Sume orang suka berangan dan ada impian. Ada nak jadi kaya la, nak kawin ngan artis la, nak pakai kereta best la. Eh, pun nak jadi kaya gak. Hikhik. Tapi aku ada beberapa impian sederhana yang aku cuba nak capai dalam hidup ni. Rasanya kalau berjaya menggapai impian ni pun, bukan ada apa pun. Cuma hati puas je la kot. Antara impian-impian aku yang tak best ni ialah:
1) Mendaki Gunung Kinabalu.
Gunung ni kan gunung tertinggi kat Asia Tenggara (walaupun ada desas desus yang sebenarnya ada gunung lain di negara Asia Tenggara yang lagi tinggi). Walaupun aku ni asalnya memang suka aktiviti outdoor dan hiking, tapi aku tak penah lagi naik sini. Nak merasa cabaran naik gunung berbatu dan nak keluarkan duit kertas yang ada gambar kat gunung kinabalu tu bila dah sampai nanti. Tapi kos dia boleh tahan gak…
2) Pergi Bali
Dulu orang kecoh sangat pasal Bali ni, tu yang wat aku teruja tu dan nak sangat tengok tempat yang femes ni. Tapi impian ni berjaya gak aku capai dalam tahun ni. Kiranya tak sangka la akan ke sini gak dalam masa terdekat. Best beb, kat sini omputih kaw-kaw punya. Hikhik.
3) Naik kapal Sapura3000
Kapal apa ni? Kapal persiaran ke? Bukan, ni kapal pasang paip (pipelay barge) yang paling hebat sekali kat Malaysia sekarang ni. Ye la, ada berapa banyak je pun yang besar ni kat Malaysia ni. Selain boleh pasang untuk laut dalam, dia gak boleh digunakan untuk pemasangan. Contohnya masa aku kat Thailand dulu, dia ni selamba je angkat Living Quarters (tempat tinggal kat platform) tu untuk dipasang. Ye la,besar kot. Nak naik kapal ni kene la keje sini, adeh.
4) Pergi ke Kikeh Platform
Apa yang bestnye Kikeh platform ni? Platform ni terletak kat laut Sabah yang berkedalaman 1350 meter atau 1.3KM! Ni adalah platform laut dalam yang pertama kat Malaysia. Platform ni pulak menggunakan design spar. Spar ni satu-satunya yang berada di luar Teluk Mexico. Spar ni korang anggap la ada satu tiang besi bulat yang besar yang tengelam dan terapung kat laut pastu kat bawah dia ada rantai-rantai besar yang diikatkan antara tiang ni dan dasar laut. Kagum dan berimpianan nak ke sini.
Jadi nak capai langkah no 1 tu aku kene kumpul duit banyak-banyak tapi untuk langkah no 3 dan no 4 tu untuk aku capai, kene la aku..... ....anta resume!
Lari....!!!
.
.
.
Wah daki Gunung Kinabalu..best2..jom2! hahah
ReplyDeletemendaki dengan mimi akan menjadi lebih indah,hikhik.
ReplyDeletehamboih2..haha..tapi org kata panjat G.Kinabalu ni susah kan? teringin den nak torai.
ReplyDeletehaha.takpe,try yang gunung rendah2 dulu.dah biasa n fit,baru try kinabalu :)
ReplyDeletehahaha..naik kinabalu x mencabar la bro..ak dgr cite org sana rilek je pikul tong gas naik puncak..haha
ReplyDeletewooo..ak nk naik gak kapal sapura3000 ngn kikeh platform..jgn lupa bwk ak sekali eh..hoho
aku naik kinabalu agaknye orang yang kene pikul aku,adeh.takpe,jom anta resume ke sapura.hehe.
ReplyDeletenk daki gunung kinabalu???
ReplyDeletepergi2.. memg best.. z dh penah daki..
cntek sgt2 time kt atas.. anugerah Tuhan..!
a.tajul!! tolong like utk saya! hahaa..ada masuk 1 contest ni, kena klik 'like' kat pic tu..kalo free2 tengok la kat blog sy..hehehehe :P
ReplyDeletezie: impian je ni,tunggu kumpul2 duit n waktu kalo ade.hehe.
ReplyDeletemimi: done :)