Friday, January 30, 2009

Berjalan ke Perlis

Awal tahun ni, aku ke Perlis dengan kawan. Perjalanan naik keretapi mengambil masa lebih kurang 12 jam. Keretapi bergerak dari KL Sentral pukul 8pm dan sampai ke Arau lebih kurang pukul 8.20am. Badan tak selesa?Haruslah camtu coz duduk berlama-lama atas keratapi tu. Sampai kat stesen Arau, kitorang make-up diri masing-masing, buat-buat macam dah mandi la konon. Then kitorang cari teksi & pegi ke Kuala Perlis. Caj RM24 dikenakan untuk sebuah teksi. Kalo naik sorang-sorang, nangis nak bayar.
Sampai kat Kuala Perlis, ramai yang panggil untuk naik feri ke Langkawi. Kitorang nak jalan-jalan kat Perlis je,hehe. Sambil breakfast, kitorang usaha untuk mencari kereta sewa. Cam biasa, aku yang peramah ni pegi tanya kat akak yang jaga restoren tu pasal kereta sewa. Rupanya ayah dia ada wat bisnes tu, siap ada bisnes kad lagi. Caj sehari sewa ialah RM60 untuk kereta kancil automatik. Dah isi minyak RM50 sampai terkeluar tangki minyak tu, kitorang start berjalan. Kitorang pergi Padang Besar, Wang Kelian, Gua Kelam 1 & 2 dan Taman Reptilia.
Petang tu check-in kat Kuala Perlis Seaview Hotel, RM85 satu bilik sehari. Pastu terkedek-kedek la kitorang pegi tepi laut, tengok sunset. Malam tu makan seafood sampai tak abis coz perut dah penuh, RM35 sorang. Malam tu memang tak perform la makan-makan ni, malu pada diri sendiri. Tapi malam tu hidup kat sana, banyak aktiviti cam ada senaman ramai-ramai,ada cam wat jualan depan hotel, ada function depan hotel lain & malam tu angin memang banyak bertiup . Musim agaknya. Balik hotel, terus lelap tak ingat apa.
Esoknya kitorang check-out awal-awal pas makan breakfast free dari hotel & extend sewa kereta sampai kol 4pm, caj RM30. Mula-mula kitorang pergi Wang kelian dulu untuk amik gambar then baru kitorang pegi Pasar Wang Kelian hari ahad & berjalan la merata-rata sampai kat pasar dorang yang ada kat sempadan Thailand. Dorang kat sini takde jual 100Plus langsung, sampai la satu gerai Malaysia dekat area nak masuk ke pasar tu. Perjalanan diteruskan lagi ke Tasik Melati waktu tengahari. Yela, kata nak lawat Perlis. Then kitorang pergi tengok Taman Herba. Lepas solat jamak kat surau The Store (saje nak merase pegi sini), aku pegi lawat sorang kawan yang tinggal kat Kodiang, hehe. tak sempat borak lama pun sebab masa dah singkat.
Sebelum 4pm, kitorang pulangkan kereta & pekena Laksa Perlis dulu, pastu baru balik. Pakcik peramah yang tuan sewa kerata ni yang hantarkan kitorang ke stesen. Member dia yang keje dengan dia soh caj RM25 tapi pakcik tu caj RM20 je, sebab kitorang baik kot. hehe.
Keretapi bertolak lebih kurang pukul 5.20pm. Sampai kat Butterworth, dia lepak jap, tukar platform bagai, sambung gerabak baru & wat penyambungan sume tu. Aku pun turun la jap tengok dorang wat keje & tengok Butterworth ni . Hmm...
Keratapi bergerak kol 9pm & kitorang pun sembang dalam tu, makan-makan, solat jamak, dan berehat. Sampai stesen Taiping, usha la kejap kan camne rupa Taiping tu. Hehe, lama dah tak tempuh. Malam tu kira cam tak sedar diri tido hingga menyeksa rakan sebelah, sori ek. Sampai la KL Sentral kol 5am. Sebelum subuh, kitorang sarapan@McD dulu. Dalam kol 6.40, kitorang balik. Ramai gak yang tumggu LRT & komuter. Sampai rumah, haruslah tido dengan selesa lepas basuh baju. Nasib baik amik half-day.

18 comments:

  1. weyhhh..walaaamakkk/!!!!

    best tol lah.. aku dok kedah pon tak abes jalan lg kat perlis..

    tp last time g KK best gak.. sme la..sewa keta, g shopping, amik gmbo segala bagai..muhahaha...

    btw, aku suke cerita ko, wlaupon pnjng, tp ayat2 ko sempoi..keep it up bro!

    ReplyDelete
  2. cam best..waaaa...nk ekot!!
    bile plak versi remaje spg durian neh..hoho
    aku suke gambo2 ko tuh..sempoi..yg kt signboard tuh plg aku suke..nape ek? ntah

    ReplyDelete
  3. aku pun suka gambar kat signboard tu.suka coz aku ni macam tiang signboard tu kot,hoho.

    ReplyDelete
  4. hey Tajul, its abong here.. seronok tgk ko having agood time with someone..

    ReplyDelete
  5. hai bro,thanks coz jenguk-jenguk blog aku.ala bro,tu kawan je pun,bukan gf tapi still have a good time.anyway,hope u also will have a good time in korea.

    ReplyDelete
  6. bro,bleh bg contact sewa keta tu tak?

    ReplyDelete
  7. hai bro,sye alif..sok sye nak g perlis..bleh bg contact no keta sewa tuh?

    ReplyDelete
  8. bro,ni ade beberapa no tipon.

    pakcik mustafa - 0135015049
    pakcik ramli - 0125722458
    pakcik yusri - 0134509290

    yang aku cite kat post kat atas ni pakcik mustafa kot,aku pun tak ingat.member aku dah ilangkan bisnes kad dia.

    ReplyDelete
  9. ni no sewa kereta pakcik kat perlis dalam cerita di atas:

    haji ghani - 0194224496

    ReplyDelete
  10. Perlis mmg best!
    ni yg rse nk blik kg. ni..huhuh

    ReplyDelete
  11. owh,dari perlis rupenye.hehe
    same la dengan bro zubaidi yg kat bawah tu,tapi kpg dia tah kat mane tah.

    ReplyDelete
  12. naik teksi agak2 dr kuala perlis ke padang besar berapa yer?

    ReplyDelete
  13. num2 kete sewe kt atas tu area mane erk???ade dri area kangar x??

    ReplyDelete
  14. dah lupa la,tak sure.rasanya ni yang kat area jeti tu.tapi give a try yek sume no kat atas tu :)

    ReplyDelete
  15. Terima kasih atas info. Saya tengah mencari kereta sewa area kuala perlis.

    ReplyDelete