Friday, August 10, 2012
Perihal Interview dan Kerja
Alhamdulillah, aku dah berjaya dapat keje lain iaitu keje tetap. Masih di dalam oil & gas, company tempatan, tidak berapa besar, baru berusia dalam lingkungan 10 tahun tapi mempunyai cita-cita yang tinggi dan berjaya memberi saingan kepada Schlumberger, Halliburton dan beberapa syarikat asing dalam bahagian yang mereka ceburi. Maaf, takleh gitau company apa dan buat apa untuk menjaga privasi. Artis sangat kan, puuiiii……
Aku akan mula bekerja selepas raya ni. Tapi sebelum aku ke laut, aku kene la hidupkan BOSET aku yang baru je expired ni. Tapi company baru aku ni kata dorang nak support, so ok la. Takkan aku nak tunjuk baik pulak nak bayarkan bila orang dah offer. Memula aku tunggu gak offer kerja dari freelance tu sebelum puasa bermula, dengan harapan akan pulang ke darat sebelum raya dan ada la duit nak beli itu ini untuk raya.yela, nak beli mercun mahal-mahal konon. Tunggu punya tunggu, takde pulak kan. Tapi Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam masa 2-3 bulan ni, aku dapat beberapa interview, yang ada antaranya pun aku telah dapat. Senarainye ada di bawah:
a) Syarikat yang membina dan memperbaiki kapal mahunpun platform yang terletak di kepulauan Borneo offer aku position Testing & Commissioning Engineer. Tapi aku terpaksa tolak sebab aku taknak pindah kat sana. Lagipun tak pegi offshore. Motip memilih?
b) Sebuah syarikat dari UK yang dibeli oleh company besar dari Norway dimana yang company ni wat kerja untuk downhole. Tapi yang ni dapat interview je la, kerjanya tak dapat. Hikhik.
c) Yang ni lak company yang memberi offer kerja ni la. aku pun berbesar hati menerima. Dapat position Field Service Engineer.
d) Sebuah firma design yang terkenal dari Perancis tapi anak syarikatnya ini bergabung dengan syarikat pembinaan/pembaikkan/pengubahan kapal dan platform terbesar tempatan untuk membentuk satu entity. Yang ni pun tak dapat, dorang nak yang design minded dan ada experience. Memang terkebil-kebil la aku. Setakat lukis gambar matahari dengan gunung bole la.
e) Company yang berasal dari UK yang kerja utamanya ialah well testing dan wireline,tapi yang interview aku ni bahagian flow management dan metering. Company ni tak terkenal cam Slb ngan Halliburton la kat Malaysia ni. Yang ni pun cam tak dapat je, takde pengalaman langsung kot.
f) Ni yang freelance ni offer job yang start pada 14hb Ogos. Memang tak la kan, orang nak raya kot. Pastu dia offer lagi job start 1 September, tapi kene la tolak coz nak kerja tempat baru dah. Hehe.
Ok, sebenarnya nak bincang dan berkongsi cara nak dapat interview ni. Walopun takde la hebat sangat diri aku ni, tapi nak share la kan camne leh dapat interview. Sejujurnya aku jarang dapat teview. Kali ni je selambak dia datang. Antara cara yang aku gunakan ialah:
1) Guna la idea lain kan? Takkan Jobstreet je. Cuba korang register CV korang kat Rigzone. Website ni sebenarnya cite pasal berita-berita oil and gas, tapi dia ada gak seksyen untuk career dari oil & gas company. Salah satu interview aku dapat tu aku apply dari sini la. Tapi, jangan tak percaya coz ada gak salah satu teview tu aku dapat dari Jobstreet hasil dari main apply je sume yang aku nak klik. Takpun bukak je mane-mane web company oil & gas, hantar CV secara general. Ni yang keje aku dapat sekarang guna cara ni.
2) Untuk yang beragama Islam tu, cuba buat Solat Dhuha. Cuba buat setiap hari kalau boleh. Mungkin korang bekerja ke, tapi cuba cari waktu kejap untuk buat. Waktunya yang paling cantik ialah diantara 10am ke 12.01pm. Kene selalu buat secara berterusan dan tak boleh la cakap “aku dah berusaha dan berdoa, tapi tuhan tak perkenankan pun”. Tak elok cakap camtu. Kalo tak dapat kerja pun, korang dapat pahala tambahan dan rezeki lain :)
3) Dan ni untuk semua orang. Sementara masih ada ibu bapa lagi tu, buat baik la ngan dorang. Soh dorang doakan, dan kita pun kene bersabar dengan karenah dorang dan layan dengan baik. Redha Allah itu terletak pada redha ibu seseorang.
Aku pun tak la sehebat mana, tak la sealim mana, tak la anak yang soleh mana. Tapi apa yang aku sampaikan ni harap boleh memberi manfaat pada semua orang. Papepun, rezeki tu Tuhan tentukan. Kalo korang tak suka kerja korang sekarang ni, cari la yang lain. Kalo rasa management tak best, mungkin tu masa untuk korang move on. Tapi dengan syaratnye korang pun jangan la malas time kerja, mane la tak kene marah dengan bos. Hikhik. Selamat Hari Raya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TAHNIAH EN TAJUL!!
ReplyDeletewahh..dpt comp ape??share la...it's ok..tho comp xbsr but as long as u bole gain xperience, go n grab it...wow...field engineer eh??nice!!
nak tnya...dulu utm eh??if betul...kita satu uni la..hee~
selamat meneruskan ibadah puasa!!
Tahniah tajul...aku harap aku ade rezeki mcm ko...
ReplyDeletetihah: time kassih,hehe.sori,takleh gtau.nanti takleh nak komen pape pasal keje kat blog kalo gtau,takut dituduh memburukkan lak nanti.hihi.anyway,saya uitm la cik tihah.selamat berpuasa ye :)
ReplyDeletefaiz: InsyaAllah rezeki tu ada, cuma lambat atau cepat je. aku doakan lepas raya ada rezeki yang banyak untuk kita.amin :)
Assalamualaikum bro... Bro uitm amek engineering ape yer ?
Deletesalam bro.
