Tuesday, March 31, 2009
Offshore Facilities
Saje je nak paste gambar yang aku sempat snap. Ada macam FPSO lama & 2 jack-up rig kat luar perairan Malaysia. Area ni dekat dengan Singapore. Nak kata yard, jauh sekali. Maybe dorang just park sesaja, tapi area ni memang cetek la. Boleh tengok leg kat jackup tu yang baru tengelam sikit. Kalo tengok jenis jackup ni mengikut spec Hercules, jenis 180 & 200. Tu je la pun, saje nak letak kat sini.
Monday, March 23, 2009
Oil & Gas Vacancy
Chalpoint (M) Sdn Bhd
Syarikat ni terletak di Subang. Serba sedikit mengenai Syarikat ni:
Chalpoint (M) Sdn Bhd is a PETRONAS licensed engineering services company incorporated to serve the Oil & Gas, Petrochemical and Electrical Power industries.
Antara klien dorang ialah Petronas, Esso, Talisman $ Murphy Oil.
Jawatan yang ditawarkan:
Design & Engineering
1)Project Managers
2)Project Engineers
3)Process Engineers
4)Instruments Engineers
5)Mechanical Engineers
6)Electrical Engineers
7)Structural Engineers (Offshore)
8)Pipeline Engineers (Offshore / Onshore)
9)Safety / Risk Engineers
10)Piping Designers
Site Personnel
11)Commissioning Engineers (All Disciplines)
12)Turnaround Supervisors (All Disciplines)
Requirements:
1)Only candidates with the relevant Oil & Gas experience will be considered. Others need not apply.
2)Applicants shall submit detailed resume with references.
3)A minimum of ten (10) years experience is required for senior positions of the respective disciplines.
hr@chalpoint.com.my
Syarikat ni terletak di Subang. Serba sedikit mengenai Syarikat ni:
Chalpoint (M) Sdn Bhd is a PETRONAS licensed engineering services company incorporated to serve the Oil & Gas, Petrochemical and Electrical Power industries.
Antara klien dorang ialah Petronas, Esso, Talisman $ Murphy Oil.
Jawatan yang ditawarkan:
Design & Engineering
1)Project Managers
2)Project Engineers
3)Process Engineers
4)Instruments Engineers
5)Mechanical Engineers
6)Electrical Engineers
7)Structural Engineers (Offshore)
8)Pipeline Engineers (Offshore / Onshore)
9)Safety / Risk Engineers
10)Piping Designers
Site Personnel
11)Commissioning Engineers (All Disciplines)
12)Turnaround Supervisors (All Disciplines)
Requirements:
1)Only candidates with the relevant Oil & Gas experience will be considered. Others need not apply.
2)Applicants shall submit detailed resume with references.
3)A minimum of ten (10) years experience is required for senior positions of the respective disciplines.
hr@chalpoint.com.my
Labels:
fresh graduate,
kerja kosong,
malaysia,
oil n gas,
vacancy
Monday, March 16, 2009
Bukit Cerakah, again.
Hujung minggu haritu aku ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam (betul kan aku tulis?) atau lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah. Ni adalah perancangan gathering oleh housemate lama time kat Shah Alam dulu. Memula nak lawat Faiz Jali, tapi disebabkan dia dah sihat(sampai boleh amik exam PTD dengar cite) jadi kitorang tukar la plan. Yang datang kali (rujuk gambar basikal,kiri ke kanan) ialah Syed Nabil(Alam Maritim), aku, Ayin(Daimler), Hazrad(Ranhill) & Azlan(Perodua). Dorang ni makin tough badan dorang (sebenarnye nak cakap 'sihat'), terutama Hazrad. Nabil ada persaingan. Yang tak dapat datang ialah Ismail(Materialise) coz meraikan anak buah yang baru. Azlan ni ada gak jadi agen untuk Gamogen, Sensaoil(hehe..layan) & ejen Public Mutual. Dorang sume dah ada gf. Aku je takde. Takpe, hidup single la best. Lalala...
