Awal tahun ni, aku ke Perlis dengan kawan. Perjalanan naik keretapi mengambil masa lebih kurang 12 jam. Keretapi bergerak dari KL Sentral pukul 8pm dan sampai ke Arau lebih kurang pukul 8.20am. Badan tak selesa?Haruslah camtu
coz duduk berlama-lama atas keratapi tu. Sampai kat
stesen Arau, kitorang
make-up diri masing-masing, buat-buat macam dah mandi la konon.
Then kitorang cari teksi & pegi ke Kuala Perlis. Caj RM24 dikenakan untuk sebuah teksi. Kalo naik sorang-sorang, nangis nak bayar.
Sampai kat Kuala Perlis, ramai yang panggil untuk naik feri ke Langkawi. Kitorang nak jalan-jalan kat Perlis je,hehe. Sambil
breakfast, kitorang usaha untuk mencari kereta sewa. Cam biasa, aku yang peramah ni pegi tanya kat akak yang jaga restoren tu pasal kereta sewa. Rupanya ayah dia ada wat bisnes tu, siap ada bisnes kad lagi. Caj sehari sewa ialah RM60 untuk kereta kancil automatik. Dah isi minyak RM50 sampai terkeluar tangki minyak tu, kitorang start berjalan. Kitorang pergi Padang Besar, Wang Kelian, Gua Kelam 1 & 2 dan Taman Reptilia.
Petang tu
check-in kat Kuala Perlis Seaview Hotel, RM85 satu b
ilik sehari. Pastu terkedek-kedek la kitorang pegi tepi laut, tengok
sunset. Malam tu makan
seafood sampai tak abis coz perut dah penuh, RM35 sorang. Malam tu memang tak
perform la makan-makan ni, malu pada diri sendiri. Tapi malam tu hidup kat sana, banyak aktiviti cam ada senaman ramai-rama
i,ada cam wat jualan depan hotel, ada function depan hotel lain & malam tu angin memang banyak bertiup . Musim agaknya. Balik hotel, terus lelap tak ingat apa.
Esoknya kitorang
check-out awal-awal pas makan
breakfast free dari
hotel &
extend sewa kereta sampai kol 4pm, caj RM30. Mula-mula kitorang pergi Wang kelian dulu untuk amik gambar then baru kitorang pegi Pasar Wang Kelian hari ahad & berjalan la merata-rata sampai kat pasar dorang yang ada kat sempadan Thailand. Dorang kat sini takde jual 100Plus langsung, sampai la satu gerai Malaysia dekat area nak masuk ke pasar tu. Perjalanan diteruskan lagi ke Tasik Melati waktu tengahari. Yela, kata nak lawat Perlis.
Then kitorang pergi tengok Taman Herba. Lepas solat jamak kat surau The Store (saje nak merase pegi sini), aku pegi lawat sorang kawan yang tinggal kat Kodiang, hehe. tak sempat borak lama pun sebab masa dah singkat.
Sebelum 4pm, kitorang pulangkan kereta & pekena Laksa Perlis dulu, pastu baru balik. Pakcik peramah yang tuan sewa kerata ni yang hantarkan kitorang ke stesen. M
ember dia yang keje dengan dia soh caj RM25 tapi pakcik tu caj RM20 je, sebab kitorang baik kot. hehe.
Keretapi bertolak lebih kurang pukul 5.20pm. Sampai kat Butterworth, dia lepak jap, tukar platform bagai, sambung gerabak baru & wat penyambungan sume tu. Aku pun turun la jap tengok dorang wat keje & tengok Butterworth ni . Hmm...
Keratapi bergerak kol 9pm & kitorang pun sembang dalam tu, makan-makan, solat jamak, dan berehat. Sampai stesen Taiping, usha la kejap kan camne rupa Taiping tu. Hehe, lama dah tak tempuh. Malam tu kira cam tak sedar diri tido hingga menyeksa rakan sebelah, sori ek. Sampai la KL Sentral kol 5am. Sebelum subuh, kitorang sarapan@McD dulu. Dalam kol 6.40, kitorang balik. Ramai gak yang tumggu LRT & komuter. Sampai rumah, haruslah tido dengan selesa lepas basuh baju. Nasib baik amik
half-day.