Friday, August 30, 2013

Berehat Dari Blog



Kepada rakan-rakan pembaca dan pencari kerja serta pencari maklumat, aku mahu memberitahu bahawa aku akan berehat dari menulis atau mengupdate apa-apa info, vacancy dan sebagainya di blog aku ini. Mungkin akan berehat beberapa bulan, mungkin hingga tahun depan, aku pun tak pasti.

Punca berehat dari menulis? Tiada punca pun. Tiada kaitan dengan masalah kesihatan atau apa-apa. Aku cuma nak selami diri aku dan belajar erti hidup yang sebenar dan mencari pengalaman sendiri. Ingin mencari semula ilmu, pengalaman dan minat semula sebelum aku menulis balik. Aku pun tidaklah hebat mana, ramai lagi orang-orang lain di luar sana yang kerja dan position hebat-hebat cuma dorang tak menulis sahaja.

Jadi untuk beberapa ketika ni, memang takkan ada update di blog ini. Just korang leh refer vacancy lama-lama tu, kot2 ada opening lain ke kat kampeni yang sama. Kalo ada pape nak tanya or mintak nasihat dari aku yang ilmu tak cukup ni, just drop your comment kat mana-mana tempat. Tapi nak reply tu mungkin lambat.

Anyway, semoga kita semua beroleh rezeki yang melimpah ruah dan tidak kedekut.
Amin

Tuesday, July 30, 2013

Offshore to Onshore to Offshore

Tajuk bunyi cam power, tapi pada hakikatnye tidak. Serabut? Yup, itu betul. Aku ibarat bola yang ditendang oleh mereka yang kaki bangku, melantun ke sana sini tanpa hala tuju dan hantaran yang kurang tepat. Eh, aku pun bukan reti sangat main bola. Hihi.

Memula cam biasa la, aku pegi offshore ni ke location yang lepas. Naik dari airport Kota Bharu. Yela, kene keje coz dah nak start operation. Team? Dah kurang best coz bukan team masa hitch lepas dan ada la yang tak best. Tapi sape la aku dan pekerja-pekerja ni nak pilih-pilih mau keje dengan sape sume. Sedar diri tu, Tajul. Ko tu kuli je. Owh my….
Time operation, ada la problem kat equipment kitorang ni. Bukan jarang-jarang, tapi selalu-selalu. Oleh sebab aku ni buat keje hands-on tak bape mahir, so terpaksa la rajin-rajin gak wat itu ini. So bila equipment ada problem, maka akan perlu la kitorang ni bersihkan apa-apa bahan solid, mud atau liquid yang leaking (bocor), overflow (melimpah) dan sebagainya. Dan oleh sebab itu juga la tangan aku kene contact (bersentuhan) dalam jangka yang panjang dengan bahan-bahan berkaitan operation ni yang mengakibatkan tangan aku gatal-gatal dan seterusnya membengkak dan mengelupas.

Time bengkak ni dah tak bape leh wat keje coz nak genggam pun tak boleh. Jari-jari, tapak tangan dan lengan aku ni mengelembung cam ada cecair lak kat dalam ni. Untuk pengetahuan, aku dah penah kene camni awal taun 2012. Time tu pun kene hantar balik. Kali ni pun dapat gak dihantar balik. Hihi. Aku pun dah naik menyampah dok situ sebenarnya.
Bila balik, pegi la klinik wat rawatan. Dapat la sedas kene cucuk kat tangan. Pegi kat opis anta claim sambil mintak simpati. Harapan. 2 hari pastu aku dihantar ke Labuan, keje kat darat kat area warehouse. Kat Labuan ni ada Asian Supply Base (ASB) yang lebih kurang cam Kemaman Supply Base (KSB). Aku diminta untuk kerja kat dalam Labuan Mud Plant (LMP), ada keje sikit kat situ. Keje darat je, tapi layan je la. tapi the best partnye ialah aku dok Hotel Tiara kat situ. Apa yang bestnye? Aku duduk suites. Bukan bilik, tapi suites. Agak jakun sikit sebenarnye coz 1st time aku duduk suites. Tersenyum lebar aku, sepanjang aku kat Labuan hari-hari aku dok situ. Makan ke, laundry ke, sume caj kat bilik a.k.a. company. Hihi, padan muka.

Tapi kegembiraan aku kat Labuan tak lama. Dah dekat nak seminggu kat situ,aku disuruh pulak ke location offshore kat area sempadan Thailand dan negara kita. Ala..yang cam kat cover photo blog aku ni. Kirenye aku pegi balik la tempat dulu. Bergegas aku kemas kejar flight Labuan-KL-Kota Bharu, muka dah macam lembu dah coz serabut sikit.
Layan sahaja, sebab aku tau aku takkan lama naik kat location tu. Sebab apa? Haa….ade la, tapi memang takkan lama dan takleh lama. Aku pun dah plan nak cuti puasa dan raya ni. Sampai je location, hari tu jugak ombak dan angin kuat. Aku ni lak duduk atas tender (barge/tongkang), so bila angin dan ombak kuat, mende alah ni pun sama la bergoyang. Hari pertama je aku muntah 5 kali. Hari kedua pulak dalam 3 kali. Ada peningkatan la, hihi. Kalo nak naik ke platform time ni, memang cari nahas la coz tangga dia dah la cerun, yang tender barge ni begoyang-goyang lagi. Kat tender barge ni pulak kalo keje kat luar umpama dah nak jatuh atas laut dah, nampak je laut bawah tu. Selang beberapa hari, cuaca pun makin baik. Aku pun semakin sampai hari nak balik. Yeah! Bila nak balik dan timbang, 4kg turun. Faktor muntah dan bulan puasa mungkin. Nak kata aku keje berat dan bersungguh-sungguh sampai berat turun, hamjadah sangat. Kat sini aku rasa aku banyak masa online je, hihi.
Sambil terbang atas helikopter dan tengok-tengok platform lain kat bawah (gambar: FSO Puteri Cakerawala), hati aku mula gembira. Gembira sebab nak balik je la. Bila terpikir masa depan, mula la dahi aku berkerut balik. Hmm.... nak kene tengok Jobstreet dan The Star ni.....

Permudahkanlah.






Wednesday, June 19, 2013

Oil & Gas Vacancy



Ok, kali ni ada lambakan (poyo je,hihi) kerja. Just nak gtau something:

-Aku tak terlibat atau kenal mana-mana orang di dalam company ni dan aku tak dibayar untuk wat sume ni. So kalo ade soalan pasal company di bawah, aku takleh nak jawab.

-Ada yang ada tarikh tutup, ada yang tidak ada, ada yang ntah-ntah dah tutup. Tapi hantar je la, mana tau kot dorang nak wat future reference.

