Thursday, June 6, 2013
Pelangi Kehidupan: Gawai di Laut dan Luahan Hati
Walaupun tajuk dah macam drama cerekarama, tapi itulah hakikatnya. Projek seterusnya membawa aku ke sebuah jack up drilling rig yang berada di perairan Kelantan yang tah kat mana field kali ni. So haruslah terbang ke Kelantan dan bermalam di sana. Ok la dok hotel, nanti pasni kene dok tengah panas pulak sampai kulit cam nasi yang hangus dimasak. Tapi nampak cerah pulak aku kat hotel ni, time kasih pada teknik penggambaran yang keji tapi jitu.
Tibalah masa pergi ke drilling rig. Cam biasa, berkenalan dengan orang-orang group kampeni aku di atas sana tu coz aku maybe tak pernah or jarang jumpa dorang. Tapi group kali ni best. Kalo keje banyak dan memenatkan pun, takde masalah sangat coz masing-masing bagi komitmen dan hati kitorang pun senang dengan semua. Pastu nak mengumpat pun best gak, hihi.
Dan ketika atas drilling rig ni, Hari Gawai pun berlangsung. Hari Gawai ialah hari sambutan ataupun perayaan untuk masyarakat Dayak dari Sarawak dan sekitarnya. Walopun rig ni kat area semenanjung, majoriti rig crew dan catering/room adalah orang dayak/iban. Sebenarnya kat mana-mana drilling rig seluruh Malaysia ni memang banyak dan majoritinya adalah orang Iban. Jadi adalah dibuat makan-makan spesel sempena perayaan ni. Yela, cuba korang bayangkan korang beraya kat laut camtu la rasa dia. Jadi harap dengan adanya makan-makan spesel ni, terubat la sikit rasa sedih dorang tu. Aku ni menumpang makan je la,hihi. Yela, ada masak lobster kot. Kalo nak harapkan aku beli, memang kempis la dompet aku.
Time kat rig tu, sempat gak la aku berborak dengan beberapa orang samada dari group aku sendiri ataupun dari kampeni lain. Aku tanya apa planning dorang untuk masa depan, coz aku pun rasa cam aku malas-malas nak pegi offshore dah pada masa hadapan. Masing-masing memberi luahan yang agak berbeza tapi hampir sama. Ada yang nak cari keje lain yang kurang berat sikit dari ni, ada yang nak setel terus dari offshore sebelum umur 50 dan buat bisnes, ada yang nak cari kerja yang fleksibel waktunya, ada yang nak cari kerja darat yang ok.
Semua isi hati dorang ni aku akan ambil sebagai rujukan, sebab kadang-kadang kita pun perlu dengar pendapat atau pengalaman orang lain untuk membantu kita membuat keputusan. Tapi kata-kata nasihat daripada pakcik omputih ni yang aku rasa sedikit sebanyak menyedarkan aku. Umur dia dalam 62 tahun, dia start kerja offshore masa umur dia 24 kalo tak silap. So dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun ni, memang patut aku amik kira nasihat dia.
Apa yang dia kata? Dia kata…
- Sometimes the company doesn’t really care about you
- You must push yourself forward, always push yourself and rise among others
- Never stop improving yourself
- Don’t get stuck with the same job, look for the best opportunity
- Never stop looking for other job if you don’t like your current job
- The best job is always hard to get, that’s why it is the best job
Daripada nasihat dia tu, banyak yang aku boleh jadikan panduan dan pendapat aku dalam meneruskan kerjaya sekarang. Sejujurnya aku pun tak tau kerja apa yang aku rasakan The Best Job untuk aku tapi yang pasti kerja sekarang ni ofkos la bukan. Hihi. Ingat nak minta kerja dengan dia, tapi bidang lari gak la. dia cakap dah umur camni, mana ada sangat dia wat kerja. Kerja dia bila orang tanya pendapat, dia jawab. Orang tanya itu, dia jawab. Gile mudah punya kerja, wah!
Merenung laut yang berhampiran ni, muncul la pelangi yang memanjang dari penjuru kiri ke penjuru kanan. Seperti mana ia kelihatan muncul dari laut, seperti itu jugak dia kelihatan masuk ke laut. Pelangi memang nampak cantik, tapi bila pergi dekat dia tak dapat dipegang. Malah hilang entah ke mana. Makin menjadi kabur dan samar-samar pelangi itu, dan seperti itulah aku yang masih mencari-cari pekerjaan yang terbaik. Nama company yang hebat dan gah tak menjanjikan pekerjaan yang terbaik untuk seseorang. Lain orang lain pula sifatnya, kekuatan, kemahuan, kesanggupan dan pilihan.
Trip aku kali ini tak lama, sebab dah habis drilling kat area sini. So drilling rig ni akan ditarik oleh kapal untuk ke lokasi baru. Jadi dapat la aku balik awal untuk rehatkan badan, dan juga untuk menyusun langkah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam West Courageous je Boss.. Ke rig lain? Rig ni sekarang drilling utk Hess kan. Kawan penah naiksini, best rig dia. Keep on writing bro.
ReplyDeleterig dan client adalah rahsia, nanti susah nak cakap2 pape kat sini.hihi.
Deleterig ni ok la.track rekod pun ok,orang2 dia pun ok :)
sedapnya lobster.! :)
ReplyDeletebtw, best of luck.! semoga dalam lindungan Allah selalu...
hihi.
Deletebest gak lobster dia,saiz pun besar2.
time kasih ye,cik anissa :)
Helo En Tajul,
ReplyDeleteAwak ni dah macam saya pulak...you are thinking too much..hehe...maybe awk jgn terlalu fikir utk jd the best kot..tp y dont awk spend every second of ur life wisely and cherish every moment..just my 20 sen jer..hehe...
jg diri awk!
hi cik tihah :)
Deletemaybe sebab nak spend life wisely la yang wat banyak pikir kot :(
hope dapat yang terbaik nanti.
time kasih,take care too cik tihah :)
Syahdu entry bro ni.hehe
ReplyDeletehaha,tangkap lentok ni.
DeletePatut bro buat entry tajuk blues offshoreman. kahkah x nafi kerja mane pun mesti ada waktunya macam bro sekarang. hehe
Deletehaha.kadang2 je struck camni.hehe,tunggu dapat keje lain kot baru ok.
DeleteNo regret bro... aku berenti keje kilang sebab nak tumpu cari job dlm oil n gas.. bidng yg aku amik masa study... tapi sampai sekarang tanam anggur... keskes....
ReplyDeleteboleh punya,bro.nanti ada la tu datang keje oil & gass.hehe.
Deletetqvm bro.. blog byk info,...
Deleteblog isi masa lapang sahaja,bro.hehe.timekasih.
Deletesungguh syahdu..hehehe
ReplyDeletehaha.hati tisu,bro.wakaka.
Deletemacam geng seadrill je tu
ReplyDeletehaa. . . sini memang pakai seadrill punya rig n crew.
DeleteKeep on chasing ur dream... When there's a will there's a way :)
ReplyDeleteSincerely,
Pompomgirl :p
mekacih pompomgirl,hihi :p
Delete