Tuesday, April 7, 2009

Adab Memotong Kuku?


Kali ni saje nak cerita pasal memotong kuku dengan betul, walaupun boleh dipersoalkan. Soal jawab ni aku cilok untuk pemahaman semua.

soalan:

saya ingin bertanya adakah hadith ini sahih atau ia boleh diamalkan

RAHSIA MEMOTONG KUKU
RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

neon
terima kasih

————–

Jawapan :

ada yang mengatakan--->Riwayat itu adalah batil dan tidak ada sandarannya dlm syarak.
Oleh itu hadis ini adalah hadith maudhu'(PALSU).

al-Ustaz Abdullah Zuqail menyebut beberapa perkara yang tidak ada dalil tentang memotong kuku, antaranya :

- Mengkhususkan hari Jumaat untuk memotong kuku.
- Makhruh memotong kuku pada malam hari.
- Orang yang sedang berpuasa tidak boleh memotong kuku.
- Larangan orang yang sedang haid dan janabah dari memotong kuku.
- Memotong kuku dengan cara-cara tertentu.

Berkata Ibn Daqiq al-’Ied : “Apa yang tersebar tentang memotong kuku dalam cara-cara tertentu, tidak ada asal baginya di dalam syariat. Adapun memulakannya dengan tangan kanan kemudian tangan kiri, maka ianya termasuk di dalam keumuman sabda Nabi s.a.w. …”

Dr. Abdul Wahab pula berkata :

“Memotong kuku HARUS pada bila-bila masa dan tidak mengapa.”

wallahu a’lam.

5 comments:

  1. em.. tak pasti la nak ikut yg mana.. cuma yg pasti afdal setiap jumaat.. tp kalo ari2 lain tu, agak2 dh panjang sgt..potong je la.. yg penting kebersihan setiap masa...

    ReplyDelete
  2. tu la,ada yang kata hadis nabi.ada yang kata tak kisah.tapi incase,kita potong je la hari jumaat.kalo tiap2 jumaat potong,sure tak panjang mane pun.

    ReplyDelete
  3. Salam.akhun, kalu letakkan periwayat hadithnya, maybe kita boleh judge kesahihannya~
    Just a suggestion...T_T

    ReplyDelete
  4. tima kasih.i'll try to find it.kalo ada,nanti i will edit this post :)

    ReplyDelete
  5. hadith ini ramai yg meragui kerana tiada periwayatnya.maka kalau tengok kat ruangan jawapan tu,ada beberapa penafian mengenai hal ini.
    wallahu a’lam.

    ReplyDelete