Sunday, September 27, 2009
Cerita Offshore: 1st Timer vs Oldtimer
Kali ni 1st time nak ke offshore, so segala persiapan aku da stanby awal-awal. Sume ade,sampai penuh 2 beg aku. Akak aku cakap cukup ke banyak ni je nak dok untuk sebulan. Heh,kalo dah pompuan tu macam-macam la korang nak bawak. Aku ni beg besar pun bawak ape je, coverall, boot & helmet bagai sume tu yang buat beg besar tu. Memula nak pegi tu, aku naik flight dari KLIA ke Alor Star. Kat sana dah ada ejen yang bawak kitorang masuk Songhkla. Time tu bulan pose, so kitorang beli siap-siap makanan kat area Changlun, Kedah. Kitorang berbuka dalam van je, time kat sana pun awal sejam dari Malaysia. So sebenarnye kira main redah gak la time berbuka tu. Malam tu kitorang stay kat Beach Hotel & Resort kat Songkhla kat tepi pantai.
Esoknye kitorang dah bersiap nak naik helicopter. Ni pun 1st time gak aku naik mende alah ni. Sebelum naik ade la tengok video & taklimat ringkas dari pilot tu, orang Thai gak. Time aku naik, ade 3 orang je penumpang coz aku ni 2nd trip. Aku cakap la kat pilot tu “can I sit near the window?, this is the 1st time im on a helicopter”. Terus Pilot tu bagi aku duduk belakang dia. Bukannye ape, ni untuk safety incase kao jadi pape. Pintu exit aku kat pilot depan so senang la aku nak kuar kalo jadi pape. Perjalanan amik masa selama sejam & kitorang mendarat kat T6, drilling barge Seadrill or Tioman Drilling punya.
Sampai kat situ, kitorang naik Kapal Posh Voyager. Ada gak yang bukak puasa time tu, aku tahan lagi la kan. Then dorang anta aku & krew well testing kat Kapal Posh Bali. Kapal ni ok la gak. Kat bilik tv dia yang ada tv LCD besar tut ah ade orang mane tah tengok cite xxx. Leh tahan dorang ni. Aku dok situ dalam 1-2 hari gak la. Then dorang anta aku ke Tanjung Gelang, kapal untuk well testing ni. Sekarang dah 2 minggu aku dok sini. Musim monsoon pun dah start, ombak pun da besar naik 3 meter. Dah 3-4 hari aku mabuk laut ni. Perut rasa mual, kepala rasa pening, cam nak demam & takleh tidor malam. Berpasrahan la aku kat sini. Harap nanti bila aku balik darat, ada la yang nak kuar tengok movie dengan aku.
*kata orang kalo pegi laut ni boring. Tapi kalo ada prob kat darat, ok je kita lari ke laut. Cam simbolik kita larikan diri dari probs. Lagipun sape la yang nak amik tau sangat pasal kita,kan?kan?kan? huh,anything can happen in 3 months.
Sunday, September 13, 2009
Persiapan ke Offshore & Berhari Raya
Aku pun tak sangka aku sempat gak nak menaip malam-malam buta ni campur penat lelah aku jalan-jalan siang tadi. Ni aku da kemas-kemas sikit barang ni. Coverall atau baju pelindung penuh ada 2 pasang. Sarung tangan aku beli sendiri,taknak share dengan orang lain.
PSP pun dibawak agar tak lebam boring atas sana. Kuih raya mak aku da siap-siap bagi bekal wat aku. Yang tinggal? Samada aku tabah ke or lemah time kat sana nanti, terutama time hari raya. Tapi harini pun aku da dapat feel raya. Pegi jalan masjid india.
Hari jumaat sebelum tu pun da terasa nak raya. Aku pegi cari sume orang & salam-salam. Dorang pun ucap selamat hari raya n wish gudlak. Siap aku pegi cari director lagi nak gitau aku pegi & salam dia. Feel raya tu memang kuat,aku pun tak berapa dapat nak tahan. Tapi jangan dilayan sangat rasa tu, nanti wat lemah je. Selemah kaki aku yang bejalan sampai tak hingat tengok orang ramai shopping siang tadi. Haip, jangan speku pape aku dengan minah tu ek. Dia tu kawan aku.
