkara lain perlu diambil kira sebelum berkahwin. Adalah lebih baik untuk bergaduh dan putus hubungan sebelum berkahwin daripada perkara itu terjadi selepas mereka berkahwin. Dan jangan pula menggunakan perkara syirik seperti sihir dan jampi untuk mendapatkan seseorang. Kerana selain syirik, ia juga adalah bukan jodoh anda dimana ianya tidak akan berkekalan juga akhirnya. Berdoalah pada Tuhan, bukan sahaja untuk meminta seseorang yang anda mahu itu tetapi juga untuk memberi jalan atau calon yang sebenar kerana kadang-kala kita menginginkan calon yang salah. Kalo calon politik je kita takleh nak wat pape. Kalo nak, kene pangkah. Kalo taknak, dok umah. Takyah mengundi, tengok tv.

Bagaimana jika seseorang itu ialah seseorang yang salah? Telah terjadi pada kawan perempuan sekolah di mana dulu telah bertunang dengan seorang lelaki yang juga kawan sekolah, tapi baru-baru ni lelaki tu tak menunjukkan minat,jarang sms dan siap sms kata tak minat dah. Tapi yang lelaki ni memang tah pape punya perangai. Aku pun tak bape menyokong hubungan dorang dulu sebab pompuan ni baik. Dan juga terjadi pada satu lelaki yang ada pertalian darah dimana beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan bercerai sebanyak dua kali. Bukan jodoh? Kesian pada lelaki tu? Tak kesian. Sebabnya dia pukul isteri, tengking, tak solat, dan kadang-kadang minum. Selain itu, dia juga tak hormat pada saudaranya sendiri. Dalam kes ini, yang salah memilih ialah pihak perempuan. Harap diberikan kekuatan dan rezeki lebih pada bekas isteri-isteri beliau.

Kepada semua yang di luar sana jika anda putus cinta, jangan bersedih kerana itu bukan jodoh anda. Mungkin ada sesuatu yang anda tak ingini nanti terjadi pada masa hadapan kalo berkahwin dengan beliau. Dengan izin Tuhan, anda akan dapat yang lagi terbaik untuk dijadikan calon suami/isteri. Jangan sedih kalo hilang seseorang boyfriend/girlfriend kerana anda sebenarnya harus mencari seseorang calon untuk menjadi suami/isteri anda. Kecewa? No need. Rezeki seseorang itu lain-lain. Dan kepada yang akan berkawin, selamat menempuh alam perkahwinan. Dan kepada yang telah berkawin, cepat-cepat la dapatkan anak. Pastu doakan kitorang yang belum kawin lagi ni. Hehe. As-salam.

Friday, August 10, 2012

Perihal Interview dan Kerja



Alhamdulillah, aku dah berjaya dapat keje lain iaitu keje tetap. Masih di dalam oil & gas, company tempatan, tidak berapa besar, baru berusia dalam lingkungan 10 tahun tapi mempunyai cita-cita yang tinggi dan berjaya memberi saingan kepada Schlumberger, Halliburton dan beberapa syarikat asing dalam bahagian yang mereka ceburi. Maaf, takleh gitau company apa dan buat apa untuk menjaga privasi. Artis sangat kan, puuiiii……

Aku akan mula bekerja selepas raya ni. Tapi sebelum aku ke laut, aku kene la hidupkan BOSET aku yang baru je expired ni. Tapi company baru aku ni kata dorang nak support, so ok la. Takkan aku nak tunjuk baik pulak nak bayarkan bila orang dah offer. Memula aku tunggu gak offer kerja dari freelance tu sebelum puasa bermula, dengan harapan akan pulang ke darat sebelum raya dan ada la duit nak beli itu ini untuk raya.yela, nak beli mercun mahal-mahal konon. Tunggu punya tunggu, takde pulak kan. Tapi Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam masa 2-3 bulan ni, aku dapat beberapa interview, yang ada antaranya pun aku telah dapat. Senarainye ada di bawah:

a) Syarikat yang membina dan memperbaiki kapal mahunpun platform yang terletak di kepulauan Borneo offer aku position Testing & Commissioning Engineer. Tapi aku terpaksa tolak sebab aku taknak pindah kat sana. Lagipun tak pegi offshore. Motip memilih?