Deleteamik mekanikal engineering :)
Degree? Amek pure eh?
Deleteiye, degree, mechanical pure.
Deleteok,ni pendapat aku je la ek.
ReplyDeleteposition ko sekarang project engineer,so aku assume ko ada degree.
so kalo ko proceed dengan project engineer ni.peluang ko nak kerja pegi offshore or tukar bidang keje lain dalam oil n gas tu susah sikit kot.kalo ko prefer office work,maybe ko boleh naik jadi manager,takpun project manager.
tapi kalo ko proceed dengan wireline ni,ko dah dapat offshore experience.kalo ko tahan jap,nanti campur elaun banyak gila ko dapat.orang ramai punya nak join wireline,so aku anggap ko bertuah.nanti bila jadi wireline engineer,dah boleh beli Scirocco takpun Fair lady dalam masa 2 taun.pastu kot2 nak blah,banyak kampeni wireline lain.kalo dah malas pun,ko leh join client cam Talisman,Murphy or Petrofac yang nak pakai orang ada experience wireline.ko tau la keje client,bukan susah pun.gaji masyuk.
dan,kalo dah malas sangat wireline,apply je keje offshore lain.mungkin leh dapat,coz ada offshore experience.aku memula keje dulu wat job lain,tukar kampeni lain wat job lain lak,yang pas raya ni keje baru pun wat job lain.
so,aku vote for wireline :)
tahniah and good luck bro...all da best ya
ReplyDeleteTahniah tajull...majulah OnG untuk negare..
ReplyDeletealif & anonymous: thanks korang :)
ReplyDeleteamier: ok bro,no hal.nanti ada rezeki,leh terserempak kat offshore.hehe.
Lepas nih jadi client kalau da pakai scirocco ke golf gti ke typeR ke..jangan lokek pade sedara2 yang lain kongsi2 ler kalau ade job..yer takk bro tajul..hehee..Selamat hari Rayo..
ReplyDeletehehe,sharing is caring kan.kalo tak share job,share la kereta.hoho.selamat hari raya ,bro.
ReplyDeletesalam encik tajul, saya akan grad september 2012 ni, degree chemical engineering usm, cgpa:3.00 jer.
ReplyDeleteSenang ke nak dapat kerja macam ni ni ek? sebab aku usha la yang ko advise tu, Rigzone kan? pening la nak cari keje kat situ.
p/s: aku dah antar semua dah vacancy yang ko post kat sini, habis semua aku antar..huhu
nak kata susah tu tak sure la,kadang2 ikut luck jugak.yang rigzone tu jarang untuk budak fresh grad.pasal pointer pun jangan risau sangat,aku pun dulu bawah 3.0 je.cuma yang penting usaha kita tu.sambil terus anta resume,sambil tu juga berdoa.dan kalo susah masuk kampeni besar,masuk yang kecik2 je.kene rajin sikit gugel local kampeni yang telibat dalam oil n gas ni.nanti ada la rezeki tu :)
ReplyDeleteTahniah Tajul.. Berkat dari menolong orang2 disekeliling blog ni.
ReplyDeletetima kasih.alhamdulillah,ada rezeki sikit :)
ReplyDeletesalam en. tajul yang dihormati,
ReplyDeleteterima kasih la byk bg nasihat. saya baru dapat call dari transwater API sdn bhd shah alam utk interview process engineer position. ingatkan wastewater company, aleh2 oil n gas kot.
so, as fresh graduate tahun ni, ape ye rasa2 soalan2 yang akan ditanya? takut jgk ni..huhu
mohammadnurshafiqe@live.com
congrats bro!
ReplyDeletetapi tak sure la apa yang nak ditanya.
kene tengok job scope company ngan position apa,cuba dapatkan info sikit2.mane tau kot2 dia tanya mende yang related ke.
tapi just nak advice kalo bahagian last interview tu dia akan tanya "ada apa2 soalan?", time tu la ko tanya itu ini untuk menunjukkan minat ko cam keje nanti permanent ke,akan diberi training ke, project dah banyak secure ke,client banyak kat area mana,etc.
hmm sy ni still x dapat keje lagi..xtau nak buat macam mana dah..apply banyak dah tau..siap masuk apparenticeship programme lagi..sekarang ni rasa macam loser sangat dengan orang2 sekeliling..
ReplyDeletejangan la cakap camt,takde rezeki lagi tu.just jangan give up cari kerja dan jangan lupa berdoa yek :)
ReplyDeleteplanner/planning engineer ok tak?in-term of gaji?future career developement?marketability?
ReplyDeleteni pendapat peribadi aku yek yang tak cukup ilmu ni.
ReplyDelete- ok je,boleh keje kat oil n gas company takpun refinary.
- gaji tak pasti.
- selain boleh lompat2 company mahupun jadi senior planner,boleh jump jadi project manager.
- kalo dah start keje dalam oil n gas,ade je market.
salam bro.sy ade experience 1thn dalam sales & after sales utk machine. bleh x sy nk tukar bidang dlm oil n gas ni.sbb keje dlu mostly kne buat sales yg xmenarik tu(modal cakap + bodek je). so maknenye, sy apply as fresh la kn?
ReplyDeletetu tak sure sangat la,bro.tapi rezeki tu tuhan tentukan,kan.tapi kalo nak masuk,kira fresh la.even kalo dah ada 1-2 taun pengalaman kerja oil n gas pun kadang2 ada tempat consider as fresh gak.tapi oil n gas pun nak pakai sales gak.ade je member degree engineering start ngan wat sales untuk offshore equipment ni n keje opis kat oil n gas company,tapi tiba2 time tu cam tak cukup orang so dia naik offshore.pastu terus jadi keje offshore.
