Thursday, June 25, 2009

Bulan Rejab dan Remaja Sekarang


Bulan Rejab dah tiba, jadi nak sentuh sikit pasal bulan Islam ni. Owh, bila sebut pasal agama je malas nak baca ek. Hehe. Takde la, ni aku cakap untuk diri aku sendiri. Lalala. Bulan Rejab ni dari segi makna bahasa ialah menghormati dan memuliakan. Dinamakan bulan Rejab ni sebab orang-orang jahiliyah dulu menghormati dan memuliakan bulan ini dengan mengharamkan peperangan dalam bulan ini. Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram iaitu sebagaimana yang disepakati oleh semua ulama' ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Maksud haram kat sini ialah umat Islam diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut dan dicerobohi. Kirenya kita takleh mulakan perang dulu la dalam bulan ni. Sabda Nabi saw: " Bulan Rejab bulan Allah , bulan Syaban bulanku , bulan Ramadhan bulan umatku".

Berbalik kat remaja zaman sekarang ni, sebahagian dari mereka (sebahagian je,bukan semua) memang tak sabar tunggu bulan Rejab ni walaupun dorang tah perasan tah tak bulan Rejab ni dah masuk. Bukan ape, tak sabar nak tunggu Raya. Ada tu dah sibuk dengan tema baju raya, siap kecewa lagi dengan tema taun ni (untuk family dorang la,family aku main redah je). Diingatkan lagi, ni pasal sebahagian remaja je. Bole jadi sebahagian kecil tapi yang pasti memang ada, lalala. Sibuk je nak Raya. Puasa tah dah habis ganti tah belum. Tak kisah la lelaki ke pompuan kan. Solat pun da abes ganti ke? Yela, time orang lain posa, dia pun same la puasa time bulan Ramadhan tapi solat tu buat ke. Bukan solat sunat tarawih tapi solat wajib 5 waktu. Pelik gak kan jenis yang tak solat ni. Solat malas, tapi time bulan puasa rajin lak dia puasa ek. Tang puasa je la, tang lain tu same je. Aku ni cakap orang je, diri aku sendiri pun solat tak betul. Bulan Rejab ni diharap pada dorang yang malas buat bende-benda wajib cam solat tu, diharap cuba la buat. Takkan nak enjoy 24/7 je kan pastu tau konon nak speak English, tang yang mencarut-mencarut tu la. Kecoh je,padahal overall English dorang taklah hebat mana. Keras gak lidah tu bila speaking. Akhirnya nampak cam poyo. Takpe, kita doa bersama supaya dorang ni mula wat benda wajib.
Melalut lak kan aku ni :)

4 comments:

  1. dulu time kat mrsm.. rajin giler posa sunat nak2 time bln rejab ngn syaaban.. skrg ni dah makin malas.. haha.. teruk btul..hope this year would be better..

    ReplyDelete
  2. aku pun da malas la sekarang ni.dulu rajin gak.agaknye boring keje kot,tu yang rasa nak mengunyah n minum je tu.ni nak paksa diri pose pasni.

    ReplyDelete