Kitorang start masuk dalam pukul 11.30am. Bayaran masuk ialah RM3. Kali ni kene bayar, dulu masuk free je ikut jalan kebun bunga. Aktiviti biasa la, naik basikal sampai sakit punggung. Penat gak naik basikal ni, banyak kali je rehat. Kalo turun bukit, laju je peginye. Sewa basikal adalah RM3 untuk sejam yang pertama & RM1 untuk sejam seterusnya. Kitorang naik basikal sejam, tolak basikal coz tak larat sejam. Patutnye kene bayar murah la. Sekarang ni Rumah Empat Musim tu musim bunga. Suhu antara 7 ke 12 darjah celcius. Dorang sume taknak masuk, tapi aku paksa gak Azlan masuk. Banyak gak bende aku nampak dalam tu. So tak rugi la pun masuk, hehe. Pastu cadang nak mandi swimming pool dalam kawasan Bukit Cerakah, tapi tak sempat. So kitorang just mandi peluh je la. Tapi balik tu sempat la kitorang mandi gak kat Masjid Shah Alam, kirenye ada la keberkatan kat situ. Kesimpulannya, Bukit Cerakah memenatkan.
Friday, March 13, 2009
Catatan Hidup
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Yela tu. Habis sport-rim motor aku dulu patah, tak tumbuh pun. Laptop aku hilang, takde pun berganti. Ade tu ade la, tapi sume gune duit aku gak. Aritu masa dah nak bertolak balik KL dari kampung, mak aku cakap "cari gf best-best". Samada mak aku nak menantu sangat daripada aku ataupun dia tau aku boring takde sape nak suruh aku cari gf, asyik ayah aku suruh akak-akak aku je cari bf. Takpe la, soal gf tu lantak la. Kalo ada jodoh, ada la. Sebenarnya nak cite pasal beg yang dah banyak berjasa, sejak taun 2004 lagi. Dah banyak kitorang harungi bersama. Antaranye pegi Sunway Lagoon, Genting, accident, balik kampung, Penang, etc. Tapi bila tempat tarik zip beg tu dah 2-3 yang tercabut or patah, maknanye perkhidmatan dia haruslah dihentikan. Tapi segala aksesori & barang-barang dalam beg lama dipindahkan ke beg baru. Beg lama ni memang takkan dibuang la sebab aku sayang pada kamu, wahai beg. Cuma sekarang taktau nak letak mana, stor dah penuh. Hehe.
Lain-lain cite, aku dah dapat appraisal form. Hehe. Kalo tengok markahnye, dapat A+ tapi sejauh mana betulnye dan jujurnya boleh diragui. Wink.
Tuesday, March 10, 2009
Kereta Polis Peronda Malaysia Terbaru, Mitsubishi Evo
Wah, polis peronda Malaysia sekarang akan menggunakan Mitsubishi Evo 10. Tak tau la berapa unit yang akan dibekalkan tapi rabak jugak la poket kerajaan kalo camni. Walo apa pun, yang pasti poket pelumba jalanan pun akan turut rabak sama coz pasni senang-senang je dorang kene pintas nanti. Tapi kalo kereta dorang memang super sport car, memang takleh wat apa lah. Lambang helang kat kereta tu pun dah boleh wat kita gerun & rasa kereta ni hebat. Tapi takpe, atleast kereta Evo baru ni akan menjanjikan saingan sengit kat dorang yang suka speed kat memana jalanraya tu. Kereta ni sekali pandang macam kerete Transformers Decepticon yang nama Barricade tu. Cuma warna je lain. Lepas ni kalo aku gian nak tengok adegan kejar-mengejar dalam game Need4Speed, bole la aku tengok kat highway Malaysia tak lama lagi.