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteterbaik jgk blog bro ni..nak tnye..sy ni dh 2thun keje dlm oil n gas..tp men ngan drwing la jer..drwing tuk platform2 offshore..tu pon tuk cek QA drwing jer..draf tuk xpon..hahahahah..ingat nak move on ke hand on la plak..leh bg cdangan x nak amik course ape..nak firstep ke offshore..sy ade diploma mechanical jer..
tahniah bro.semoga success sentiasa hendaknye.aku pn sekarang ni tengah cari peluang untuk oil n gas sebab aku fresh grade.harap ko tak bz utk sentiasa update.hehe
ReplyDeletedrafter ade je bro pegi offshore.nak soh amik kos pe tu tak berani nak komen la.yang penting dapatkan dulu keje mane2 kampeni oil n gas,pastu baru cucuk2 peluang nak ke offshore.diploma tu takde hal bro.banyak je kampeni yang guna hands on tapi tak pakai budak degree pun,just try je mana2 kampeni.jangan putus asa.
ReplyDeletethank you,bro zul.aku pun setaun jagung lagi n banyak lagi nak belajar.same2 la kita mencari keje yang lebih baik.hehe.
ReplyDeletebanyak2 position kat offshore, position apa paling meletup@tiptop?maybe in-term of gaji
ReplyDeletecompany man,offshore installation manager,night drilling supervisor,driller.hihi.
ReplyDeletesenang cite directional driller(DD la,ko kene jadi mwd dulu biasanya kalo nak jadi DD tu.
bro...kurang faham sangat la sbb aku org ofis...hahaha...apa kata ko buat satu post baru...citer pasal OIM,DD ni...hahahahah
Deletehaha,adoi la ko ni.tu takyah cite la.tu position biasanya pakcik2 yang dah lama keje offshore je.ko tumpukan dapat keje oil n gas dulu mane2 kampeni n pegi offshore,baru ko nampak camne n sape sume tu nanti.
ReplyDeletelol...itu la, sekarang pun tengah intai-inati kerja offshore :)
ReplyDeletegudlak bro,hehe.
ReplyDeletekot2 ada kosong jangan lupa share bro....gudluck untuk kau sekali...huhuhuhu
ReplyDeleteaku pun terkapai2 lagi ni.hehe.
DeleteNajmi
ReplyDeletesalam bro tajul..sy skrng sem 5 amik degree petroleum enginering uitm s.alam..kira kita ni satu uni la kn..hehe..2014 insyaAllah grad..yg abg ckp psal krja company man,oim, driller even derrick man, pump man dan jga yg sewaktu dengannya alhamdulillah sy dh bljr..cita2 sy driller x pn reservoir engineer klu ade rezeki..agak2 la cerah x peluang sy nk dpt trus kerja 2?or kna start dr bwah?
salam bro.
Deleteamik petroleum engineering pun banyak gak market dia dalam oil n gas.tapi camne nak cakap ek.yang driller tu bermula dari bawah,yang start dengan dorang yang wat keje2 kasar tu cam roughneck or roustabout. yang kerja ni tak memerlukan kelayakan akademik pape sangat kalo nak start dia.tapi kalo dah ada degree tu,cuba target untuk position yang nak pakai degree.jangan lupa,servis company pun best gak cam Halliburton.ada je budak diploma uitm keje schlumberger jadi wireline specialist dan ada je degree chemical uitm keje jadi MWD dengan Mud Engineer untuk Halliburton :)
Najmi
DeleteMud engineer pn mcm best jgk..hehe..sedara mara rmai jgk yg jd roughneck..pkai spm je dh bleh g offshore..tp company mcm Halliburton msti trget yg ade experiences..fresh grad mimpi jela bleh :D..btw, abg dgree mechanical ke?
fresh grad ramai je yang masuk halli,kalo tengok website dorang untuk malaysia punya vacancy.kalo takde yang fresh,takde la nanti yang ada experience.
Deleteyup,mechanical.
Hi guys,
DeleteI'm working with Sperry Drilling Services doing downhole data logging/acquisition, basically what I'm doing is supporting our system and hardware that can remote / monitor rig operations and drilling activities. I'm base at our client office, and sometime i go to offshore/onshore rigs/vessels for rig up, assembling our hardware. Been traveling to many countries in Asia Pac for my job.
Well I dont have high education and didn't finish my college though (i hate college study as i prefer on-job training). I started with a very low level job at the same company that I'm working currently. Back then I worked hard until I achieve what I'm having right now.
I can tell you that most services company they don't really see your education background, (having a diploma/degree is a plus one) but if you are willing to work hard, can handle stress and willing to give 100% to the company, you can achieve your dream job.
For fresh graduate, please don't be choosy when it come to salary offered, don't be "berkira" when your superior assigned you with ad hoc duties (even though not in your job scope). Trust me one fine morning you will receive an email for better job offer/promotion.
That's all for now. Take care peeps!
thanks bro for sharing :)
ReplyDeleteHai semua. Yg berminat dgn krj offshore tu jgn malu nak mula dr bawah, biarpun trpaksa join sbagai steward utk permulaan. Dulu aku krj kilang dengan kelulusan skm tahap 2 mekatronik, gaji basic rm500 je. Lpas tu join kfc training 6 bln jadi assistant restaurant manager, masa training tu aku kumpul $$ then buat bosiet. Mula lah apply cmpny offshore,naik trun offc,melalui email. Ada yg tanya ada pengalaman kat offshr ke x, klo xde, x dpt naik offshr. Kecewa...,last2 cmpny catering panggil utk interview jd steward & offer aku. Pendekan cerita,aku resign dr kfc & naik offshr jd steward slama 3 bln. Bila dh ada offshore experience senang sikit nak dpt krj lain, lepas steward,aku jd rigger & buat course Basic Safety Training utk marine. Skarang jd oiler/motorman (vessel) Projek drilling, pipe lay, construction aku dh lalui. Tp kena ingat, x smua cmpny bg monthly pay,ada yg bagi daily pay (aku),klo dh xde projek tu,smp 2-3 bln x brgaji, Harap maklum..,hehe..
ReplyDeletewah,thank u bro.boleh sharing dengan geng2 yang abru nak keje laut ni.
Deletesalam bro..exxonmobil atau foster wheeler mne yg terbaek..
ReplyDeleteif u ask me, i'll go for exxon.sebab exxon ni client,dan fw tu contractor.n u can learn a lot from exxon,dengar kata career development dia bagus.tapi ada dengar gak a few department, workload dia kekadang banyak sampai kene keje lama sikit sometimes.tapi ni dengar cite je la.