-Hope jangan kedekut bagi info ni kat kawan-kawan yang mencari kerja. Rezeki tu tuhan tentukan, moga kita semua beroleh rezeki yang banyak.

-Kalo korang dah anta resume pastu takde kene panggil interview, maknanya mungkin tak terpilih la tu. Boleh cuba next time kat tempat lain





1) Bayu Purnama Sdn Bhd

Bayu Purnama Sdn Bhd is actively involved in servicing Malaysian Oil & Gas and Petrochemical Industries. The company provides engineered solutions for meeting customer’s specific requirements.
Its business activities range from supply of rotating and mechanical static equipment to maintenance services, with a proven and demonstrable track record of completed projects and services throughout Malaysia.

Quality Officer / Executive
- Minimum Diploma in any fields.
- At least 2 to 3 years experience in implementation or any related activities of ISO.
- Able to work independently, self motivated, possess good analytical skills and high sense of responsibility.

Interested candidates are invited to email your resume to rohani@bayupurnama.com.my






2) Oceancare Corporation Sdn Bhd

HSE EXECUTIVE
CORROSION ENGINEER
CORROSION TECHNICIAN LEVEL II
CORROSION TECHNICIAN LEVEL I
PLANNER / SCHEDULERSENIOR INSPECTION ENGINEER
INSPECTION ENGINEER
CRANE ENGINEER
INSPECTION COORDINATOR
PLANT INSPECTOR
WELDING INSPECTOR
PAINTING INSPECTOR
UT WELDING INSPECTOR
UT WELDING CUM ABSEILER LEVEL I
PRD INSPECTOR
CIVIL / STRUCTURAL INSPECTOR
RADIOGRAPHER
ASSISTANT RADIOGRAPHER
ASSISTANT INSPECTOR
TECHNICAL ASSISTANT
TECHNICAL CLERK
TOUCH UP PAINTER
HR & ADMIN COORDINATOR
LOGISTIC COORDINATOR
PROCUREMENT EXECUTIVE
ACCOUNT EXECUTIVE / ASSISTANT
QUALITY ASSURANCE ASSISTANT

Candidate must have relevant experience in Oil & Gas Industry. Only shortlisted candidates will be notified. Please e-mail to hr@oceancare.com.my before 30 June 2013






3) Onyx IES Sdn. Bhd

Onyx IES Sdn. Bhd. (Onyx) is an Independent Wells and Subsurface Consultancy incorporated in Kuala Lumpur, Malaysia.


Well Services Engineer
• Bachelor's Degree in Engineering in Process/Petroleum/Mechanical or equivalent.
• Minimum 5 years oilfield experience in well servicing and/or drilling operations.
• Strong interpersonal skills
• Good command of spoken and written English.
• Good knowledge of computer applications.
• Prepare Mechanical Work packs for offshore installation and interface with operations for work pack completion and handover.
• Lead and facilitate Factory Acceptance Test (FAT) and Site Acceptance Test (SAT)

Send your resume to : humanresource@onyx-ies.com






4) SAUJANA MARINE SDN BHD

Saujana Marine Sdn Bhd, formerly known as CNN System (M) Sdn Bhd was incorporated in Malaysia under the Companies Act in 1994.
Ever since it started it's marine operation, the company has grown to become an integrated marine support services company for the Oil & Gas industry. Over the years, Saujana Marine has built it's human capital competencies, skills and experience to cover a wide range of marine support services, especially in operating and managing accommodation and offshore facilities.

Marine Crew Executive
Responsibilities:
To support in co-ordinating and liaising with manning agent for selection of officers and crew
To support in proper co-ordination of travel for on/off signing officers and crew
To support in the monitoring of crew rotation plans
To handle Safety Passport application for crew
To maintain crew database

Requirements:
Candidate must possess at least a Diploma in Maritime Studies/Business/Logistic
Required language(s): Bahasa Malaysia, English
At least 2 year(s) of working experience in related field
Familiar with immigration and marine department

email to hr@saujanamarine.com






5) Shapadu

Procurement Executive (Oil & Gas)
Marine Coordinator
HSE Engineer

Send your resume to : career@shapadu.com.my






6) Sigur Ros Sdn Bhd

Providing construction and support services including pipeline and structure installation, pipeline pre-commissioning and decommissioning services and leak testing services to the oil and gas industry in South-East Asia and East Africa.

Field Engineer
-Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma,
-Professional Degree, Engineering (Petroleum/Oil/Gas) or equivalent.
-Required language(s): Bahasa Malaysia, English
-At least 3 - 5 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
-Preferably Engineers specializing in maintenance and corrosion or equivalent.

Interested please email full CV stating current & expected salary, contact number,
date availability for commencement if accepted to : hrd@sgrsb.com






7) Nusantara Technologies Sdn Bhd

Being a service provider in the test and inspection field with extensive experience in the Oil & Gas industry, Nusatek, as we are usually known, can provide you with an extensive range of services for your Quality Assurance & Control needs

Metrology/Calibration Technician
Requirements:
-Diploma in Electrical/Electronic, Mechanical, Instrumentation Engineering or equivalent
-Non-diploma but having technical certification also welcome
-Experience in ISO 9000 and 17025 and other QA/QC systems is a bonus
-Computer literate especially in MS Word & Excel
-Female
-Fresh graduates or have experience in Metrology/Calibration

Submit your application letter and resume/CV to : recruitment@nusatek.com






8) Dyna Segmen Sdn Bhd

Dyna Segmen Sdn Bhd is an engineering company, providing services and equipment to the Oil & Gas industry. Dyna Segmen Sdn Bhd provides engineering services including fabrication, maintenance & turnaround, and electrical & Instrumentation. The company also does work for the civil, power and water industries. Over the years, Dyna Segmen has grown to become an established contractor having served Oil Majors like PETRONAS, ExxonMobil and Shell.

PROJECT ENGINEER
QUALIFICATION
- Degree in Mechanical or Electrical Engineering
- Entry level/ Fresh graduate

PERSONAL CHARACTERISTICS
- Fit for site work – onshore and offshore
- Optimistic, resilient and perseveres through set-backs encountered
- Resourceful and able to solve problems, independently, while being a good team player

Apply online at their website or email your CV/Resume to : fhussin@dyna.com.my






9) KPG Synergy Sdn Bhd

KPG offers opportunity for you to embark on a career in the Oil & Gas Industry; specialising in Non-Destructive Testing, Inspection, Quality Control and Quality Assurance. Candidate must like to travel and work onsite.
Candidates must possess at least a credit in both Science and Mathematics at “O” Level, SPM or equivalent qualifications. Diploma and Degree holder are welcome to join us too.
- Training and Certification will be provided by KPG.
- Great remuneration for those who can perform to customer expectation.
- - Experience personnel are also welcomed to join us.
Please contact us for further information.

