Wednesday, November 28, 2012

Phone Interview : Sentiasa Tidak Menyebelahi?


Apakah phone interview? Mudah je, interview yang dibuat melalui telepon. Interview yang takde kita jumpa orang tu depan-depan, tak perlu kene dress betul-betul dan boleh baring-baring sambil korek telinga ketika diinterview. Kalo gelpren tipon tanya macam – macam, aku tak sure la tu dalam kategori phone interview atau tak, hihi.

Phone interview ni ada beberapa cabang. Ada yang memang serius nak menginterview, ada yang interview biasa-biasa dan ada yang terus nak soh kita datang interview sebenarnya. Biasanya yang akan contact kita tu biasa la, orang HR dimana jarang aku rasa orang yang manager-manager ni nak interview guna tipon. Setakat ni aku dah dua kali dapat phone interview, tapi tak kemana pun. cuma mampu main SMS je pas kecewa.

Awal tahun 2011, aku dapat phone interview dari sebuah kampeni ni. Kampeni asalnye kat US tapi ada opis kat KL ni. Kampeni ni takde la femes mane pun untuk orang yang tak biasa ngan oil & gas, opis dia kat KL pun tak sebesar mana tapi keje dia cam best. Keje atas drilling rig jugak la. memula HR dia inform aku by email yang dia nak buat phone interview dan dia soh aku pilih masa. Then bila dia call, dia tanya soalan basic je la. alaa…soalan cam kenalkan diri, cite pasal diri, apa goal or target, blablabla. Dah dekat nak 2 bulan pastu, baru la dorang emel aku kata aku dapat final interview. Siap soh bawak kalkulator lagik. Dorang bagi aku 5 tarikh, tapi satu tarikh pun aku tak dapat pegi coz aku kat laut. Aku email la mintak tangguh pas aku balik, dorang tak reply. Aku dah balik laut, aku email lagi kat dorang tanye update. Senyap terus. Aku pun malas nak email lagi dah, kang mengganggu pulak. Orang dah tak suka, kan…

Satu lagi phone interview ni pun ok gak la. Ni anak syarikat yang dibeli oleh kampeni luar yang agak terkenal. Phuiii. Memula cam biasa la dia email aku tanya bila aku available, dia nak wat phone interview. Kat email dia bagi tu pun, aku kene isi attachment yang dia bagi. So bila dah set date, dia call la. Tah, tak macam phone interview yang formal sangat. Cuma dia tanya nape aku asyik tukar kerja je, hihi. Pastu terus dia set aku interview dengan operation manager dorang. Ok, kali ni aku leh pegi interview tu dan sume nampaknye berjalan lancar. Bila aku email tanya update, dia kata sume berjalan lancar dan dalam proses pemilihan. Dan minggu-minggu seterusnya aku email dia dalam 3 ke 4 kali jugak la tanya update, satu pun dia tak reply. Aku call dia dua kali, langsung tak angkat. Tak return call lak tu. Tak dapat, gitau le. Senang cite. Dapat pun gitau gak la, hihi.

Bila dah jadi camni, sedikit semi sedikit aku hilang kepercayaan kejayaan mendapat kerja kalo ianya bermula dari phone interview. Aku pun tak pasti. Aku yang terlalu berfantasi atau aku tak dapat menerima realiti? Ah, biarlah. Asalkan kedit kat phone aku banyak lagi.

6 comments:

  1. HURMM..been there..pernah jgk phone interview with one of the biggest oil n gas comp but lucky me dpt jgk final interview..cuma xde rezki cuz receive email yg sy xdpt...at least they did email me..

    pd sy,depends kot...mayb bukan rezeki awk..some ppl sng je dpt kn...

    btw, nak tnya...kenapa awk selalu tukar kerja??heee

    ReplyDelete
  2. hi cik tihah :p

    dapat kampeni mana tu?exxon ke?hihi.

    selalu tukar keje tu tak la,cuma tah la.sebab rase tak dapat lagi kot apa yang diri ni nak,or tak enjoy keje tu.
    sebenarnye impian saya ialah keje mana2 client, kurang keje fizikal pastu nak setel down :)

    ReplyDelete
  3. salam bro,
    lama tak jenguk sni..pe cite skang? cm keje kt dalam "Kena Sewa Belaka a.k.a KSB je..huhu

    ReplyDelete
  4. haha,kekadang kene pegi ksb tu gak la.tapi opis aku kat kl.aku dah resign dah,dapat keje lain.arini ari last aku.hihi.

    ReplyDelete
  5. kem salam kat dailami malek bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha,abam mudlogger geoservices tu.kalo aku tejumpe dia la nanti.

      Delete