Deleteok..thanks bro..coz I'm going to join exxon by 15/1/2013 ...as my other friend request me to join fw..so I take your advise.
Deletethats my personal opinion. i u have better option, better ikut what u want. but for me, to have opportunity to join a really big client such as exxon is really sumthin that is hard to say no... :)
Deletelee
ReplyDeletebro, nak tanya. sekarang saya kerja dalam IT-Telco industry. Dah 2 tahun lepas saya dah start minat project management especially o&g. tapi takde experience lgsg dalam o&g. skg tgh apply master in project management. Saya pun dah prepare nak buat final project based on o&g hehe semangat ni. Ape pendapat bro tajul? katakan dah jadi master graduate, nak apply kat o&g company nanti saya nak apply under fresh grad ke atau experienced? saya tak kisah start dari bawah/kosong asalkan dapat belajar benda baru.
ni pendapat personal la ek dari diri ni yang masih kurang ilmu.
Deleterasenye degree pun dah cukup untuk masuk oil n gas,tak perlu master.ada dip pun dah ok,tapi nak naik ke executive tu susah sikit la coz takde kelulusan paper, bak kata dorang ni sendiri.yang ada degree ni leh naik management or exec,takpun nanti kampeni leh guna cv pekerja dorang ni yang ada degree untuk bid tender kerja dan menang tender.
tapi untuk menjawab soalan,dah ada pengalaman kerja tapi takde kaitan je.rasenye try apply as a ada experience,tapi yang fresh grad punya position pun sapu je sekali.try untuk project engineer,takpun business development executive/engineer.
kerul
ReplyDeletesalam bro tajul..tnye skit..ak fresh graduate (electrical engnnrg)n minat nak apply 1 komp o&g ni. skrg ni die xde opening untuk freshie, tpi nk try apply mcm bro ckp tu, " hantar CV scr general"..abes dlm cover letter nti nk specify position ap bro?..contoh: seeking entry level position or electrical engineer or spesifik trus..klu boleh share skit tips2 aplly scr. general ni..TQ
salam
Deletekalo ko tanye aku,dalam cover letter tu ko sembang la ko study ape n final project apa dan praktikal kat mana. Yang penting tajuk cover letter tu dan tajuk emel ko kat kampeni tu. kalo aku la, aku letak " General Application: Application for Engineer/Executive positon" .
salam bro..
ReplyDeleteaku nak tanya sikit la..aku berminat dgn bidang offshore ni. tapi aku tak tahu apa kelayakan & sijil yang aku perlu ada untuk dapatkan kerja kat offshore.
aku ada dip. mekanikal..dah ada pengalaman kerja sbg technician 2 tahun kat sebuah kilang elektronik ni..
so,pada pendapat kau,apa yang aku perlu buat dapatkan kerja kat offshore ni?
aku rasaapa yg ko ada ni pun dah ok.ramai je yg kelsyakan cam ko dan kurang pun keje offshore.aku rase yg penting ialah usaha untuk mencari n mendapatkan kerja tu.ko leh baca ruangan komen lat sini,ramai yg share pengalaman.
Deletetq bro..aku pun da baca komen2 kat atas ni..ko rasa aku patut apply position apa?
ReplyDeleteaku rase ko apply je apa yang ada dulu.dah buat or nampak kerja ko or orang lain baru ko leh pikir ko nak wat keje ape.try sume dulu,yang penting kene dapatkan tempat dulu.boleh punya :)
Deleteaku dulu mmg line construction..wat M&E..lps aku korje kilang coz malas berpanas...lame2 aku bosan msk balik construction O&G,,,gaji mak ai sikit punyer murah...4 ribu pun x cecah...sabar..berkat sabor...skrg dah ok jgk lah..moral of the story....kalau dah dpt masuk o&G walaupun gaji ciput...masuk dulu..n sabor k..
ReplyDeletegood advice bro untuk geng2 yang baru nak masuk O&G and fresh grad ni, jangan nak kejar duit semata2 masa baru masuk keje.
DeleteSalam Bro..sy mmg berminat dgn O&G ni..sy skrg bekerja sbg Maintenance Engineer di Proton (hampir 2 thun)..tp xbrape pasti boleh ke sy pergi ke bidang O&G dlm masa 4-5 thun lg sbb saya terlibat dlm manufacturing line..skrg sy plan utk sambung master dlm Mechanical Engrg..kelulusan sy di Univ dulu Mech.-Automotive..Apa pendapat Bro,perlu tak sy amik master utk menceburi bidang O&G ni sbb sy rasa graduan lulusan Mech.-Automotive ni susah utk tembus O&G....
ReplyDeletetakde hal la,bro.asalkan ada usaha.ade je bro yang keje line kilang,line design kereta, keje managemenrt trainee,dapat je keje O&G.yang penting asal dapat masuk keje dalam kampeni oil n gas,cari lubang dulu.amik master pun kalo amik masa gak nanti susah gak.so cari je dulu,master tak perlu rasanya.
Deleteanyway,ade je position maintenance engineer kat offshore.lagipun kalo machine rosak pun,kene ada orang yang operate tu jugak yang wat maintenance.hehe.
DeleteTq for rep bro..mknanye sy kene ade sjil BOSET la kalo nk g ofsyor?kalo kt darat ade x post Mtce engr ni..n kalo ade iklan related to Mech.,pohon sharekan ke email sy ek fikrijelani@gmail.com..as sales exec pn ok gk..
Deletenak ke laut,kene ada sijil boset.kampeni leh bayarkan kalo dorang nak anta orang.tak sura pasal onshore,tapi ade je kot.cuba search labuan shipyard,rasennye cam nak pakai orang kot.
DeleteSy ada dip in mechanical engineering, ada cert blaster n painter tp juz ada pngalaman kerja dkt setahun in oil n gas as blaster n painter..
ReplyDeleteSkrg bru abis smbung bljr ambik cert welding inspector n painting inspector.. Kpd otai2 tlg bgtau mcm mna sy nk dptkan kerja coz dh puas google n hntr resume, tp xdpt2 job... Kalo kt company anda smua yg leh twawarkn positionj utk sy, sila maklumkan yea.. Ni email sy, wanhypro@gmail.com
Tq.
orait,harap nanti ada la rezeki.