Email to : info@kpgsynergy.com






10) JRI Resources Sdn.Bhd

Our main business is in Maritime and Shipping with greater focus on Oil & Gas. Presently, our businesses centered into the followings:

Project Engineer
-B.Sc in Engineering (Civil/Structural/Mechanical) or Naval Architecture
-3 years experience in the salvage, oil & gas or marine construction in a similar role
-fresh graduate are encouraged to apply.
-Have a working knowledge of steel design and construction particularly in offshore and marine environment.
-Have a working knowledge of marine and barge activities, their design, construction, and operation.
-Have contract execution management exposure.

Mechanical Engineer
-BSc in Engineering (Mechanical)
-5 years experience in the oil and gas industry in a similar role
-Fresh graduate are encouraged to apply.
-Have a working knowledge of steel design and construction particularly in offshore and marine environment.
-Have a working knowledge of offshore structures, marine vessel and barges activities, their design, construction, and operation.
-Have had contract execution management exposure.

Other positions in the company: Structural Engineer, Engineering Executive, QAQC Executive

Send your resume to : recruitment@jriresources.com






11) Turbo Control Solutions (TCS)

Global provider of repairs, maintenance, operations, overhaul, installation and field services to owners and operators of turbomachinery, including industrial gas turbines,steam turbines, generators, pumps and compressors, and their associated control systems in the Power Generation and Oil & Gas industry

Field Service Engineer Controls
Electronic Engineer Degree or Technical High School.
-3 to 5 years related work experience in Oil & Gas industry field activities.
-Strong knowledge in rotating equipment control philosophy (Gas Turbine, Steam Turbine, Centrifugal Compressor, Reciprocate Compressor) and their auxiliaries.
-Strong knowledge in field devices, instruments and actuators (servo-valves, thermo elements, transmitters etc…).
-Strong knowledge in Unit Control Panel (UCP), Motor Control Center (MCC), Direct Current Panel (DCP) and fire-fighting system installation and commissioning.
-Ability to understand and implement technical drawings (wiring diagram, P&ID, General Arrangement, etc…).
-Strong analytic and problem solving skills.
-Good knowledge of either MKV, MKVI or MKVIe Control Panel.
-Anti-surge system knowledge.
-Availability to frequent travel worldwide on and off-shore.


Field Service Engineer Mechanical (Siemens Turbines)
-University degree in mechanical engineering or equivalent experience.
-3 to 5 years of working experience preferably in O&G industry/energy.
-Good experience with installation and maintenance programs for gas turbine & generator sets and all off-base related auxiliary equipment.
-Familiarity with gas turbine internal alignment, component repair and other related maintenance services.
-Strong analytic and problem solving capabilities
-Availability to frequent travel worldwide on and off-shore.

If you think you have what it takes, email us at: Hr@turbocontrolsolutions.com






12) Wehaya Sdn Bhd

With over two decades of experience, you can trust us to provide you with a wide range of expertise including mechanical, electrical, instrumentation installation and full system intergration. We are here to assist you with operations regardless where you are. While our main HQ is in Miri, we have offices in Bintulu, Labuan, Kota Kinabalu, Shah Alam, Terengganu and Brunei Darussalam.

List of vacancies (maybe Sarawak base)

Lab Technician, Production Technician, Power Gen Technician, Metering Technician, MUT Technician, E & I Technician, RE Technician, Catalogue Technician,
NON-TECHNICIAN Operation MATCO, Health & Safety Officer, Medics, Admin Assistant, Riggers/Helpers, Maintenance Material, Controller Repair Coordinator, Assistant Planner, DTU Maintenance Planner, GTC - LTSA Material Expeditor, Logistic Coordinator, Warehouse Assistant.

Send your resume to : csd@wehaya.com.my






13) QOS Sdn Bhd

Leading provider of services to the Oil and Gas sector in Brunei and is currently recruiting additional personnel. Presently there are vacancies for suitably qualified Operations Management and Inspection personnel within Brunei.

Corrosion Technician
- Recognized technical Diploma (e.g. OND, etc) in Electrical, Mechanical or equivalent.
- 1 year formal training in electrical, corrosion and metallurgy.
- 2 years experience in corrosion monitoring and cathodic protection work in a petroleum / chemical plant.
- Familiar with CP, corrosion measurement tool and instruments to carry out Soil Resistivity tests, holiday test and close interval potential survey

Send your resume to : hr@qos.com.bn






14) Agensi Berjaya Sdn Bhd

Our clients portfolio include various local and multinational oil & gas companies.

Project Engineer
-Diploma/Degree in Electric/Mechanical/Mechatronics
-Have 1 to 3 years working experience
-Willing to travel to site
-Fresh Graduates are also welcomed to apply

Executive, Engineer/Assistant Engineer
-Diploma/Degree in Engineering/Science or related
-Have 1 to 2 years working experience
-Some computer knowledge
-Have some experience in project management
-Willing to travel if needed by the company
-Female applicant are encourage to apply
-Fresh Graduates are also welcomed to apply


Send your resume to : agensiberjaya@yahoo.com




___________________________________________________________________________________________________________________________


* Ok, sudah habis. sila apply. aku sudah penat...