-kredit to malaysia tomorrow-
Thursday, March 5, 2009
Oil & Gas Vacancy
Deleum Group Berhad/Delcom Services Sdn Bhd
Current Vacancies
OILFIELD SERVICES DIVISION
Wellhead Maintenance Team Leader (Miri)
Wellhead Maintenance Technician
Wireline Operator (offshore crew)
Wireline Assistant (offshore crew)
POWER GENERATION DIVISION / TURBOSERVICES SDN BHD
Project Engineer
GROUP FINANCE DIVISION
Accounts Assistant
Accounts Executive
ADMIN DEPARTMENT
Administrative Assistant
HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
Training Executive
You can open their website at www.deleum.com
or send your resume to recruitment@delcom.com.my
Current Vacancies
OILFIELD SERVICES DIVISION
Wellhead Maintenance Team Leader (Miri)
Wellhead Maintenance Technician
Wireline Operator (offshore crew)
Wireline Assistant (offshore crew)
POWER GENERATION DIVISION / TURBOSERVICES SDN BHD
Project Engineer
GROUP FINANCE DIVISION
Accounts Assistant
Accounts Executive
ADMIN DEPARTMENT
Administrative Assistant
HUMAN RESOURCE DEPARTMENT
Training Executive
You can open their website at www.deleum.com
or send your resume to recruitment@delcom.com.my
Labels:
engineer,
entry level,
fresh graduate,
malaysia,
offshore,
oil n gas,
vacancy
Monday, March 2, 2009
Decommisonning Seminar, KLCC
Minggu lepas, aku ada pergi classroom training untuk decommissioning offshore structure. Decom tu ape? Ada kaitan dengan Pikom PC Fair tu ke? Kaitan mereka ialah ia dilangsungkan kat tempat yang sama, kat Kuala Lumpur Convention Centre. Yang lain memang takde kaitan langsung. Decommissioning secara kasar dan ringkasnye ialah penutupan operasi dan menanggalkan barang-barang operasi. Kalo untuk platform, kira kita tanggal sume la yang ada & tutup lubang-lubang minyak sume tu. Bende ni berlangsung seminggu, tapi kadang-kadang sampai tengah hari je. Penceramah dia ialah salah sorang founder company Proserv dari US & GM untuk asia-pasifik. Malas nak cite pasal pe yang dia ajar, panjang sangat. Ramai Carigali yang join ni, dorang ni ok gak la. PMU (Petroleum Management Unit, Petronas)pun ada gak dalam 2 orang. Selebihnya ialah dari Proserv & Tanjung. Kat sini makan memang best la, ala-ala hotel la katakan. Budget untuk sorang ialah RM150. Aku bersungguh-sungguh makan nak penuhi bajet tu. Budin(Proserv)memang memenuhi bajet makan, rasanya dia makan lebih dari bajet agaknye. Masa hari jumaat, merasa gak aku solat jumaat kat masjid KLCC. Nasib baik tak solat kat atas rumput, orang ramai gila. Aku memang dilimpahi sinar ketika solat mahupun ketika khutbah coz aku duduk kat simen yang takde bumbung, nasib baik tak ujan. Lepas solat jumaat tu, jemaah masuk la KLCC melalui Isetan. Memang meriah betul time tu, dengan ramai-ramai berpusu-pusu nak masuk pejabat, dengan yang beli barang-barang lagi . Time tu ada sale kat Isetan, sampai 70%. Tak hairan la kalo ramai je orang kat situ pas solat, terutama golongan hawa. Rasenye kat situ memang port setan melepak la agaknye. Tu je la nak cite. Untuk kursus ni last-last, aku gak yang buat hardcopy untuk sume orang walopun pihak lain yang dapat ucapan terima kasih, ceh. Nak cite sikit, yang permohonan aku untuk Board of Engineer Malaysia(BEM) sedang diproses. Ada jugak senior kat sini yang nak tolong. Bos department tolong gak ke...? Harapan je la...
Subscribe to:
Posts (Atom)