ReplyDeleteAssalam En. Tajul. Im a final semester student, taking Electrcl(Instrument) engnring course. Actually, I've been called for 2nd interview with murphy oil. So, im really appreciate if can give me an advice for that. Will the second interview be always in technical question? i really have no idea n hope u can give some advice. Thank u so much (:
ReplyDeletewa'alaikumussalam :)
Deletefirstly,congrats yek.
ok,frankly speaking saya tak pernah diinterview oleh company besar ketika fresh grad. cuma sekali saya pernah interview dengan murphy,tapi waktu tu hanya sekali saja interview dia (i've asked the lead manager who interviewed me). at that time, he just asked about my experience, nothing else.
bergantung pada position, rasanya 2nd or final interview ni biasanya its about yourself.yang penting rasanya confident nak cakap in english dan pa yang dicakap tu ada point :)
tapi just prepare basic tech questions. dan jangan lupa study pasal company itu sendiri.
dulu perah interview dengan satu company coil tubing ni.datang2 je dia suruh buat test. ada soalan math, logic dan eletric.then, baru interview.tapi tak lepas.hihi.
goodluck yek.anyway, antara cara nak impress dorang ialah banyakkan jugak bertanya time last sekali, time "do you have any question" supaya dia nampak minat kita nak join kampeni dorg. tanya pasal career development ke, tanya position ni kontrak or permanent ke, tanya training provided ke tak, tanya fuure exploration ke.
Alhamdulillah.... blog yang berguna...
ReplyDeleteNak keje o&g nie kene tahan mental dan fizikal.....
Cabaran kuat.... saya dulu lepas grad keje jadi helper dekat setahun.... follow ja supervisor suh buat apepun...xmemilih...
Even kerja tu diluar skop pon... yang pnting kalo nk masuk o&g n nak bermula dari bawah.... kalo boleh tolong alert timing tuk shutdown bagi sesebuah plant...onshore based la nie....
Situ banyak boleh belajar... merasai kerja2 didalam plant...
Once u hav chance to go offshore... biasanya lagi rileks sikit dari duduk kat plant... melainkan hardcore nye company mcm shclumberger...tu keje sampai tertonggeng
time kasih :)
Deletetapi tu la,kebanyakkan remaja sekarang ni ramai yang nak jalan pintas dan taknak start keje dari bawah.tapi bagusnye start dari bawah ni,banyak kita belajar.
hehe,saya pun ni dalam golongan yang bekerja sampai tertonggeng gak ni.
Workpack engineer n structural engineer needed for murphy oil project sarawak...location tmpt kerja Brooke Dockyard Kuching .... minat contact ini no..010 342 9598 Vh Energy Sdn Bhd KL..Tg Shaniza...bole dapat 10K above..jgn takut..kalau ok kawe ada kat sana...kawe dah resign ExxonMobil.encik Tajul...pressure giler duduk client kedekut...hahaha
ReplyDeletewah,bro.hebat gile.hihi.lompat dari client besar ke client besar.haha,murphy payment pun menarik gak.
Deletenak apply tapi takde experience langsung pasal structural.kalo field engineer or berkaitan dengan drilling ade la,hihi.
hope kawan2 lain kat sini boleh apply.
and bro,gudlak keje baru.
If cr kje email je shaniza119@gmail.com
Deletetime kasih ye. anyway, ni emel puan syaurah ke camne? recruiter ke apa? leh saya try gak? hihi.
DeleteAi...bos tajul pun line schlumberger jugak ker? Belah mane tu? Drilling? Coil tubing? Exploration? Or wireline?
ReplyDeleteBASE dekat mane?
haha,slb la sangat.
Deleteline mana,resia.
tapi home base.hehe.
salam bro,ape kabar
ReplyDeletenak mintak pendapat aku bukan fresh grad, sebelom ni aku penah keje o&g jadik asst engineer bhgn projek dan sales tp tak sampai 3 bulan pon dh resign sbb gaji sgt tak reasonable, dan skop kerjanya melampaui batas aku sebgai seorang wanita yang ayu. wlupun aku ayu, siyesly aku minat nak join offshore tp belum ada rezeki lagi. aku nk tanya kalo aku jadik sales engineer in o&g aku ade tak harapan bayang2 nak jejakkan kaki ke offshore? sbb yang aku baca dari komen2 atas ni, bhgn sales mungkin mcm hardcore sgt je untung2 pun jadik sales manager 4 5 thun next.. acane tu tq in advance ;)
sejujurnya takde kot.sales buat sales sahaja pada client.cuma,kalo kita sales tu kita dah arif pasal product tu.so samada try mintak pegi offshore dengan kampeni yg sama,or mintak gi offshore pada kampeni lain yg ada service/install mende tu.tapi pompuan jarang pegi install barang.tapi ada je field engineer pompuan cam wireline engineer or mwd/lwd.
DeleteVH ENERGY SDN. BHD.
Delete11TH Floor Bangunan Getah Asli(Menara)
148 Jalan Ampang 50450 KL.
603 2166 1111 tipon no hp ni: 0139802880 -Faizal
ok thanks a lot tajul n Zdelvin Zainudin.. honestly x minat langsung nk involve dlm sales sbb blh expect it might be hard utk jump to service or process. field eng perhaps require good cgpa.. even nak passthru as slctd candidate pun i dont think so .. ohh my... by the way thanks again for d opinion n info.. ganbate ne..
Deletelame dah x mengomen...kpd ayu lah sgt dan kekwn yg lain..cuba try test contact this no:
ReplyDeleteVH ENERGY SDN. BHD.
11TH Floor Bangunan Getah Asli(Menara)
148 Jalan Ampang 50450 KL.
603 2166 1111 tipon no hp ni: 0139802880 -Faizal
Cakap South Acis Project Team yg bagi tau.
wah,thanks bro.
DeleteCopy Paste from my head hunter..