Wednesday, June 12, 2013

Oil & Gas Asia (OGA) 2013


Cam biasa OGA datang lagi. Acara yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ni berlangsung di KLCC dan disertai oleh banyak syarikat minyak dan gas terutama dari Malaysia dan juga dari luar negara untuk mempamerkan teknologi, peralatan dan perkhidmatan yang disediakan oleh mereka. Apa yang best?
Anyway, ini adalah OGA aku yang ke-3 sejak aku mula bekerja. Setiap kali OGA berlangsung, aku akan bekerja pada kampeni yang berlainan. Yela, asyik tukar kerja. Hihi. Koleksi kad nama OGA pun tah kenapa aku masih simpan lagi. Tapi kali ni aku dah buang sume.
Kali ni taktau la nak kata, rasa cam meriah gak. Tapi rasanya ada beberapa kampeni yang takde. Dulu atleast ada gak Shell dengan Gazprom bukak booth pameran walopun just letak pasal kereta eco-car ataupun letak model yang tak bape nak reti cakap omputih. Takpun ada gak rasenye sebelum ni Schlumberger bukak booth dan ada wat lucky draw.
Tapi tujuan aku jenjalan ni adalah untuk tengok bekas-bekas kampeni aku keje dulu, hihi. Ade je la dorang bukak booth pameran. Ada yang makin mengecil, ada yang maintain besar. Tapi disebabkan banyak gak kampeni aku keje dulu, ada pelbagai tanggapan juga terhadap bekas-bekas kampeni aku dulu ni. Ada yang aku memang nak pegi tanya kabar dan jumpa bekas-bekas pekerja, ada yang layan aku cam family dan masih rapat lagi, ada gak yang aku just nak tgk dari jauh sahaja sambil takde rasa nak singgah langsung. Tu sume bergantung pada sejarah dan layanan yang aku dapat dulu.
Tak dinafikan ada juga terjumpa ex-skolmet, ex-coursemet dan ramai juga ex-opismet/ex-kampenimet. Jumpa blogger pun ada gak, haha. Masing-masing dah bekerja dan bawak haluan masing-masing. Yang takleh blah, ada jumpa sorang ni (makcik,non-malay,admin) yang dulu kadang- kadang cam sombong sikit time aku keje dulu tapi time ni bila aku tegur dia baru la dia bagi bisnescard dia dan tanya ada tak peluang bekerja kat kampeni aku sekarang ni. Katanya kontrak dia dah nak abes, pastu siap cakap la dia leh wat macam-macam kerja la, tak kisah kerja apa la, masih kuat lagi la. Itu le, kita ni takleh nak sombong-sombong sangat dengan orang lain. Nanti pada masa depan,sape tau pe jadi.
Apa lagi yang menarik? Tah, yang menarik selain peralatan yang dipamerkan aku rasa ialah model yang dibayar. Boleh gitu? Disamping tu, peserta dan pelawat pompuan yang dress cam tak ingat pun membuatkan acara lagi meriah. Hihi. Tapi biasanya orang suka kumpul goodie bag ataupun promotional merchandise. Ada gak yang datang untuk drop resume, tapi kali ni aku tak bape perasan la kampeni mana yang terima resume ni. Sebenarnye ade gak rase nak hantar resume nak test market. Hoho.
Lawatan aku ke OGA 2013 pun berakhir, kita tunggu lagi 2 tahun dari sekarang untuk tengok apa yang terbaru.

Thursday, June 6, 2013

Pelangi Kehidupan: Gawai di Laut dan Luahan Hati


Walaupun tajuk dah macam drama cerekarama, tapi itulah hakikatnya. Projek seterusnya membawa aku ke sebuah jack up drilling rig yang berada di perairan Kelantan yang tah kat mana field kali ni. So haruslah terbang ke Kelantan dan bermalam di sana. Ok la dok hotel, nanti pasni kene dok tengah panas pulak sampai kulit cam nasi yang hangus dimasak. Tapi nampak cerah pulak aku kat hotel ni, time kasih pada teknik penggambaran yang keji tapi jitu.

Tibalah masa pergi ke drilling rig. Cam biasa, berkenalan dengan orang-orang group kampeni aku di atas sana tu coz aku maybe tak pernah or jarang jumpa dorang. Tapi group kali ni best. Kalo keje banyak dan memenatkan pun, takde masalah sangat coz masing-masing bagi komitmen dan hati kitorang pun senang dengan semua. Pastu nak mengumpat pun best gak, hihi.

Dan ketika atas drilling rig ni, Hari Gawai pun berlangsung. Hari Gawai ialah hari sambutan ataupun perayaan untuk masyarakat Dayak dari Sarawak dan sekitarnya. Walopun rig ni kat area semenanjung, majoriti rig crew dan catering/room adalah orang dayak/iban. Sebenarnya kat mana-mana drilling rig seluruh Malaysia ni memang banyak dan majoritinya adalah orang Iban. Jadi adalah dibuat makan-makan spesel sempena perayaan ni. Yela, cuba korang bayangkan korang beraya kat laut camtu la rasa dia. Jadi harap dengan adanya makan-makan spesel ni, terubat la sikit rasa sedih dorang tu. Aku ni menumpang makan je la,hihi. Yela, ada masak lobster kot. Kalo nak harapkan aku beli, memang kempis la dompet aku.

Time kat rig tu, sempat gak la aku berborak dengan beberapa orang samada dari group aku sendiri ataupun dari kampeni lain. Aku tanya apa planning dorang untuk masa depan, coz aku pun rasa cam aku malas-malas nak pegi offshore dah pada masa hadapan. Masing-masing memberi luahan yang agak berbeza tapi hampir sama. Ada yang nak cari keje lain yang kurang berat sikit dari ni, ada yang nak setel terus dari offshore sebelum umur 50 dan buat bisnes, ada yang nak cari kerja yang fleksibel waktunya, ada yang nak cari kerja darat yang ok.

Semua isi hati dorang ni aku akan ambil sebagai rujukan, sebab kadang-kadang kita pun perlu dengar pendapat atau pengalaman orang lain untuk membantu kita membuat keputusan. Tapi kata-kata nasihat daripada pakcik omputih ni yang aku rasa sedikit sebanyak menyedarkan aku. Umur dia dalam 62 tahun, dia start kerja offshore masa umur dia 24 kalo tak silap. So dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun ni, memang patut aku amik kira nasihat dia.

Apa yang dia kata? Dia kata…
- Sometimes the company doesn’t really care about you
- You must push yourself forward, always push yourself and rise among others
- Never stop improving yourself
- Don’t get stuck with the same job, look for the best opportunity
- Never stop looking for other job if you don’t like your current job
- The best job is always hard to get, that’s why it is the best job

Daripada nasihat dia tu, banyak yang aku boleh jadikan panduan dan pendapat aku dalam meneruskan kerjaya sekarang. Sejujurnya aku pun tak tau kerja apa yang aku rasakan The Best Job untuk aku tapi yang pasti kerja sekarang ni ofkos la bukan. Hihi. Ingat nak minta kerja dengan dia, tapi bidang lari gak la. dia cakap dah umur camni, mana ada sangat dia wat kerja. Kerja dia bila orang tanya pendapat, dia jawab. Orang tanya itu, dia jawab. Gile mudah punya kerja, wah!

Merenung laut yang berhampiran ni, muncul la pelangi yang memanjang dari penjuru kiri ke penjuru kanan. Seperti mana ia kelihatan muncul dari laut, seperti itu jugak dia kelihatan masuk ke laut. Pelangi memang nampak cantik, tapi bila pergi dekat dia tak dapat dipegang. Malah hilang entah ke mana. Makin menjadi kabur dan samar-samar pelangi itu, dan seperti itulah aku yang masih mencari-cari pekerjaan yang terbaik. Nama company yang hebat dan gah tak menjanjikan pekerjaan yang terbaik untuk seseorang. Lain orang lain pula sifatnya, kekuatan, kemahuan, kesanggupan dan pilihan.

