Sunday, September 13, 2009
Persiapan ke Offshore & Berhari Raya
Aku pun tak sangka aku sempat gak nak menaip malam-malam buta ni campur penat lelah aku jalan-jalan siang tadi. Ni aku da kemas-kemas sikit barang ni. Coverall atau baju pelindung penuh ada 2 pasang. Sarung tangan aku beli sendiri,taknak share dengan orang lain.
PSP pun dibawak agar tak lebam boring atas sana. Kuih raya mak aku da siap-siap bagi bekal wat aku. Yang tinggal? Samada aku tabah ke or lemah time kat sana nanti, terutama time hari raya. Tapi harini pun aku da dapat feel raya. Pegi jalan masjid india.
Hari jumaat sebelum tu pun da terasa nak raya. Aku pegi cari sume orang & salam-salam. Dorang pun ucap selamat hari raya n wish gudlak. Siap aku pegi cari director lagi nak gitau aku pegi & salam dia. Feel raya tu memang kuat,aku pun tak berapa dapat nak tahan. Tapi jangan dilayan sangat rasa tu, nanti wat lemah je. Selemah kaki aku yang bejalan sampai tak hingat tengok orang ramai shopping siang tadi. Haip, jangan speku pape aku dengan minah tu ek. Dia tu kawan aku.
*hargailah mereka yang menghargai kita tu dari sibuk nak wat baik dengan mereka yang belagak bagus & laris di pasaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ecece...speku speku..hehe
ReplyDeletesalam lebaran bro..
nti citer kt blog ko nyer pengalaman kt ofshore tuh~
aku next year kot raya laut~ hihu
alolololo dia ni...malu-malu kucing plak abang tajul ni..kalo letak kucing sebelah tu, mesti kucing tu pun kalah dgn ko!
ReplyDeletesemoga tabahkan hati..
ReplyDeletegudluck di sana..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin..
hafizd: haha,best pe beraya kat laut.nanti kalo banyak masa,aku update.
ReplyDeleteanony: hehe,kucing hapenye.aku tak malu,aku ngap je.hoho.
koi: bertabah ni bro.selamat hari raya :)