ReplyDeleteFrom: Norul Azuin Md Razi
Date: Wed, 19 Jun 2013 17:08:24 +0800
Subject: VACANCY
To: z delvin
Mr. Zainodin,
Please nanti submit resume kawan2 or sesiapa jer kat email saya.
1 - Junior Procurement.
2 - Construction Supervisor.
3 - Operation Interface Coordinator.
4 - Offshore Construction Site Lead.
5 - Construction Planning Engineer.
above for ExxonMobil KL..please call this no.
03-905944344/1499 Norul
The vacancy is still open..do your best
Good Luck
Salam...boleh bg email norul azuin x? sy nk apply position junior procurement..TQ
Deleteha'ah la bro,takde emel untuk dihantar resume.
DeleteNorul Azuin Md Razi
ReplyDeleteCall dyer dulu...u can bg tau main name as reference
Good Luck
TQ..dh call
ReplyDeleteBro tajul..sy nk tnye skit.. sy ni pemegang bachelor electrical engineering... ada pngalaman keje electrical di kilang plantation di sime darby dh setahun setengah ...tp dalam oil n gas blom ada experience.. sy plan after raya nak amik Bosiet kat Sequ... boleh advice sy x, klo bosiet sje ada peluang x sy nk ceburu oil n gas dalam bidang electrical?? hoping ur prompt response
ReplyDeletebetter dapatkan keje dulu.ada boset or tak cam tak bape nak efek peluang nak dapatkan keje.lagpun kalo dah ada boset,pastu tak dapat2 keje oil n gas,dah rugi masa n tahun.pastu kot2 dapat oil n gas kampeni,dorang tengok dah ada boset,terus dorang anta gi laut.dah rugi duit nak wat boset.patutnya kampeni yg akan tanggung kalo dia betul2 nak anta org ke laut.boset pun rm2000 gak. so better usahakan cari keje oil n gas dulu tanpa ada boset. rezeki ada di mana2 :)
Deleteterima kasih atas nasihat bro tajul...tapi zaman skrg ni, susah nk cri kerja oil n gas, kbyakannya nk experience dan yg dh ada bosiet, BST dan cert2 lain... nak amik boset dlu, takut rugi klo xguna, kalau xamik plak, takut melepas sbb kbyakannya syarat ,diorg nk ada pkerja yg dah ada bosiet... adesss...diri ambe ni umpama "diluah mati mak, dipendam mati bapak".. RM2000 + medical = RM2300++....bkn byk tu...Smoga ALLAH memberi petunjuk pada ambe, n bro tajul...amin... ;(
ReplyDeletetakpe bro,apply je dulu.kot dapat kerja yg nak boset,taime interview ko cakap la ko willing to pay unuk boset tu guna duit sendiri.lagipun kalo takde permulaan,camne nak ada experience.so mesti ada gak kampeni yg akan amik budak2 baru/hijau.just cuba tanpa putus asa,ya!
DeleteTerima Kasih bro tajul...Saya sedia menerima nasihat bro tajul dengan hati terbuka... terima kasih atas nasihat yang berguna ini... Sebagai hamba yang lemah, nasihat dari orang yang berpengalaman itu harus di ambil pedoman... kalau ada apa2, bro tajul update kat blog bro tajul...saya pembaca yang setia di blog ini...terima kasih sekali lagi..selamat hari raya dari kasim selamat ibu mertuaku,,,
DeleteSalam sy ade degree multimedia.. tp mmg minat dlm oil&gas bidang mmg jauh menyimpang la haha pgalamn dlm oil&gas mmg zero laa..contoh KALAU sy ade boset..peluang utk diserap dlm oil&gas tnggi ke?? Sy apply gne boset sahaja layak k??
ReplyDeletetaktau nak cakap gak la,bro.kalo ada boset pun tapi takde pengalamann keje pun susah gak.boleh je cakap time teview nanti yang boset tu ko nak bayar sendiri,kot2 dorang berminat la.kalo rasa degree tu tak kene,why not try masuk as operator or service technician yang kadang2 dorang hanya pakai sijil/diploma or kadang2 spm sahaja coz keje mainly fizikal.dapatkan pengalaman dulu, touch up resume pastu baru lompat kalo tak best.
Deletehelo! baru tersinggah kat blog ni.
ReplyDeletewow. banyaknyaa interview awak.
saya nak gak lompat2 company. tapi pengalaman setahun lebih ni client tanak pandang.
mungkin jugak sebab perempuan? i dont know.
so duduk diam2 as a project engineer kat vendor ni haa.
salam perkenalan, btw!
Sila teruskan mencuba, nanti ada la tu rezeki :)
Deletehello geng.,I'm back..i'm looking for engineer until to rigger position, for PM3CAA & PM305 project under Talisman, send your cv to me zainodin@vhenergy. com.my..I shall review your cv if ok..I shall contact you all...must have Mboset and fit for offshore work.
ReplyDeleteZainodin Dahlan
PM-PM3CAA/305 HUC project.
Thank you bro. Hope sesapa gugel keyword tertentu, dapat jumpa pasal vacancy ni. Moga kita semua beroleh rezeki banyak :)
DeleteSalam en tajul..
ReplyDeleteSy nak tanya ade pellngalaman interview kt halliburton tak?? Sy lepasan diploma and halliburton 1st time masuk my collage so saya tak da kawan2 yg familiar dgn interview halliburton.. so boleh tak kasi tips2 interview and environment kerja dgn halliburton
Alamak, minta maaf ye coz takde pengalaman kene interview as fresh. But bergantung pada position, biasanya dorang akan bagi situation dan nak tengok camne kita handle situation itu. Apa jadi bila equipment ada failure, apa nak buat bila pressure equipment naik. Depends on location, u should expect international environment lebih2 lagi kalo kat opis kl. gudlak ya.
Deletenoor fadilah baderi.. macam mana apply kat halliburton tu..pakai pos ke apply through website?
DeleteEn tajul.. my course process instrument control.. so position either labuan or kemaman
DeleteAnonyMous
Apply to thru my collage, GMI Carreer fair. Submit resume pd exhibitor bertugas.. tp bley try via website coz kwn sy nk amik position admin.. exhibitor suh apply kt website
intvw dekat kemaman ke dekat KL..position apa yg dia tawarkan.. biasa kalau fresh ni dia buat test mcq.. pastu dia akan buat face2face intvw dgn intvwer..kadang2 intvwer tu mat saleh..anyway gudluck...