Trip aku kali ini tak lama, sebab dah habis drilling kat area sini. So drilling rig ni akan ditarik oleh kapal untuk ke lokasi baru. Jadi dapat la aku balik awal untuk rehatkan badan, dan juga untuk menyusun langkah…

Tuesday, May 21, 2013

Catatan Hidup : Menolak Tawaran Kerja


Ya, aku dapat tawaran kerja dari kampeni lain dan aku tolak. Itu je? Semudah itu? Tak, ianya tidak mudah. Dan sejujurnya ia adalah antara keputusan yang sukar aku nak buat sepanjang kerjaya aku. Untuk memberi keputusan ini sahaja telah mengambil masa satu minggu (kalo ikutkan dalam 2-3 minggu gak). Itulah sebabnya ada entry aku buat medical check-up di bawah, kerana itu adalah keperluan sebelum aku boleh ditawarkan kerja secara rasmi.

Untuk menjawab persoalan yang mungkin akan ditanya, aku gitau awal-awal. Nanti kang kata aku kedekut pulak, tapi aku pun ada beberapa perkara aku nak kene jaga cam privasi aku dan hubungan aku dengan orang-orang dari kampeni lain di luar sana.
Aku dapat offer dari kampeni apa? Sori aku takleh gitau. Privacy aku dan blog ini.
Nanti kalo ko tak gtau, camne kitorang nak apply? Apply sendiri kat website kampeni tu. Pandai- pandai la gugel top 10 Oil & Gas service kampeni in the world, bukak website dorang dan apply la ape korang nak.
Kampeni sekarang dengan kampeni yang offer tu mana lagi best? Kampeni aku keje sekarang ni berada di dalam group kampeni yang kedudukannya dalam top 10 itu. Dan kampeni yang offer aku kerja baru ni pun sama gak, dalam lingkungan top 10 itu.

Tapi kenapa dah apply tapi bila dah dapat offer, taknak terima pulak? Hmm… sejujurnya aku tak apply pun. Camni, aku apply kat web dorang tu job lain iaitu job yang aku tak ada experience tapi aku berminat nak try masuk. Pastu recruiter dorang pun call aku kata job yang aku apply tu susah sikit aku nak dapat sebab takde experience, tapi dia tanya nak try tak ada satu job ni yang mana sama je lebih kurang kerja dia dengan apa aku buat sekarang. Aku pun on je la alang-alang aku sedang off ni. Saje la konon nak amik interview punya experience, mane la tau kot-kot kampeni besar panggil aku. Hihi. Aku siap cakap dalam hati lagi yang kalo aku dapat job baru ni pun, aku tak terima. Phuuiii…sekarang aku ludah balik kat diri sendiri.


Dan paginya itu gigih la aku merempit naik Honda cub-chai kesayangan aku tu pegi office dorang untuk interview. Gelabah? Tak, sebab aku dah tanamkam dalam hati ni pegi for fun je isi masa lapang. Bila time interview, yang interview itu adalah manager yang berbangsa Thailand. Maka bermula la interview. Dia tanya aku jawab la campur sembang lebat sikit. Hihi. Tapi aku takde la menipu (sangat) time tu. Lagipun aku jujur je la cakap yang apa jenis job aku pernah atau tak pernah buat, apa yang aku mahir dan tak mahir. Setel interview, salam tangan, balik umah. Petang tu dapat call dari recruiter, aku dapat keje tu!

Tapi time tu rileks je, takde pape pun rase. Cam kelakar pun ada. Ada gak pikir dorang desperate ke nak orang. Tapi pikir-pikir balik, ramai lagi candidate lain yang dia akan interview. Adakah aku mempunyai karisma tersendiri? Wah, cam longkang perangai bajet diri sendiri best. Dush!
Ok, tiba la waktu serius. Recruiter tu kata minggu depan orang HR akan telefon. Memang betul la pun ada yang tipon. Saat goyang mula tiba. Dia berbincang soal bayaran dengan aku. Aku diberi kenaikan gaji beberapa ratus dan elaun offshore aku sehari naik dalam 30% ke 40%. Hati mula berbelah bahagi. Aku diberi Conditional Offer Letter, iaitu tak rasmi lagi. Aku kene buat medical check-up dan ada background check dulu dalam seminggu, kemudian baru la aku akan diberi surat tawaran kerja yang rasmi. Lebih kurang 10 hari, maka dapat lah aku tawaran rasmi dengan position dia sekali.

Aku harus berfikir secara dalam. Tawaran yang diberi itu ialah untuk level yang tinggi sedikit. Bukan la manager or supervisor, tapi hirarki dia tinggi sikit di mana aku rasa untuk position dan level itu, orang itu patut ada banyak pengalaman dan pengetahuan dimana aku rasa aku belum berada di tahap itu lagi. Dia lebih kurang macam senior la gak kot. Mungkin akan ada yang kata amik je la, nanti belajar la tanye orang. Ya, tapi kalo untuk position itu aku rasa aku yang perlu guide orang lain dan mampu bekerja seorang diri.
Kalo kampeni sekarang, aku maybe dapat rotation sebulan kerja sebulan cuti. Kampeni baru ni tak pasti, mungkin cutinya dua minggu atau kurang katanya. Aku tak mengejar duit sangat sampai nak sentiasa kerja selalu, tapi aku nak balance in life.
Konflik hati mula mengganggu. Antara kewangan, masa , kemampuan dan kesedaran diri. Solat istikharah telah pun dibuat selalu tapi masih belum nampak apa-apa petunjuk lagi. Dah bertanya juga pada rakan-rakan, ramai yang menyuruh untuk pergi. Kalo tanya pendapat orang opis sekarang, dah tentu la dorang suruh stay jangan pindah. Argh, serabut kepala ni!

Setelah seminggu aku mencari penyelesaian, akhirnya masih tidak terpilih lagi. Tapi aku nekad. Aku rasa memang aku belum layak lagi untuk itu. Aku perlu tambah lagi pengalaman aku. Aku tak mahu menjadi beban kepada kampeni itu yang bayar aku untuk buat itu ini, tapi aku tak mahir. Aku taknak menyusahkan team yang akan aku bekerja bersama nanti. Jika position itu ialah trainee, aku rasa itu tak jadi masalah. Aku harus sedar kemampuan aku dan apa sebenarnya yang diharapkan oleh mereka yang membayar gaji dan memberi position seperti itu pada aku. Maybe I not that good, not this time.

Aku tahu apa pun keputusan yang aku pilih, akan ada pro dan kontra dia. Pada hari dateline memberi jawapan itu, aku telah hantar email untuk menolak atau decline job offer itu. Dan juga aku tau, apabila aku telah memilih apa pun keputusan, aku akan tetap juga ada sedikit rasa menyesal. Ok, mungkin banyak. Dan inilah yang berlaku sekarang.

