Wednesday, September 9, 2009
Catatan Hidup: Aku, 09/09/09 & Panggilan Laut
Tarikh ni dikira tarikh menarik. Mesti ramai try nak kawin hari ni. So far, tarikh ni tak bagi pape kesan pun kat aku tapi apa yang dah jadi sehingga 09/09/09 ni banyak bagi kesan kat diri aku. Diri aku sebenarnye tak bersedia nak hadapi minggu ni, beban macam berat. Bermula lepas balik bercuti dari Cameron Highland, aku pegi ke majlis berbuka anjuran forum yang aku join. Terus terang aku cakap, aku kalo boleh taknak jumpa dorang sebenarnye tapi dalam masa yang sama aku nak sangat berjumpa dengan dorang. Last-last,aku pegi juga ke KGPA tu, buffet Ramadhan dalam rm46.50 tapi aku rase value yang aku makan macam rm10 je. Makanan dorang sedap-sedap tapi aku tak lalu makan. Nak je aku bungkus tiap-tiap makanan yang dorang masak tu,panaskan balik & jual balik kat bazar petang esok.
Tah camne, balik dari majlis tu aku dah mereng sikit. Tapi takpe, aku kuatkan semangat gak. Pasrah itu gagah. Patut la zaman dulu suka wat jahat yang ikhlas, bukan jahat yang menunjuk-nunjuk or tarik perhatian. Hati rasa puas,tapi otak rasa bodoh. Terpikir lak aku kene assist department lain untuk 1 projek. Masuk keje hari isnin, kene setelkan upload data yang asyik ada error. Excel boleh salah kira auto sum. Terpaksa aku cari tang mana salahnya satu-satu. Maunye tak lebam camtu. Akhirnya dapat gak. Hari rabu lak 1st time aku present untuk deparment aku depan department-department lain. Anak ikan cam aku mana la tau sangat nak menjawab soalan, terpaksa goreng-goreng gak walaupun ada jawapan yang macam tak menjawab soalan. Habis saja present, beban aku dah hilang banyak. Sekarang nak fikir pasal masa depan pulak.
Apa yang masa depannye tu? Tiket flight company dah setelkan. Ahad ni aku akan ke Alor Star & ada ejen yang akan bawak aku masuk ke Songkhla, Thailand. Ya,aku akan kerja kat offshore Thailand selama sebulan, bermakna aku turut sambut raya kat atas kapal 60 meter tu. Sedih? Takde la pulak. Maybe mindset aku dah ready sebulan awal sebelum ni, where aku da lama bajet bende ni tapi just nak betul-betul confirm and maybe coz aku rase aku takde pape sangat kat darat ni kecuali family aku & motor kapchai buruk aku tu. Jadi sebelum tu aku nak try gak jalan ke Masjid India atau Jalan TAR sabtu ni sebagai nak teruskan tradisi raya aku walopun takde sape yang nak ajak aku pegi sana. Apapun, aku memang bertabah dari dulu lagi. Moh dengar lagu raya.
*sepanjang 1-2 bulan ni ada beberapa nasihat yang aku dapat & aku suka yang kadang-kadang aku ingat dan kaitkan dengan benda yang terjadi:
- “mesti ada sebab sume bende ni terjadi. Kenapa dia boleh cerita bende ni kat u, kenapa u boleh berkawan dengan dia, kenapa boleh kantoi emel dia. Tuhan dah rancang bende ni samada mungkin nak u mengubah sesuatu keadaan atau nak sedarkan yang u dah kene tipu.”
- “kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walopun niat kita tu baik.”
- “mungkin sebab Tuhan tak bagi kita sesuatu tu sekarang coz taknak kita lalai, or mungkin sebab Tuhan nak bagi sesuatu tu yang lebih baik lagi dari yang kita idamkan sekarang”
- "and jaga hati tajul jgn bagi luka.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ko gi CPOC ke?
ReplyDeletehehe.salamat hari raya atas laut~
yup,CPOC project.ramai thai atas kapal kompeni aku keje ni,krew kapal n tukang masak je melayu.
ReplyDeletehoho,hepi raya bro :)
best tu bro..ada mbmr aku duk kapai m3..lanie raya sana..ramai kwn2 duk raya sna
ReplyDeletekekeke
....bro,ada line kosong sna bgatau..post dlm blog hg...aku cr pos instrument..mintak cpoc dah full..jenuh ai...
kalo ade,aku tepek vacancy nanti.kalo ada dorg nak amik orang untuk well testing, aku roger.
ReplyDeletesepanjang 1-2 bulan ni ada beberapa nasihat yang aku dapat & aku suka yang kadang-kadang aku ingat dan kaitkan dengan benda yang terjadi:
ReplyDelete- “mesti ada sebab sume bende ni terjadi. Kenapa dia boleh cerita bende ni kat u, kenapa u boleh berkawan dengan dia, kenapa boleh kantoi emel dia. Tuhan dah rancang bende ni samada mungkin nak u mengubah sesuatu keadaan atau nak sedarkan yang u dah kene tipu.”
- “kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walopun niat kita tu baik.”
- “mungkin sebab Tuhan tak bagi kita sesuatu tu sekarang coz taknak kita lalai, or mungkin sebab Tuhan nak bagi sesuatu tu yang lebih baik lagi dari yang kita idamkan sekarang”
- "and jaga hati tajul jgn bagi luka.."
=====> dunno what's happening, tp smoga tabah la ye :)
takde pape la cik mimi :)
ReplyDeletemekasih anyway