ReplyDeleteInterview kat kl..
ReplyDeletePosition field specialist service..
Test mcq ni general ker.. iq ker or technical question..??
salam semue....nk mintak tolong......saya dah due tahun di buang kerja...saya hilang arah lepas tu....kne tanggung isteri dan sorang anak..saya tepaksa pulang ke kampung besame istri dan ank di terengganu...sebelum di saya keje di kuantan..macam2 syarikat minyak saye dh mintak....tapi fail..saya tak tahu nk wat cmner lagi untuk kembali ke bidang oil n gas ni semule..saya dah bekerja selama 10 tahun dgn compony tu,tpi syg...mreka buang saye atas kesalahan yg kecil...adakah compony lain takut ambil saya ??saya perlukan kerja.....setiap hari saya tgk emel...tp xde brite baik jgk....sape2 leh tlong saya...saya sgt menghargai...saya cume perlukan peluang je...bantulah saya........boleh emel saya di mattakarl@yahoo.com.......... :-(
ReplyDeleteAs-salam En Tajul. Saya nak bertanya soalan. Saya baru lepasan degree dan baru je dapat kerja dalam bidang consultant(perunding engineer) sebagai electrical engineer. Saya berminat dengan bidang oil&gas, dah banyak saya cuba hantar cv and cover letter tapi xde 1 company oil&gas panggil interview. Masuk ni dah 3rd interview baru dapat, tapi consultant. Boleh ke saya bekerja dalam company ni 2 3 tahun cari pengalaman, then saya bertukar arah ke oil&gas. Agak2 experience yang ada di company ni boleh bawa ke company oil&gas x?
ReplyDeleteSalam. Saya rasa lagi ok kalo amik saja kerja consultant itu. Sekurang2nya maybe kampeni lain nak amik lagi cerah co dah ada pengalaman kerja. So go for it n dah kerja tu, apply lagi oil n gas. Kadang2 nak amik fresh ni susah sikit.
DeleteAs-salam. Dengan berkat & usaha, akhirnya saya berjaya masuk ke dalam company oil&gas. Company vendor, valser oil&gas. Sekarang ni pun tengah usha2 company client. Kalau ada roger2 ye bro.
Deletealhamdulillah, bro. dalam keadaan minyak per barrel rendah ni dapat masuk kampeni oil & gas di saat ramai kena buang adalah sesuatu yang menarik. client takde lagi kot, shell baru buang 6000 orang worldwide. stay sana & by the time minyak dah naik (maybe 2017), experience dah bertambah pula n lagi mudah apply client.
Deletesalam, en tajul,
ReplyDeletesy telah bekhidmat selama 7 tahun di mlng bintulu sebagai instrument tech. berminat utk mencuba bertukar ke agensi/ company lain. dan antaranya seperti murphy oil, bagaimana cara nya saya hendak memohon ke agensi itu selain dari hantar cv/ resume ke ejen pencari pekerjaan seperti di atas. maaf, saya bertanya..
wan
Salam bro,
DeleteSaya rasa selain hantar resume ke HR company tu, cara lain ialah kene ada kenal org dalam jugak la. Bukan nak suruh tarik camtu, tapi sebab org keje dalam ni mungkin tau pasal internal vacancy. Tapi saya takde contact situ. Atau nanti jumpa mana2 org, try borak2 kosong. Nanti kot2 org tu kerja company yang sesuai ke. Saya selalu je borak2 dengan org yak kenal, dan ada gak yang willing nak bagi emel dorang soh hantar resume, tapi tak dapat la. Hihi. Ada 4 ke 5 org gak la. Kadang2 nampak dorang bawak beg offshore or pelekat offshore kat beg, tanya je keje offshore ke. Then mula la korek2 keje :)
Salam en tajul
DeleteSaya skrg bekerja sbg design engineer di cameron. Saya berminat menjadi drilling engineer. Boleh x en tajul bg tips dan laluan yg betol utk menjadi drilling engineer. Terima kasih.
salam.
Deletesaya pun kurang pasti sangat.
apa yang saya nampak ialah memang masuk terus dari client waktu awal2 grad ataupun kerja yang berkaitan.
ada kawan kerja Directional Driller dapat offer jadi Drilling Engineer, ada yang kerja MWD atau yang libatkan downhole pun dapat offer jugak.
rasanya penting kalo buat benda2 libatkan downhole cam wireline, mwd semua tu. kalo kerja kat surface atau production platform mungkin susah sikit.
Salam En. Tajul
ReplyDeleteSaya fresh graduate Diploma Seni Kulinari. Nak tanya syarikat mana yang menyediakan servis katering dalam OnG? mintak encik senaraikan nama syarikat katering OnG di Sarawak. Terima kasih.
salam.
Deleteyang paling terkenal dari sarawak dan banyak/majoriti di drilling rig seluruh malaysia ialah Bayong, sampai ke Brunei pun ada. yang lain ada juga jumpa Alam Maritim punya catering from sarawak. selain tu, Bayulink pun ramai dari Sarawak. company offshore catering lain dari semenanjung termasuk alphameli dan aquaris offshore sdn bhd.
Salam En. Tajul
ReplyDeletesaya sekarang ni tengah kerja sebagai associate engineer kompeni electronic. Kerja sesangat lah ok.. flexible. Lepas tu sy dapat offer kerja di kl bahagian maintenance service lebih kepada to Oil & Gas, Petrochemical, Power Generation, Oleochemical and General Industries. saya memang minat kerja bahagian service ni selalu pegi site. Bab gaji tu biasa lah lebih kurang je dengan kerja lama. sebab xde experience katanya lah. pandangan en tajul boleh pegi jauh ke bahagian ni?
salam.