Sambil makan puding mangga bersaiz besar untuk menyejukkan badan, sambil itu jugalah aku berfikir lagi……adakah keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang betul?


Tuesday, May 7, 2013

Medical Check-up di The Intermark



Aritu aku pegi wat medical check up kat The Intermark yang terletak dalam 10 minit dari umah aku menaiki LRT. Tau kat mana The Intermark ni? Dia ni dekat dengan LRT Ampang Park, bersebelahan dengan hotel Double Tree by Hilton yang terletak di Jalan Tun Razak dan dihubungi dengan jejantas baru. Bunyi cam best. Klinik kat situ best ke?

Yag aku pegi ni nama dia Klinik Segara, sebuah klinik kecil yang terletak dalam bangunan The Intermark ni. Memula nak cari punya la payah gak. Sampai terlajak kat lobby hotel Double Tree, tapi aku buat muka yakin dan muka gagah sambil tersengih sorang-sorang. Padahal taktau mana nak cari klinik ni. Bila dah jumpa….”owh, ini je ke klinik nye”, kata aku dalam hati kecil ni. Tapi meriah jugak kat klinik ni. Time aku sampai tu ade gak la 3-4 pesakit kat situ. So tak berapa nak “cengkerik” sangat la klinik ni. Bila turn aku wat medical check up pun, aku dah tak pasti apa je yang nak diperiksakan. Selain dari air kencing, hanya degupan jantung aku je di dengar sambil aku tarik nafas. Yang lelain cam blood test, telinga, dan benda-benda detail lain takde. Cuma doktor pompuan india muda tu je la tanye kenapa degupan jantung aku masa baring tadi cam laju sikit. Yela, dah ko usik-usik badan aku time nak periksa, mane tak nye. Dah la diri ni sensitif sikit, hihi.

Dan sesudahnya aku kat situ, aku disuruh pulak pegi wat x-ray kat satu tempat khas x-tray kat Ampang Park punya kompleks. Boleh pulak gitu. Ingatkan klinik kat tempat best, ada la sekali dia punya x-ray. Maka gigih la aku ke tempat x-ray tu. Sempat singgah beli air kejap sebab letih menapak dan mencari. Sampai jua, ramai pulak tu. Doctor yang bertugas pulak doctor Singh yang mana bilik x-ray tu disajikan dengan lagu india/Hindustan dan diselangi oleh suara dialek melayu-singh dari doctor tu yang memberi arahan supaya badan aku dirapatkan ke besi papan x-ray itu. Aku nak gelak pun ada, nak nangis pun ada. Adeh. Suasana paling happening sepanjang aku buat x-ray dalam hidup aku. Dah setel, balik la sambung baring-baring.

Aku masih sihat, medical aku pun belum expired lagi. Baru bulan sembilan tahun lepas dan bulan satu awal tahun ni aku dah buat. Kenapa aku kene wat mecidal check-up? Hmmm…… Sukar nak nyatakan buat masa sekarang.

Sunday, April 14, 2013

Operation Labuan


Kali ini untuk pertama kalinya aku pergi laut untuk kampeni baru ni. Tugas pertama aku kali ni ialah ke sebuah drilling rig yang berada di perairan Labuan. Malas? Iye. Tapi kalo malas, serupa takyah keje. Bila ingat balik duit ada bape ringgit je tinggal, terus bersemangat kemas bag dan pegi airport.


Cam biasa la, perjalanan KL – Labuan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampainya aku di airport Labuan, ada orang sana dah menunggu untuk menjemput aku. Duduk staff house je,haih. Takpe la, asal aku boleh guling-guling dulu malam tu untuk tido. Not bad la staff house dia, rumah banglo besar yang ada beberapa bilik. Maka terlelap la aku sambil memikirkan camne la aku nak keje nanti ni, dengan orang tak kenal, dengan equipment yang aku ingat-ingat lupa nak operate, dengan report camne.


Esoknya aku bersiap-siap dan menunggu untuk dihantar ke airport oleh pekerja di sana. Dorang akan balik dari office dorang jap dan hantar aku ke helibase. Sambil aku menunggu kat rumah tu, aku tengok seorang yang ditugaskan untuk membersihkan rumah tu tengok drama. Dia seorang perempuan berumur awal 40an mungkin. Tengok drama Filipina tanpa ada subtitle. Hebat. Aku pun tanya la dia, paham ke tengok cite ni takde tulisan bawah. “ Saya memang orang Filpin”, jawab beliau. Owh….ok.


Di airport, cam biasa la dengar video chopper safety briefing dulu. Kalo video briefing di Kerteh muziknya ala-ala rock dan rancak, di Labuan ni, muzik backgroundnya lebh kepada misteri dan macam menakutkan. Apa yang ditunjukkan pula ialah cara memakai safety vest model lama. Model kecik kurus yang takde alat bantuan pernafasan. Aku pun pelik, tak pernah-pernah aku tengok safety vest lama ni. Then bila nak naik chopper, baru la aku tau reality. Memang dorang kat sini pakai safety vest lama. Safety belt kat chopper dia pun model lama, macam kita naik kapal terbang. Biasanya safety belt chopper cover pinggang dan bahu, ada 4 point yang disambungkan kepada kepala tali pinggang yang kalo nak cabut, just twist kepala tali pinggang tu. Nasib baik perjalanan kejap je, hihi. Adalah dalam 10 minit camtu. So mendarat la aku kat rig pada laut kedalaman 22meter dan lebih kurang 20km dari darat.


Aku dapat bekerja dengan seorang senior ni dari Labuan yang berumur 40an. Dia banyak mengajr aku itu dan ini. Memang dia ni aku suka bekerja , dan memang seorang guru yang bagus. Lagipun dulu dia cerita dia dah dapat peluang sambung degree di UK, tapi disebabkan waktu tu zaman gawat maka tak dapat la dia pegi. Time aku bekerja, hampir setiap malam ada nelayan dengan bot-bot sampan kecik yang tangkap ikan kat area rig tu. Besar-besar gak ikan area situ. Kadang-kadang dolphin pun muncul gak lompat-lompat sambil kejar ikan.


