Tuesday, June 16, 2009

Oil and Gas Asia Exhibition ( OGA 2009) KLCC








Minggu lepas, OGA telah kembali ke KLCC. Seperti biasa, banyak la company yang membuat pameran kat situ. Benda ni berlangsung selama 3 hari. Aku? Tiap-tiap hari aku datang, hehe. Gejala malas dok opis la ni. Walopun aku bukan exhibitor, tapi aku print gak pass untuk exhibitor coz aku tau nanti ramai orang beratur untuk dapatkan pass visitor. Banyak la kan syarikat yang ada terutama syarikat servis tempatan & antarabangsa. Antaranya ialah UMW oil, Shell (takde tunjuk teknologi ape pun), Exxon mobil (tunjuk mintak pelincir dia), GPS, Technip dan lain-lain. Majlis ni dirasmikan Tun Mahathir pada hari ke-2. Sempat gak la aku amik gambar dia masa dia kat Kenchana HL, anak dia Dato Mokhzani punya. Tapi yang pelik, Petronas takde. Ade sesapa bole jawab? Yang company dekat tower 2 KLCC pun rasanya 1 pun takde wat show. Company lain macam Schlumberger, Halliburton & Baker Hughes pun takde. Yang besar-besar dari Arab tu usah cakap la, memang takde. Gazprom dari Russia ade la. Walopun dorang syarikat minyak terbesar dunia, tapi tak bawak apa pun. Bawak minah-minah cun Russia je & sorang-dua mamat yang tak berapa fasih English. Bila tanya pasal projek kat Malaysia & Asia, dorang cakap takde. Booth punya la besar tapi rasanya cam dia wat umah dorang lepak-lepak & toilet je coz tertutup. Paling kuta pun , just boleh drop business card je. Takpe, OGA kali ni tetap meriah & ramai gila yang datang. Ada gak company wat stail PC fair, letak amoi-amoi sexy kat depan booth dorang. Layan saja, hehe. Ramai la yang datang termasuk student yang datang cari keje. Untuk pekerja lak yang ikhlas pegi booth lain cari projek ada satu bahagian, yang cari free gift satu bahagian. Lantak korang la kan, tapi aku kecewa gak la tak dapat pendrive percuma. Hehe.


9 comments:

  1. nak pegy!!!
    syg lah~
    i kt png..
    cuti 2 bulan~
    huh~

    ReplyDelete
  2. lor...kalo kamu ada,leh saya temankan :)

    ReplyDelete
  3. uiii ..smpt ngn mahathir tuh..hehe

    ReplyDelete
  4. mahathir tu aku kejar sampai ke hujung hall tu.hehe.

    ReplyDelete
  5. petronas xde sebab die dah kaya.hahaha.x yah nak wat exhibition pon org dah knl die

    ReplyDelete
  6. shell & exxonmobil yang hebat gedabak tu ade je :)

    ReplyDelete
  7. en tajul

    kt pameran tu ape aktiviti yg ade? tak tau pun pasal ni..

    padahal eden kt pj ni je..

    ReplyDelete
  8. kat pameran tu ade company2 yang pamerkan dorang punya operation & servis je,takde pe sangat.
    ada gak yang ada vacancy tapi skit je.

    ReplyDelete
  9. owhh.. mcm itu ka...

    ReplyDelete