Friday, August 24, 2012
Catatan Hidup: Tentang Seseorang
(non-oil & gas story)
Kehidupan, seperti yang kita tahu kita tak boleh dapat semua yang kita nak. Dan kita juga kadang-kadang dapat apa yang kita taknak. Bagaimana pula tentang perkara yang lebih serius lagi. Apa perkara yang serius dalam hidup kita yang boleh membuat hidup menjadi sukar? Salah membeli baju? Takpe, kalo salah size ke ape ke leh tukar or bagi orang lain. Salah makan? Kalo dah tesalah makan, pegi je la toilet untuk membuang. Kalo dah tesalah makan racun tu, campak diri sendiri je la dalam laut. Yang serius ialah salah memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup dan berkahwin.
Cuti hujung minggu, cuti sekolah mahupun cuti raya menjadi tarikh pilihan untuk yang nak berkawin. Ironinya, ramai pulak tu yang nak kawin. Pastu umur pun tak berapa nak tua sangat. Rileks la dulu kan,hehe. Dah jodoh dan berkemampuan, teruskan je la. Yang tak kawin lagi cam aku ni je biasanya akan ‘terasa’ sedikit di hati kalo ramai kawan-kawan yang kawin pastu cakap macam-macam, hihi. Berbalik pada topik asal, memang ramai saudara dan kawan-kawan yang akan berkawin dalam waktu terdekat ni. Itu adalah kerana meraka sudah pasti mengenai calon yang dipilih. Seseorang yang dipilih mereka itulah yang terbaik untuk mereka. Bagaimana pula mereka yang tak berjaya dalam alam percintaan dan alam perkahwinan?
Ramai yang putus cinta di pertengahan jalan. Ada yang sekali. Ada yang hebat sangat sampai 3 kali, ni memang kuat punya dugaan. Kelas kau, Maria. Kalo budak sekolah zaman sekarang ni usah tanya la. cinta monyet dorang tah bape banyak kali couple dan putus. Yang dengan mamat rambut kaler-kaler tak keje naik moto sana sini hisap gam dan dadah pun leh sangkut. Kadang-kadang, perangai pasangan tu dah macam monyet pun ada. Yang pelik, boleh lak ada yang minat tu. Adeh. Hensemkah monyet sebenarnya? Mungkin mereka lebih memilih “Tentang Monyet” berbanding “Tentang Seseorang”. Nanti bila dah kene pukul ke, kene mintak duit ke, atau dah termengandung, baru lah tau betapa salahnya pilihan mereka. Tu pun kalo sedar la. kalo tak sedar gak, pegi hantuk kepala kat dinding pastu tido. Takyah bangun-bangun.
Ada juga kawan-kawan yang putus cinta di tengah jalan, kecewa macam nak rak tapi mendapat yang lain yang lagi bagus. Dan seterusnya terus berkawin. Ada juga yang macam tak pernah belajar dari kesilapan dan terus terima balik bila dah terkena. Sepatutnya sesuatu yang terjadi sebelum berkawin ni seperti bergaduh besar, ada simpan pasangan lain, kaki dadah/gam dan pelbagai perkara lain perlu diambil kira sebelum berkahwin. Adalah lebih baik untuk bergaduh dan putus hubungan sebelum berkahwin daripada perkara itu terjadi selepas mereka berkahwin. Dan jangan pula menggunakan perkara syirik seperti sihir dan jampi untuk mendapatkan seseorang. Kerana selain syirik, ia juga adalah bukan jodoh anda dimana ianya tidak akan berkekalan juga akhirnya. Berdoalah pada Tuhan, bukan sahaja untuk meminta seseorang yang anda mahu itu tetapi juga untuk memberi jalan atau calon yang sebenar kerana kadang-kala kita menginginkan calon yang salah. Kalo calon politik je kita takleh nak wat pape. Kalo nak, kene pangkah. Kalo taknak, dok umah. Takyah mengundi, tengok tv.
Bagaimana jika seseorang itu ialah seseorang yang salah? Telah terjadi pada kawan perempuan sekolah di mana dulu telah bertunang dengan seorang lelaki yang juga kawan sekolah, tapi baru-baru ni lelaki tu tak menunjukkan minat,jarang sms dan siap sms kata tak minat dah. Tapi yang lelaki ni memang tah pape punya perangai. Aku pun tak bape menyokong hubungan dorang dulu sebab pompuan ni baik. Dan juga terjadi pada satu lelaki yang ada pertalian darah dimana beliau telah berkahwin sebanyak dua kali dan bercerai sebanyak dua kali. Bukan jodoh? Kesian pada lelaki tu? Tak kesian. Sebabnya dia pukul isteri, tengking, tak solat, dan kadang-kadang minum. Selain itu, dia juga tak hormat pada saudaranya sendiri. Dalam kes ini, yang salah memilih ialah pihak perempuan. Harap diberikan kekuatan dan rezeki lebih pada bekas isteri-isteri beliau.
Kepada semua yang di luar sana jika anda putus cinta, jangan bersedih kerana itu bukan jodoh anda. Mungkin ada sesuatu yang anda tak ingini nanti terjadi pada masa hadapan kalo berkahwin dengan beliau. Dengan izin Tuhan, anda akan dapat yang lagi terbaik untuk dijadikan calon suami/isteri. Jangan sedih kalo hilang seseorang boyfriend/girlfriend kerana anda sebenarnya harus mencari seseorang calon untuk menjadi suami/isteri anda. Kecewa? No need. Rezeki seseorang itu lain-lain. Dan kepada yang akan berkawin, selamat menempuh alam perkahwinan. Dan kepada yang telah berkawin, cepat-cepat la dapatkan anak. Pastu doakan kitorang yang belum kawin lagi ni. Hehe. As-salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajul jgn lupe bagi kad nnti...
ReplyDeletehaha.kalo aku kawin,aku jemput ko punya.tapi taktau la tah bile...
ReplyDeleteagree.!!
ReplyDeletesemoga kita mendapat seseorang yang betul untuk diri kita,amin :)
ReplyDeleteinsyaAllah. dah kerja tempat baru ke?
ReplyDeletehari esok mula :)
ReplyDeletetahniah.! :)
ReplyDeletethanks :)
ReplyDeleteGood post. Wei, lama tak chat dgn ko kan?? Mesti da byk cerita.... Anyway, good luck kat tpt baru... Semoga bertemu jodoh cepat2...
ReplyDeletetu la,lama tak bergusip kat ym.hihi.aritu raya pun tengok pic korang kat fb jek.hehe,thank u.masih mencari sikit2 keje lain kot2 ada :p
ReplyDeletebr dpt comment...hehe...kindly doa tuk sy sekali na...;)
ReplyDeleteJodoh itu ada cuma anda prlu cari sbb anda lelaki..:) Anyway, jodoh itu rahsia tuhan, DIA yg lbh tahu..
Good luck & all da best di tempat kerja br (yg dirahsiakan itu)& yes...happy hunting for jodoh!!hee~
hihi,yang perempuan pun apa salahnye cari,cik tihah :p
ReplyDeletecik tihah kan seorang yang baik dan best,hope berjaya bertemu :)
tahniah....
ReplyDeletethanks :)
ReplyDelete