b) Sebuah syarikat dari UK yang dibeli oleh company besar dari Norway dimana yang company ni wat kerja untuk downhole. Tapi yang ni dapat interview je la, kerjanya tak dapat. Hikhik.

c) Yang ni lak company yang memberi offer kerja ni la. aku pun berbesar hati menerima. Dapat position Field Service Engineer.

d) Sebuah firma design yang terkenal dari Perancis tapi anak syarikatnya ini bergabung dengan syarikat pembinaan/pembaikkan/pengubahan kapal dan platform terbesar tempatan untuk membentuk satu entity. Yang ni pun tak dapat, dorang nak yang design minded dan ada experience. Memang terkebil-kebil la aku. Setakat lukis gambar matahari dengan gunung bole la.

e) Company yang berasal dari UK yang kerja utamanya ialah well testing dan wireline,tapi yang interview aku ni bahagian flow management dan metering. Company ni tak terkenal cam Slb ngan Halliburton la kat Malaysia ni. Yang ni pun cam tak dapat je, takde pengalaman langsung kot.

f) Ni yang freelance ni offer job yang start pada 14hb Ogos. Memang tak la kan, orang nak raya kot. Pastu dia offer lagi job start 1 September, tapi kene la tolak coz nak kerja tempat baru dah. Hehe.


Ok, sebenarnya nak bincang dan berkongsi cara nak dapat interview ni. Walopun takde la hebat sangat diri aku ni, tapi nak share la kan camne leh dapat interview. Sejujurnya aku jarang dapat teview. Kali ni je selambak dia datang. Antara cara yang aku gunakan ialah:


1) Guna la idea lain kan? Takkan Jobstreet je. Cuba korang register CV korang kat Rigzone. Website ni sebenarnya cite pasal berita-berita oil and gas, tapi dia ada gak seksyen untuk career dari oil & gas company. Salah satu interview aku dapat tu aku apply dari sini la. Tapi, jangan tak percaya coz ada gak salah satu teview tu aku dapat dari Jobstreet hasil dari main apply je sume yang aku nak klik. Takpun bukak je mane-mane web company oil & gas, hantar CV secara general. Ni yang keje aku dapat sekarang guna cara ni.

2) Untuk yang beragama Islam tu, cuba buat Solat Dhuha. Cuba buat setiap hari kalau boleh. Mungkin korang bekerja ke, tapi cuba cari waktu kejap untuk buat. Waktunya yang paling cantik ialah diantara 10am ke 12.01pm. Kene selalu buat secara berterusan dan tak boleh la cakap “aku dah berusaha dan berdoa, tapi tuhan tak perkenankan pun”. Tak elok cakap camtu. Kalo tak dapat kerja pun, korang dapat pahala tambahan dan rezeki lain :)

3) Dan ni untuk semua orang. Sementara masih ada ibu bapa lagi tu, buat baik la ngan dorang. Soh dorang doakan, dan kita pun kene bersabar dengan karenah dorang dan layan dengan baik. Redha Allah itu terletak pada redha ibu seseorang.


Aku pun tak la sehebat mana, tak la sealim mana, tak la anak yang soleh mana. Tapi apa yang aku sampaikan ni harap boleh memberi manfaat pada semua orang. Papepun, rezeki tu Tuhan tentukan. Kalo korang tak suka kerja korang sekarang ni, cari la yang lain. Kalo rasa management tak best, mungkin tu masa untuk korang move on. Tapi dengan syaratnye korang pun jangan la malas time kerja, mane la tak kene marah dengan bos. Hikhik. Selamat Hari Raya!