Monday, March 2, 2009
Decommisonning Seminar, KLCC
Minggu lepas, aku ada pergi classroom training untuk decommissioning offshore structure. Decom tu ape? Ada kaitan dengan Pikom PC Fair tu ke? Kaitan mereka ialah ia dilangsungkan kat tempat yang sama, kat Kuala Lumpur Convention Centre. Yang lain memang takde kaitan langsung. Decommissioning secara kasar dan ringkasnye ialah penutupan operasi dan menanggalkan barang-barang operasi. Kalo untuk platform, kira kita tanggal sume la yang ada & tutup lubang-lubang minyak sume tu. Bende ni berlangsung seminggu, tapi kadang-kadang sampai tengah hari je. Penceramah dia ialah salah sorang founder company Proserv dari US & GM untuk asia-pasifik. Malas nak cite pasal pe yang dia ajar, panjang sangat. Ramai Carigali yang join ni, dorang ni ok gak la. PMU (Petroleum Management Unit, Petronas)pun ada gak dalam 2 orang. Selebihnya ialah dari Proserv & Tanjung. Kat sini makan memang best la, ala-ala hotel la katakan. Budget untuk sorang ialah RM150. Aku bersungguh-sungguh makan nak penuhi bajet tu. Budin(Proserv)memang memenuhi bajet makan, rasanya dia makan lebih dari bajet agaknye. Masa hari jumaat, merasa gak aku solat jumaat kat masjid KLCC. Nasib baik tak solat kat atas rumput, orang ramai gila. Aku memang dilimpahi sinar ketika solat mahupun ketika khutbah coz aku duduk kat simen yang takde bumbung, nasib baik tak ujan. Lepas solat jumaat tu, jemaah masuk la KLCC melalui Isetan. Memang meriah betul time tu, dengan ramai-ramai berpusu-pusu nak masuk pejabat, dengan yang beli barang-barang lagi . Time tu ada sale kat Isetan, sampai 70%. Tak hairan la kalo ramai je orang kat situ pas solat, terutama golongan hawa. Rasenye kat situ memang port setan melepak la agaknye. Tu je la nak cite. Untuk kursus ni last-last, aku gak yang buat hardcopy untuk sume orang walopun pihak lain yang dapat ucapan terima kasih, ceh. Nak cite sikit, yang permohonan aku untuk Board of Engineer Malaysia(BEM) sedang diproses. Ada jugak senior kat sini yang nak tolong. Bos department tolong gak ke...? Harapan je la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perrghh..mmg leisure la course neh..rehat mau 2 jam... break plak 1/2 jam...hahaha
ReplyDeletebtw, nice knowing you~
tu la, tu belum kira lagi air smoothies yang kita balun.hehe.
ReplyDelete