
Jom kita berjiwa-jiwa kali ni. Hehe,ngarut la aku. Sepanjang aku hidup selama 24 taun ni (baru je 24 dua minggu lepas), dah banyak cerita pasal hati & perasaan aku dengar. Nak kata yang aku lalui,mana ada sangat pun. Pape pun,kalo libatkan hati & perasaan ni tak semuanya indah kan. Bak kata orang dulu-dulu, langit tak selalu cerah. Tu sebab aku asyik prepare baju hujan time nak pegi keje. Pekena milo panas cicah biskut kering 4 segi tu memang sedap time hujan,nyam nyam. Yela,aku stop melalut. Meh aku nak cite kat korang ape yang kawan-kawan aku dah merasa, samada negatif atau positif. Sori ek my frens,aku cedok sikit cite korang. Jangan risau,nama akan dirahsiakan. Hehe.
Cite sedih:
a) Kapel dari time matrik sampai la abes degree. Then time kerja, si pompuan beralih arah ke mamat yang sama tempat kerja dengan alasan cam kurang perhatian dari bf. Entahlah, tak berani nak komen sangat.
b) Kapel time study degree pastu tiba-tiba pompuan tu meragam dengan perangai tak matangnye mintak clash time lagi seminggu nak final exam, dengan alasan nak hidup single la,hape la. Tak sampai seminggu, minah tu kapel dengan ex-bf dia. Tapi cite ni aku cam biase dengar je, kan.
c) Ada gal ni minat kat sorang mamat ni, then gal dia cite kat kawan baik dia iaitu seorang perempuan gak. Rupenye dalam masa yang sama, kawan baik dia tu sebenarnye cuba gak ngurat mamat yang sama dalam diam-diam, padahal dah pasang banyak lelaki lain & dah ada bf.
d) Ada gak sorang gadis ni yang suka kat sorang mamat ni tapi mamat ni cakap dia ni cam jenis ada nafsu sikit (camne nak explain ek,korang pahamkan sendiri la). Then mamat tu cakap gadis ni terlalu baik untuk dia (eleh…lame excuse la bro). si gadis ni terus doakan mamt ni berubah.
e) Cite pasal si gf tumbuk muka bf pun ada,tapi still on lagi. Salah bf dia gak kot. Takleh cite lebih-lebih,kang aku lak yang kene tumbuk kang. Hehe.
Cite pelik:
a) Ada sorang mamat ni dia kira baik la,tak merokok n menjaga solat tapi dia suka kat minah yang merokok & tak penah dilihat solat. Pompuan tu lak cam taknak kat dia. Sian mamat tu, tak tau nak kata mamat tu yang pelik ke or minah tu.
b) Perasaan yang terhasil time kali ke-2 jumpe ketika 30 minit terakhir dalam cinema. Hepi ending? tak berapa.
c) Ada pompuan tu tersalah call mamat ni, then tah camne leh kapel. Hish,pelik la korang ni.
Tapi ada gak cite gembira:
a) Member yang kapel dari zaman sekolah dah kawin.
b) Member yang kapel dari zaman university dah bertunang.
c) Hubungan jarak jauh antara semenanjung & sabah yang masih berterusan.
d) Budak-budak yang serumah time university dulu, yang 4 dari 5 ahli rumah tu da ada kapel time abes study. Yela,aku ni yang sorang tu yang takde steady gf. Huhu.
Tapi pape pun, harap korang hidup dengan gembira dalam hidup korang. Jangan lupa banyakkan doa kat tuhan. Parent pun jangan korang lupa. Yang takde pasangan tu,rilek la. Watpe nak kapel cepat-cepat,kan.--> aku memang pandai pujuk diri sendiri