Sambil aku bekerja, sambil itu jugalah aku berfikir. Dulu aku dah malas nak buat kerja-kerja macam ni. Dulu aku dah ada perasaan malas ke laut. Tapi aku pergi jugak. Bila tiba kat sini, konflik perasaan masih muncul lagi. Aku paksakan diri juga untuk buka hati terima rezeki sekarang ini. Ah, makin jauh pula aku fikir itu ini. Aku rasa aku pun tak lama untuk kerja ini, mungkin paling lama pun dalam 2 taun. Itu hanya kata hati, tak tahu apa pula perancangan Tuhan. Sambil itu, terfikir juga aku pada masalah peribadi di mana ada orang sekeliling yang kadangkala salah sangka dan pandang serong pada aku. Adakah aku terlalu menghormati orang-orang itu sehingga aku berfikir begini? Ah, biarkan mereka Tajul. Yang pasti, aku tidak ada berbuat salah dengan sengaja. Biarlah mereka itu dengan sikap mereka. Kadang-kadang, aku lupa yang aku ada kawan-kawan, individu dan keluarga yang rapat dan baik dengan aku. Apalah sangat kalo seorang-dua yang membuatkan aku rasa diri aku ni tidak cukup bagus.


Melihat matahari terbenam mungkin membuatkan rama yang teruja. Bagi aku, itu adalah berakhirnya satu hari yang penuh cabaran dan hari yang datang akan membawa kegembiraan baru dengan izin Tuhan :)

No I won't be afraid,
No I won't be afraid
Just as long as you stand,
Stand by me…

Sunday, March 3, 2013

Oil & Gas Vacancy



UPDATE:


Maaf yek aku malas nak wat posting baru, aku just tambah kepada yang sedia ada ni.
Ni position maybe kat darat, tapi taktau la kot-kot dapat peluang gak ke pegi laut.
Ni international company, kat Malaysia mungkin tak berapa kedengaran tapi ni bukan kampeni kecik-kecik.
Logo dia pun dah tukar, dulu logo dia lain dan dulu dia ada warehouse kat Kemaman.


Proserv Offshore


1) Instrumentation Engineers (Johor Facility)

To Perform design on Well head control Panel as per client’s specifications, drawings and data
sheets.
Key Accountabilities (includes, but not limited to the following)
1. Responsible for the Engineering design of Wellhead Control Panels per client’s
specifications, drawings and data sheets.
2. Liaise with clients through all phases of the projects including meetings, Factory Acceptance
Testing and at the client’s site.

Education:
Degree in Engineering (Instrument and Control) .

Experience:
With related working experience in Technical Instrumentation Design.
Preferred
• Broad knowledge of Instrumentation Hydraulic, Pneumatic and Electrical schematics and
their application.
• A thorough understanding of Wellhead Control Panels, Instruments Control Panels,
Fusible Loop Panel, etc.
• Competent in the use of Microsft Office and knowledge of use of AutoCad is an asset.
• Able to work alone with minimum supervision.
• Fluent in spoken and written English and Bahasa Malaysia.




2) Tube Fitter (Johor Facility)

To Perform all tubing work on Well head control Panel. Assembling different type of WHCL as per
client’s specification.
Key Accountabilities (includes, but not limited to the following)
1. Execute technical & commercial promotion and sales of PAB and PME trading products,standard Proserv products and services.
2. Testing and commissioning of well head control panel.
3. Coordination of different type of hydraulic / pneumatic well head control panels.
4. Modules and test units assembling and commissioning.
5. Coordinate and support technical work scope in conjunction with discipline engineers.
6. Coordinate activities with other technicians

Education:
Good level of general education

Experience:
- Good level of General Education
- Mechanical based work experience & Service/Assembly Technician Experience Preferred
- Mechanical Technician Qualification, Time served Mechanical Apprentice & HNC/HND
- Mechanical Engineering or Related Discipline.
- Pressure Vessel Periodic Inspection Experience & Hydrostatic and Gas Testing Experience.



Send your resume to : fe.careers@proserv.com


____________________________________________________________________________________________________________________



Orait, kali ni berjaya mendapat info dari Foxboro.
Kalo nak menjenguk website dia disini : http://foxmay.com.my/
Dan current project dorang sekarang ialah dengan:


Petronas Dagangan Berhad - New Low Cost Carrier Terminal

Petronas Carigali Sdn. Bhd. - Bokor & West Lutong DCS Upgrade

Petronas Carigali Sdn. Bhd. - Erb West DCS Upgrade

Petronas GAS Bhd. - GPP-B DCS Upgrade

Petronas Lubricant International - MLBP Expansion Project

Petronas Carigali Sdn. Bhd. - Dulang A/D DCS Upgrade

Malaysia LNG Sdn. Bhd. - MLNG DCS Upgrade

Petronas Carigali Sdn. Bhd. - Dulang CGCE

SESCO - Upgrading DCS Monitoring System



Email dari sumber maklumat yang diperolehi berbunyi begini:

Dear XXXXXX

Yes we do have a few vacancies for Electrical electronic engineers, computer engineering, civil engineering, environmental engineering. Pls send resume to the above email address




dan vacancy yang dorang ada ialah:

1) PROJECT ENGINEERS - DCS

Degree in Electrical/Computer/Chemical Engineering

Minimum 2 years experience in project implementation of Distributed Control System (DCS) or Programmable Logic Controller (PLC) with exposure in hardware, I/O and HMI configuration.

Knowledge in Windows Operating System, Networking and Servers

Self-motivated, high integrity, analytical, good communication skills and with leadership qualities


2) PROJECT ENGINEERS - BATCH APPLICATION

Degree in Electrical/Computer/Chemical Engineering

Minimum 2 years experience in project implementation of Distributed Control System (DCS) or Programmable Logic Controller (PLC) with exposure in batch and sequential cofiguration work.

Knowledge in chemical plant batch processes.

Knowledge in Windows Operating System, Networking and Servers

Self-motivated, high integrity, analytical, good communication skills and with leadership qualities


3) SYSTEM ENGINEER - DCS

Degree in Electrical/Electronic/Mechanical/Control Engineeringor a related discipline.

Minimum 2 years experience, preferably in DCS/PLC project execution in a similar industry Those with technical field service experience may also apply.

Overall technical and commercial responsibility for projects and services assigned.

Responsible for the job progress and cost monitoring and reporting.

Provide support and guidance to the technical team.

Act as the main interface to customers, especially on all technical aspects.


4) SALES ENGINEER - INSTRUMENTATION

Degree in Electrical Engineering (Instrument) or a related discipline.

Minimum 2 years sales experience, preferably in general industries with proven record

Experience in the oil & gas and power industry would be an added advantage.

Possess a valid driving license and own transport.

Responsible for servicing existing customers, establishing new contacts and developing new markets

Analyze customers' sales performance, monitor accounts, handle complaints and provide after-sales service.

Visit customer sites and follow up on customer's requests

Maintain good relationship and support customers.



You can send your resume to
: hrd@foxmay.com.my






_____________________________________________________________________________________________________________________

...betapa aku telah penat dengan kehidupan sendiri,moga beroleh kekuatan. Amin...







