Tuesday, February 3, 2009

Catatan Hidup

Hari Wilayah maknenye KL bercuti. Sebagai warga wilayah yang baru, aku pun meraikan jugak la sampai tak balik ke kampung halaman. Disebabkan ramai kawan-kawan yang balik umah & ada hal, aku pun membawa diri sorang-sorang. Yela, cam la aku ni best sangat sampai ramai nak keluar dengan aku. Hehe. Takpe, belajar bawak diri dari sekarang. Bende yang aku nak wat ialah mencari game pc yang pirate. Nak beli original, menangis la coz mahal. Disebabkan susah sangat nak cari kat Wangsamaju ni, aku telah membawa diri aku ke Digitalmall kat PJ setelah mendapat maklumat mengenai jualan disana, chewah. Pegi sorang je redah, memang nekad betul aku ni. Sampai kat sana, aku yang tamak ni beli FIFA 09, FIFA Manager 09 & Need For Speed Undercover. Tamak gile, cam la dapat main semua. Sampai je kat umah, mula la menginstall game. Tiba-tiba aku jadi bengang, DVD player aku rosak. Camne nak install camni. Patutla akak aku dulu takleh tengok dvd kat laptop aku. Bila check warranty, baru abis minggu lepas. Nak cari Acer Centre tah kat mane. Bile bukak web dia, ada tulis kat Lowyat & ade ape tah kat Digitalmall. Akhirnya aku pun melawat balik PJ tu ke Digitalmall, melayang la RM200 yang aku sayang.

No comments:

Post a Comment