Deleteini terpulang lah juga kepada diri kita, nak ke arah mana kita punya hala tuju dalam pekerjaan. kalau kita nak ke arah oil n gas, InsyaAllah ni adalah a good start , atleast. pada waktu sekarang, minyak drop dalam USD48 per barrel dan banyak company oil n gas buang org. Dari Schlumberger, Baker, Halliburton yang buang beribu-ribu org world wide. kompeni luar lain dan tempatan pun ada juga buang org. jadi untuk mendapat kerja yang berkaitan dalam oil n gas pada waktu ini adalah rezeki yang baik. jangan risau, sebab trend minyak (dan pakar ekonomi kata) harga akan stabil dalam masa 2 ke 5 tahun lagi.
from my experience, sekali kita kerja company yang title dia "Service Engineer", nanti pas setaun ada la company luar yang review resume kita. tak semestinya oil n gas juga. market luas, sebab company yang anda kerja tu tak tumpu oil & gas semata2.
selamat berjaya.
en tajul taw x cmpany yg nk pkai roughneck or roustaboat..selain dr umw
Deletesalam en tajul..cmpany mne yg nk pkai roughneck or roustaboat selain dr umw
ReplyDeletesalam.
Deletebiasanya drilling contractor juga.
kalau kontrak biasanya Bayong banyak supply rig crew ni kat drilling rig.
sambil2 tu usha gak drilling contractor punya website cam transocean, ensco, dll.
bawah ni ada a few company yang cari or supply roughneck.
http://sangrokmarine.com/contactus.php#
http://hjsengineering.com/wp/?page_id=29
https://www.facebook.com/ohdailyoilngasjobs/posts/1526768930908886
salam en tajul..cmpany mne yg nk pkai roughneck or roustaboat selain dr umw
ReplyDeletesalam encik tajul.. bleh sy tau tmpat praktikal utk bidang o&g ni? sy amek degree, kos engin mechanical-automotive.
ReplyDeletesalam en. tajul..
ReplyDeletesy tgh amek degree, kos engin mechanical-automotive..
jadi sy nak tanye pndapat en. ttg tmpat praktikal..
time kasih..
salam bro,
Deleteso far takde info pasal tempat praktikal.
kebanyakkan company oil n gas buang orang dan cost reduction, jadi mungkin susah sikit sekarang ni.
skrg ni oil n gas mmg teruk ...saya yg otai ni pun sudah terasa kesannya ...byk geng2 xder kerja skrg ..new project xder ...semua cut budget...sabor je la
ReplyDeletebetul tu bro. kawan2 kene buang pun ramai gak, kawan atas kawan pun ramai gak. project slow.
DeleteMmg teruk sekarang.. Saye pun dah amik mss hati tu.. Under talisman... 5 month jobless.. Esok baru start fresh balik kat main con.. Hehe
DeleteAhamdulillah dapat kerja semula, tuan. Talisman / Repsol pun haritu borak dengan orang sana katanya tak ada increment tapi sekaramg dah nak start drilling balik ni.
DeleteAsslamualaikium tuan tajul,
ReplyDeleteSya ada degree materials engineering. Pernah keje sbg researcher di srim 10 tahun. Dh berenti 5 tahun lepas. Skrg ni baru terbuka hati nak kerja semula tapi dlm bidang ong. Sepanjang 2 bulan ni tiap hari send resume tapi belum ada apa2 feedback.
Kalau tuan ada tips untuk saya bagaimana nak tembus kedalam bidang ni, amatlah saya hargai.
Dah sampai tahap jadi helper pun jadilah.
Zam Kecewa
salam bro,
Deletecamne nak cakap ye. keadaan sekarang kurang baik dalam oil n gas. agak susah company2 nak amik orang sekarang.
ni saya bagi link artikel ni, tarikh 21hb April 2015 dimana dalam ni sebut halliburton nak buang 9000 orang dan Schlumberger minggu lepas umum nak buang lagi 11000 orang.
http://money.cnn.com/2015/04/21/news/halliburton-jobs-oil/
nasihat saya, tunggu hingga minyak naik semula tapi teruskan apply lagi apa yang jumpa.
Salam,
ReplyDeleteSkrg saya tgh amek Petroleum Engineering degree kat Canada. Bila baca comment kt atas mcm cuak jgk kalau tk dpt kerja as a fresh graduate nnti. Hopefully keadaan akan okan dalam 3 tahun akan dtg. Nak tanya, biasanya company tgk tk degree kita drpd university apa? Kalau degree luar negara ada kelebihan then tk sia sia saya belajar kt sini. Sekadar bertanya. Hehe
salam bro,
Deletegrad luar la peluang tinggi terutama from english/american speaking country. banyak je bebudak schlumberger dari uni luar, ada yang US, ada yang England, tapi Canada tak pernah terjumpa lagi la. hihi. tapi keadaan sekarang sangat teruk untuk oil & gas, that's for sure.
as salam,en tajul saya skrg amik degree major instrumentation(upm) baru 2nd year just nk tanya kalau course ni biasanya peluang kerja dkt offshore ataupun office jawatan apa ya untuk course saya..saya berminat dgn O&G
ReplyDeletesalam.
Deletememang ada position yang betul2 title dia instrument engineer. Selain tu, ada gak bebudak eletrical engineer yang amik kos ni. selain tu, untuk metering engineer, kos ni memang diutamakan. lain2, ada juga ex instrument degree yang kerja qaqc untuk oil n gas. InsyaAllah by the time u grad lag 2 taun, oil price baru nak stable n ada peluang pekerjaan.
asalamualaikum, dh xaktif ke owner punye blog ni?? ade hal mau tanya
ReplyDeletesalam bro, owner masih ada. cuma kurang update sebab keadaan semasa. drop la questions, kalo boleh membantu akan cuba jawab, cepat atau lambat.
DeleteMcm mana dengan pdms operator..jawatan ni ok ke dalam oil n gas
ReplyDeletepdms operator or drafter ok je, buat design la biasanya. dan akan station kat opis. camne nak masuk tu tak sure, tapi kebanyakkan kawan2 yang jadi drafter sekarang ni dorang memang masuk fresh & apply kat local company. ada kampeni yang akan train, dan ada kampeni tengok kita study / amik kos yang ada kaitan dengan drafting ke tak.
Delete