Tuesday, February 12, 2013

Oil & Gas Vacancy

*gambar sunburn kat korea taun lepas time men beskal.hihi.

Meriah pulak post pasal vacancy ni. Kali ni ada sumber direct pasal position kosong. Cuma diharap bagitau kawan-kawan yang lain yang hendak cari kerja atau yang mahu tukar kerja. Janganlah kedekut memberi info, kerana rezeki itu tuhan tentukan. Mungkin dengan memberi tunjuk pada orang lain, kita pun turut beroleh rezeki dan keberkatan. Itu saja segmen dari jabatan agama blog ini, sekrang kembali pada kerja:



MATCO ASIA PTE LIMITED @ MATCO MALAYSIA

Position: Technical Sales Engineer
Vacant: 3 to 5 vacancies
Experience: 0 to 3 years experience.

send your resume to : hr@matcomalaysia.com



! position tu banyak, jangan kedekut sebarkan pada orang lain.
! fresh graduate pun leh apply
! takyah jual nama blog ni kalo dapat teview,dorang pun taktau aku iklankan & aku tak dapat apa untung pun.
! masa aku naik ada satu tender drilling rig,aku nampak ada bilik tido khas untuk geng matco. kat talisman aritu pun nampak org dorang.


ok,bye.

Saturday, February 9, 2013

Oil & Gas Vacancy


* kedit gambor, padan muka Mohd Azy jadi model. Haha.


Okeh, ni vacancy carian di internet sahaja. Untuk mereka yang tak terjumpa or malas mencari, aku dah tulung carikan. Sila tulung diri sendiri lak pasni. Dan tolong gak kengkawan yang lain. Info dari carian direct pada kampeni dan informer takde respon pape lagik. Kalo korang dah dapat keje, jangan lupa share pengalaman keje kat sini.


1) Planning & Field Engineer - SEA HORSE SERVICES SDN BHD
- Recognized engineering degree with 2 years in the offshore and onshore maintenance construction and 5 years in the oil-and-gas industry.

sent your resume to recruit.seahorse@gmail.com



2) Field Service Engineer - ROSEN Asia Pacific
- Preparation, execution and completion of surveys to fulfill the inspection services on site
- Briefings with clients
- Requires Bachelor’s degree in all related engineering field of studies
- Fresh grads are welcomed to apply

sent your resume to KUL-HRE@roseninspection.net



3) Production Engineer - Tenaga Tiub Sdn Bhd
- Diploma/Degree in Mechanical/Electrical Engineering.
- Min 2 years related experience & knowledge on Pressure Vessel & Heat Exchanger in Oil &Gas / steel fabrication.

sent your resume to hr@tenagatiub.com.my



* yang seahorse tu aku penah jumpa kat laut,tapi tak sempat borak pun. yang geng2 rosen ni penah la gak jumpa tapi tak borak panjang mane. nama pun aku tak ingat sangat, tah borak pasal pe.


...





Tuesday, February 5, 2013

Oil & Gas Vacancy


Update Baru: Untuk sesapa yang tak perasan or telepas pandang


PROJECT ENGINEER - Nationwide Oil & Gas
- You will design, engineering and execute electrical/instrumentation projects.

sent your resume to career@nog.com.my before 28 Feb 2013




TECHNICAL ENGINEER - Dimension Bid (Wireline Company)
(based in Kuala Lumpur )


- Candidate should possess at least a Degree in Mechanical, Electrical, Mechatronic or equivalent.
- At least 1 year experience in the related field
- Diligent, positive attitude to challenging work
- Good leadership, problem solving and analytical skills
- Strong communication skills
- Self motivated and independent
- Excellent command in English

sent your resume to: hr@dimensionbid.com
_________________________________________________________________________________________________________________________________


Salam semua.

Ni aku dapat dari salah satu posting komen kat blog ni.leh rujuk kat ruangan komen http://tajultotheworld.blogspot.com/2011/04/oil-gas-vacancy_18.html?showComment=1360070346312#c3626590091521358452 , cuma aku nak tepek balik je. aku pun tak sure, tapi ntah la. kalo rase ragu-ragu takyah la try.


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Job 1 – Sales Engineers
Solid Control / Mud Logging / Completion Fluid Filtration / Drilling Mud Cooling

Scope of Jobs
• Perform sales activities to existing customers and new prospects.
• Perform after sales services.
• Perform analytical evaluation on customer’s process and requirement.
• Perform products and services presentations to new prospects / customers.
• Perform bid preparations and submissions.
• Extensive travelling across Malaysia and Southeast Asia region.


Job 2 – Service Engineers and Service Technicians
Solid Control / Mud Logging / Completion Fluid Filtration / Drilling Mud Cooling

Scope of Jobs
• Perform site survey (offshore and onshore).
• Perform equipment preparation.
• Perform equipment installation, run test, and operation.
• Perform equipment maintenance and repair.
• Perform daily reports.
• Extensive travelling across Malaysia and Southeast Asia region.


Qualification Requirements
• Job 1 - Degree in Engineering or equivalent.
• Job 2 - Diploma or Degree in Engineering or equivalent.
• Good communication in English and Bahasa Malaysia.
• High commitment, hardworking, and disciplined.
• Good health condition.
• Some years of work experience is an added advantage.
• Fresh graduate are also encouraged to apply.


Remuneration Packages
• Attractive salary package with offshore and travelling allowances (where applicable).
• Medical insurance and performance incentive / bonus.
• Opportunity to work locally and/or overseas.


Interested candidates to submit (fax or e-mail) resume to:

SMART OIL & GAS COMPANY
Fax: 03-5121 6696 or E-mail: smartoilgas@gmail.com

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Semoga berjaya..




* macam-macam betul kampeni ni buat,sume pakej nak sapu. aku dah try gugel tapi tak jumpa. dan no telefon pun takde diberi, cuma no fax. nasihat aku, fikir la dulu elok2. kalo rase ragu-ragu,toksah la. kalo nak try, cuba la. papehal pun, kene sentiasa berfikir panjang. jangan tawaran wang yang tinggi dan pekerjaan yang hebat membuatkan kita hilang pertimbangan untuk membuat keputusan.

Monday, January 21, 2013

Career Fair Oil & Gas





Friendly reminder untuk yang dah tahu, dan nak memberitahu untuk yang belum tahu. Katanya diuruskan/dilaksanakan oleh pelajar-pelajar UTP. Jadi tengok pada tarikhnya itu ialah 26hb dan 27hb January 2013 di Midvalley. Bawak je resume banyak-banyak, drop je nanti. Dapat tak dapat or takde pengalaman tu belakang kira, janji kita semua ada usaha. Dah penat-penat drop reseume, leh usha awek-awek lak kat Midvalley tu. Hihi.