Sunday, June 28, 2015

Penurunan Bilangan Operasi Carian Minyak @ Drilling Operation



Jangan tanya aku kenapa tak banyak vacancy untuk Oil & Gas dah, dan kenapa ramai pekerja kampeni Oil & Gas dibuang kerja.
Anyway, aku terjumpa seorang pekerja Baker Hughes Brunei yang ada urusan di Johor dimana dia kata di Brunei sahaja tahun ni, sebanyak 600 orang pekerja Oil & Gas pelbagai kampeni dibuang kerja.
Adik-adik yang baru graduate, cari la sektor lain dulu ye buat masa ni.

Thursday, June 4, 2015

Oil & Gas Asia (OGA) 2015 Exhibition


OGA datang lagi. Ada apa dengan OGA? It depends...
Di OGA ada pelbagai syarikat Oil & Gas, mungkin ada peluang pekerjaan juga kalau rajin tanya, ada pelbagai teknologi baru, ada gadis omputih import setiap kali musim pameran OGA ( read: booth PBJV ) dan ada artis ( ntah sesat ke apa, sila scroll gambar-gambar di bawah ).

Bagi aku, OGA adalah perayaan. Eh, cam poyo lak bunyi nya. Event yang hanya setiap dua tahun sekali. Tapi bagi aku, ia lebih dari itu. Di OGA ada company-company lama aku, ada kawan-kawan lama aku, ada terserempak dengan orang-orang management dari kampeni lama aku yang aku taknak tegur ataupun dorang pun taknak tegur aku. Pendek kata, ada memori. 

Juga ada berita juga dari kawan lama yang kampeni dia buang 40 orang, akibat keadaan semasa. Kawan aku pun turut terkena. Diharap semua dapat kerja semula. Keadaan sukar sekarang. Aku lak? Masih maintain record iaitu setiap kali OGA berlangsung, aku akan hadir dengan bekerja pada kampeni yang berbeza. Harini hari ke-3 aku kerja opis tempat baru, hihi.

Semoga kita semua mendapat rezeki yang berkat. Amin.