*hargailah mereka yang menghargai kita tu dari sibuk nak wat baik dengan mereka yang belagak bagus & laris di pasaran.
Wednesday, September 9, 2009
Catatan Hidup: Aku, 09/09/09 & Panggilan Laut
Tarikh ni dikira tarikh menarik. Mesti ramai try nak kawin hari ni. So far, tarikh ni tak bagi pape kesan pun kat aku tapi apa yang dah jadi sehingga 09/09/09 ni banyak bagi kesan kat diri aku. Diri aku sebenarnye tak bersedia nak hadapi minggu ni, beban macam berat. Bermula lepas balik bercuti dari Cameron Highland, aku pegi ke majlis berbuka anjuran forum yang aku join. Terus terang aku cakap, aku kalo boleh taknak jumpa dorang sebenarnye tapi dalam masa yang sama aku nak sangat berjumpa dengan dorang. Last-last,aku pegi juga ke KGPA tu, buffet Ramadhan dalam rm46.50 tapi aku rase value yang aku makan macam rm10 je. Makanan dorang sedap-sedap tapi aku tak lalu makan. Nak je aku bungkus tiap-tiap makanan yang dorang masak tu,panaskan balik & jual balik kat bazar petang esok.
Tah camne, balik dari majlis tu aku dah mereng sikit. Tapi takpe, aku kuatkan semangat gak. Pasrah itu gagah. Patut la zaman dulu suka wat jahat yang ikhlas, bukan jahat yang menunjuk-nunjuk or tarik perhatian. Hati rasa puas,tapi otak rasa bodoh. Terpikir lak aku kene assist department lain untuk 1 projek. Masuk keje hari isnin, kene setelkan upload data yang asyik ada error. Excel boleh salah kira auto sum. Terpaksa aku cari tang mana salahnya satu-satu. Maunye tak lebam camtu. Akhirnya dapat gak. Hari rabu lak 1st time aku present untuk deparment aku depan department-department lain. Anak ikan cam aku mana la tau sangat nak menjawab soalan, terpaksa goreng-goreng gak walaupun ada jawapan yang macam tak menjawab soalan. Habis saja present, beban aku dah hilang banyak. Sekarang nak fikir pasal masa depan pulak.
Apa yang masa depannye tu? Tiket flight company dah setelkan. Ahad ni aku akan ke Alor Star & ada ejen yang akan bawak aku masuk ke Songkhla, Thailand. Ya,aku akan kerja kat offshore Thailand selama sebulan, bermakna aku turut sambut raya kat atas kapal 60 meter tu. Sedih? Takde la pulak. Maybe mindset aku dah ready sebulan awal sebelum ni, where aku da lama bajet bende ni tapi just nak betul-betul confirm and maybe coz aku rase aku takde pape sangat kat darat ni kecuali family aku & motor kapchai buruk aku tu. Jadi sebelum tu aku nak try gak jalan ke Masjid India atau Jalan TAR sabtu ni sebagai nak teruskan tradisi raya aku walopun takde sape yang nak ajak aku pegi sana. Apapun, aku memang bertabah dari dulu lagi. Moh dengar lagu raya.
*sepanjang 1-2 bulan ni ada beberapa nasihat yang aku dapat & aku suka yang kadang-kadang aku ingat dan kaitkan dengan benda yang terjadi:
- “mesti ada sebab sume bende ni terjadi. Kenapa dia boleh cerita bende ni kat u, kenapa u boleh berkawan dengan dia, kenapa boleh kantoi emel dia. Tuhan dah rancang bende ni samada mungkin nak u mengubah sesuatu keadaan atau nak sedarkan yang u dah kene tipu.”
- “kita tak boleh nak puaskan hati semua orang walopun niat kita tu baik.”
- “mungkin sebab Tuhan tak bagi kita sesuatu tu sekarang coz taknak kita lalai, or mungkin sebab Tuhan nak bagi sesuatu tu yang lebih baik lagi dari yang kita idamkan sekarang”
- "and jaga hati tajul jgn bagi luka.."
Subscribe to:
Posts (Atom)